Anda di halaman 1dari 3

DISEDIAKAN OLEH: SITI MUHARIAH BINTI UNTONG

DISEDIAKAN UNTUK: PUAN SITI FATIMAH BT YAKOB

RUMUSAN

Setiap tenaga pengajar akan berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu dalam setiap
pelajar terhadap kaedah pembelajaran dan pengajaran yang digunapakai. Oleh itu, semuanya
bergantung kepada tenaga pengajar untuk menggunakan kaedah pembelajaran dan
pengajaran yang bersesuaian bagi memberikan pemahaman terhadap topik yang diajar
walaupun tidak semua pelajar dapat memahami dalam kadar yang sama semasa kelas
diadakan.

Perbezaan-perbezaan individu ini dapat dilihat melalui perbezaan dari segi taraf kemahiran dan
pengetahuan pada permulaan latihan dan perbezaan dari segi kadar pemahaman yang berbeza
bagi sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang sama semasa latihan diadakan.

Perbezaan-perbezaan ini wujud disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kecergasan akal mental,
suasana persekitaran sama ada di rumah atau di dalam kelas, emosi, keadaan fizikal dan latar
belakang budaya mereka.

Secara tidak langsung perkara ini memberi beberapa kesan kepada pengajaran di mana akan
wujudnya pelajar yang pintar, pelajar yang sederhana dan pelajar yang lemah.

Setiap tenaga pengajar juga perlu mengenalpasti pengkelasan dan ciri-ciri pelatih yang matang
agar dapat membantu memberikan kesan pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik
semasa latihan kemahiran diadakan. Terdapat tiga jenis pengkelasan pelatih iaitu; pelatih
dewasa yang bekerja, pelatih dewasa yang tidak bekerja dan pelatih lepasan sekolah.

Setiap pengkelasan pelatih ini mempunyai karakter dan ciri yang berbeza, contohnya bagi
pelatih dewasa bekerja,mereka dilihat sebagai individu yang telah mempunyai pengalaman
kejayaan dan belajar untuk jaminan kerja, kenaikan gaji atau kenaikan pangkat.

Namun bagi pelatih dewasa yang tidak bekerja, golongan ini tidak mempunyai pengalaman
kejayaan atau kepuasan yang mencukupi terhadap pengalaman pembelajaran terdahulu yang
menyebabkan mereka tidak percaya terhadap tujuan dan hasil dari latihan yang diikuti.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa ciri yang sama dapat dilihat bagi ketiga-tiga jenis
pelatih ini iaitu berlakunya perubahan kepada persekitaran, pekerjaan, masa dan keadaan
tempat, Ciri yang kedua adalah, wujudnya pertambahan tanggungjawab persendirian seperti
kejayaan dalam kerja baru dan dalam latihan yang sedang mereka ikuti dan ciri yang ketiga dan
keempat adalah kesukaran dalam pembelajaran dan keletihan terhadap mental dan fizikal
mereka.
Oleh itu, tenaga pengajar hendaklah mengambil inisiatif dan mengubah perspektif mereka
dengan menganggap bahawa pelatih-pelatih mereka adalah matang dengan melayan mereka
seperti orang dewasa, Salah satu cara adalah dengan memberikan tugasan yang menarik,
sesuai dan berkaitan dengan pembelajaran mereka. Ini secara tidak langsung mendorong
mereka untuk lebih berminat terhadap pengajaran yang disampaikan dan akan bersaing secara
sihat untuk menyiapkan tugasan yang terbaik.

Selain itu, penyampaian pembelajaran dan pengajaran perlulah mudah difahami contohnya
dengan menggunakan alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar itu pula mestilah bersesuaian
dan boleh difahami oleh semua pelatih seperti penggunaan projector dan poster. Pengajar perlu
mengelakkan dari menggunakan bahan yang sesetengah pelatih tidak dapat memahaminya.
Disamping itu, tenaga pengajar juga perlu sentiasa memberikan kata-kata peransang dan
pujian bagi mendorong mereka untuk lebih berusaha dan maju dengan kemahiran yang
dipelajari.

Penilaian tidak hanya dibuat oleh pengajar, para pelatih juga berkebolehan untuk menilai,
membuat tanggapan dan mengesan kekurangan yang ada pada seseorang pengajar. Oleh itu,
seharusnya pengajar hendaklah sentiasa bersiap sedia sepanjang masa sama ada dari segi
ilmu pengetahuan dan kemahiran, sentiasa menunjukkan personality yang positif dalam kerja,
memberikan contoh dan tauladan yang baik dan berwibawa dalam kerja mereka.

Pengajar hendaklah membantu pelajar dan bukannya menjatuhkan maruah mereka. Pengajar
perlu memberikan tunjuk ajar dengan menunjukkan cara penyelesaian yang baik dan sentiasa
memperbaiki diri. Contohnya, mengadakan aktiviti berkumpulan kerana pelajar di dalam
sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Secara tidak langsung dapat mewujudkan
semangat kerja berpasukan di kalangan pelajar di mana pelajar yang pintar boleh membantu
pelajar yang lemah.

Ini juga dapat menimbulkan minat belajar di kalangan pelajar kerana mereka mempunyai
keinginan untuk bersaing dan pengajar seharusnya menggalakkan mereka untuk meningkatkan
lagi kesungguhan untuk belajar.

Selain itu, pengajar juga hendaklah tegas tetapi tetap adil dan bertimbang rasa dengan pelajar.
Contohnya dalam pemberian tugasan, jika ada pelajar yang tidak menghantar tugasan tepat
pada masanya, seharusnya pengajar selidik dulu apakah punca yang menyebabkan pelatih
tersebut tidak boleh menyiapkan tugasan.

Secara keseluruhanya, dapatlah disimpulkan di sini bahawa setiap pengajar perlulah bijak
dalam menangani perbezaan-perbezaan individu yang wujud dalam setiap kelas atau sesi
pembelajaran. Pengajar perlu tahu apakah faktor yang menyebabkan wujudnya perbezaan ini
dan bagaimanakah kaedah-kaedah atau teknik-teknik pembelajaran dan pengajaran yang
sesuain untuk diaplikasikan agar proses itu dapat berjalan dengan lancar dan difahami oleh
setiap pelatih.

Anda mungkin juga menyukai