Anda di halaman 1dari 10

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT PERIBUMI SARAWAK

BIDAYUH

IBAN
KENYAH

MELANAU
KELABIT

LUN BAWANG / LUN DAYEH


BISAYA
BAJAU

Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan


blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan
leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau
menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan
destar.Orang Bajau, (juga ditulis sebagai Badjao, Badjaw atau
Badjau) adalah sebuah kumpulan etnik pribumi
dari Malaysia dan Filipina Selatan serta diiktiraf
sebagaikumpulan etnik kedua terbesar di negarabahagian
Sabah.
KADAZAN

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang.


Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot
dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju
pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan
selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.Baju
tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu
hitam berhias rendakuning keemasan. Lelaki memakai pakaian
kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari
anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah.
Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.
MURUD

Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat
dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna.
Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita
menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat
dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti
rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai. Orang Murut adalah sebuah
kumpulan etnik pribumi yang mendiami wilayah utara pedalaman
Kalimantan.Sebahagian besar masyarakat Murut adalah di pedalaman
barat daya Sabah, Malaysia timur, khususnya daerah Keningau, Tenom
dan Nabawan Pensiangan, sepanjang Sapulut dan Sungai Padas.
MAKANAN TRADISIONAL SARAWAK
KEK SARAWAK

Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas,
Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis
corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang
mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu. Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis
corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin
susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut. Jenis-jenis kek lapis yang
terdapat di pasaran jenis roll, kipas, batik jawa, kristal,aiskrim anika, tulip, ketumpat dan bintik-
bintik.

LAKSA SARAWAK

Laksa sarawak 100 peratus berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang
digunakan dan kuahnya. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi sebenarnya
bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang
dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain.
Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.
MEE KOLOK

Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal bumiputra Sarawak.Mee kolok adalah makanan
yg dibawa oleh masyarakat cina sarawak yg datang berhijrah ke sarawak. Oleh sebab itu mee
kolok banyak dihidangkan di semua kedai makanan cina di Sarawak.Mee kolok antara mee yg
popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau bagaimanapun
tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan terdapat sedikit
pengubahsuaian rasa hidangan. Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok iaitu
mee kolok (Melayu), Kampua (cina),Mi Rangkai dan mi kering (iban).

MEE KUCHING

Mee kuching dan kueh tiaw tomato,ini popular di kalangan masyarakat sarawak tetapi tidaklah
sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang didapati di kedai
makanan cina, dan restoran ataupun food court (halal) di shopping complex. Bagi Mee Kuching,
mee ini banyak terdapat di Kuching dan juga dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan
mee ini keras dan ranggup semasa dihidangkan.
MANOK PASOH

Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh.
Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara
menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.'Manok'
bermaksudd ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa
Iban pula,dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab
cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan
lain seperti daging babi dan ikan disediakan mengikut cara yang sama. Tebaloi
merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional
masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu. Makanan ini banyak
dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak
yang mempunyai permintaan yang tinggi. Umai merupakan sejenis makanan
tradisional masyarakat Melanau. Umai juga dikenali sebagai 'Sushi Sarawak'
kerana disediakan daripada ikan mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil
isinya dan diperap bersama limau dan bawang merah. Terdapat juga dicampur
dengan hirisan cili mentah dan beberapa bahan sampingan lain. Umai yang paling
biasa dijumpa adalah Umai Ikan. Umai lebih sedap jika dihidangkan terus setelah
disediakan atau dihidangkan sejuk setelah disimpan dalam peti sejuk.

Anda mungkin juga menyukai