Anda di halaman 1dari 4

2.

Pelaksanaan kurikulum memerlukan pendidik untuk beralih daripada program sedia ada
yang mereka sudah biasa kepada satu program yang baharu.
(a) Terangkan LIMA sebab mengapa guru-guru sering menolak pelaksanaan kurikulum
baharu.
Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam
menyahut segala cabaran pendidikan mendatang. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi
dalam memikul tanggungjawab dalam melaksanakan apa saja misi dan visi yang dihasratkan
oleh KPM. Pelaksanaan kurikulum baharu yang diperkenalkan oleh KPM adalah usaha untuk
mentranformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.

Jika dilihat di media sosial seperti dalam facebook grop Kami Guru Malaysia ( KGM), kita akan
mendengar luahan guru-guru yang sering menolak perlaksanaan kurikulum baharu. Hal ini
berlaku kerana ada antara mereka yang sudah terbiasa dengan program atau kaedah sedia ada.
Jika terdapat guru yang berfikir bahawa lebih mudah untuk mengekalkan sesuatu seperti sedia
ada bermaksud pelaksana perubahan kurikulum itu lebih gembira dengan keadaan semasa di
institusi mereka dan merasakan bahawa perubahan yang dicadangkan atau penukaran kepada
kurikulum yang baharu akan menjadikan mereka terpaksa mempelajari sesuatu yang di luar
kebiasaan mereka selama ini dan mereka akan terbeban dengan tugas yang baharu. Sebagai
contoh, sebelum ini sistem peperiksaan di jalankan di semua peringkat sekolah rendah dan
menengah. Apabila dimansuhkan peperiksaan dan ditukar kepada Penilaian Berasaskan Sekolah
(PBS) maka penilaian baru ini telah dianggap satu beban kerana para guru itu sendiri yang mana
perlu menguasai cara penilaian yang baharu, iaitu bagaimana menilai pencapaian murid
berdasarkan Tahap Penguasaan (TP) pula. Sudah pasti dalam mengurus pelaksanaan kaedah
yang baru ini, guru nanti akan perlu mengikuti kursus atau seminar tertentu atau terpaksa
mendalami keadah baru itu sendiri sebelum membuat pentaksiran terhadap murid-murid.

Seterusnya, dalam era globalisasi ada sekarang ini, perkembangan Revolusi Industri 4.0
memberikan kesan secara langsung kepada pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan. Secara
rata-rata terbukti, mana-mana guru yang terletak dalam generasi Baby Boomer dan Gen Y,
memang sukar untuk menerima perubahan ataupun boleh diistilahkan sebagai “degil”. Ada
antara mereka berada dihujung perkhidmatan dan perubahan dalam kurikulum yang menuntut
mereka untuk menyesuaikan pengajaran dengan kaedah terkini menjadi satu masalah kepada
mereka. Kebanyakan dalam kalangan mereka ini tidak dapat menguasai bidang IT dengan baik
kerana generasi Baby Boomers lebih selesa menggunakan media tradisional seperti radio, surat
khabar dan televisyen.

Seterusnya penolakan perlaksanaan kurikulum baharu ini berpunca juga daripada perubahan
teknologi yang begitu pantas sehingga mengganggu keselesaan gaya mengajar mereka.
Pengajaran kaedah PAK 21 yang menjadi amalan PDPC sekarang ini tidak menjadi budaya
kerana cara penyampaian pengajaran melibatkan kaedah Chalk dan talk telah sebati dan lebih
selesa kepada mereka . Kaedah lama ini lebih memudahkan guru-guru ini kerana tidak perlu
membuat persediaan mengajar yang rapi seperti tiada penyediaan ABM. Jika kaedah baru di
jalankan ini akan menjadi beban kerja baharu kepada mereka.

Kekurangan ganjaran yang diperoleh baik kepada mereka atau murid , boleh menjadikan guru-
guru akan menolak perubahan kepada kurikulum yang baharu. Mereka dalam golongan sebegini
akan melihat insentif atau faedah sebagai agen kepada memotivasikan diri kepada menyertai
perubahan yang diharapkan oleh pemimpin. Jika guru tidak yakin bahawa program baharu akan
menjadikan sesuatu yang lebih baik untuk murid atau diri mereka sendiri , golongan sebegini
berkemungkinan besar menolak perubahan yang diajukan kepada mereka.

Guru-guru juga sering menolak perlaksanaan kurikulum baharu kerana mereka tidak faham
apakah tugas guru sebenarnya. Mereka masih terikat dengan pemahaman jadual kerja mereka
berakhir apabila murid pulang kerumah. Mereka yang sebegini tidak mendalami perincian
bidang kerja mereka yang sepatutnya mesti berpandukan kepada buku MySG KPM iaitu buku
garis panduan tadbir urus mereka di sekolah. Apabila pemahaman mereka kurang, mereka ini
akan memandang sesuatu perubahan yang dibawa kepada mereka sebagai sesuatu beban dan
arahan tambahan kepada mereka.

Penolakan dalam perlaksanaan baharu kurikulum ini juga berlaku kerana mereka tidak
mempunyai kecekapan untuk menghadapi perubahan dan mereka sendiri kurang berminat
terhadap tugas yang di amanahkan. Sebagai contoh, perkembangan dalam Pendidikan sekarang
menuntut kepada meningkatkan kemenjadian murid. Di sini , contohnya seorang guru yang
tidak mempunyai kecekapan atau berminat dalam subjek RBT tidak akan dapat mengembangkan
bakat sedia ada murid dalam meneroka bidang yang lebih menjurus kepada idea mereka bentuk,
penggunaan teknologi pembuatan terkini, kaedah penyelesaian masalah yang lebih tersusun, dan
menghasilkan sesuatu projek .

Berlaku juga penentang jika mereka merasakan tidak mempunyai masa untuk terlibat dengan
perubahan. Kebanyakan guru sebegini mendapati sukar untuk mereka menyesuaikan diri antara
membawa perubahan dengan mengendalikan tanggungjawab semasa mereka. Mereka ini akan
menggangap aktiviti perubahan baharu yang dilonggokkan kepada mereka sesuatu beban yang
akan menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab semasa mereka.

(b) Cadangkan LIMA faktor yang berupaya untuk mempengaruhi kejayaan pelaksanaan
sesuatu kurikulum baharu.

Sebagai pemimpin , sesuatu perubahan yang ingin dilaksanakan di peringkat sekolah perlulah
difahamkan kepada mereka yang menolak perubahan dengan sebaik-baiknya. Melalui
komunikasi yang jelas dan berkesan, penentang ini perlu diberikan satu pemahaman yang tepat
supaya mereka dapat memahami apa, kenapa,mengapa, bagaimana dan bila perubahan itu perlu
dibuat. Pentadbir sekolah yang merupakan pemimpin kepada perubahan perlu mempunyai
perancangan yang teliti supaya perubahan yang perlu dilaksanakan itu mempunyai dan mengikut
hala tuju sebenarnya . Dengan itu, akan jelas tentang perubahan yang perlu dilaksanakan oleh
mereka. Ini akan mudahkan kefahaman mereka dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.

Bagi golongan mereka yang menentang kerana tidak faham atas tugas sebenar mereka pula perlu
diberikan pendedahan kepada skop kerja mereka sebenarnya. Pendedahan kepada mereka secara
LADAP boleh diadakan bagi memahamkan bidang tugas mereka seperti yang terkandung dalam
MySG. Apabila mereka tahu dan faham, mereka dapat menerima tanggungjawab yang
diamanahkan kepada mereka itu dengan baik. Guru sebegini biasanya akan merasa bersemangat
apabila mereka dilibatkan dan mereka diberi kebebasan untuk menjayakan perubahan baharu .
Ini akan membuat mereka merasakan bahawa mereka adalah bahagian penting dalam proses
pelaksanaan kurikulum.

Bagi mereka yang tidak mempunyai kecekapan atau minat untuk menghadapi perubahan kerana
mereka tidak mempunyai pengetahuan dan berkemahiran , guru sebegini perlu diberi latihan
secara berterusan dan masa yang mencukupi supaya dapat memupuk minat mereka. Sebagai
pentadbir, kita perlu bijak dalam meletakkan guru yang sepatutnya dalam sesuatu bidang. Contoh
guru RBT yang telah dinyatakan di atas, terdapat kemungkinan bahawa pentadbir sekolah telah
tergesa-gesa memberi tugasan tanpa melihat kepada kriteria khas yang perlu dimiliki oleh guru
RBT. Peluang, masa dan latihan harus dipertimbangkan dan diberikan kepada mereka yang
benar-benar layak jika guru opsyen RBT sebenarnya tidak dibekalkan.

Sebagai pemimpin, kita perlu melihat ancaman dalam kepimpinan kita sebagai satu peluang.
Tindakan guru yang sering menentang atau menolak perubahan kurikulum yang ingin di bawa
oleh kita boleh atasi dengan memberikan ganjaran sepatutnya seperti dalam bentuk kewangan,
pengiktrafan, sambutan hari lahir dan sebagainya supaya mereka dapat merasakan bahawa usaha
yang mereka buat itu mendapat perhatian daripada pihak pentadbir. Istilah “beli jiwa” ini bukan
sahaja memberi keuntungan kepada pemimpin, tetapi juga kepada semua pihak.

Kekangan masa yang dihadapi oleh guru untuk melibatkan diri dalam merelisasikan perubahan
perlu diambil perhatian oleh pihak pentadbir. Pihak pentadbir perlu pandai membuat agihan
tugas kepada guru-guru supaya tidak membebankan seseorang sahaja. Bila guru rasa terbeban,
ini akan menyebabkan mereka terpaksa mengabaikan tanggung jawab semasa demi menunaikan
tugasan baru. Alasan kekangan masa yang diberikan oleh golongan yang menolak ini perlu
diambil perhatian serius. Bijaknya kita mengatur bidang tugas guru-guru akan memberikan
pulangan yang baik kepada kita dalam mengurus perubahan yang diharapkan. Ibarat yang dikejar
akan dapat, yang dikandung tidak berciciran.

Anda mungkin juga menyukai