Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pengenalan
Di Malaysia bidang perguruan sering dijadikan pilihan yang terakhir dan sering dianggap
sebagai satu kerjaya yang kurang profesional. Pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan martabat profesion perguruan seperti kenaikan
pangkat melalui Time-Based, termasuk kenaikan gaji dari semasa ke semasa .
Namun hakikat sebenarnya peranan guru sangat penting dimana guru merupakan aset
utama negara. Guru adalah sumber penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada
para pelajar. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat
membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan
kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi
murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu
bagi menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. Selain itu peranan guru tidak terbatas
kepada menyampaikan kandungan silibus bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif
dalam pembangunan ilmu ( knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring
dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajran guru
yang berpusatkan murid serta penggunaan sumber secara berkesan. Guru juga berperanan
dalam menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak kearah kesempurnaan
kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan
berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir , kemahiran memimpin , kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian
dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen kearah merealisasikan hasrat tersebut.
Adalah diperakukan profesion keguruan ini merupakan profesion paling utama dalam proses
menyerapkan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam menyerapkan
ilmu, tingkah laku guru haruslah berlandaskan etika dan peranan yang telah ditetapkan agar
dapat membentuk peribadi yang mampan dikalangan generasi muda kita kepada
pembentukan manusia (Mok Soon Sang, 1988: 43).
Menurut Kamus Dewan (2005), 'profesion' ialah satu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
(Contohnya:perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Nilai tara sesuatu profesion
merupakan peraturan yang ditetapkan. Istilah keguruan pula membawa maksud tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang guru. Secara lebih terperinci, menurut Kamus Dewan
(1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Menurut Teuku Iskandar (1970:334),
jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara
dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Justeru,
1

perguruan pula ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau
tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran
dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.
2.0

Peranan Guru.

Secara umumnya, kita sedia maklum bahawa tanggungjawab seseorang individu yang
bergelar pendidik adalah menyampaikan ilmu pengetahuan sebagai mana yang termaktub
di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Intipati pengajaran yang disampaikan kepada anak
murid merangkumi segala yang tersurat dan tersirat dalam kurikulum yang dirangka khas
merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Berdasarkan aspek ini maka, peranan seseorang guru dapat diperincikan secara mendalam
lagi. Pada masa kini tugas dan peranan seorang guru telah berkembang dan bukan terbatas
di dalm bilik darjah lagi. Ianya merangkumi pelbagai bidang yang lebih jauh dan mencabar.
Peranan guru merangkumi pengamal ilmu,agen perubahan, pengganti ibu bapa,
pembimbing, agen sosialisasi, pembentuk tingkah laku, pengamal reflektif, penyelidik dan
pengurus pembelajaran .
3.0

Peringkat Perkembangan Guru

Menjadi seorang guru yang berjaya mengambil masa dan perlu mengamlkan sikap ingin
belajar untuk mengajar sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat. Seni pengajaran
boleh diperolehi dan merupkan gabungan pengetahuan, pengalaman praktikal serta
ketelitian

dan

refleksi

terhadap

amaln

diri.

Teori

keperihatinan

mengkonsepkan

perkembangan guru sebagai proses yang dilalui oleh guru dari peringkat keperihatinan
terhadap diri guru, kepada tugas iaitu pengajaran dan pembelajaran dan impak kepada
pelajar.
Lima peringkat perkembangan Guru (Trotter,1986) ialah peringkat novis, peringkat novis
lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir berkesan, dan peringkat pakar
3.1.1

Peringkat Novis

Mula mempelajari cara mengajar selepas tamat pengajian. Guru Novis sedang belajar dan
berusaha menjadi dan berusaha dengan menyeluruh untuk memahami 'menjadi seorang
guru'.

Guru

Novis

belum

memiliki

kemahiran-kemahiran

yang

diperlukan

untuk

mengendalikan pengajaran didalam kelas. Walaupun begitu, boleh dirummuskan bahawa


guru novis telahpun berjaya membentuk datu peta kognitif tentang tugas-tugas am seorang
guru profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan.

3.2 Peringkat Novis Lanjutan


Guru Novis lanjutan berusaha menambah maklumat berkaitan dengan proses pdp,
memantapkan pengetahuan , peristilahan, prinsip dan konsep-konsep yang berkaitan
profesion. Pengalaman dan pendedahan awal kepada realiti sekolah boleh membantu guru
novis lanjutan mendalami kefahaman tentang kehendak dan tuntutan profesion keguruan.
Guru Novis lanjutan mempunyai semangat yang tinggi untuk mempraktikkan apa jua yang
telah dipelajari secara teori, namun jika realiti bilik darjah tidak seperti yang
dijangkakan,mereka mungkin patah semangat dan mula mempersoalkan kebolehan diri.
Untuk memastikan gurunovis terus berkembang ke peringkat seterusnya, program
pementoran dan pencerapan klinikal dapat menyokonh dan membantu guru novis lanjutan
membina keyakinan dan kemahiran mengajar.
3.3 Peringkat cekap
Peringkat cekap ( competence) dimana seorang guru mencapai peringkat ketrampilan
dalam bidang yangdeceburi Guru tersebut telahpun memiliki sijil atau ijazah dalam bidang
keguruan untuk memenuhi keperluan kelayakan yang ditetapkan. Mereka lebih fokus
kepada pembelajaran murid. Pada peringkat ini, guru mula mengenali lebih banyak prinsip
dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi khusus. Pada penghujung
peringkat ini, guru mula memiliki kemampuan untuk menyelesaikan masalah pdp yang
dihadapinya. Guru yang cekap memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu
menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza.
3.4 Peringkat Mahir
Guru-guru yang sampai ke peringkat mahir boleh dikatakan berada dalam golongan yang
terbaik dalam bidang profesionnya. Guru-guru mahir sentiasa diingati dan disanjungi oleh
bekas pelajarnya.Guru-guru mahir dengan mudahnya dapat mengenalpasti elemen-elemen
penting dalam tugasnya. Beliau mempamerkan gaya lancar yang membolehkannya
membuat keputusan berdasarkan intuisi. Hal ini kerana, guru mahir mempunyai pengalaman
yang cukup banyak dan dapat membantunya memahami situasi yang dihadapinya.
3.5 Peringkat pakar
Pada peringkat pakar, guru merupakan bintang yang menyerlah dalam bidangnya. Guru
pakar menggunakan pengalamannya seperti mana pada peringkat mahir tetapi secara
holistik. Hal ini bermakna beliau boleh memahami dan menangani maklumat yang banyak
dan pelbagai serta masih dapat mempamerkan gaya pengajaran yang lancar. Apa jua yang

di lakukan oleh guru pakar sentiasa berjaya berbanding dengan guru mahir yang
kadangkala masih melakukan kesilapan. Guru pakar boleh dianggap sebagai jurucakap atau
orang yang berautoriti dalamprofesionnya. Seringkali, idea dan kemahiran yang ada pada
guru pakar boleh mempengaruhi polisi-polosi berkaitan dengan pengendalian di bilik darjah.
4. 0

Guru Pakar

Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi
dalam mata pelajaran khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru pakar boleh
dianggap sebagai jurucakap atau orang yang berautoriti dalam profesionnya. Mereka juga
seringkali dijadikan sebagai pakar rujuk kerana dapat memahami dan menangani maklumat
yang banyak dan pelbagai serta masih dapat mempamerkan gaya pengajaran yang lancar.
Seringkali ,idea dan kemahiran yang ada pada guru pakar boleh mempengaruhi polisi-polisi
berkaitan dengan pengendalian bilik darjah.Guru pakar merupakan satu peringkat dalam
perkembangan dimana mereka berada pada peringkat yang tertinggi.
Guru pakar merujuk kepada usaha yang dilakukan oleh KPM untuk mengiktiraf guru yang
mempunyai kemahiran , kepakaran dan cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang
pengkhususan masing-masing. Mereka juga dikenali sebagai Guru Cemerlang (GC).
Pengiktirafan yang dibuat ini diharapkan dapat menmpertingkatkan pencapaiaan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di samping itu guru pakar ini akan menjadi role
model kepada guru lain.( Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon( 2013).
Dalam profesion lain pengakuan pakar diletakkan apabila penjawat berkenaan mendapat
kelulusan master atau phd. Namun bagi profesion perguruan, semua itu bukanlah ukuran
untuk mendapat pengiktirafan kerana guru pakar seharusnya mempunyai kemahiran
ikhtisas dan menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap subjek yang diajar .
Dalam masa yang sama menunjukkan sikap yang jujur serta mewujudkan interaksi positif
pelbagai hala. Guru pakar perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang
memudahkan aktiviti pengajaran mereka.
Profesionalisme seseorang guru adalah berkait rapat dengan mutu pendidikan dari
beberapa segi seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya akan
mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. (Sufean Hussin, 1996: 446).
Berdasarkan petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa guru yang pakar umumnya
cenderung mempunyai sikap dan nilai pengajaran yang berbeza dari guru lain. Seiringan itu,
mereka turut mengutamakan aspek etika dan peranan yang tinggi dalam bertugas. Guru
pakar sentiasa mengamalkan 9 aspek yang terdapat di dalam etika keguruan iaitu aspek

profesionalisme, integriti, akauntabiliti, kejujuran intelektual, berbahasa, etika berpakaian,


pengurusan masa dan juga mengamalkan etika dalam membuat keputusan. Selain itu, guru
pakar juga melaksanakan peranannya kepada pelajar, profesion, ibu bapa, masyarakat dan
negara serta menjadi ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan
para guru adalah bersandarkan etika dan peranan yang diamalkan oleh guru tersebut
sewaktu

mengajar

yang

bergerak

seiring

dengan

sifat-sifat

iltizam,

dedikasi,

bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria serta amanah dalam
menjalankan tugasnya.
Seorang guru pakar juga perlu menguasai enam bidang pengetahuan secara mendalam
iaitu:
Isi kandungan( pengetahuan tentang struktur mata pelajaran)
Seorang guru pakar mempunyai ilmu yang mendalam tentang mata pelajaran yang dijar
melampaui tahap yang ditetapkan dalam sukatan kurikulum. Contohnya, sekiranya
mengajar mata pelajaran Sejarah tahun 4 , illmu pengetahuannya yang dimilikinya bukan
sekadar sejarah tahun 4 tetapi melebihi dari itu. Semakin mendalam ilmu pengetahuan
tentang isi kandungan, semakin fleksibel guru tersebut dalam pengajarannya.
Pedagogi (koleksi kemahiran mengajar)
Guru pakar mempunyai pemahaman yang kompleks tentang strategi manakah yang paling
sesuai untuk mengajar isi kandungan tertentu. Pemahaman ini merupakan tambahan yang
penting kepada kemahiran umum seperti pengurusan rutin bilih darjah, menetapkan
jangkaan , pengurusaan tingkah laku dan sebagainya.
Murid dan bagaimana mereka belajar.
Guru pakar bukan sekadar mengetahui tetapi mengenali murid mereka, sensitif dengan
tahap perkembangan mereka, budaya , jantina dan gaya belajar.
Pengetahuan kendiri( termasuk nilai, standard dan kepercayaan).
Guru pakar menggunakan pengetahuan kendiri dalam pengajaran mereka. Pengetahuan
tentang corak dan budaya sokongan yang dipilih akan menjadi asas kepada cara membuat
keputusan yang betul dan tepat. Guru pakar amat menyedari tentang nilai pendidikan dan
kepercayaan yang dipegang. Guru pakar membuat pilihan tajuk mana yang perlu diberi
keutamaan apabila tajuk-tajuk yang perlu di ajar adalah terlalu banyak dan sukar dikuasai
kesemua muridnya.

Proses-proses kognitif pengajaran.


Guru yang mempunyai tahap konteptual yang tinggi adalah lebih tahu bagimana membuat
penyesuaian , fleksibel dan lebih berjaya dalam pengajaran jika dibandingkan dengan guruguru yang mempunyai tahap konseptual yang rendah. Murid akan belajar lebih banyak
tentang isi kandungan , lebih koperatif dan lebih aktif dalam kerja jika dibandingkan dengan
murid belajar daripada guru dengan tahap konseptual yang rendah Glickman , 1995)
Interaksi komuniti sekolah
Pada masa sekarang , terdapat peningkatan kuasa komuniti profesional berasaskan sekolah
untuk menyokong pembelajaran guru dan peningkatan pembelajaran murid.tanggunjawab
bersama hli komuniti sekolah yang telah berkongsi matlamat yang sama, member tumpuan
secara kolektif ke atas pembelajaran murid, melaksanakan aktiviti pembelajran kolaboratif
dan mengadakan dialog reflektif telah dapat meningkatkan amaln pembelajran murid dan
membolehkan murid memperolehi pencapaian akademik yang baik.
4.1 Ciri ciri Seorang Guru Pakar
1. Peribadi
Dari aspek peribadi guru pakar mempunyai sahsiah terpuji dan sentiasa berketrampilan.
Mereka sentiasa berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam
serta mematuhi pekeliling perkhidmatan awam. Mereka juga sentiasa peka dan prihatin
kepada keperluan murid dari masa ke semasa. Selain itu, guru pakar menjadi role model
kepada warga pendidik yang lain.
2. Pengetahuan dan kemahiran
Dari aspek pengetahuan dan kemahiran guru pakar merupakan orang yang menguasai dan
menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya.
Mereka sering dijadikan pakar rujuk oleh oleh guru lain dalam pengajaran dan pembelajaran
apabila berlaku. Bijak menguruskan masa, bahan sumber dan alat pengajaran dan
pembelajaran. Disamping itu juga mereka mampu untuk mengenal pasti keperluan dan
masalah pembelajaran murid dan menyediakan program tindakan susulan serta
berpengetahuan dan berkemahiran dalam ICT

3. Hasil Kerja
Dari aspek kerja guru pakar berupaya meningkatkan hasil pembelajaran ( learning outcome)
kea rah membangunkan potensi murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4. Komunikasi
Memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan
mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi
5. Potensi
Berwawasan,

proaktif, beriniasitif,

bersifat

responsive dan inovatif

dalam rangka

menjalankan tugas sebagai pendidik.


Berdasrkan ciori-ciri yang dinyatakan di atas tadi, nyatalah bahawaseorang guru pakar akan
berupaya member sumbangan yang besar kepada Negara. Dengan kepakaran yang ada
pada mereka , guru pakar akanberupaya menjana idea baharu bagi mata pelajaran atau
bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu di sekolah
khususnya dan pendidikan amnya.
4.3 Peranan Guru Pakar Dalam Membantu Meningkatkan Kerjaya Sebagai Guru Yang
Profesionalisme
Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan
mendalam dalam diri setiap individu. Tanggungjawab menurut kamus Dewan (1998)
bermaksud kewajipan yang mesti oleh seseorang individu, manakala peranan pula
membawa maksud tugas yang perlu dijalankan. Tanggungjawab dan peranan guru haruslah
dilaksanakan dan bergerak seiring dalam konteks untuk menjadi seorang guru yang
cemerlang. Antara peranan guru pakar yang dapat membantu saya dalam meningkatkan
kerjaya sebagai guru yang profesional ialah
a)

Menjadi mentor

Sistem pementoran merupakan salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma


dikalangan guru. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang lebih
berpengalaman bertindak sebagai penasihat dan pembimbing kepada guru baru atau guru
yang

kurang berpengalaman

untuk meningkatkan perkembangan profesional dan

peribadinya. Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan, memberi galakan ,


kaunseling

Berbekalkan

kemahiran

dan

pengalamannya,

seseorang

an

membina

persahanatan dengan guru yang lebih berpengalaman. Ini bermakna guru pakar dapat

bertindak sebagai seorang mentor kepada saya kerana mereka berperanan memberikan
panduan dan langkah yang efisien bagi guru-guru lain dalam melaksanakan sesi pengajaran
dan pembelajaran. Panduan yang diberikan pada guru-guru lain akan membolehkan sesi
pembelajaran di laksanakan dengan berkesan. Teknik-teknik yang diberikan oleh guru pakar
dapat digabungjalinkan dengan kreativiti tersendiri oleh guru terbabit. Perlu diketahui setiap
guru mempunyai pendekatan, teknik dan kaedah tersendiri dalam menyampaikan sesuatu
bahagian isi pelajaran yang sama. Berkemungkinan sesuatu pendekatan yang diambil oleh
bukan guru pakar mengambil masa yang lama untuk difahami dan dikuasai oleh pelajar.
Oleh itu bantuan dari segi teknik atau pendekatan yang diamalkan oleh guru pakar dapat
memendek

tempoh

masa

penyampaian

dan

seterusnya

meningkatkan

peratusan

pemahaman oleh murid-murid.


Contohnya dalam masalah pengajaran matematik, seringkali murid tidak boleh menguasai
sifir dengan baik dan ini menyukarkan mereka melaksanakan operasi darab dan bahagi
seterusnya menimbulkan masalah kepada saya ketika mengajar didalam kelas. Dengan
menjadikan guru pakar sebagai sebagai mentor saya dapat bertukar maklumat kerana
mereka

seringkali

membuat penyelidikan untuk penambaikan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Antara kaedah yang dapat dikongsi ialah penggunaan

kad sifir , kaedah

petak sifir dan sebagainya. Terdapat juga guru yang pakar matematik ini menghasilkan
modul yang bersesuaian bagi membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran didalam
matapelajaran matematik. Ini kerana guru pakar merupakan orang yang sentiasa komited
dengan kerjayanya dan sentiasa berusaha dalam penambahbaikan pengajaran dan
peningkatan penguasaan pembelajaran oleh murid-murid. Mereka sering mengajar dengan
mengambil kira cara pelajar belajar, cara pelajar membina konsep dalam perwakilan
data.Mereka juga sering memberi fokus kepada pengetahuan sedia ada ,pemikiran pelajar
dan boleh mengubahsuai perancangan kurikulumnya secara mental agar bersesuaian
dengan keperluan konteks.
b)

Bertindak sebagai jurulatih atau penceramah bagi program perkembangan staf.

Penguasaan enam bidang pengetahuan secara mendalam membolehkan guru pakar


bertindak sebagai penceramah atau fasilitator dalam program perkembangan staf .

Ini

kerana melalui program latihan dalam perkhidmatan (LDP), dapat memberi sumbangan
kepada ilmu , ketrampilan dan kepakaran guru, membina semangat berpasukan dan
meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. (2008),
adalah

mustahil

untuk

meningkatkan

keberkesanan

sekolah

atau

menggerakkan

profesionalisme guru tanpa program perkembangan staf. Contoh aktiviti yang dapat dikongsi
bersama melalui perkembangan staf ialah pembinaan bahan bantu mengajar menggunakan

Teknologi maklumat seperti pembinaan power point untuk subjek sains bagi topik haiwan
memandangkan dewasa ini perkembangan Teknologi Maklumat semakin berkembang
pesat. Pengetahuan guru pakar dalam isi kandungan , pedagogi , murid dan bagimana
mereka belajar dan pengetahuan dalam teknologi maklumat dapat membantu saya dan guru
lain membina bahan bantu belajra yang menarik dengan bimbingannya.
Sesungguhnya dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar
guru-guru

sentiasa

membuat

penambahbaikan

semasa

dalam

perkhidmatan.

Ia

sememangnya dapat mempertingkat dan memperkukuh profesionalisme diri selain


mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai guru, ia mampu
memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan
pengetahuan profesional saya dalam menguasai dan mengembangkan kemahirankemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional seorang guru.
c)

Sebagai Role Model

Dalam usaha meningkatkan profesionalisma saya, guru pakar dapat dijadikan sebagai role
model kerana mereka sentiasa mengamalkan etika keguruan setiap masa. Antara etika
yang dapat dilihat ialah dari aspek integriti.Integriti

merangkumi juga keikhlasan,

keterbukaan, ketulusan, ketelusan, amanah, benar, berpegang pada prinsip, tidak mudah
dipengaruhi, boleh dipercayai dan percakapan yang boleh dipegang yang wajar diamalkan
oleh para guru. Nilai ini selalunya dihubungkan dengan nilai-nilai guru pakar yang amanah,
jujur, boleh dipercayai dan memelihara kepentingan awam tanpa mengambil peluang untuk
kepentingan sendiri. Guru perlu menjalankan tanggungjawab dengan adil serta mematuhi
prosedur, peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Bertindak atau membuat
keputusan atas dasar kepentingan sendiri, tidak harus berlaku tetapi haruslah atas
kepentingan pelajarnya. Mereka juga tidak akan mencampur adukkan urusan diri sewaktu
bekerja sama ada untuk mempengaruhi pelajar atau untuk mendapatkan suatu kepentingan
dari pihak lain. Guru yang pakar sentiasa bersikap adil dan saksama serta berkecuali
sewaktu mengajar.
Menurut Ashah Samah (2008), etika berpakaian guru haruslah sopan dan tidak terlalu
terdedah. Cara pemakaian guru lelaki misalnya haruslah berbaju kemeja lengan panjang,
bertali leher, berkasut hitam serta berstokin hitam, berkasut kelabu atau coklat dengan
stokin coklat terang serta berpakaian sopan dan bersesuaian di majlis rasmi. Menurutnya
lagi, bagi guru perempuan pula, antara pakaian yang dibenarkan adalah berbaju kurung,
baju kebaya, blouse labuh, skirt labuh serta potongan rambut yang kemas. Cara pemakaian
guru yang kemas ini akan memberikan contoh teladan yang baik kepada anak murid dalam
9

berpakaian apabila keluar sahaja dari rumah. Sesungguhnya etika berpakaian sentiasa
dijaga rapi oleh guru pakar Ini kerana mereka sedar bahawa cara berpakaian juga dapat
meningkatkan keyakinan dalam melaksanakan tugas seharian dan ia boleh dijadikan ikutan
oleh guru lain. Guru juga hendaklah menunjukkan satu cara berpakaian, pertuturan dan
tingkah laku yang dapat menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Menurutnya lagi, guru
hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid tanpa meminta sebarang bayaran atau
hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada
murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran.
Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan
bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model
yang baik. Akhir sekali guru harus memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas melalui
pengkajian, lawatan, menghadiri kursus, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah
bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani,
emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain.
Guru pakar biasanya akan membuat perancangan yang teratur seperti buku rekod mengajar
untuk rancangan setahun, rancangan sepenggal, seminggu dan tiap hari. Selain itu. Guru
yang cemerlang juga bijak melaksanakan kerja mengikut keutamaan iaitu kerja yang penting
haruslah diutamakan berbanding kerja lain yang bersifat lewah seperti menyelenggara
jadual harian, mengurangkan aktiviti bersifat individu serta mengadakan mesyuarat
mengikut prosedur (PKPA 2/1991) supaya masa tidak terbuang.
Dalam erti kata lain dapat saya katakan menjadikan guru pakar sebagai role model bagi
membantu saya meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang perguruan ini.
Sesungguh amalan yang baik ini dapat dijadikan contoh kerana salah satu peranan guru
ialah menjadi

role model kepada murid memandangkan guru merupakan individu yang

terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bersemuka dengan
pelajar pada setiap hari persekolahan. Guru merupakan model yang sangat penting dalam
menyalurkan mesej tentang amalan nilai-nilai, kepercayaan, dan sikap kepada anak didik
mereka. Ibu bapa dan masyarakat secara amnya melihat peranan guru sebagai pembentuk
tingkah laku yang amat berpengaruh

sepanjang tempoh pelajar

berada di alam

persekolahan. Jika guru mempamerkan perasaan bosan, malas dan tidak bersemangat
maka pelajar juga akan meniru perlakuan yang diperhatikannya.
Sebagai pembentuk tingkah laku, pada asasnya guru hendaklah memahami matlamat
pembelajaran yang ingin dicapai. Pendekatan pembentukan tingkah laku yang digunakan
seharusnya menyokong matlamat dan tujuan pendidikan. Contohnya, jika matlamat

10

pendidikan

bertujuan

membentuk

insan

yang

mampu

berfikir

pada

aras

tinggi,

menyelesaikan masalah secara berdikari, dan menghargai keunikan individu, maka proses
pembentukan tingkah laku harus selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan. Guru
perlu mempunyai kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan pembentukan tingkahlaku
secara profesional, berlandaskan falsafah dan teori tingkahlaku yang bersesuaian.
d)

Menjadi pakar rujuk

Berbekalkan kemahiran dan pengalamannya, seseorang guru pakar boleh bertindak pakar
rujuk kepada saya dan guru lain dalam pendidikan bagi mempertingkatkan kualiti proses
pembelajaran dan pengajaran. Contohnya , dalam pelaksanaan 'Lesson Study' guru pakar
sering dijadikan pakar rujuk apabila mereka dijemput sebagai pemerhati, pemberi komen
dan cadangan bagi langkah-langkah penambaibaikan dalam Rancangan Pelajaran Harian.
Ini bermakna saya juga boleh merujuk kepada guru pakar dalam menyediakan RPH dengan
betul dan berbincang tentang amalan reflektif yang perlu saya lakukan selepas pengajaran.
Contohnya, meminta guru pakar membuat pencerapan keatas pengajaran yang dilakukan
didalam kelas bagi mengenal pasti kelemahan yang ada sebelum berbincang cadangan
penambahbaikan yang perlu dilakukan. Amalan reflektif dan bimbingan dari guru pakar
selepas pdp dapat membantu saya meningkat mutu pengajaran pada masa akan datang.
Tan et al. (2003) merujuk amalan reflektif dalam perguruan sebagai " guru tahu apa yang
dilakukan , mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukan".
Selain menjadi pakar rujuk dalam bidang kurikulum, guru pakar juga boleh dijadikan pakar
rujuk bagi bidang lain seperti kokurikulum. Contoh dalam penyediaan kertas kerja, surat
menyurat bagi aktiviti yang dijalankan, program-program koakademik dan sebagainya. Ini
kerana selain dariapada mengajar, mereka juga mempunyai kemahiran merancang,
berorganisasi, pemantauan, pengurusan kualiti dan sebagainya.Guru pakar juga perlu
menguasai kemahiran dalam pengurusan murid dan tingkah lakunya. Hal ini kerana banyak
tugas atau akauntabiliti yang perlu dilaksanakan oleh guru di sekolah, seperti mengurus
murid, disiplin, rekod dan profil murid, mengurus bilik darjah, pengetahuan kaunseling,
menjalankan aktviti-aktiviti luar bilik darjah dan sebagainya.
e)

Sebagai pembimbing rakan sekerja

Sebagai pembimbing

rakan sekerja, guru pakar dapat membantu saya melalui

penginterasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan


perkongsian amalan pengajaran. Ia juga dapat membantu saya meningkatkan mutu
pengajaran dari semasa ke semasa melalui amalan reflektif selepas sesebuah pengajaran.

11

Antara manfaat yang diperoleh adalah dapat mengenalpasti, kekuatan dan kelemahan
yang terdapat dalam dirinya untuk mencapai tahap prestasi yang lebih baik untuk menjadi
guru yang lebih yakin. Seterusnya pengajaran yang lebih berkesan berdasarkan prinsipprinsip dan model pengajaran dan kepelbagaian teknik pengajaran. Tindakan dan keputusan
berasaskan ilmu dan pengetahuan pedagogi dapat dijalankan secara berkesan. Pemikiran
reflektif dapat didokumentasikan dalam bentuk tulisan merupakan sumber rujukan yang
penting bukan sahaja bagi guru sendiri tetapi juga sebagai sumbangan idea baharu untuk
dirujuk oleh rakan sejawat dan guru-guru di sekolah lain.
Oleh itu, selaku guru pembimbing , guru pakar dapat membantu dengan menilai saya
semasa mengajar. Ini kerana kadangkala saya cenderung menggunakan kaedah yang sama
hingga kadangkala mengabaikan alternatif yang lebih menarik. Jika kaedah yang digunakan
tidak berhasil, ia akan memberi kesan yang negatif terhadap kerjaya, tingkah laku pelajar
serta jangkaan pencapaian murid. Pendapat dan pandangan dari guru pakar dapat
membantu saya meningkatkan pengajaran pada masa akan datang.
Guru pakar juga dapat membantu saya membuat rancangan yang baik dengan menjelaskan
cara mengaitkan kandungan pelajaran yang lalu dengan Kurikulum Kebangsaan. Selain itu
ia juga dapat membantu mengenalpasti kaedah mengajar dengan betul dan strategi
mengurus pengajaran dengan betul. Seterusnya guru pakar dapat membantu membuat
refleksi selepas sesuatu pengajaran bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam
pengajaran.
Tan et al. (2003) merujuk amalan reflektif dalam perguruan sebagai " guru tahu apa yang
dilakukan , mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukan".
Oleh itu dapat saya katakan dengan bantuan yang diberikan oleh guru pakar saya dapat
meningkatkan mutu pengajaran saya melalui bimbingannya untuk membuat refleksi selepas
sesuatu pengajaran. Sesungguhnya guru pakar mempunyai pengetahuan isi kandungan
yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks yang berbeza dan bersepadu.
f) Membantu memimpin dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan kepakaran mata
pelajaran atau bidang pengkhususan.
Dalam usaha membantu guru-guru lain, guru pakar seringkali dilihat dilantik menjadi ketua
panitia dalam mata pelajaran atau bidang tugas yang lebih khusus. Pengetahuan yang
mendalam dari guru pakar dapat membantu ahli panitia merancang perancangan strategik
berdasarkan tahap murid disekolah tersebut. Disamping itu juga guru pakar juga dapat
memimpin saya dan guru lain dalam menyediakan aktiviti tahunan panitia bagi menentukan

12

program yang dapat menarik minat murid. Ini kerana seperti yang diketahui guru pakar
sentiasa meamahmi murid-murid disekolah dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan
penglibatan terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan. Contohnya dalam meningkatkan
tahap pembacaan murid, guru pakar akan menyediakan ganjaran pada murid yang dapat
membaca pelbagai bacaan dalam satu-satu tempoh.
Bukan hanya dari segi akademik guru pakar juga dapat membantu saya memimpin dalam
bidang kokurikulum. Sesungguhnya guru pakar mempunyai pelbagai kepakaran dan
sentiasa komited dengan kerja. Mereka sentiasa membuat penambahbaikan dengan kadar
segera tanpa menunggu tempoh. Contoh,jika saya terlibat dengan permainan bola baling,
pasti ada guru pakar yang dapat membantu saya mengajar teknik-teknik yang betul
permainan tersebut berdasarkan pengalaman mereka.
g) Sebagai agen sosialisasi
Sebagai seorang guru juga, kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan
pelanggan. Siapakah pelanggan kita di sekolah? Pelanggan sekolah terdiri
daripada murid-murid dan ibu bapa mereka. Di Malaysia, ibu bapa terdiri
daripada

ahli

Persatuan

Ibu

Bapa

dan

Guru.

Sebagai

sebuah

agensi

perkhidmatan, guru juga tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan


terbaik yang berorientasikan pelanggan. Terdapat empat perkara yang akan
dibincangkan dalam perkhidmatan berorientasikan pelanggan iaitu responsif,
proaktif, mesra dan berkualiti. Kesemua perkara ini terkandung dalam Lampiran
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 : Panduan
Pengurusan Perhubungan Pelanggan.
Dalam Pekeliling tersebut, kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti
Perkhidmatan Pelanggan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal,
penyampaian dan emosi. Komponen fizikal mengandungi persekitaran yang
kondusif dan kemudahan sokongan. Dalam komponen penyampaian pula
mengandungi kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah
diperoleh, mudah difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan. Terakhir,
komponen emosi mengandungi mesra dan adil, mendengar dan memahami dan
menghormati.
Dari segi emosi, guru seharusnya lebih mesra dan adil kepada murid dan ibu
bapa dan berurusan dengan mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
Selain itu, guru yang mempunyai sahsiah yang baik sentiasa mendengar dan
memahami perkara yang dibangkitkan oleh pelanggan dan mengambil tidakan

13

yang sewajarnya. Menghormati ibu bapa juga penting selain guru memberi
layanan dengan penuh rasa hormat.
Dalam memainkan peranan sebagai agen sosiallisasi, dengan bantuan guru pakar dan saya
harus turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh komuniti
setempat seperti karnival keluarga, ekpidisi mendaki bukit, aktiviti-aktiviti kebudayaan,
gotong royong, kelas bimbingan dan sebagainya. Guru mungkin di undang untuk menjadi
jurulatih, pengadil, penceramah, pemerhati ataupun tetamu khas dalam majlis tertentu
dalam komuniti setempat. Guru boleh menghulurkan khidmat bantuan dari segi sumbangan
bidang kepakaran, tenaga, masa, dan kewangan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti tersebut.
Pada masa yang sama, guru berpeluang bersosialisasi dengan ibu-bapa, penduduk, dan
pemimpin setempat, bergaul mesra serta mengenali amalan dan budaya komuniti setempat
dengan lebih dekat dan mendalam.
Jangkaan masyarakat terhadap guru untuk memainkan peranan meningkatkan kualiti corak
kehidupan, memelihara dan mengekalkan budaya yang dianggap baik dalam masyarakat
sosial. Oleh itu, amalan-amalan nilai murni seperti berbudi bahasa, bersopan santun,
prihatin, penyayang, nilai-nilai kemanusiaan dan menghormati hak asasi orang lain wajar
dipamerkan dalam diri seorang guru. Corak dan nilai hidup guru, pertuturan dan
penggunaan bahasa, menghomati peraturan, dan undang-undang serta respon guru kepada
kepada golongan yang kurang bernasib baik merupakan alat sosialisasi yang penting dalam
pembentukan dan perkembangan kualiti sahsiah sosial pelajar.
Guru pakar adalah agen sosialisasi yang boleh dicontohi kerana beliau mempamerkan
kesanggupan belajar dan menyesuaikan diri dengan penggunaan teknologi baharu dalam
berkomunikasi seperti penggunaan laman web, emel, mewujudkan blog dan seumpamanya
agar saluran maklumat dapat dicapai dengan lebih cepat dan efisien.
Bagi membantu guru mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan mereka
perlu
menggunakan tutur bahasa yang sopan apabila berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang
bersopan santun dan berbudi bahasa dalam komunikasi diluar kelas amat digalakkan. Tidak
dinafikan juga, penggunaan laras bahasa serta istilah yang betul dalam berkomunikasi amat
dititikberatkan lebih-lebih lagi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dapat
memahami perkara yang diajarkan dengan mudah dan tepat .Dengan bantuan guru pakar
pasti guru seperti saya dapat berinteraksi dengan baik bagi mewujudkan suasana yang
harmonis diantara guru dan ibu bapa. Saya juga boleh meminta guru pakar menjadi orang
tengah jika timbul masalah kerana lebih mengenali sikap dan kerenah ibu bapa berdasrkan

14

pengalaman yang ada. Mereka juga kadangkala dapat meleraikan kekeliruan yang berlaku
diantara ibu bapa dan sekolah dengan menerangkan secara berhemah apa yang berlaku.
Mereka bijak menggunakan ayat-ayat bagi melembutkan hati ibu bapa. Ini kerana guru yang
pakar sentiasa bersifat professional dengan menjalankan tanggungjawabnya terhadap ibu
bapa iaitu sentiasa memaklumkan kepada ibu bapa maklumat bekaitan anak-anak mereka.
Guru pakar juga tidak menghebahkan maklumat sulit berkaitan ibu bapa pelajar kepada
pihak yang tidak bertanggungjawab. Seiringan dengan itu, guru juga bersifat professional
dengan menjalankan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara dengan
melahirkan pelajar-pelajar yang bermutu dan berdaya saing. Tidak dinafikan juga, guru
pakar sentiasa melaksanakan peranannya di kawasan tempat mereka mengajar dengan
berperanan sebagai pengurus dan penilai tahap kemajuan pelajar serta menyertai segala
aktiviti masyarakat yang dijalankan di tempat tersebut. Dengan penglibatan guru secara
menyeluruh ini akan menambahkan keyakinan masyarakat terhadap kebolehan guru dalam
menjadi seorang pendidik.

5.0 Kesimpulan
Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah
suatu yang mudah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran
generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan
peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa
kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan berjaya
menghasilkan generasi yang cemerlang dan gemilang. Dengan dapat memahami prinsip
etika dan peranan, guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar seorang
pendidik.
Oleh itu, Amir Hasan Dawi (2002), mencadangkan supaya penghayatan akauntabiliti
terhadap etika dan peranan haruslah di hayati sepenuhnya kerana ia dapat meningkatkan
tahap profesionalisme keguruan. Penghayatan tersebut membolehkan semua guru
menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Kita
juga dapat melihat bahawa etika mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pengurusan.
Etika yang baik akan menghasilkan budaya kerja yang cemerlang dan pengurusan yang
berkualiti yang akan berakhir dengan hasil perkhidmatan dan barangan yang bermutu
tinggi. Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia perlulah diikuti dan diamalkan sepenuhnya
oleh semua warga pendidik kerana ianya merupakan asas kepada perkhidmatan yang
menuju kepada pendidikan bertaraf dunia yang diidamkan. Guru-guru telah diamanahkan
untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu, beriman, bertakwal, berakhlak mulia serta
mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara berasaskan kod etika profesion

15

perguruan. Saya percaya adalah menjadi tanggungjawab guru pakar untuk berperanan
sebagai tonggak utama dalam menghasilkan generasi muda yang mampan dan terampil
menerusi pelaksanaan proses P&P berlandaskan etika dan peranan profesion yang mantap
yang akhirnya akan dapat menghasilkan generasi yang gemilang untuk pembangunan
negara.
Maka dengan itu dapatlah dikatakan bahawa guru pakar merupakan orang yang dapat
membantu guru seperti saya dalam mengembangkan profesion perguruan.

16

BIBLIOGRAFI
BUKU:
Noriati A. Rashid , Boon Pong Ying& Wong Kiet Wah (2010). Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Akhiar Pardi , Shamsina Shamsudin & Muhammad Kushari Jusoh (2012). Asas Kepimpinan
dan Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.
Syed Ismail bin Syed Mustapha & Ahmad Subki (2014). Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
RosieTurner-Bisset( 2010). Pengajaran Pakar.Kuala Lumpur :Attin Press Sdn Bhd.
Mok Soon Sang( 2003) Pendidikan di Malaysia.Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Mohd Salleh Lebar (2002). Pentadbiran Pendidikandan Pendidikan Malaysia. Petaling Jaya:
Addison Wesley Longman
INTERNET:
http://www.academia.edu/......Perkembangan Profesional Kearah Pembangunan Modal
Insan Guru. Diakseskan pada 12/3/2015
http://study.com/academymy/lesson/master-teacher-definition-and -examples.html.
Diakseskan pada 8/03/2015
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&sec=Rencana&pg=re_03.htm Peranan Guru Jana Transformasi Negara . Diakseskan pada 21/03/2015

17

Anda mungkin juga menyukai