Anda di halaman 1dari 4

CONTOH SOALAN

TEMUDUGA LATIHAN
SEPARA PERUBATAN
Berikut ialah soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang ingin kami kongsikan sebagai persediaan
untuk anda menghadapi temuduga tersebut.
Anda boleh download contoh soalan temuduga Separa Perubatan ini di bawah untuk memudahkan
pembacaan anda.
1. Sila perkenalkan diri anda.
2. Apa bidang ko-kurikulum yang anda sertai semasa di sekolah dahulu?
3. Mengapa anda berminat nak menceburi latihan separa perubatan?
4. Adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan?
5. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat latihan separa perubatan?
6. Bagaimana anda hendak menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan pesakit yang terdiri daripada
pelbagai peringkat usia?
7. Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu.
8. Berikan sekurang-kurangnya 5 nama kolej latihan separa perubatan yang anda tahu.
9. Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital.
10. Terangkan apa yang anda faham mengenai Klinik 1 Malaysia?
11. Berikan punca kepada demam malaria zika serta langkah-langkah untuk mencegahnya.
12. Berikan nama bagi Menteri Kesihatan Malaysia yang terkini.
13. Berikan nama bagi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
14. Senaraikan 3 jenis penyakit yang berpunca dari air tercemar.
15. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kempen kesihatan yang anda tahu.
16. Nyatakan contoh penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula berlebihan.
17. Nyatakan 5 contoh jabatan yang terdapat di hospital kerajaan.
18. Bolehkah anda bekerja dalam syif siang dan malam secara berganti-ganti?
19. Ceritakan tentang piramid makanan yang anda tahu.
20. Terangkan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
21. Terangkan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan fungsinya.
22. Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sila berikan ulasan
mengenai perkara ini.
23. Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon-calon yang lain?
24. Ceritakan kelemahan diri anda yang perlu kami ketahui?
25. Apakah strategi anda untuk memperbaiki kelemahan tersebut?
26. Mengapa anda memilih kerjaya dalam sektor awam dan bukan sektor swasta?
27. Adakah sistem pendidikan di Malaysia berada pada hala tuju yang benar?
28. Apakah cadangan anda untuk menambahbaik sistem pendidikan yang ada sekarang?
29. Sekiranya anda seorang pereka grafik, apakah langkah-langkah yang diambil sebelum membuat sebuah
30. rekaan iklan?
31. Nyatakan contoh pencapaian anda dalam kategori teknologi maklumat semasa belajar atau bekerja semasa
dahulu.
32. Sebagai seorang ketua di sebuah jabatan kerajaan, apakah tindakan anda bagi memastikan semua staf di
bawah seliaan anda berdisiplin di tempat kerja?
33. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk berkhidmat ke sektor awam, bagaimanakah strategi anda
untuk meyakinkan kami yang anda tidak akan berkhidmat semula dalam sektor swasta?
34. Sebagai penjawat awam, anda menghadapi kemungkinan untuk berpindah lokasi pekerjaan ke tempat atau
negeri lain. Adakah anda akan memberi komitmen yang baik?
\`Apakah perancangan anda sekiranya diberikan tugas untuk menjayakan satu program di tempat kerja
anda?
35. Apakah perbezaan jururawat dengan jururawat pergigian?
36. Terangkan risiko kerja yang ditanggung oleh Juru X-Ray.
37. Apakah bidang latihan yang menjadi pilihan anda?
38. Mengapa anda memilihi bidang latihan tersebut?
39. Berapa lamakah anda akan menjalani latihan bidang tersebut?
40. Ada apa-apa soalan yang anda hendak tanya?
Soalan : Sila perkenalkan diri anda

Jawapan : Nama saya Nur Jannah binti Juhairee. Saya memiliki kelulusan cemerlang yang diperlukan
dalam akademik dan aktif dalam ko-kurikulum di sekolah. Saya gemarkan aktiviti sosial dan aktiviti di
luar kelas. Saya merupakan seorang yang berdisiplin dan amanah untuk memikul tanggung jawab
dalam latihan Separa Perubatan.

Soalan : Apa keputusan peperiksaan SPM anda yang lepas?

Jawapan : Saya mendapat A untuk kesemua subjek yang diperlukan untuk memasuki latihan Separa
Perubatan dan mendapat status lulus bagi Ujian Lisan (jawab mengikut keputusan SPM anda).

Mengapakah anda tidak memilih untuk sambung belajar di IPTA?

Soalan : Apakah kerja sementara yang anda lakukan sebelum ini?

Jawapan : Saya menjadi juruwang di kedai pakcik selepas tamat peperiksaan SPM. Di situ saya
belajar untuk berkomunikasi dengan orang ramai, bersabar dengan karenah pelanggan dan belajar
membuat keputusan. Saya percaya pengalaman kerja ini akan dapat membantu saya berurusan
dengan orang ramai jika diterima sebagai pelatih Separa Perubatan.
Datuk Seri Dr. S.Subramaniam Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya

Pejabat Menteri Kesihatan Malaysia Pejabat Menteri Kesihatan Malaysia

Aras 13, Blok E7, Kompleks E Aras 13, Blok E7, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya 62590 Putrajaya

Email : s.subra@moh.gov.my Email : hilmi@moh.gov.my

Visi: ke arah masyarakat yg sihat dn aktif

Misi: menjadi pusat kecermerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa dlm bidang promosi
kesihatan melalui promosi kesihatan gaya hidup persekitaran dan masyarakat yng sihat

Slogan: bersama untuk kesihatan.


Klinik 1 Malaysia Ditubuhkan Untuk Golongan Kurang Mampu di Bandar

Anda mungkin juga menyukai