Anda di halaman 1dari 2

Roti Canai adalah makanan tradisional kaum India di Malaysia.

Roti canai merupakan


sejenis roti nipis yang diperbuat daripada tepung. Roti canai biasa disaji bersama dengan
sambal cili, sambal ikan bilis, kari ikan atau kari ayam. Roti canai biasa dijual di restoran
mamak. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam dan sering kali
dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari
tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti.
Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang
digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini
datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan
berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia. (Wikipedia, 2015)
Penyediaan Roti Canai
1. Gaulkan 3 bahan pertama, masukkan telur, susu dan air sedikit demi sedikit hingga
adunan menjadi doh.
2. Uli selama 10 min hingga licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan
3.
4.
5.
6.
7.
8.

dengan air kemudian uli lagi.


Bahagikan 7 atau 8 bebola. Letak dalam mangkuk.
Lumur dengan minyak dan minyak sapi.
Tutup dengan tuala lembab, biar 6-8 jam (semalaman).
Ambil sebiji, leperkan seberapa nipis yang boleh (stail tersendiri).
Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan.
Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan
melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi.
Kini, pembuat roti canai telah mengadakan inovasi pada ramuan roti tersebut sehingga

terdapat pelbagai jenis roti canai. Antaranya ialah roti canai, roti telur, roti tisu, roti sardin,
roti bawang, roti pisang, roti boom dan lain-lain.

Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.

Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak
bawang yang didadukan.

Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang


merah yang banyak.

Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.

Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih
tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti
canai.

Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan


nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia,
kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.

Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum,
penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru
dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal
dan akan dipanaskan semula bila dipesan.

Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal
atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.

References
Wikipedia. (2015, January 11 ). Retrieved from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Roti_canai

Anda mungkin juga menyukai