Anda di halaman 1dari 9

TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM GRED H11

Tips Menjawab Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

Mungkin anda perasan, anda hanya ada (9.52 SAAT untuk 1 SOALAN)

Saya akan terangkan dalam bahagian selepas ini bagaimana kekangan masa
ini bakal membunuh anda dan mereka yang berfikir semasa menjawab soalan
seksyen ini bakal menerima padahnya!

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda
menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap
anda sendiri dan persekitaran anda. Seharusnya aura positif yang menguasai
anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri
anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa
diri sendiri sahaja yang betul.

Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tidak takut
gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada
diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak
lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima
pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang
yakin pada diri sendiri, sentiasa teragak-agak dalam tindakan, perwatakan
kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang
rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam.

Anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih
untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang
penipuan yang bakal memakan diri anda.

TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM


TIPSKERJAYA.COM
GRED H11
TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM GRED H11

Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan
kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa
konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk
memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang.

Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri
positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.


2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain
mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang
saya lakukan.
3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan
idea saya.
4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri dan ianya
bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan
orang lain’.

Jadi jawapan anda harus sama dalam semua 5 pernyataan di atas kerana ianya
adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai positif ‘menerima kritikan
dan pandangan orang lain’. Cuba bayangkan semua soalan di atas
‘diselerakkan’ di dalam 126 pernyataan, boleh anda pastikan yang anda
memberikan jawapan yang konsisten?

TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM


TIPSKERJAYA.COM
GRED H11
TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM GRED H11

Cara Menjawab yang Bakal MEMBUNUH Anda! JANGAN IKUT CARA INI!

Ramai yang kata yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun.
Saya setuju dengan pernyataan tersebut, tetapi ramai yang salah erti yang
membawa kepada kesimpulan ini;

“Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!”

Cuba bayangkan begini situasinya;

[SOALAN NO 1] Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.

[SOALAN NO 43] Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain
mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya
lakukan.

[SOALAN NO 60] Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan


utamakan idea saya.

[SOALAN NO 107] Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data


sendiri.

[SOALAN NO 126] Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Anda rasakan jawapannya adalah sama untuk kesemua 5 soalan di atas. Jika
anda baru sahaja menjawab 100 soalan dan masa sudah suntuk dan anda
memilih untuk hentam/tembak, berapa kebarangkalian yang anda akan
memberikan jawapan yang sama untuk kesemua 5 soalan tersebut?

Anda nampak bagaimana pilihan anda untuk ‘hentam/tembak’ BAKAL


membunuh anda? Anda nampak sekarang kenapa ramai calon gagal? Tiada

TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM


TIPSKERJAYA.COM
GRED H11
TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM GRED H11

konsistensi! Seolah-olah anda sedang ‘menipu’ dalam menzahirkan


personaliti/minat/kecenderungan anda. Malang sungguh jika berlaku begini.
Masalahnya ialah masa. Sebenarnya soalan ini memang sudah dirangka dalam
masa yang mencukupi untuk anda menjawab semua soalan tanpa berfikir
panjang dan dengan cara itulah baru personaliti/minat/kecenderungan anda
datang dengan tepat dari diri anda (yang anda lakukan seharian) dan bukan
dari pemikiran dan tips penting ialah, jawab sepantas mungkin, jangan banyak
berfikir!

Anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Sebab
itu pada bahagian awal penerangan ini kita nyatakan secara umum apa itu
yang positif dan apa yang negatif supaya anda tahu secara umumnya dan
tanamkan dalam benak fikiran anda penilaian ini supaya nantinya ianya keluar
dengan automatik melalui hati anda.

Bahagian ini disusun bertujuan untuk mengukur kesesuaian psikometrik calon


untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Dalam seksyen ini anda
dikehendaki menjawab kesemua soalan aneka pilihan. Calon perlu menjawab
dengan jujur, berdasarkan kepada diri sendiri dengan mempamerkan nilai-nilai
positif.

Bagi saya seksyen ini sangat menyeronokkan dan percayalah, anda pasti
tersenyum ketika menjawab soalan ini nanti. Yang merangka soalan ini adalah
pakar dan ianya seolah-olah mencungkil rahsia anda sendiri.

Hanya 1 cara sahaja untuk anda dapat menjawab dengan tenang dan mudah
iaitu melalui banyakkan buat latihan soalan Psikometrik.

TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM


TIPSKERJAYA.COM
GRED H11
TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM GRED H11

Dengan banyak buat latihan, anda takkan terkejut apabila melihat soalan
Psikometrik kali pertama nanti.

Berdasarkan pengalaman, kebanyakkan calon yang gagal adalah mereka


yang tak tahu bentuk soalan dan hanya berpandukan info yang mereka cari
dalam internet sahaja. Bukan tak boleh cari info mengenai soalan psikometrik
melalui internet tetapi bentuk soalan exam adalah sangat kurang dalam internet.

Anda perlu faham, bentuk soalan SPA adalah berbeza.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha


A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu


A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

3. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga


A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM


TIPSKERJAYA.COM
GRED H11
TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM GRED H11

4. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya


A. Ya

B. Tidak
C. Tidak Pasti

5. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah


kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

6. Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.


A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

7. Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara
yang baik juga.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

8. Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya
kerana dia merupakan rakan baik saya.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM


TIPSKERJAYA.COM
GRED H11
TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM GRED H11

9. Masalah kewangan membuatkan saya rasa kurang bersemangat untuk


bekerja.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

10. Saya rasa tidak berpuas hati apabila rakan sejawatan mendapat penilaian
cemerlang.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

11. Apabila tidak dapat menyiapkan kerja, saya rasa takut


A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

12. Kerja akan sempurna juga jika mengambil masa yang lama
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

13. Berkhidmat dengan cemerlang tanpa sebarang latihan formal tiada


masalah bagi saya
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM


TIPSKERJAYA.COM
GRED H11
TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM GRED H11

14. Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah
mengetahui faedah-faedahnya
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

15. Buku-buku dalam bidang falsafah dan psikologi adalah sumber bacaan
kesukaan saya
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

16. Sebelum memulakan kerja-kerja lain, saya akan menyelesaikan kerja


terdahulu
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

17. Tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, saya sentiasa sanggup


melaksanakan sesuatu tugas dengan baik
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

18. Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi
masalah buat saya
A. Setuju
B. Tidak setuju

TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM


TIPSKERJAYA.COM
GRED H11
TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM GRED H11

C. Tidak Pasti

19. Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya
cepat berputus-asa
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

20. Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya focus


A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

Mahu lebih soalan latihan ujian Psikometrik?


Dapatkan lebih 200 koleksi soalan Psikometrik untuk anda buat
seberapa banyak latihan soalan ujian di link ini:

https://www.tipskerjaya.com/psikometrik

Anda di jemput join channel telegram khas exam di sini:

https://t.me/pembantuawam

TIPS MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU AWAM


TIPSKERJAYA.COM
GRED H11