Anda di halaman 1dari 32

Isu individu

-Penempatan -Perbezaan antara individu dan penyesuaian -Kesan kecacatan kepada individu

Strategi pengajaran & pembelajaran


-Pengajaran individu -Pengajaran kumpulan

SIAPA MURID PEMULIHAN


Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

PENEMPATAN DISYORKAN 3 ALTERNATIF SEPERTI BERIKUT :


sumber : http://www.moe.gov.my/jpkhas/images/muatturun/Garis_Panduan.pdf

a) Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

b) Sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

c) Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja

PERBEZAAN ANTARA INDIVIDU & PENYESUAIAN

Pengenalan (perbezaan individu)


Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.

PERBEZAAN
Aspek-aspek perbezaan Faktor-faktor mempengaruhi perbezaan

Aspek-aspek perbezaan
1. Jantina 2. Fizikal 3. Kecerdasan otak 4. Personaliti 5. Gaya belajar 6. Kesihatan 7. Sosial 8. Bangsa dan bahasa

Faktor-faktor perbezaan
Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan individu terbahagi kepada dua faktor yang besar, iaitu faktor baka dan persekitaran. Faktor-faktor ini dijelaskan dalam bahagian berikut :

1. Faktor Baka Setiap orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada kedua-dua ibu bapanya seperti paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. Antara contoh pewarisan baka ialah warna mata.

2. Faktor Persekitaran Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Persekitaran yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan (attachment) individu dengan kedua orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang, masyarakat di sekelilingnya dan rumah ibadat.

PENYESUAIAN
Menangani Masalah Perbezaan Individu dalam Konteks Sekolah: Guru boleh menangani masalah perbezaan individu dengan menitikberatkan atau memberi pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa merancang atau melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek tersebut termasuklah:

1. Memahami perbezaan murid Penting untuk guru memahami perbezaan murid dari segi fizikal, mental dan emosi. Pemahaman seperti ini adalah amat penting kepada guru agar dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada murid-murid. Ini dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih.

2. Memahami tingkah laku murid Guru perlu memahami tingkah laku muridnya agar persefahaman dan perhubungan yang baik di antara murid dan guru dapat dicapai. Guru akan bersifat lebih bertimbang rasa dan bersimpati dengan murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta minat murid yang berbeza. Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya.

3. Meramal tingkah laku murid Meramal atau menelah gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu situasi adalah penting. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang murid hiperaktif di dalam kelas yang hendak diajar, apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa guru mengajar? Bagaimana cara guru mengatasi masalah tersebut? Apa reaksi murid-murid lain yang mungkin tergolong dalam kumpulan introvert? Persoalan-persoalan ini mungkin dapat diandaikan dan dijawab oleh guru sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

4. Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia akan dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar pelajar-pelajarnya yang berbezabeza. Ada yang suka belajar menggunakan audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara global dan ada yang secara analitikal. Ini perlu difahami supaya guru dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian.

5. Penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa bosan.

6. Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, untuk melayan pelajar yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Dengan melakukan aktiviti secara kumpulan, pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah.

7. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid. Guru perlu mengelakkan pengunaan bahan yang sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya.

8. Menyediakan program pemulihan dan pengayaan Guru perlu merancang dan mengadakan program pemulihan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi supaya masalah pembelajaran tidak berhimpun sehingga ke peringkat yang tidak boleh dipulihkan lagi. Manakala bagi murid yang cerdas pula, program pengayaan yang pelbagai perlu diberikan supaya mereka tidak bosan pembelajaran.

9. Merancang Aktiviti alternatif Adakalanya guru beranggapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang itu amat sesuai dan bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai. Namun semasa melaksanakannya, guru mendapati kaedah atau teknik, strategi, serta pendekatan yang digunakan kurang sesuai dengan sesetengah muridmuridnya. Keadaan ini akan menyebabkan guru menjadi serba salah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi jika guru telah merancang aktiviti alternatif selain daripada apa yang terdapat dalam rancangan pengajaran, dia boleh melakukan pengubahsuaian serta merta mana-mana yang perlu.

10. Sentiasa bertolak ansur Guru harus memahami bahawa setiap pelajar itu unik dan berbeza-beza. Oleh itu guru juga haruslah sentiasa bertolak ansur dengan para pelajarnya dalam apa jua keadaan. Misalnya, guru telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling bersesuaian setelah mempertimbangkan perkaraperkara yang dinyatakan di atas, namun masih ada muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada di kalangan pelajar ekstrovert yang menimbulkan gangguan semasa guru melaksanakan pengajaran itu. Jika berhadapan dengan perkara ini, guru haruslah bersabar melayani karenah anak muridnya.

KESAN KECACATAN KEPADA INDIVIDU

1. Kesediaan belajar. Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama muridmurid yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir.

2.Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.

3.Tingkahlaku Menggangu Pembelajaran Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkahlaku yang akan mengganggu perhatian orang lain semasa P&P. Contohnya bising, agresif,vandalisme dan lain-lain. Ada juga murid yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu yang belum disuruh, suka bertanya mengenai sesuatu yang belum diajar dan lain-lain.Ini dipanggil mengganggu yang positif.

4. Perbezaan Gaya Belajar Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Ada yang suka belajar secara sambil mendengar muzik , ada yang suka visual, ada yang suka belajar secara individu dan ada juga secara berkumpulan

Pengajaran Individu
Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan banyak mulut daripada murid semasa mengajar. Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.

Pengajaran Kumpulan
Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat. Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah. Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.

Anda mungkin juga menyukai