Anda di halaman 1dari 2

MAKANAN TRADISIONAL BANGSA IBAN DI MALAYSIA

Kek Lapis

. Kek lapis sarawak sangat popular terutamanya ketika perayaan seperti


sambutan hari raya, hari gawai, tahun baru cina, krismas dan juga hari-hari
biasa. Kek lapis sarawak ini mempunyai pelbagai jenis corak. Setiap kek
mempunyai nama yang berbeza-beza. Perniagaan kek lapis di Sarawak
sangat popular dan mendapat sambutan dari orang Sarawak sendiri dan
juga orang luar. Harga kek juga bergantung dengan saiz kek, perisa dan
corak kek.
Laksa Sarawak
Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di
Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di
Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan
ketara. Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah
berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas.
Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang
dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa
sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan
dan juga limau kasturi
Manoh pasoh

Manok pansoh adalah sejenis makanan tradisional yang popular juga di


Sarawak. Manok pansoh adalah ayam yang di masak di dalam buluh.
Makanan ini adalah berasal daripada makanan tradisional kaum Iban di
Sarawak. Cara penyediaannya adalah ayam dimasukkan di dalam buluh
dengan perasa, bawang, halia, bunga kanta, serai dan daun ubi kayu.
Kegunaan daun ubi kayu adalah untuk menutup permukaan buluh. Cara
memasaknya adalah sama dengan cara memasak lemang.

Anda mungkin juga menyukai