Anda di halaman 1dari 19

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

Disclaimer
Seluruh kandungan ebook 50 Soalan Temuduga ini adalah
hakmilik di bawah tanggungjawab Tim Infokerjaya. Ianya diterbitkan
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam
ebook 50 Soalan Temuduga ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.

Infokerjaya PLT, EDISI 2016


50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

1.Sila terangkan mengenai diri anda.

Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk
menjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia.

Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma
Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke
peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM.

Saya belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang


dalam pengajian saya.

Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di


sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan.

Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya
mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya
mendapatkan kerja dalam sektor awam ini.

2. Apakah yang anda sertai semasa bersekolah / mengaji di universiti dahulu?


Adakah anda seorang yang aktif?

Ya, saya seorang yang sangat aktif. Di sekolah , saya aktif dalam pasukan kadet polis
dan selalu menyertai perbarisan di mana-mana acara. Selain itu juga saya seorang
yang aktif dalam persatuan Taekwando di universiti dan banyak memenangi
kejohanan yang sering dianjurkan oleh pihak universiti. Semasa bekerja pula, setiap
petang saya akan ke gimnasium untuk bersukan dan beriadah demi meningkatkan
dan memelihara kesihatan saya.

3. Bolehkah anda terangkan mengenai projek akhir tahun anda di universiti?

Projek akhir tahun saya adalah mengenai kajian kes yang bertajuk "Groundwater
Monitoring at Pulau Burung Landfill Area". Projek ini mengambil masa setahun untuk
diselesaikan. Projek ini dijalankan bagi mengetahui sama ada sumber air bawah
tanah di kawasan tempat pelupusan sampah di Pulau Burung adalah selamat dari
pencemaran atau tidak. Daripada hasil kajian ini, didapati air bawah tanah di sini
tidak tercemar di tahap yang tinggi dan ianya masih selamat mengalir ke dalam
sungai berdekatan.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

4. Adakah anda mempunyai rancangan untuk melanjutkan pelajaran anda?

Ya, saya telah mendapat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam, dan sekarang saya
sedang merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Saya merasakan
dengan berkhidmat di sektor awam, peluang saya untuk melanjutkan pelajaran lebih
terbuka dan seterusnya dapat menyumbang kepakaran kepada jabatan setelah
tamat pengajian kelak.

5. Apakah tugasan paling sukar yang pernah anda selesaikan dan apakah peranan
utama anda?

Projek penyelidikan saya merupakan satu tugasan yang paling mencabar kerana ia
begitu kompleks. Saya mengambil masa dua semester untuk menyiapkannya dan
saya sangat sibuk dalam proses penyiapannya. Saya terpaksa membuat banyak
keputusan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapapun. Akhirnya, penyelidikan saya
berjaya disiapkan dan mendapat markah penilaian yang tinggi. Saya sungguh puas
hati dengan hasil kerja saya walaupun ianya sangat sukar.

6. Apa hobi awak?

Hobi saya adalah membaca buku. Saya suka membaca buku berkenaan motivasi.
Buku-buku yang menjadi kegemaran saya adalah buku tulisan Dato Fazilah Kamsah,
Dr HM Tuah Iskandar, dan juga buku pakar motivasi Anthony Robin. Dengan
membaca buku motivasi sebegini, saya dapat meningkatkan keyakinan saya dalam
melakukan apa-apa sahaja dalam kehidupan seharian, terutamanya semasa bekerja.
Saya menjadi lebih berani, yakin, kreatif, berwawasan dan seterusnya ini semua
menyumbang dalam kecemerlangan kerjaya saya.

7. Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?

Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat
tentangnya di Internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakan-
rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan
bermacam-macam lagi persediaan yang saya buat. Ianya bukan sahaja merangkumi
soal zahir saja, saya juga membuat persediaan dari segi mental juga kerana saya tahu
bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya. Hanya yang
terbaik sahaja yang akan berjaya, dan sebab itulah saya mesti menjadi yang TERBAIK.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

8. Adakah anda gemar untuk bekerja bersendirian ataupun secara berkumpulan?

Saya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya seorang yang boleh bertolak ansur
dan menghormati keputusan kerja orang lain di sekeliling saya. Bekerja secara
berkumpulan, saya amat sukakannya kerana ianya dapat memberi lebih banyak idea
untuk membentuk idea yang terbaik. Saya juga tidak kisah jika bekerja seorang diri
kerana usaha saya ini akan menjadikan diri saya lebih kreatif, inovatif dan lebih
berdikari.

9. Apa kelebihan diri?

Setiap orang pasti memiliki kelebihan tersendiri.Begitu juga dengan saya.Kelebihan


saya adalah saya mudah berkerjasama, mudah mesra dengan orang,
bertanggungjawab, dan bercita-cita besar dalam kehidupan. Saya yakin dengan
kelebihan saya ini, terutamanya bercita-cita besar ataupun THINK BIG, ianya mampu
meningkatkan kecemerlangan saya dalam kerjaya. Kerjaya saya yang cemerlang juga
turut membawa kesan yang cemerlang kepada organisasi yang saya sertai.

10. Semasa di universiti, kegiatan yang bagaimanakah yang anda paling anda
banyak ceburi?

Sewaktu di universiti, saya menyertai Persatuan Ijazah Sarjana Muda yang dikenali
juga sebagai PERSADA dan kami membuat aktiviti berpersatuan ini seminggu sekali
di mana kami akan berkumpul untuk bermesyuarat serta berbincang bersama
apakah program yang hendak kami jalankan.

Selain itu saya juga mewakili universiti dalam sukan bola sepak dan kami pernah
menjadi juara dalam pertandingan bola sepak antara university seluruh Malaysia.

11. Apa yang anda lakukan semasa praktikal? Ada sebarang pencapaian?

Saya menjalani sesi praktikal saya di Raudhatus Sakinah Master Training &
Consultancy dan tugas saya ialah menyampaikan modul Anda Bijak Jauhi Zina kepada
pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Selain dari mendapat sijil dari pihak sekolah atas
usaha tersebut, saya juga kini boleh menjalankan sesi ceramah juga latihan kepada
pelajar sekolah dengan sendiri dan penuh keyakinan.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

12. Sila perkenalkan diri anda dan latar belakang dalam Bahasa Inggeris?

My name is Dalilah Hadifah bt Abdul Talib.I am the third from ten siblings. My
hobbies are reading and do the research. My great ambition is to become an
Administrative and Diplomatic Officer. I was a graduated student of Bachelor of
Shariah and Law from International Islamic University Malaysia. Before that I was in
Diploma in Shariah and Law from International Islamic University of Selangor. My
father was born in Perak and his job is a Doctor while my mother was born in Pahang
and she is a great housewife.

13. Apakah jawatan awak sekarang dan apa tugas yang awak buat?

Saya sekarang bekerja di Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy. Tugas
saya ialah menyampaikan modul-modul yang telah ditetapkan dalam bentuk
ceramah. Selain itu, saya juga dikehendaki untuk menjalankan sebarang kajian bagi
memperbaharui kandungan modul-modul tersebut dari semasa ke semasa. Saya juga
dikehendaki untuk menjalankan lawatan serta memberi pengisian susulan kepada
para peserta yang pernah mengikuti program kami serta menjalankan program yang
menghimpunkan seluruh alumni kami setahun sekali.

14. Apakah cara untuk membuat awak bermotivasi?

Untuk memotivasikan diri saya sendiri dalam apa sahaja yang saya ingin lakukan,
pertama sekali saya akan meletakkan objektif iaitu tujuan untuk apa saya melakukan
perkara tersebut. Seterusnya saya menyediakan perancangan kerja yang bakal
dijalankan. Kemudian saya meletakkan sasaran apa yang saya ingin capai dan
seterusnya membuat jadual kerja supaya apa yang dijalankan adalah sistematik dan
juga teratur.

15. Bagaimana anda menilai diri sendiri?

Saya menilai diri saya berdasarkan respon dan komen mahupun kritikan daripada
kawan-kawan saya dan juga orang sekeliling saya seperti keluarga, sahabat-sahabat,
saudara mara juga teman-teman di tempat kerja. Saya meminta nasihat dan juga
teguran dari mereka dalam sebarang tindakan yang saya lakukan.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

16. Ceritakan tentang diri anda selain dari apa yang ada dalam resume anda?

Saya sebenarnya seorang yang sangat aktif. Oleh yang demikian, saya gemar
berprogram, sama ada menjadi fasilitator atau jurulatih bagi sebarang program
motivasi. Apabila berprogram, saya akan turun kepada masyarakat dalam pelbagai
peringkat umur. Hal ini sekurang-kurangnya membantu saya dalam pengucapan
awam, memberi khidmat kepada yang memerlukan, selain sebagai saham saya
apabila meninggal dunia kelak.

17. Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

Pada pandangan saya, saya merasakan saya adalah orang yang paling layak memikul
jawatan yang ditawarkan ini. Saya tidak menafikan mungkin ada calon yang lain yang
mempunyai kebolehan yang standing saya dalam memikul tugas ini, tetapi
berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman, minat, dan semangat juang yang
tinggi dalam jiwa saya, ianya pasti mendorong saya untuk memberikan yang terbaik
untuk organisasi atau jabatan yang bakal saya sertai.

18. Apakah pencapaian anda yang dapat menerangkan bahawa anda mempunyai
inisiatif dan kesungguhan dalam pekerjaan anda?

Semasa saya mula-mula bekerja di sebuah syarikat, saya langsung tidak mengetahui
mengenai sistem sistem dan prosedur kerja yang dijalankan. Untuk itu, saya telah
bekerja lebih masa untuk memahami sistem dan prosedur kerja tersebut
termasuklah pada hari cuti.Saya juga sering bertanya kepada senior-senior saya
untuk mendapatkan lebih pemahaman dan juga ilmu.Usaha saya membuahkan hasil
apabila saya bukan sahaja berjaya memahami sistem tersebut, malah dapat
menambahbaik sistem sedia ada ke tahap yang lebih baik.

19. Apakah yang anda rasa yang membuatkan anda lebih layak untuk
jawatan ini berbanding calon lain?

Saya bukan ingin memandang rendah terhadap calon-calon lain, tetapi saya
mempunyai pengalaman dalam berkenaan bidang ini. Saya juga seorang yang
bersemangat tinggi, komited terhadap kerja, dan saya akan berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai matlamat. Selain itu, saya juga seorang yang mudah
bekerjasama, bertolak ansur, dan mudah mendengar pandangan dari orang lain.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan
semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau program yang besar dan
berjaya?

Contoh di mana saya telah menonjolkan bakat kepimpinan semulajadi dalam


melaksanakan sesuatu aktiviti atau program yang besar dan berjaya adalah ketika
saya mengendalikan sebuah program Himpunan Sejuta Umat yang melibatkan
penyertaan dari semua pelosok dunia.

Program demikian berjalan dengan jayanya setelah saya merancang beberapa


perjumpaan awal bersama anak-anak buah saya di mana dalam perjumpaan terbabit
kami membicnagkan tentang objektif, dana, dan segala yang berkenaan kerana
program demikian bukan calang-calang memandangkan melibatkan sekalian umat
dari serata dunia.

21. Pada pandangan anda, yang manakah lebih penting antara peraturan-
peraturan ataupun kecekapan dan kepakaran seseorang jurutera bagi
menghasilkan sesebuah projek pembangunan yang berkualiti?

Peraturan lebih penting di mana kebanyakan projek yang berkualiti perlu ada
peraturan yang perlu diikuti setiap masa bagi memastikan tujuan utama projek
dicapai tanpa kompromi dari segi kos, kualiti, dan masa. Peraturan bertindak sebagai
panduan kepada setiap kerja yang dilaksanakan tanpa panduan mungkin kita akan
terpesong. Jika kita memiliki kepakaran dan kecekapan tanpa berlandaskan
peraturan, kita mungkin terpesong dan tersilap langkah dalam melaksanakan kerja.
Ianya boleh diibaratkan seperti layang-layang yang putus talinya; di mana layang-
layang tersebut memiliki kebolehan terbang tinggi tetapi tidak boleh terbang tinggi
jika tidak kena pada caranya. Begitu juga dalam menghasilkan projek pembangunan
yang berkualiti.

22. Sekiranya awak seorang Pegawai Pertanian, bagaimanakah awak hendak


menerangkan tentang sesuatu teknologi kepada para petani?

Untuk menerangkan sesuatu teknologi kepada petani. Saya boleh menjalankan sesi
penerangan seperti ceramah ataupun sesi penerangan dengan di bantu alat visual
seperti LCD Projector untuk menerangkan sesuatu teknologi kepada mereka. Di
samping itu juga saya juga menjalankan sesi praktikal iaitu dengan memberi peluang
kepada para petani untuk menggunakannya atau mempraktikan teknologi yang baru
tersebut.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

23.Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa tidak swasta?


Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor
swasta?

Bekerja di sektor awam merupakan cita-cita sya sejak dari kecil lagi dan dengan
berkerja di sektor awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana
saya dapat berbakti kepada negera bangsa, dan agama.

Saya memilih untuk bekerja di sektor ini kerana saya akan berterusan mendapat
peluang untuk menambah ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja
yang diceburi dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian, dan
banyak lagi yang sememangnya bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di
luar sana. Ini bakal menjadikan saya sebagai seorang penjawat awam yang bukan
sahaja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.

Selain itu saya juga berpeluang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi
dari kelayakan yang saya miliki sekarang ini dengan bantuan dan sokongan pihak
kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu
sendiri.

Tidak dapat dinafikan dengan bekerja di sektor awam, ia memberi jaminan masa
depan buat saya dan juga keluarga saya. Ini kerana tiada risiko dibuang kerja jika
berlaku kegawatan ekonomi seperti di sektor swasta.

Dalam sektor ini juga mempunyai peluang kenaikan pangkat dan juga gaji serta
kelebihan-kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah membuat
pinjaman bank, elaun perumahan dan lain-lain lagi.

24. Could you explain the things that can motivate you?

There are four main things that motivate me. The first is my need to achieve
excellence in every task that I set out to do. The second is my desire to contribute to
my firm. The third factor that motivates me is that I enjoy success and
accomplishment, because I regularly review my goals and like to see tangible results
when I do! I also believe in growth and the fact that if you're not moving forward,
learning new skills, meeting new people, you're moving backwards. Finally, I like to
feel that my work is being rewarded in an appropriate way.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

25. Adakah anda lebih suka bekerja secara berpasukan atau bersendirian?

Ya, saya menyukai kerja secara berpasukan kerana boleh menerima pandangan
daripada orang lain dalam melakukan sesuatu. Kerja yang dilakukan akan lebih
teratur dan berhasil dengan baik apabila kita bekerjasama dengan orang lain.
Walaupun begitu, saya juga tidak kisah jika diberikan kerja secara bersendirian
kerana itu boleh menjana minda saya untuk bekerja dnegan lebih kreatif dan kritis.

26. Apabila anda mendapat kerja baru, bagaimana anda memulakan hubungan
baru dengan rakan sejawatan dan penyelia anda?

Saya akan menunjukkan keterujaan saya dan semangat yang positif dalam
memulakan tugas yang di amanahkan. Saya akan cuba mendekati mereka dan
menyapa mereka dan menunjukkan bahawa saya mudah untuk bergaul dengan
semua orang.

27. Sekiranya kakitangan bawahan menegur hasil kerja anda, apakah tindakan
anda dan bolehkah anda menerima kritikan tersebut?

Tindakan saya yang pertama, saya akan mendengar teguran itu dengan teliti dan
terbuka. Saya berpendapat bahawa teguran mereka adalah benar kerana mereka
sudah berpengalaman dan sudah biasa dengan kerja tersebut.

Oleh yang demikian, mereka pasti dapat mengenalpasti sebarang kekurangan pada
hasil kerja saya. Saya akan menyemak semula hasil kerja saya dan mengenalpasti di
manakah silapnya. Sebagai langkah pembetulan, saya akan berbincang dengan
kakitangan bawahan saya dan merujuk kepada pegawai atasan saya demi
memastikan segala kekurangan dapat diperbaiki ke tahap yang optimum.

28. Sebagai seorang yang pernah bekerja di syarikat swasta dalam bidang anda,
bagaimanakah anda boleh menggunakan pengalaman tersebut dalam
perkhidmatan awam jika anda diterima jawatan ini?

Sebagai seorang yang pernah berkhidmat di sektor swasta, saya rasa pengalaman
tersebut dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan awam. Antaranya adalah melalui
tempoh kerja swasta yang sering bekerja lebih masa demi memastikan output atau
hasil kerja yang berkualiti, tepat pada masanya dan juga menjimatkan kos. Seperti
yang kita maklum, syarikat swasta amat mementingkan keuntungan dan kerana
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

itulah mereka membuat pelbagai cara untuk mendapat keuntungan yang lebih
tinggi. Saya rasa sebagai penjawat sektor awam, kita juga perlu bersikap seperti itu,
di mana kita mementingkan keuntungan yang terbaik untuk kerajaan tanpa
mengabaikan aspek-aspek kualiti kerja yang dihasilkan.

29. Dengan mengambil kira beberapa kos penyelewengan dan rasuah dalam
pelaksanaan projek-projek pembangunan di Negara ini, apakah sumbangan anda
bagi membaiki imej ini jika anda diterima memegang jawatan ini?

Sekiranya saya diterima untuk mengisi jawatan ini, saya akan memastikan setiap
kerja yang dilaksanakan mengikuti produser / peraturan / speksifikasi yang
ditetapkan oleh kerajaan. Setiap kerja yang dibuat perlu ada rekodnya bagi tujuan
pembuktian dan disahkan oleh mereka yang terbabit. Kedua, saya akan mengelakkan
dari sebarang cubaan yang cenderung ke arah rasuah seperti belanja makan,
pemberian hadiah, dan lain-lain. Selain itu, saya akan memastikan kerja-kerja staf
sokongan dipantau bagi mengelakkan penyelewengan di mana mereka bekerja
dengan penuh tanggungjawab. Dan yang paling penting sebagai orang Islam,
penerapan ajaran Islam semasa bekerja yang mementingkan kejujuran, amanah,
tanggungjawab dan juga keikhlasan. Kerja itu satu ibadah, jadi kita perlu
melaksanakannya dengan sepenuh hati.

30. Sebagai seorang yang aktif bersukan, apakah pandangan dan nasihat anda bagi
melahirkan kakitangan awam yang cergas dan tinggi produktivitinya?

Sebagai seorang penjawat awam yang cergas dan tinggi produktivitinya, kita patut
mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu mengurangkan pengambilan gula, lemak,
garam, dan makanan merapu dan melebihkan senaman/aktiviti sosial di masa
lapang. Badan yang sihat akan melahirkan minda yang cergas dan seterusnya
menghasilkan produktiviti yang tinggi. Jika badan tidak sihat / sakit bagaimana kita
mendapatkan minda yang cerdas. Orang ada mengatakan satu slogan Badan Sihat
Minda Cerdas.

31. Apa pandangan anda jika saya katakan bahawa seseorang pegawai yang
berkualiti adalah mereka yang beriman dan berpandukan ajaran agama?

Ya, saya bersetuju dengan pendapat tuan. Bagi saya, ajaran Islam menerapkan
bahawa setiap kerja yang dilakukan adalah ibadah, jadi kita sentiasa ingat bahawa
ALLAH sentiasa memerhatikan setiap apa yang kita lakukan. Oleh itu kita takut untuk
membuat jahat seperti menipu, rasuah, dan lain-lain. Dengan itu, kerja yang
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

dilakukan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab akan melahirkan produk yang
berkualiti. Produk yang berkualiti menunjukkan pekerja yang berkualiti.

32. Apakah yang dapat anda sumbangkan untuk mewujudkan situasi bekerja yang
positif dalam jabatan sekiranya anda diterima?

Untuk menjadikan sesuatu jabatan / unit / pasukan itu bekerja dengan senang hati,
setiap anggotanya perlulah mempunyai bebanan kerja yang seimbang dalam
mewujudkan rasa diri masing-masing adalah penting untuk jabatan. Oleh itu, saya
berpendapat bahawa pembahagian tugas kepada semua anggota adalah penting
berdasarkan kelemahan dan kekuatan setiap anggota pasukan. Hal ini dapat
memberikan produktiviti yang tinggi dan situasi kerja yang lebih baik dari masa
sebelumnya.

33. Bagaimanakah anda menyerap tekanan semasa bekerja?

Saya kuat bekerja dan selalu memastikan kerja yang dilaksanakan siap sebelum
masanya. Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan apabila saya berjaya
mengatasi cabaran tersebut, ianya adalah satu kemenangan yang bermakna bagi diri
saya. Selain itu juga, saya menganggap cabaran adalah bersifat positif jadi tekanan
yang wujud akan berkurang dengan anggapan seperti itu.

34. Yang mana satu lebih penting, kreativiti atau kecekapan?

Pada saya, kedua-duanya sangat penting. Dengan kreativiti, kita dapat


mengembangkan sesuatu tugasan dan disertakan bersama dengan kecekapan.
Tanpa kecekapan kreativiti juga sukar dilaksanakan. Jadi kedua-duanya perlu ada
dalam kerja kita.

35. Apakah ciri-ciri seorang pemimpin?

Sebagai seorang pemimpin, kita perlu memiliki sifat berkepimpinan seperti berani,
tegas, bertolak ansur, rajin, berdisiplin dan juga menerapkan ajaran-ajaran Islam
dalam pimpinan tersebut. Tun Dr Mahathir adalah idola saya dalam ilmu
kepimpinan.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

36. Apakah perkara asas dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di
tempat kerja anda?

Perkara-perkara asas dalam menyelesaikan masalah adalah pertama, fahami


masalah tersebut, kenali punca datangnya masalah tersebut, dan akhirnya pilihan
bagi menyelesaikan masalah tersebut. Itulah secara ringkasnya perkara-perkara yang
perlu di ambil tahu dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.

37. Anda telah menyediakan satu laporan untuk pegawai atasan anda. Semua
fakta telah didokumentasikan dan disemak oleh anda beberapa kali akan tetapi
pegawai atas tersebut memberikan komen bahawa laporan anda salah. Apakah
yang anda akan lakukan?

Saya perlu mengambil semula laporan tersebut dan akan menyemak semula sama
ada saya perlu membuat pembetulan semula atau tidak. Jika tiada sebarang
masalah, saya akan memulangkan laporan tersebut dan akan mempertahankan
keputusan yang telah saya buat seperti dalam laporan.

38. Anda dapati seorang kakitangan bawahan anda yang senior membawa
peralatan dari pejabat ke dalam keretanya. Apakah tindakan anda?

Saya akan pergi kepadanya dan bertanya sama ada dia memiliki dokumen untuk
membawa peralatan tersebut atau tidak. Jika tiada, saya akan laporkan kejadian itu
kepada ketua jabatan saya.

39. Sekiranya kawan awak keluar minum jam 10 pagi, bagaimana awak hendak
tegur?

Pada pendapat saya, saya akan menegurnya secara berhikmah sepertimana saya
hendak orang menegur saya denagn cara yang lembut.

Saya akan memanggilnya secara peribadi dan santai dan mengingatkannya bahawa
tidak salah untuk keluar minum, namun seseorang pekerja itu harus amanah pada
masa kerjanya.

Saya juga boleh mencadangkan padanya untuk menyediakan bekalan air, ataupun
sabar untuk menanti waktu rehat tengah hari.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

40. Jika kamu hendak luluskan tuntutan perjalanan orang bawahan kamu,
bagaimana kamu hendak tahu sama ada dia menipu atau tidak?

Saya akan merujuk kepada resit/penyata atau sebarang dokumen hitam putih yang
ada pengesahan bahawa benar dia membuat tuntutan perjalanan tanpa sebarang
penipuan.

41. Mengenai perolehan, sekiranya jabatan kamu ada buat conference.then, tiba-
tiba stationary untuk conference itu tidak cukup sebagai contoh kertas, pen dan
sebagainya. Bagaimana anda menyelesaikan masalah ini sebagai penolong
pegawai tadbir?

Saya akan cuba keluarkan dan dahulukan duit sendiri terlebih dahulu untuk beli
semua kelengkapan itu dan akan memberikan resit untuk claim.

42. Cukup ke duit awak nak beli semua peralatan sebab kos dia ribu2..?

Sekiranya kosnya begitu tinggi, saya akan minta bantuan jabatan lain di bawah
organisasi saya itu untuk menolong dan juga di samping itu kita kena beritahu pihak
atasan tentang masalah ini dan juga cari jalan untuk menyelesaikan kekurangan itu..

43. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana
anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke
sektor swasta?

Saya sanggup untuk menghadiri dan berusaha untuk mendapatkan jawatan ini juga
membukti komitmen dan kesungguhan saya. Selain itu saya betul-betul berminat
dengan jawatan ini dan sekiranya saya melakukan sesuatu yang saya minat, adalah
mustahil untuk saya berhenti dari pekerjaan ini. Bekerja di sektor kerajaan ini
mempunyai banyak kelebihan. Sebagai contoh dari segi elaun, kenaikan gaji juga
pangkat serta peluang pinjaman pelajaran juga perumahan. Oleh itu saya berharap
pihak Tuan tidak perlu risau saya akan keluar ke sektor swasta semula kerana
tindakan itu bagi saya adalah lebih merugikan.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

44. Sekiranya berlaku gejala rasuah di tempat kerja anda, apakah tindakan yang
perlu dibuat jika berhadapan situasi sebegitu?

Pertama sekali saya akan melaporkan kepada pegawai atasan yang tidak terbabit
dalam masalah itu. Untuk seterusnya, sekiranya tidak dapat atau sukar dibanteras,
saya akan melaporkan ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi
menjalankan siasatan kerana saya juga tidak ingin bersubahat dengan
mengembangbiaknya gejala seperti ni.

45.Anda merupakan seorang pegawai yang muda di dalam sesuatu organisasi,


bagaimanakah anda untuk berhadapan dengan mereka yang lebih senior dan lebih
berusia daripada anda?

Apabila menghadapi situasi seperti ini, lagkah pertama ialah menegur mereka
dengan lemah lembut dan sopan. Jika boleh saya tegur di kawasan yang
menyenangkan seperti di restoran sambil membelanjanya minum. Saya akan
bertanya sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah. Saya lebih suka
menggunakan panggilan yang mesra kepada mereka yang mereka dan melayan
mereka seperti sahabat-sahabat saya dan saya akan berbincang secara baik dengan
mereka demi meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja mereka. Secara tidak
langsung, saya juga akan dihormati mereka.

46. Bagaimanakah tindakan anda dalam menangani stress ketika melakukan


tugasan?

Salah satu cara ialah saya akan ke pantri. Kebiasaannya pantri disediakan di pejabat.
Oleh itu saya akan memanfaatkannya dan minum secawan kopi di sana sebentar,
ataupun meminumnya sambil membuat kerja atau juga saya akan merehatkan
minda seketika. Saya jugaakan berhenti dan bertenang, mendengar lagu serta
melakukan sedikit senaman ringan.

47. Sekiranya anda ditawarkan kerja ini, bagaimana anda merancang penggunaan
masa bagi dua minggu pertama di jabatan ini?

Dalam masa dua minggu tersebut, saya akan menyesuaikan diri dengan persekitaran
baru serta berkenalan dengan rakan-rakan baru di tempat kerja dalam dua hingga
tiga hari yang pertama. Seterusnya saya akan mengenal pasti susun atur tempat
kerja seperti bilik mesyuarat serta segala yang berkaitan dengan tempat kerja. Saya
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

juga akan melihat file-file ataupun rekod-rekod lama, membaca prosedur-prosedur


kerja, membuat nota serta bertanya kepada rakan-rakan yang lain berkenaan tugas
dan cara melakukannya.

48. Berikan kesan sekiranya sesebuah projek gagal disiapkan dalam masa yg
ditentukan?

Sekiranya sesebuah projek itu gagal, ia akan menyebabkan sasaran yang dikehendaki
tidak dapat dicapai. Selain itu ia juga menyebabkan perancangn yang lain atupun
seterusnya tergugat. Perancangn masa menjadi gagal dan ini menyebabkan
kurangnya produktiviti dan menyebabkan jatuhnya kredibiliti serta kurangnya
kepercayaan.

49. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk


dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen
sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam
proses perpindahan ini?

Sebagai penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat kita perlu sanggup bertugas
di mana-mana tempat sekalipun mengikuti arahan yang diberikan. Saya akan
menerima dengan hati terbuka dan merasakan bahawa khidmat saya sangat-sangat
diperlukan di tempat atau bahagian lain dan saya begitu menghargainya. Setiap apa
yang saya lakukan saya yakin pasti akan diilai sebagai amalan saya kelak dan saya
yakin segala yang ditetapkan pasti mempunyai sebab dan hikmah. Sekiranya saya
dipindahkan, pertamanya saya akan melawat tempat baru yang bakal saya beri
khidmat tersebut, kemudian saya akan merancang perpindahan saya sama ada
rumah, juga sekolah anak-anak saya di sampaing merancang pergerakan untuk
pemindahan tersebut.

50. Penggunaan Bahasa Inggeris amat dititikberatkan oleh Kerajaan Malaysia pada
masa sekarang. Jadi, bagaimanakah anda buat untuk memperbaiki mutu
penguasaan Bahasa Inggeris anda?

Ya, bahasa Inggeris amat penting dikuasai memandangkan ianya adalah bahasa
utama dunia. Untuk mempertingkatkan penguasaan saya dalam ilmu ini, saya telah
mengambil beberapa inisiatif. Pertama, saya selalu membaca akhbar berbahasa
Inggeris di pagi hari. Walaupun banyak perkataan yang tidak saya fahami, saya
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

merujuk kamus untuk mencari maknanya. Selain itu, saya juga telah membeli buku
Grammar untuk memperbaiki penguasaan tatabahasa saya. Dan cara yang paling
santai, saya menonton cerita filem berbahasa Inggeris yang memiliki sarikata bahasa
Inggeris juga di bawahnya. Ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai
sebutan dalam perbualan bahasa Inggeris.

TERIMA KASIH kerana membaca sehingga habis..


50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

Mahu Lebih Info Menarik?


Jom FOLLOW Kami di

FB Fan Page : INFO KERJAYA GRADUAN


Blog : infokerjayagraduan.com
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

Anda mungkin juga menyukai