Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan makanan bangsa melayu

Masakan Melayu adalah masakan orang Melayu dari Malaysia, Indonesia, Singapura,
dan Brunei yang dahulunya merupakan gugusan kepulauan melayu atau di kenali
sebagai Nusantara. Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan tradisional
yang tersendiri - contohnya Terengganu dan Kelantan terkenal dengan Nasi
dagang, Nasi kerabu dan Keropok lekor, Negeri sembilan dengan Gulai lemak cili
api, Pahang dan Perak dengan Gulai Tempoyak Ikan Patin, Kedah dengan Asam
laksa dan Gulai nangka, Melaka dengan Asam pedas, Johor dengan Mi
Bandung, Riau dengan hidangan ikan Patin;Gulai ikan patin dan Asam Pedasikan patin,
Melayu Deli di Medan Sumatera Utara terkenal dengan Nasi goreng teri
Medan dan Gulai Ketam[1] dan Brunei dengan hidangan Ambuyat.
Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak,
serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa
seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan.
Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama
dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa
utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak
menggunakan lengkuas dan serai makan.[2]
Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, makanan ruji kepada
orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis
makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa
turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Makanan akan dijamah dengan tertib
menggunakan tangan kanan (tangan kiri dikhususkan untuk penyucian diri) [3] Tidak
dapat dipastikan bila tradisi masakan Melayu mula wujud, tetapi rekod terawal yang ada
adalah dari abad ke-15 apabila Kesultanan Melaka menjadi pusat perdagangan penting
di Kepulauan Melayu.[4] namun begitu, keaslian dan tradisi makanan melayu juga di
percayai telah wujud sebelum kesultanan melayu melaka kerana kewujudan makanan
tidak boleh di ukur seiring dengan kewujudan empayar sesebuah kerajaan tetapi di ukur
dengan kewujudan masyarakat atau kelompok manusia. hal ini kerana makanan dan
manusia tidak dapat dipisahkan. namun begitu, tiada catatan yang khusus boleh di
jadikan rujukan akademik dalam menilai kewujudan makanan melayu.
penglibatan aktifnya dalam perdagangan rempah serta keterbukaannya kepada bahan-
bahan dan kaedah masakan yang diperkenalkan oleh orang luar seperti dari Arab,
Parsi, China dan India. Melaka juga merupakan pemangkin kepada pembangunan dua
budaya masakan yang kaya dan unik hasil dari campuran tradisi Melayu dengan China
dan Eropah, yang dikenali sebagai Makanan Baba Nyonya dan Serani. [5]
Nasi lemak, sejenis nasi yang dimasak dalam santan pekat mungkin merupakan
hidangan Melayu paling terkenal yang mudah didapati di setiap pekan dan kampung
Melayu serta dianggap hidangan kebangsaan Malaysia[6]. Satu lagi contoh
ialah Ketupat atau nasi himpit, nasi lekit termampat yang dimasak di dalam daun
kelapa, terkenal dihidang ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai jenis daging dan
sayur-sayuran diguna untuk menghasilkan Gulai atau Kari, sejenis hidangan kari
dengan pelbagai campuran rempah yang memaparkan pengaruh India yang jelas yang
diterima oleh orang Melayu sejak zaman silam. Oleh kerana kebanyakan orang Melayu
beragama Islam, masakan Melayu mengikut hukum diet halal Islam secara ketat.
Pengenalan makanan bangsa melayu

Pengambilan proten kebanyakannya diambil dari daging lembu, kerbau, kambing, biri-
biri, ayam, itik dan ikan. Daging babi, daging tidak halal yang lain serta alkohol adalah
diharamkan dalam agama Islam serta masyarakat Melayu dan tidak terdapat dalam diet
makanan seharian Melayu. Laksa, satu kacukan masakan Melayu dan Cina Peranakan
juga adalah satu hidangan yang masyhur.

Anda mungkin juga menyukai