Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN .......................................................1
2. AGAMA DAN KEPERCAYAAN.............................2
3.PAKAIAN DAN SULAMAN.....................................3
4. PERKAHWINAN......................................................4
4.1: Adat Perkahwinan
5. PERAYAAN...............................................................5
6. PERMAINAN DAN MAKANAN............................6
6.1: Makanan
6.2: Permainan
7. CADANGAN............................................................7
8. KESIMPULAN........................................................8
9. RUJUKAN.................................................................9

1.0 : PENGENALAN
Masyarakat Baba dan Nyonya ialah masyarakat berketurunan Cina yang tinggal di kawasan
Melayu dan mengamalkan cara hidup seperti masyarakat Melayu. Dari segi kepercayaan agama,
masyarakat ini kebanyakkannya masih mengamalkan agama tradisional iaitu Cina dan Buddha atau
beberapa agama lain. Masyarakat Baba dan Nyonya juga mengamalkan cara hidup dan adat resam
keturunan Melayu seperti memakai baju kebaya dan berkain batik serta memakai barang kemas bagi
kaum Nyonya. Anak-anak mereka juga dididik dengan cara hidup masyarakat Melayu juga pengaruh
masyarakat-masyarakat yang berada di sekeliling kaum mereka. Unsur-unsur positif ini juga memberi
impak kepada kaum masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka yang masih lagi mengamalkan beberapa
adat resam keturunan mereka.
Secara umumnya, masyarakat Baba dan Nyonya merupakan satu kumpulan etnik yang mula
menetap di Malaysia mulai kurun ke-15. Mereka adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik
kedudukannya dalam kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu,
khususnya di Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai Baba atau Peranakan kerana
kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina tetapi mempunyai unsur-unsur
pengaruh kebudayaan Melayu. dalam catatan sejarah, Baba merujuk kepada kaum Cina yang
berketurunan campuran dengan orang tempatan di Melaka. Mereka memperkenalkan diri mereka
sebagai Baba atau Peranakan.
Sejak kurun ke 15, masyarakat Baba dan Nyonya mula berkembang di Tanah Melayu semasa
zaman kesultanan Melayu. Pada kurun ke 15 ini, , kepulauan Melayu sedang mengeratkan hubungan
dengan negara-negara lain, terutamanya negara China. Rombongan Laksamana Cheng Ho bersama
dengan Puteri Hang Li Po dan para pengiringnya telah datang ke Melaka untuk mengadakan
hubungan diplomatik. Sebagai penghargaan Puteri Hang Li Po telah dikahwinkan dengan Sultan
Melaka iaitu Sultan Mansor Syah. Pengiring- pengiring Puteri Hang Li Po dari wilayah Fujian dan
dipercayai adalah nenek moyang masyarakat Cina peranakan kini. Mereka telah berkahwin dengan
wanita tempatan selepas mereka setelah di Bukit Cina.
Peranakan mengekalkan kebanyakkan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi
bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya perakanan yang unik. Banyak
sumber memberi tuntutan bahawa peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan.
Anak yang dilahirkan di kenali sebagai Baba dan Nyonya atau Cina Peranakan kerana berdarah

kacukan Melayu-Cina. Oleh itu, banyak golongan Baba boleh dijumpai di Melaka. Namun, setelah
Pulau Pinang dan Singapura dikembangkan serta dimajukan, ramai golongan Baba ini telah berhijrah
ke negeri- negeri tersebut terutamanya ke Singapura.
Dalam sistem keluarga, masyarakat ini lebih memberatkan pihak lelaki atau nasab sebelah
bapa. Walaupun anak lelaki lebih penting untuk meneruskan zuriat namun anak perempuan tetap tidak
akan diabaikan. Bagi masyarakat Baba, anak lelaki mahupun anak perempuan tetap akan diberikan
hak mewarisi harta ibu bapa mereka yang mana anak lelaki akan mewarisi harta pusaka keluarganya,
sementara anak perempuan akan mewarisi harta dalam bentuk barangan kemas dan wang tunai bagi
menyara kehidupan seterusnya. Masyarakat Baba Nyonya dengan masyarakat Cina mempunyai paras
rupa yang tidak jauh berbeza. Namun begitu, kita dapat membezakan masyarakat Baba dan
Nyonya dengan masyarakat Cina berdasarkan nama mereka dimana mereka mengamalkan sistem
nama yang unik iaitu nama tengah dan nama akhir mereka akan dikongsi bersama ahli keluarga yang
lain.
Kebudayaan Baba telah menyimpan pelbagai artifak dengan mempunyai cara hidup yang unik
dan tersendiri hasil asimilasi dengan penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, kebudayaan Baba
adalah contoh daripada kebudayaan Cina yang telah diperkayakan dengan tradisi tempatan iaitu
tradisi orang Melayu Melaka. Etnik Baba boleh dikesan melalui beberapa budaya seperti dari segi
pakaian, agama dan kepercayaan, cara pemakanan dan masakan, perkahwinan dan seni bina.

2.0: AGAMA DAN KEPERCAYAAN


Dari segi anutan dan agama, kebanyakkannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan
Buddha, namun pada zaman sekarang telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian.
Kebanyakkan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara- upacara agama orang
Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain.
Masyarakat Baba juga amat menghormati jasa nenek-moyang mereka semasa masih hidup
seperti jasa nenek-moyang yang membolehkan mereka lahir dan menikmati kehidupan dunia sebagai
manusia sehingga beberapa generasi. Kaum Baba juga percaya bahawa nenek-moyang akan
mengamuk dan tidak mahu menjaga keamanan keluarga mereka sekiranya tidak menyembah mereka
sehingga menyebabkan pertengkaran dan penceraian.Penyembahan nenek moyang dilakukan tujuh

kali setahun. Penyembahan yang dilakukan mirip dengan budaya Cina. Masyarakat Baba
mengamalkan satu upacara tradisi dengan penyembahan nenek moyang iaitu penggunaan meja
panjang atau lauk tok panjang. Upacara ini akan disempurnakan dengan memasak lauk sembahyang
yang istimewa pada hari-hari tertentu sahaja. Pelbagai masakan, buah-buahan dan kuih-muih akan
dihidangkan di meja penyembahan dan selepas penyembahan moyang dan ahli keluarga akan
berkumpul bersama-sama untuk makan makanan tersebu dimana dipercayai akan membawa nasib
atau tuah kepada keluarga mereka.
Terdapat juga pantang-larang dalam masyarakat Baba dan Nyonya. Antara pantang larangnya
ialah seorang itu tidak boleh membuang air merata-rata kerana akan membawa kecelakaan pada diri
mereka. Kaum Baba juga dilarang untuk bersiul dalam rumah terutamanya anak dara kerana ini akan
menyebabkan mereka susah untuk mendapat jodoh. Ketika menyambut hari perayaan pula,
masyarakat Baba dilarang untuk membersihkan rumah kerana dianggap membuang untung dan
mendatangkan sial. Selain itu, masyarakat Baba juga tidak dibenarkan menyapu serpihan mercun
kerana serpihan itu dianggap tuah dan membawa jalan menuju ke syurga.Baba dan Nyonya juga
mempercayai fengshui. Kebanyakkan rumah Baba dan Nyonya terdapat perigi di tengah rumah
mereka untuk mengisi air hujan dan dipercayai air tersebut melambangkan kekayaan. Mereka juga
mempercayai ikan boleh membawa tuah kepada keluarga. Oleh itu, kebanyakkan mereka mengukir
corak ikan di sekeliling perigi.

3.0: PAKAIAN DAN SULAMAN


Pakaian mempamerkan satu simbol identiti bagi kebanyakan etnik di Malaysia termasuklah juga
kaum Baba dan Nyonya. Yang mana, kaum Baba dan Nyonya mempunyai pakaian tradisionalnya
yang tersendiri yang telah diwarisi daripada nenek moyang mereka dan telah terpengaruh dengan
budaya pemakaian orang Melayu. Pakaian tradisional kaum perempuan Baba dan Nyonya ialah
memakai pakaian kebaya dan kain sarong. Malahan, kebaya kaum Baba dan Nyonya dipercayai telah
wujud pada kurun ke-19 iaitu pertama kali dipakai oleh kaum serani berbangsa Belanda. Kebaya
Nyonya diperbuat daripada kain atau benang yang memerlukan 3 pasang keronsang untuk di jadikan
butang dengan menggunakan kepakaran bagi menyulam corak-corak yang halus. Secara tidak

langsung, kita dapat melihat keserian pada pakaian kaum Baba dan Nyonya adalah hasil daripada
tangan mereka sendiri. Manakala, kaum lelaki Baba akan memakai kot dan berkasut kulit.
Biasanya kebaya dan kain sarung akan dipadankan dengan kasut manek (manik). Kasut manek
adalah alas kaki buatan tangan dengan menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus
yang di jahit pada kain kasut tersebut. Rekaan pada kasut manek yang biasa dilihat adalah motif
bunga eropah dan warnanya akan dipengaruhi oleh tembikar peranakan dan sarung batik. Akan tetapi,
kasut manek tersebut telah mengalami perubahan yang lebih moden dan ditambah tumit dari satu
generasi ke satu generasi. Selain daripada pakaian tradisional kebaya dan kasut manek, golongan
wanita kaum Baba dan Nyonya juga memakai pelbagai aksesori seperti sapu tangan sulam, cucuk
sanggul dan lain-lain lagi.
Manakala, kaum lelaki Baba kebiasaannya hanya akan memakai kot dan berkasut kulit. Tetapi
akan mengenakan pakaian samfoo, kasut dan topi pada setiap sambutan perayaan kaum Baba dan
Nyonya.

Gambar 1: Contohcontoh sulaman dan


perhiasan

4.0: PERKAHWINAN
Masyarakat Baba dan Nyonya yang juga dikenali sebagai Kaum Peranakan ini telah wujud di
Tanah Melayu (Malaysia) sejak sekian lama hasil daripada perkahwinan campur yang telah
melahirkan satu etnik atau masyarakat yang unik dari pelbagai segi termasuklah perkahwinan mereka.
Kaum Peranakan biasanya akan berkahwin dengan yang sedarjat dengannya dan lamaran mereka
memerlukan buah tangan pinangan seperti bakul berkilau dua tingkat. Perkahwinan kaum ini juga
turut mempunyai kepercayaan dan adat resamnya yang tersendiri sekaligus mempertengahkan tradisi
cina.

4.1: Adat Perkahwinan Etnik


Baba dan Nyonya
Perkahwinan Peranakan
tradisional biasanya dijalankan di
rumah pengantin perempuan yang
berterusan selama dua belas hari,
upacara seperti Lap Chai dan Cheo
Thau akan berlangsung. Majlis
Cheo Thau memainkan peranan penting buat pasangan pengantin dan menandakan untuk kali yang
pertama apabila memakai pakaian perkahwinan sahih mereka, Lap Chai pula adalah adat menukar
hadiah.
Pada tahap awal perkahwinan, jemputan akan dibuat secara peribadi dengan menghantar kad
jemputan yang bersampul merah serta mengambil masa selama enam hari sebelum upacara
berlangsung. Pada hari tersebut, ketua upacara akan mengenakan busana tradisional sambil
memulakannya dengan memberi kuih ih atau dikenali juga sebagai sang ih yang terletak di dalam
bakul nyonya iaitu bakul siah. Sang ih adalah bermaksud untuk memperkenalkan dan ih pula
simbol kepada benda baik untuk perkahwinan. Selain itu, kain merah atau chye kee dan tanglung
akan diletakkan di pintu utama.
Persiapan bilik pengantin juga perlu bagi majlis perkahwinan dengan menukar cadar baru yang
berwarna-warni berserta sulaman, meletakkan langsir, bunga-bungaan dan haruman seperti potpouri
juga dipanggil sebagai bunga rampai atu Stangee iaitu wangian daripada kulit pokok. Seterusnya
ialah hari KhuihThiah atau hari pembukaan untuk perayaan dan juga hari kupas bawang untuk
menyiapkan pelbagai persiapan yang disusuli pula oleh hari meyambal. Sambal akan dimakan
bersama dengan nasi lemak pada hari ke-12 upacara perkahwinan.
Justeru, hari tumbuk tepung dan Sang Jit diuruskan pada dua hari sebelum perkahwinan.
Tepung itu digunakan bagi membuat juadah seperti onde-onde, tat, pisang goreng, apam berkuah dan
akhir sekali putu tekan yang berwarna biru dan putih yang mana ditekankan di dalam bekas kayu.
Keluarga kedua pihak pengantin akan bertukar hadiah pada hari Sang Jit dan barangannya adalah

seperti khinzir, itik cincin berlian dan lain-lain.


Tambahan pula, tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang berkahwin itu dan adat
mas kahwin yang diserahkan kepada ibu bapa wanita itu adalah adat resam kaum Melayu yang telah
diasimilasikan ke dalam budaya Baba dan Nyonya.
Sehubungan itu, muzik akan dimainkan oleh golongan boria, ronggeng dan pancaragam serunai
cina. Ianya akan berlangsung selama dua belas hari bagi orang-orang kaya, manakala bagi golongan
kebanyakan ialah pada hari pertama dan kedua belas sahaja.
Chia N Lang
Jamuan makan malam diadakan di rumai pengantin perempuan di mana kumpulan pemuzik (serunai,
boria dan ronggeng) akan meghiburkan tetamu. Seterusnya pengantin lelaki dan Pak Chindek akan
terlibat dalam penghantaran kad jemputan disamping pangantin perempuan akan diajar cari untuk
berjalan dan berlutut oleh Mak Andam.
Chiu Thau
Merupakan memberian yang dianggap suci dan dipersembahkan di tempat pemujaan seperti Sam
Kai atau Sang tai Tay yang mewakili syurga, bumi dan manusia. Pasangan tidak dibenarkan
bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara Chim Pang, dan pengantin lelaki yang akan
memulakan adat terlebih dahulu.
Chim Pang
Merupakan pertemuan pertama antara pasangan tersebut dan kedua-duanya dipasang atau dijodohkan
oleh ibu bapa mereka. Mereka akan duduk di kerusi yang disediakan yang berhadapan antara satu
sama lain selepas pertemuan.
Choo Tok
Pada hari Sah Jit (perayaan tiga hari) merupakan hari di mana pengantin akan memberi sembah
hormat kepada ahli keluarga dan tuhan merekadisamping upacara ini adalah untuk pasangan makan
bersama-sama sebagai suami isteri.
Chian Sia

Merupakan acara jemputan untuk adat resam di mana pengantin perempuan akan mengenakan baju
kurung dan kain sarug yang diperbuat daripada kain brokeddan di tenun dengan benang perak dan
emas. Selain itu, nyanyian dondang sayang akan dinyanyikan.
Dua Belas Hari
Merupakan hari di mana tetamu akan dihidangkan dengan juadah seperti nasi lemak yang dibuat
dengan begitu teliti (dikukus menggunakan kukusan kayu dan ditutupi dengan daun pisang) supaya
mengandungi banyak lemak berserta dengan sambal serunding. Pada hari ini juga, rundingan dibuat
sambil menikmati hidangan tepak atau tempah sirih.
Chian Ching Kay, Che Umm
Masyarakat Baba dan Nyonya percaya pemilih tarikh yang sesuai dapat mengelakkan malapetaka dan
upacara ini sebenarnya adalah makan malam yang bertujuan mengeratkan hubungan persaudaraan
antara kedua-dua belah pihak. Terdapat beberapa adatnya yang menyerupai adat kaum cina, namun
jika diteliti ianya lebih bercirikan kemelayuan.

5.0: PERAYAAN YANG DISAMBUT.


Sejak berabad lamanya masyarakat Baba dan Nyonya telah mengadaptasikan budaya masyarakat
Melayu di dalam diri mereka, akan tetapi pada masa yang sama masih mengamalkan ciri-ciri budaya
warisan cina termasuklah juga dari segi perayaan dan perkahwinan.
Seperti kaum lain, Kaum Peranakan ini juga mempunyai pelbagai jenis perayaan yang akan
mereka sambut dan raikan menjelang hari atau bulan-bulan yang tertentu. Antaranya ialah seperti
Tahun Baru Cina, Cheng Beng, Sembahyang bulan, Ong Yah, Sembahyang Hantu, Tung Chek dan
Perayaaan Bulan Mei (Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli, 19997:38).
Sistem lunar atau pengiraan mengikut peredaran bulan digunakan untuk menentukan tarikh
perayaan Tahun Baru yang disambut berdasarkan takwim orang Cina. Sebelum menyambut perayaan
ini, masyarakat Baba dan Nyonya akan membersihkan rumah dan menyediakan juadah seperti kuih-

muih dan pelbagai makanan traditional mereka untuk disajikan kepada ahli keluarga dan saudara
mara. Walaupun ahli keluarga tinggal berjauhan,mereka diharuskan untuk berkumpul bagi menjamu
selera dan selepas itu mercun akan dibakar sebagai tanda kemeriahan.
Pada keesokannya, kaum Baba akan bersembahyang untuk memohon kesejahteraan pada
sepanjang tahun tersebut dan selepas itu sanak saudara akan datang berkunjung dengan membawa
pelbagai jenis buah tangan termasuklah juga buah limau mandarin dan angpau. Mereka yang telah
berkahwin wajib memberikan angpau kepada yang masih bujang dan ianya haruslah mempunyai dua
keping duit kertas meskipun nilainya hanya sedikit serta hendaklah menggunakan sampul yang
berwarna merah sebagai lambang kebahagiaan.
Seterusnya ialah Perayaan Cheng Beng, yang mana dikenali juga sebagai Hari Semua roh dan
disambut pada bulan kedua dalam kalender cina. Beberapa kertas emas dan colok akan dibakar untuk
digunakan dalam upacara menyembahyangan dan berdoa bagi kesejahteraan roh terutamanya nenek
moyang mereka. Selain itu, persembahan lauk juga (gula tarik, kacang, arak and makanan lain) akan
diadakan ketika bersembahyang untuk menjamu roh.
Manakala, Sembahyang Bulan pula adalah perayaan yang disambut pada lima belas haribulan
lapan dalam kalender cina dan upacara ini dilakukan sempena menyambut kelahiran bulan. Rumah
akhay-akhay iaitu rumah kecil yang halamannya telah dihias cantik dan merupakan tempat
berlansungnya Sembahyang Bulan. Berpuluh-puluh batang lilin akan dinyalakan sambil berdoa
semoga bulan sentiasa memberi cahaya kepada mereka. Disamping itu, pelbagai jenis juadah
dihidangkan ketika uparaca dijalankan, kuih bulan akan diletakkan ditengah-tengah dan dikelilingi
oleh makanan yang lain seperti kuih bakul, dodol, kuih waajik, teh cina dan sebagainya.

Gambar 2.

6.0:
PERMAINAN

DAN MAKANAN
6.1: Makanan
Kaum Baba dan Nyonya amat terkenal dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu
menyelerakan dan resipinya menampilkan budaya campuran cita rasa kaum Cina dan Melayu.
Kebiasaannya, makanan tradisional akan dihidangkan pada hari perayaan seperti majlis perkahwinan,
perayaan tahun baru cina. Makanan tradisional ini, berunsurkan masakan berempah dan pedas.
Antara masakan tradisional Baba dan Nyonya yang telah diwarisi dari turun temurun adalah
ayam pongteh. Masakan ini wajib ada didalam senarai makanan kaum Baba dan Nyonya. Ayam
tersebut akan dimasak dengan cara masakan Baba dan Nyonya yang akan ditambah dengan kentang
yang empuk. Selain itu, makanan lain kaum Baba dan Nyonya adalah sayur campur. Masakan sayur
campur tersebut agak berbeza dengan masyarakat Melayu, iaitu biasanya resepi sayur campur melayu
akan memasukkan segala jenis sayuran dan menjadi masakan sayur campur. Tetapi berbeza dengan
sayur campur Baba dan Nyonya di Malaysia akan memasukkan elemen fucuk tauhu. Seterusnya,
paiti juga termasuk dalam masakan tradisional Baba dan Nyonya. Paiti adalah sejenis pembuka
selera Baba dan Nyonya yamg berbentuk seperti kuih berlauk yang mempunyai kulit yang rangup dan
akan diisi dengan ayam, sengkuang dan juga ketam. Malahan, banyak lagi masakan tradisional yang
masih kekal sehingga kini termasuklah nyonya laksa, chiken pong teh, asam pedas nasi kunyit dan
mee sua, nasi lemak, itik tem (daging itik dimasak dengan sayur asin), acar nyonya, kari, sambal, sup
ketam dan sebagainya.
Disamping itu, Baba dan Nyonya terkenal dengan kuih tradisional yang dibuat dengan cara
masakan kaum tersebut antaranya termasuklah kuih bakul, kuih talam, dodol, wajik, tapai, kuih bulan,
bahulu dan banyak lagi.
Gambar 3.
6.2: Permainan
Permainan tradisional
ini biasanya akan di
mainkan oleh kanakkanak kaum Baba dan Nyonya. Permainan kanak-kanak Baba dan Nyonya lebih kepada permainan
kaum Melayu. Hal ini kerana kanak-kanak tersebut bergaul dengan anak-anak orang Melayu dan

bermain permainan Melayu. Antara permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, layanglayang, batu seremban, permainan getah dan sebagainya.

7.0: CADANGAN
Kewujudan kaum Peranakan atau juga lebih dikenali sebagai masyarakat Baba dan Nyonya di
Malaysia telah mewarnai serta menyerikan lagi variasi kebudayaan di Malaysia sejak sekian lama.
Oleh itu, kita selaku masyarakat yang berbilang kaum, hendaklah mengekalkan keunikan budaya
mereka agar etnik ini tidak dipinggirkan dan hilang ditelan zaman. Melentur buluh biarlah daripada
rebungnya, begitulah juga jika kita hendak memupuk semangat keharmonian di antara kaum yang
berbilang bangsa yang terdapat di Malaysia. Selain itu, media massa juga dapat menjadi sebuah
medium perantaraan untuk mempromosikan masyarakat Baba dan Nyonya serta membolehkan kaumkaum lain untuk lebih mengenali dan mendekati kaum ini dengan lebih terperinci. Akhirnya, usaha ini
akan menjadi pengetahuan atau aset yang berguna kepada orang ramai terutamanya generasi muda.
Tambahan pula, masyarakat Baba dan Nyonya juga haruslah memelihara keaslian etnik itu sendiri
seperti adat-adat resam (pantang larang), makanan dan pakaian traditional serta kepercayaan agar
generasi akan datang masih berpeluang untuk mengenali etnik mereka. Disamping itu, memahami
keunikan dan perbezaan tentang kebudayaan masyarakat Baba Nyonya dengan kebudayaan kaum lain
di Malaysia juga sangat penting.
Tuntasnya, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman
generasi muda juga masyarakat tentang budaya Baba dan Nyonya. Hal ini disebabkan kebudayaan
masyarakat Baba dan Nyonya semakin dilupakan.

8.0: KESIMPULAN
Kaum Baba dan Nyonya yang terdapat di Malaysia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri
dan terhasil daripada asmilasi dua kelompok, itu dari budaya Melayu dan budaya
Cina. Di mana mereka mempunyai dua latar belakang yang berlainan dan
membentuk satu kelompok masyarakat yang unik iaitu etnik Baba dan Nyonya.

Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan di antara kaum Baba dan kaum Cina dari beberapa
aspek yang telah menerima pengaruh budaya kemelayuan.
Kesimpulannya, percampuran budaya dan adat dalam masyarakat Baba dan Nyonya telah
membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat kita pada hari ini.
Marilah kita bersama-sama mengekalkan identiti bagi setiap kaum dalam

9.0: RUJUKAN
1.

Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997). Masyarakat baba. Melaka: Assocated Educational
Distributors (M) Sdn. Bhd.

2.

Tan Chee Beng. (1988). The Baba Of Malacca: Culture and Identity of a Chinese Community in
Malaysia.Petaling Jaya: Pelanduk Publications.1993.

3.

Khoo May Hwa & Judy Tam Shu Mee. (2008). Masakan Nyonya Melaka Peranakan.

4.

Zalifah Abdllah (2006). Budaya berbilang kaum. Melaka: Assocated Educational Distributors
(M) Sdn. Bhd.

5.

Ahmad Razali (1985, April). Budaya : Arah satu bangsa. Majalah dewan budaya.

6.

Hafizah Kaab (2008, Julai). Masyarakat Baba Nyonya di Melaka. Diambil pada (10/10/16), dari
(http://hafizahkaab.blogspot.com/2008/07/masyarakat-baba-nyonya-di-melaka_26.html).

Anda mungkin juga menyukai