Anda di halaman 1dari 5

PERANAKAN BABA NYONYA

1.1 SEJARAH KAUM PERANAKAN BABA NYONYA DI MALAYSIA

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di
kalangan kaum Cina yang terdapat di negeri-negeri Selat, Tanah Melayu. Bagaimanapun,
sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya
mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan
ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai
kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka
memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang
berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di
persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di
antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi
seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih
mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama
lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacaraupacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur
tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah
suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang
untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin
berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.
Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li
Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.
Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan.
Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi
bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik.
Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang
Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal
di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina
Muslim.
Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan
ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina. Sejak beberapa kurun,
Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi
Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut
budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu,
dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya. Pada pertengahan abad ke-20,
kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya,
dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan
mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi

oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama
Kristian.
Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan
Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai Kings Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih
taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa,
kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan
British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu
dan Barat; terutamanya, British.
1.2 BUDAYA KAUM PERANAKAN BABA NYONYA
BAHASA

Sources: Google Image


Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada
kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang
berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien
meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang
Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain. Budaya Baba berasal
dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak
juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum
Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang
dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu.

PAKAIAN

Sources: Google Image


Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan
kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu. Oleh itu, adalah menarik
bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan, walaupun
mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspekaspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih
kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu,
serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun.
Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah
tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan
Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang
indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina
berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu.

MAKANAN

Sources: Google Image


Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah
menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana
juga orang-orang Melayu. Cara pemakanan masyarakat Baba dan Nyonya dipengaruhi
kebudayaan Melayu. Seperti wanita melayu, nyonya-nyonya memakan sirih dan mengunyah
daun tembakau.Mereka suka memakan dan memasak lauk atau masakan berempah dan
pedas seperti masak asam,sambal tumis, sambal cili gararam, buah keluak, masak lemak,
sambal belancan, kuah lada dan rendang. Ulaman seperti jering, petai , pegaga, jantung pisang
dan pucuk daun juga sebahagian. Darpada makanan kegemaran masyarkat Baba dan Nyonya.
Masyrakat Baba dan Nyonya juga lebih gemar makan menggunakan tangan daripada sudu
atau penyepit. Kesimpulannya, seleramakan dan cara pemakanan masyarakat Baba dan
Nyonya sama seperti masyarakat melayu.

Anda mungkin juga menyukai