Anda di halaman 1dari 3

DIALONG TEMUBUAL BERSAMA CIKGU AMIRUL AWANG

OBJEKTIF PERTAMA

CARA BERADAPTASI TERHADAP KERJAYA GURU SEBAGAI KERJAYA BAHARU

1. Berapa lamakah anda beradaptasi dalam lingkungan kerja yang baru?


- Saya mengambil masa dalam lingkungan satu bulan untuk beradaptasi dalam suasana atau
persekitaran perkerjaan yang baru.

2. Bagaimana anda menyesuaikan diri terhadap budaya dan persekitaran kerja yang baru?
- Bagaimana cara saya untuk menyesuaikan diri adalah pertama perkara yang saya buat
merendahkan diri justeru dalam masa yang sama saya sering berkomunikasi dengan guru-
guru yang mempunyai pengalaman yang lebih lama dan luas untuk mengetahui bagaimana
suasana bekerja ditempat tersebut. Kedua, kita cuba untuk mengikuti budaya yang sering
diterapkan ditempat kerja tersebut. Hal ini akan membuatkan kita cepat untuk bertindak
balas dengan suasana yang diamalkan dalam komuniti rakan sekerja. Berinteraksi dengan
murid secara kerap dan menarik perhatian murid juga turut membantu kita sebagai guru
Baharu untuk memahami mereka lebih mendalam berkaitan latar belakang, gaya
pembelajaran mereka dan sebagainya. Ini kerana, apabila seorang guru mengenali murid-
murid mereka dengan lebih mendalam ia mampu memberikan kesan yang positif terhadap
guru itu sendiri seperti mudah berkomunikasi, mudah menyelesaikan masalah dan mampu
untuk merancang Pdp dengan lebih efektif.

3. Apa akan terjadi jika seseorang itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang
baru?
- Jika seseorang itu sukar untuk menyesuaikan diri atau mengambil masa terlalu lama untuk
beradaptasi dalam lingkungan kerja ia akan memberikan impak yang sangat besar. Hal ini
kerana seseorang itu tidak akan mampu memberikan kerjasama terhadap ahli Kumpulan dan
juga tidak akan adanya perbincangan secara dua hala antara pekerja baru dan lama. Ini akan
menjejaskan prestasi dari segi pengajaran, komitmen dan juga hubungan sebagai rakan
sekerja. Seterusnya, individu tersebut tidak akan mampu mengembangkan keterampilan dan
mempelajari ilmu yang baru daripada golongan pekerja yang sudah bertahun-tahun dalam
bidang tersebut.

4. Kenapa pentingnya adaptasi dalam dunia kerja?


- Pentingnya beradaptasi dalam dunia pekerjaan ini supaya membantu seseorang itu lebih
berkembang dan sentiasa meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja
malah turut membantu kita menyesuaikan diri dengan perubahan suasana dan persekitaran
yang akan mempengaruhi kejayaan seseorang di tempat kerja tersebut. Adaptasi dalam
dunia kerja juga akan meningkatkan kemahiran sosial kita agar apabila melakukan sesuatu
perkara kita dapat tangani dengan mudah tanpa tekanan. Ia juga akan mendorong kepada
perubahan personaliti mengikut cara individu itu tersendiri samaada menjadi lebih
berkeyakinan, mempunyai kepimpinan dan daya tarikan kerja yang positif.

5. Apakah yang akan anda lakukan jika ada perubahan sistem kerja atau aturan kerja?
- Perkara pertama yang akan dilakukan adalah dengan menerima dengan hati yang terbuka.
Ini kerana suka ataupun tidak ia menjadi sebahagian daripada kitaran kehidupan kita.
Apabila berlakunya perubahan sedemikian kita sewajarnya mempelajari ilmu baru tersebut
dengan melibatkan diri dalam program, khusus, taklimat dan mesyuarat yang dianjurkan
oleh pihak tertentu supaya kita dapat meningkatkan kemahiran serta menimba ilmu
pengetahuan yang sedia ada dengan lebih mendalam. Kita juga boleh meminta bantuan
daripada rakan sekerja untuk mengajari sesuatu yang kita tidak ketahui agar kita tidak
ketinggalan pada masa yang akan datang. Untuk usaha kendiri pula kita seharusnya rajin
menuntut ilmu dengan sentiasa peka dengan perubahan yang akan berlaku dengan
membudayakan pembelajaran sepanjang hayat menerusi pelbagai cabang pembelajaran dari
segi internet ataupun bahan fizikal.

CABARAN DI AWAL KERJAYA SEBAGAI SEORANG GURU BAHARU

1. Ceritakan masalah yang dihadapi sewaktu awal perkhidmatan?


- Antara masalah yang dihadapi adalah faktor kewangan. Kebiasaannya, bagi pekerja baru
masalah ini menjadi keutamaan kerana pendapatan bulanan akan mengambil masa sebelum
diperoleh. Faktor kedua adalah keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pekerja-pekerja
yang sudah lama berkhidmat dengan memahami budaya persekitaran sekolah dan juga
setiap pekerja tersebut. Dalam pada itu, untuk menarik perhatian dan minat murid juga
menjadi salah satu cabaran juga untuk menjadikan suasana pembelajaran yang berkesan dan
menarik. Ini kerana setiap murid mempunyai pelbagai latar belakang,budaya,salasilah dan
juga gaya pembelajaran mereka tersendiri. Untuk menyelesaikan masalah tersebut sebagai
guru kita mestilah merancang dengan begitu baik demi memastikan setiap murid dapat
memahami perkara yang ingin diterapkan kepada mereka.

2. Ceritakan cabaran yang anda hadapi semasa sesi mengajar bersama anak murid?
- Cabaran utama adalah dari segi kawalan kelas. Jika seseorang guru tidak mampu mengawal
kelas dengan baik secara tidak langsung permulaan hingga pengakhiran kelas tersebut akan
menjadi huru-hara dan akhirnya objektif pembelajaran tidak akan tercapai. Kedua, menarik
minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam kelas. Sukar bagi guru baharu untuk
menarik minat murid jika sesetengah murid sememangnya tidak berkeinginan untuk belajar.
Di samping itu, sikap murid yang pemalu juga memberikan sedikit gangguan kerana apabila
diajukan soalan murid yang introvert ini tidak akan memberikan respons. Ketiga, murid
terbiasa dengan budaya pembelajaran tradisional yang diamalkan oleh guru-guru lama.
Perkara ini juga menjadi cabaran kepada guru-guru baharu untuk menerapkan pembelajaran
secara moden.

3. Ceritakan cabaran yang anda hadapi bersama rakan sejawat yang lain?
- Bagi cabaran yang dihadapi bersama rakan sejawat pula iaitu faktor identiti. Sesetengah guru
yang lama mereka akan mempunyai kelompok yang tersendiri dimana sukar bagi mereka
untuk berinteraksi dengan guru baharu ini tambahan lagi perbezaan umur yang ketara ini
akan menimbulkan sikap senioriti. Ada kalanya kerja-kerja yang tidak sepatutnya diberikan
kepada guru baharu kerana bagi mereka guru baharu memerlukan banyak kerja berbanding
mereka yang sudah lama. Selain itu, sikap rakan sejawat yang pentingkan diri sendiri juga
membuatkan guru baharu ini tidak dapat mengembangkan potensi diri.
4. Diawal kerjaya, bagaimanakah anda mewujudkan persekitaran yang teratur dan kondusif di bilik
darjah?
- Pertama saya akan memainkan peranan dengan menunjukkan mimik muka dan sikap yang
tegas. Ini sangat penting bagi permulaan guru baharu supaya murid-murid berasa takut dan
hormat kita sepanjang pdp berlangsung. Seterusnya, saya mewujudkan peraturan tersendiri
supaya mereka tidak berani untuk melakukan sesuatu perkara yang akan menganggu sesi
pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, penerapan peneguhan postif, negatif dan dendaan
juga turut dilakukan supaya murid sentiasa memberikan perhatian di dalam kelas. Akhir
sekali, menyediakan ruang belajar dan aktiviti yang menarik semasa pdp dijalankan.

5. Ceritakan cara terbaik anda menguruskan setiap cabaran yang dilalui?


- Bagi pendapat saya, cara yang terbaik adalah sentiasa mengemaskini kemahiran dan
pengetahuan dalam aspek pendidikan serta berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah
pengajaran dan pendidikan terkini. Selain itu, melengkapi diri sendiri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan yang terkini berkaitan dengan opsyen masing-masing melalui internet. Sentiasa
bersikap integriti dan berfikiran terbuka agar diri mudah untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran semasa. Haruslah bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran yang
ada dan juga menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan
bagi meningkatkan kualiti kerja. Yang paling penting sentiasa merendahkan diri dan
menerima kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai