Anda di halaman 1dari 1

Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru (EDU3083)

Soalan 1:

Setiap guru perlu melaksanakan tugas di sekolah dengan penuh integriti. Terangkan apakah
yang anda faham tentang integriti dan nyatakan contoh yang sesuai.

Integriti adalah merujuk kesempurnaan atau keikhlasan dan kejujuran. Integriti juga merujuk kualiti
unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti bagi
seseorang guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umun. Integriti guru merujuk kualiti unggul yang
wujud secara keseluruhan dan padu pada diri setiap anggota perkhidmatan pendidikan dan
organisasi pendidikan berlandaskan etika profesion dan piagam pelanggan organisasi yang
bersistem. Contohnya, guru tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri dan
bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan ikhlas mampua merancang PdP yang terbaik
supaya melahirkan modal insan kelas pertama.

Soalan 2:

Merujuk Kod Etika Profesion Keguruan Malaysia, guru mesti bertanggungjawab terhadap
muridnya. Sejauh manakah guru dapat melaksanakan tanggungjawab ini di dalam bilik
darjah?

Kod Etika Profesion Keguruan Malaysia sebagai satu panduan dan peraturan bagi guru
melaksanakan tanggungjawab mereka di sekolah. Antara tangungjawab yang perlu dilaksanakan
oleh guru adalah tanggungjawab terhadap murid. Guru bertanggungjawab untuk mendidik murid
mendapat kecemerlangan dalam pencapaian akademik atau bukan akademik serta sikap dan nilai
dalam diri murid. Selain itu, guru juga perlu membentuk potensi murid secara menyeluruh supaya
melahirkan murid yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, intelek, rohani, emosi , sosial dan
fizikal. Guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk sikap murid yang mulia. Hal ini
kerana murid merupakan genarasi yang akan datang dan membantu dalam pembangunan negara.
Oleh yang demikian, guru sentiasa diminta untuk mengawal sikap murid dan membetulkan sikap
murid yang negatif terutamanya terlibat dalam masalah disiplin.

Seterusnya, guru perlu mengamalkan dan memilih pengajaran yang kepada semua murid tanpa
mengira bangsa, jantina dan agama. Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan strategi pengajaran yang sesuai kepada murid yang pelbagai kemahiran dan tahap.
Dengan ini, bukan sahaja guru dapat mencapai objektif pengajaran, setiap tahap murid juga boleh
mendapat pembelajaran secara optimum. Sepanjang pengajaran, guru membuat penilaian
terhadap prestasi murid dan sentiasa memberi bantuan kepada murid yang lemah. Setelah menilai
prestasi murid, guru membuat justifikasi dan memberitahu tahap murid kepada ibu bapa supaya ibu
bapa memahami dan mengetahui kebolehan anak sendiri. Hal ini kerana guru mempunyai
tanggungjawab terhadap prestasi murid dan perlu memberi penjelasan apabila pencapaian
akademik murid merosot.

Namun begitu, guru di sekolah kini terbeban dengan pelbagai tugasan yang perlu dijalankan
sehingg tidak mempunyai masa untuk merancang pengajaran yang terbaik kepada murid. Hal ini
kerana guru kini perlu menghadiri pelbagai kursus atau tugas rasmi di luar sekolah, tambahan pula
guru perlu membuat pelbagai kertas kerja di sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah.
Oleh sebab kekurangan masa, guru tidak dapat merancang pengajaran dengan mengambilkira
pengawalan kelas, kebolehan murid dan pencapaian murid di dalam bilik darjah.

Disediakan 0leh : Tee Yong Fatt & Muhammad Luqman Hakim Bin Rosli

Anda mungkin juga menyukai