Anda di halaman 1dari 12

Definisi

Mengikut Kamus Dewan, pengaruh adalah kuasa yang terbit daripada orang ( benda dan lain-

lain ) ke atas orang ( benda dan lain-lain ) lain, kekuatan batin ( ghaib dan lain-lain ) yang

meninggalkan kesan ke atas orang ( lain ) dan lain-lain. Pengaruh yang dimaksudkan dalam

soalan ini adalah merujuk kepada pengaruh Hindu Buddha dan Islam ke atas sesebuah kerajaan

di Asia Tenggara sama ada dari segi kepercayaan ataupun kebudayaan.

Pengenalan

Pengaruh Hindu Buddha ke atas kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara bermula sejak abad ke 3

SM lagi.1 Dari segi istilahnya, konsep pengindiaan ( indinization ) dipakai dengan pengertian

yang luas iaitu pengaliran pengaruh agama, politik dan kebdayaan India. Sebelum berlakunya

proses pengindiaan di Asia Tenggara, perhubungan awal di antara India dengan Asia Tenggara

sudah lama wujud. Perhubungan ini dikatakan berlaku sejak zaman pra-sejarah lagi secara dua

hala di mana bukan sahaja orang India menjelajah kawasan Asia Tenggara, bahkan orang Melayu

juga turut sampai ke India.2 Pelbagai teori telah diketengahkan tentang proses pengindiaan di

Asia Tenggara. Menurut pendekatan tradisi terdapat teori trivamsa iaitu teori yang

menekankan peranan tiga kasta tertinggi terdiri daripada Brahmin, Ksyatriya dan Vaisya. 3

Manakala menurut pendekatan moden, tekanan diberikan kepada faktor-faktor politik, sosial,

ekonomi dan agama.4 Dengan menekankan teori trivamsa terutamanya kelas Brahmin dan

Ksyatria, kemungkinan dapat menerangkan mengapa kebudayaan Hindu yang berkembang di

1
S.Singaravellu: Ulasan Ringkas Hubungan Kebudayaan antara India dengan Malaysia pada zaman
Pra-moden; dlm. Ismail Hussien ,et.al (ed ), Tamadun Melayu, Jld. 1, hlm.86
2
Satyawati Sulaiman, Concise Ancient History of Indonesia: Jakarta, The Archaeologial
Foundation, 1974, hlm.13
3
Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara; Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam. Utusan Publication Sdn. Bhd, 2003. hlm 54
4
Ibidhlm 55

1
Asia Tenggara ini bercorak elitisme. Walaupun sifat elitisme Hindu dan sifat kerakyatan Buddha

kelihatan berbeza, namun dalam praktiknya kedua-dua agama ini tidaklah bergerak sendirian

bahkan saling bekerjasama dan bersatu hingga mewujudkan semacam agama dan budaya

sinkretis. Hasil daripada peranan antara orang India dan penduduk tempatan, maka

berkembanglah agama dan kebudayaan India I Asia Tenggara.

Manakala, kedatangan Islam ke Asia Tenggara dikaitkan dengan negeri India tetapi ditolak oleh

beberapa sarjana lain yang mengusulkan bahawa negeri China atau Arab dan Parsi sebagai

tempat asalnya Islam. Beberapa orang sarjana telah membahaskan tarikh sebenarnya kedatangan

Islam ke Asia Tenggara yang dikatakan berlaku sejak abad ke 13 ataupun sebelum tarikh itu.

Antaranya R.A. Kern, G.E. Marrison, Snouck Hugronje, D.G.E.Hall, John Crawford dan lain-

lain. Manakala sarjana-sarjana Islam ialah S.Q. Fatimi, Hamka dan Syed Muhammad Naquib

AlAttas. Dipercayai golongan pedagang atau para sufi dan tokoh-tokoh tempatan yang

bertanggungjawab menyebabkan Islam ke Asia Tenggara. Dikatakan hubungan di antara Timur

Tengah dengan Asia Tenggara atau Nusantara sudah lama wujud iaitu sebelum kelahiran Nabi

Mhammad S.A.W. lagi. Perhubungan ini tidak bersifat sehala kerana orang Arab dan Farsi juga

datang ke Asia Tenggara manakala orang Melayu ke Timur Tengah. Hubungan secara tidak

langsung dengan Nusantara berlaku kerana faktor-faktor perdagangan dan juga diplomatik di

antara Timur Tengah dengan Timur Jauh, atau di antara Arab - Parsi dengan China. Terdapat

pelbagai teori yang menyatakan bagaimana Islam bertapak di Asia Tenggara secara berperingkat-

peringkt. Bermula dengan peringkat persinggahan, pertapakan seterusnya peringkat perluasaan.

Dengan adanya proses pengindiaan dan pengislaman di Asia Tenggara ini, maka pengaruh India

dan Islam dapat dilihat dalam kerajaan, kepercayaan dan kebudayaan.

2
Pengaruh Hindu-Buddha dan Islam Dari Segi Kepercayaan

Dari segi sejarahnya, tamadun asli India bermula di Lembah Indus di Mahenjo-Daro dan di

Harappa yang dikenali sebagai kebudayaan Dravidia. Kedatangan bangsa Arya sekitar abad ke 2

SM yang membawa bersama mereka agama Brahman dan bahasa Sanskrit telah menyebabkan

berlakunya perkembangan kebudayaan Arya malah telah dapat mendominasikan kebudayaan

tempatan. Dari segi ajaran dan doktrinnya, pada asasnya terdapat empat prinsip umum iaitu

ajaran tentang karma atau hukum balasan kerana mengikut hawa nafsu, samsara ( reincarnation ),

moksa ( liberation ) dan advaita (union).

Dalam agama Hindu kepercayaan mereka bercorak politheisme dan henotheisme. Corak

politheisme bermaksud orang Hindu menyembah apa sahaja objek seperti haiwan, tumbuh-

tumbuhan, ataupun benda-benda di alam lain yang dianggap sebagai tuhan atau dewa. Manakala

corak henotheisme atau ishta devata ( chosen deity ) pula bermakna menyembah sebarang dewa

atau tuhan yang dipilih atau disukai. Terdapat lima mazhab Hindu yang terkenal berdasarkan

corak henotheisme ini iaitu Saiva, Vaisnava, Ganapatya, Saura dan Shakta. Mengikut

kepercayaan, seorang penganut Hindu akan sentiasa melaksanakan amal ibadat dan pengorbanan

( yajna ) bagi tujuan mendekatkan diri dengan dewa.

Menyentuh tentang agama Buddha, pada umumnya ia terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran

Theravada dan aliran Mahayana. Aliran Theravada ( atau Hinayana ) bertolak daripada doktrin

triratna ( Three Jewels ) iaitu Buddha, Dhamma, dan Sangha. Dalam doktrin Buddha, ia

menumpukan perhatian kepada hagiografi agama ini iaitu Shiddharta Gautama yang

kemudiannya menjadi Buddha ( Enlightened One ). Agama Buddha yang diasaskan oleh

3
Siddharta Gautama dari kasta Ksyatria adalah sebagai reaksi kepada sifat elitisme kaum

Brahmin. Dari segi falsafah hidup Buddhisme, pencapaian nirvana merupakan matlamat hidup

yang tinggi.5 Dan orang yang mencapainya disebut sebagai Arhat ( worthy ) yang tidak akan

mengalami samsara yang mana dianggap sebagai Nibbuta ( ideal man ). Dari segi teologinya,

ajaran Buddha bersifat agnostik atau ateistik, yakni tidak berpegang kepada sebarang

kepercayaan kepada tuhan. Bagaimanapun sikap ini berubah apabila timbul kepercayaan kepada

para Buddha sebagai pantheon antara dewa yang disembah. Pantheon ini berada di sepuluh arah

dan mempunyai kerajaan tertentu di bawah kekuasaannya.6

Kemunculan aliran Mahayana adalah sebagai reaksi kepada aliran Theravada yang dianggap

sempit dan ketat. Istilah Hinayana ( kenderaan kecil ) diberikan kepada golongan aliran

Theravada oleh golongan Mahayana manakala Mahayana pula bermaksud kenderaan besar.

Hinayana lebih menekankan kepada kehidupan monostik, manakala golongan Mahayana

menekankan kepada kehidupan sosial yang lebih luas. Ajaran Mahayana juga lebih

komprehensif dan terbuka kepada pengaruh luar, bukan tertakluk kepada tradisi sahaja.7

Berbeza dengan pengaruh Islam yang melarang penganutnya melakukan perkara yang

menyekutukan Allah S.W.T.

Dengan penerimaan Islam, maka berlakulah perubahan daripada kepercayaan tradisional kepada

akidah tauhid. Dengan perubahan ini, maka runtuhlah kepercayaan pra-Islam ( kepercayaan asli

dan Hindu-Buddha ) yang dipenuhi dengan unsur-unsur syirik, khurafat dan tahayul. Daripada
5
Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara; Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam. Utusan Publication Sdn. Bhd, 2003., hlm 15.
6
R.Soekmono, Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia, Jld. 2. Jakarta: Yayasan Kanisius, 1973,
hlm. 26.
7
Trevor Ling, A History of Religion East and West, London: Macmillan Publishers Ltd. 1985,
hlm. 196.

4
dari satu segi, berlaku perubahan kepercayaan pada peringkat atasan tetapi dari segi lainnya,

terdapat fenomena persambungan kepercayaan tradisional pada peringkat bawahan iaitu rakyat.

Pada zaman pra-Islam, bukan sahaja terdapat kepercayaan asli yang berteraskan pemujaan nenek

moyang, bahkan juga agama Hindu-Buddha dari India. Wujud juga unsur sinkretisme di mana

kedua-dua tradisi asli dan asing tersebut bercampur baur dalam satu wadah toleransi yang

luarbiasa. Toleransi masyarakat yang luarbiasa ini menjadikan mereka bukan sahaja menyambut

baik agama baru, malah tetap mempertahankan warisan kepercayaan asli ini.

Dalam agama Hindu-Buddha, amalan mantera bukan sahaj memuja dewa, malah merupakan

jampi serapah yang bersifat magis. Kepercayaan ini turut menjadi ikutan orang Melayu.

Bagaimanapun, dalam ajaran Islam, sebarang penyatuan atau perkongsian kuasa kepada selain

daripada Allah S.W.T. merupakan amalan syirik. Oleh kerana itu, Islam melarang dengan tegas

amalan jampi dan mantera.8 Konsep daulat yang diamalkan oleh raja-raja telah memberikan

kemuliaan kepada raja secara keterlaluan. Ini kerana rakyat yang engkar kepada perintah raja

didakwa akan menerima tulah sedangkan istilah daulat berasal dari istilah Arab iaitu daulah,

yang bermaksud kuasa atau pemerintahan. Walaupun Islam telah berkembang, namun

kepercayaan pra-Islam atau tradisional masih wujud. Misalnya dalam bidang pertanian dan

perikanan. Pengaruh kepercayaan tradisional masih jelas melalui kepercayaan kepada semangat

yang terdapat di dalamnya. Penanaman padi misalnya, para petani percaya bahawa padi yang

ditanam mempunyai semangat yang perlu dpelihara demi mendapatkan hasil yang baik. Begitu

juga dengan keselamatan diri di kampung, di pantai dan di laut yang perlu diadakan pemujaan

seperti puja pantai. Penyeruan roh-roh halus dan adakalanya para malaikat dan Nabi diiringi

8
Sulaiman bin Abdullah bin Muhammad bin Abd. Wahab, Ketuhanan Yang Maha Esa Menurut
Islam. Kuala Lumpur: Victory Agencie, hlm. 542 - 547

5
doa dalam bahasa Arab atau daripada ayat Al-Quran jelas menunjukkan persambungan di

samping perubahan.9 Dalam perubatan tradisional ini, mereka percaya kepada perkara sihir dan

ghaib. Persambungan kepercayaan tradisional juga masih diamalkan dalam adat resam Melayu

hingga kini. Umpamanya membayar nazar di tempat yang dianggap keramat, mandi bunga untuk

membuang sial, menepung tawar, melenggang perut dan sebagainya. Semua adat-adat ini

mengandungi unsur-unsur animisme dan dengan sendirinya ia bercanggah dengan akidah Islam 10

serta perlu dihindari. Dalam perbincangan ini, persambungan tradisi yang ketara hingga kini

ialah upacara perkahwinan dan kematian. Dalam adat perkahwinan, walaupun percanggahannya

dengan ajaran Islam bertumpu kepada persoalan hukum11, namun ia tidak melibatkan akidah.

Manakala adat resam berkaitan kematian masih dipengaruhi oleh pengaruh trsdisional.

Umpamanya upacara kenduri malam ke-7, 40, dan ke-100 yang berasal daripada tradisi nenek

moyang. Dipercayai amalan tersebut dapat menghindari diri daripada gangguan roh simati. 12

Amalan ini merupakan bidaah dan khurafat di mana amalan-amalan ini tidak sepatutnya mereka

lakukan kerana bertentangan dengan akidah Islam.

Pengaruh Hindu-Buddha dan Islam Dari Segi Kebudayaan

Berkaitan pengaruh Hindu-Buddha dan Islam ini, tumpuan akan diberikan kepada aspek-aspek

kesenian dan hiburan. Menyentuh aspek kesenian dan hiburan ini, ianya berkembang di asia

Tenggara bersama-sama dengan ajaran agama. Jika ditinjau daripada aspek kesenian, banyak

pengaruh Hindu-Buddha dapat dilihat terutamanya dalam binaan candi, patung dan arca.

Misalnya monumen Angkor Wat yang dibina oleh Suryavarman pada awal abad ke -12 dan
9
Zulkarnain Zakaria, Perangkap Warisan Budaya Anismisme, dlm. Utusan Malaysia, 20 Feb.1995
10
Ismail Awang, Adat Orang-orang Melayu yang Bertentangan dengan Akidah Islam, Kota Bahru,
Pustaka Aman Press, 1983.
11
Abdul Rahman Haji Abdullah, Adat Perkahwinan Melayu Ada Yang Bercanggah Dengan Islam,
dlm. Sarina, November 1977.
12
H. Rusydi Hamka (ed ), Hamka Membahas Soal-soal Islam, Jakarta, Pustaka Pajimas, 1983. hlm. 394

6
menjadikannya sebagai lambang pemujaan Vishnu. Di nusantara, perkembangan kesenian

Hindu-Buddha, dapat dilihat pengaruhnya di Jawa terutamanya candi-candi yang merupakan

makam untuk pemujaan roh nenek moyang. Candi adalah bangunan tiruan yang menggantikan

tempat dewa sebenar iaitu Gunung Mahameru. Perbezaan pembinaan candi-candi antara Hindu

dan Buddha ialah dari segi hiasan.Umpamanya pada pintu Candi Jawa Tengah, terdapat hiasan

kala-makara ( iaitu kala menyerupai singa raksasa dan makara menyerupai buaya atau kepala

gajah ). manakala di Jawa timur, terdapat hiasan kala sahaja. Bagi agama Buddha pula, terdapat

hiasan naga ataupun kinnara iaitu raksasa berkepala manusia dan berbadan burung.13

Di Sumatera pula, pengaruh Hindu-Buddha dapat dilihat dengan terdapatnya patung Buddha dan

Bodhisatwa, iaitu pecahan kala dan makara, di samping patung Siva dan Vishnu yang terletak di

Sungai Musi, Palembang. Di Malaysia, perkembangan kesenian Hindu dapat dilihat di Perak dan

Kedah. Warisan peninggalan Hindu adalah berupa beberapa candi, patung, manik dan

sebagainya. Penemuan arca Dewi Hariti juga memperlihatkan penaruh Hindu. Bagaimanapun,

dewi ini juga dipuja oleh penganut agama Buddha. Pengaruh India juga terdapat dalam seni

hiburan. Umpamanya permainan wayang dengan dalang sebagai perantaranya. Pengaruh tersebut

dapat dilihat dari segi bahasa yang digunakan untuk menyampaikan cerita. Sebelum ini bahasa

yang digunakan adalah bahasa Jawa lama tetapi kini bercvampur dengan bahasa sanskrit atau

disebut bahasa kawi. Malah cerita-cerita yang dimainkan juga telah bersumberkan epik

Ramayana dan Mahabrata. Pengaruh India juga jelas dalam kegiatan teater dan drama Melayu

tradisional yang berdasarkan karya Bharata-Muni yang berjudul Natyasastra. Ianya

13
S.Wojowasito, Sejarah dan Kebudayaan Indonesia, Jld.2, Jakarta: Penerbit Siliwangi, 1954. hlm.48

7
mengandungi watak hero ( nayaka ), heroin ( nayika ), dan pelawak ( vidusaka ). Berdasarkan

teori inilah lahirnya konsep drama atau teater tradisional Melayu.14

Dengan kedatangan Islam ke Asia Tenggara, perubahan turut berlaku dalam beberapa aspek

kehidupan masyarakat tempatan. Antaranya ialah kesenian dan hiburan. Melalui seni bina yang

dapat dilihat terutamanya di bangunan masjid jelas terdapat pengaruh Islam. Susunan bangunan

masjid dikatakan melambangkan falsafah kosmologi atau alam semesta dengan taraf-tarafnya

iaitu alam Lahut ( paling hampir dengan kehadiran Tuhan ), alam Malakut ( dengan zat-zat

kemalaikatan di dalamnya ), dan alam Nasut ( kehidupan kebumian dan kemanusiaan ). 15

Diperkatakan juga bahawa, sesetengah bahagian dalam masjid dibina berdasarkan konsep ajaran

tasawauf Martabat Tujuh16 seperti masjid di Kampung Laut, Kelantan dan masjid di Peringgit,

Melaka. Menjadi satu tradisi kepada masyarakat Melayu apabila ingin membina sesebuah

rumah mereka meminta pertolongan daripada pawang untuk menjampi serapah bermula dari

pemilihan tapak sehinggalah menaiki rumah baru, kononnya demi keselamatan penghuninya.

Apa yang jelas, walaupun Islam membawa tauhid yang murni, namun upacara yang

berorientasikan kepercayaan pra-Islam masih wujud dan kekal hingga kini.17

Walaupun bentuk-bentuk manusia dilarang dalam Islam, namun warisan Hindu-Buddha masih

jelas dapat dilihat dalam seni batu nisan terutamanya di Aceh. Umpamanya, di bahagian kepala

batu nisan Aceh mempunyai corak bentuk Gunung Meru ( warisan Hindu ) dan motif bunga

14
Mohammed Ghouse Nasuruddin, Teori Persembahan Drama dan Teater Tradisional Melayu, dlm. Dewan
Sastera, Januari 1998.
15
Muhd. Uthman el-Muhammady, Memahami Islam Insan Ilmu dan Kebudayaan, Kota Baharu: Pustaka Aman
Press, 1977, hlm. 110-112
16
Abdullah b. Mohamad Nakula, Bentuk-bentuk Bangunan Masjid Kunci Memahami Kebudayaan Melayu,
Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1978.
17
Muhammad Afandi Yahya, Simbolisme dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1995. hlm. 18-51

8
teratai ( Buddha ) yang banyak digunakan. Dari segi ajaran Islam, membina kubur dan

memutihkan serta meninggikannya ( kecuali daripada tanah perkuburan itu sendiri ) adalah

dilarang.18 Bagaimanapun hal ini tetap berlaku di Asia Tenggara. Tradisi pemujaan nenek

moyang dan agama Islam yang datang itu dipengaruhi oleh konsep keramat Sufi dan ajaran

Syiah.19 Amalan menziarahi kubur dengan tujuan untuk bernazar dan sebagainya adalah salah

dalam ajaran tauhid. Apa yang nyata, masyarakat Asia Tenggara tidak dapat meninggalkan

seratus peratus warisan budaya dan amalan nenek moyang walaupun perkara itu menjadi

larangan dalam Islam.

Dalam seni hiburan, amalan-amalan yang bertentangan dengan syariat Islam seperti membuka

aurat dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tidak dihapuskan oleh pihak istana.

Malah pihak istana menaungi dan mendidik pelakon-pelakon drama mereka.20 Seni hiburan lain

yang menerima pengaruh islam ialah wayang kulit di mana intipati cerita telah ditukar kepada

yang berunsurkan Islam. Menteri Besar Kelantan juga pernah mengarahkan kepada Tok Dalang

supaya membuangkan unsur animisme dan Hindu jika ingin meneruskan kegiatan tersebut.

Perkembangan seni suara meliputi seni lagu dan muzik ataupun kedua-duanya sekali. Bidang

seni suara juga memperlihatkan perubahan di samping masih mengekalkan corak tradisi. Malah

tradisi seni suara juga berkembang melalui peranan tokoh-tokoh sufi dan tariqat melalui kisah-

kisah Maulid Nabi. Antara seni suara dalam tamadun Muslim yang berkembang ke Asia

Tenggara ialah nyanyian ghazal yang diiringi dengan muzik yang amat terkenal pada zaman

18
Muhammad Yusuf al-Qardani, Pengertian Tauhid, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 1987, hlm.99-100
19
Mohd. Taib Osman, Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 108-148
20
Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 169

9
Umaiyah serta marhaban dan nasyid yang bercorak dakwah. Malah dalam permainan muzik

kompang juga menggunakan lagu-lagu daripada kitab al-Berzanji.21

Kesimpulan

Pihak kerajaan adalah golongan yang menyambut baik warisan kebudayaan Hindu-Buddha. D

Indonesia, walaupun majoriti penduduknya beragama Islam, pihak pemerintah masih

mengekalkan warisan ini malah membaik pulih Candi Borobodur. Sultan Kedah juga menitahkan

agar warisan Hindu-Buddha di Lembah Bujang terus dipulihara walaupun ramai ulama telah

sepakat menyatakan bahawa memelihara candi dan patung peninggalan Hindu adalah

bertentangan dengan hukum syarak dan wajar dimusnahkan. Islam pada hakikatnya adalah

bersifat merombak dan mengubah (taghyir) secara menyeluruh (kulli), bukannya secara serpihan

atau sebahagian (juzi) sahaja. Ianya bersifat total dan menyeluruh, bukan separuh-separuh. 22

Pengaruh Islam di Asia Tenggara walaupun tidak sampai kepada peringkat perubahan radikal

namun ia telah memberi kesan sama ada dari segi akidah atau kebudayaan. Perubahan yang

berlaku ini merupakan satu tranformasi tetapi tranformasi yang kurang bersandarkan prinsip

keutamaan dalam Islam.23 Perubahan yang berlaku kebanyakkannya kurang menggugat unsur-

unsur kepercayaan tradisional. Apa yang berlaku hanyalah percampuran kepercayaan atau

sinkretisme. Di dalam Islam, ada batas-batas yang tertentu yang dibenarkan tetapi pada

hakikatnya prinsip ini tidak dipertikaikan dan adakalanya sampai melanggar batasan tersebut.

Walaupun syariat Islam bersifat syumul dan takammul, menyeluruh dan sempurna, namun

terdapat kecenderungan untuk menerima aspek tertentu dan menolak aspek tertentu.

BIBLIOGRAFI
21
A. Hasjmy, Kebudayaan Aceh dalam Sejarah, Jakarta: Penerbit Beuna, 1983, hlm.259
22
Fathi Yakan, Generasi Muda dan Perubahan, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 1983.
23
Muhammad Yusuf al-Qardawi, Fikah Keutamaan Menurut Al-Quran dan Sunah, Batu Cave: Pustaka
Ilmu, 1996.

10
1. S.Singaravellu: Ulasan Ringkas Hubungan Kebudayaan antara India dengan
Malaysia pada zaman Pra-moden; dlm. Ismail Hussien ,et.al (ed ), Tamadun Melayu,
Jld. 1

2. Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara; Sebelum dan
Sesudah Pengaruh Islam. Utusan Publication Sdn. Bhd, 2003.

3. R.Soekmono, Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia, Jld. 2. Jakarta: Yayasan


Kanisius, 1973,

4. Trevor Ling, A History of Religion East and West, London: Macmillan Publishers
Ltd. 1985.

5. Sulaiman bin Abdullah bin Muhammad bin Abd. Wahab, Ketuhanan Yang Maha
Esa Menurut Islam. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

6. S.Wojowasito, Sejarah dan Kebudayaan Indonesia, Jld.2, Jakarta: Penerbit Siliwangi,


1954.

7. Muhd. Uthman el-Muhammady, Memahami Islam Insan Ilmu dan Kebudayaan, Kota
Baharu: Pustaka Aman Press, 1977.

8. Abdullah b. Mohamad Nakula, Bentuk-bentuk Bangunan Masjid Kunci Memahami


Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,
1978.

9. Muhammad Afandi Yahya, Simbolisme dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995.

11
10. Muhammad Yusuf al-Qardani, Pengertian Tauhid, Kuala Lumpur: Pustaka Salam,
1987.

11. Mohd. Taib Osman, Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka,

12. Fathi Yakan, Generasi Muda dan Perubahan, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 1983.

13. Muhammad Yusuf al-Qardawi, Fikah Keutamaan Menurut Al-Quran dan Sunah, Batu
Cave: Pustaka Ilmu, 1996.

12

Anda mungkin juga menyukai