Anda di halaman 1dari 8

1(a) Bincangkan bagaimana efikasi kendiri pelajar dapat ditingkatkan melalui

keperluan yang dipenuhi

Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan kerana
motivasi berperanan untuk mengerakkan diri mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih
cemerlang. Jika tidak ada sesuatu yang memotivasikan kita, maka kemungkinan besar kita
tidak akan melakukan perkara tersebut ataupun perkara yang kita lakukan itu tidak berada di
tahap yang cemerlang. Mengikut teori yang diperkenalkan oleh Maslow, keperluan bagi
setiap individu itu berlaku secara peringkat dan kita perlu memenuhi peringkat yang paling
asas dahulu iaitu keperluan fisiologi.

Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang
seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori
motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan
tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana
kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu
atau terjejas. Jika pelajar atau murid tidak mempunyai kesihatan yang baik, bagaimana
mereka ingin memberi tumpuan terhadap pelajaran. Kehadiran ke sekolah juga akan merosot
dan apabila perkara ini berlaku, banyak perkara yang murid akan tertinggal. Tidak mungkin
guru ingin mengulangi semula apa yang telah diajar sebelum ini. Kita ambil satu tajuk di
dalam matapelajaran matematik iaitu darab. Jika seseorang murid tidak menguasai asas darab
atau ketinggalan kerana tidak sihat, maka banyak tajuk lain juga akan terganggu seperti darab
wang,darab masa dan waktu dan sebagainya. Selain dari faktor kesihatan, makanan juga
penting dalam membantu tumbesaran kanak-kanak kerana apa yang dapat saya lihat, murid-
murid di sekolah saya (sekolah di kampung) saiznya kecil berbanding murid-murid di sekolah
bandar. Hal ini sedikit sebanyak memberi merit lebih kepada murid bandar jika mereka
bersaing dengan murid di sekolah kampung. Gaya pemikiran mereka juga berlainan atas
faktor makanan tambahan yang mampu disediakan oleh ibubapa. Keperluan fisiologi bukan
sekadar berkait dengan keperluan makanan tetapi tempat tinggal juga memainkan peranan
yang penting. Susana tempat tinggal yang selesa mampu meningkatkan efikasi kendiri murid
dan hal ini telah dinyatakan melalui teori maslow. Jika persekitaran tempat tinggal tidak
selesa maka murid cenderung untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak baik dan efikasi
kendiri mereka akkan menurun. Kita ambil contoh kanak-kanak yang tinggal di rumah kedai,
mereka banyak bergaul dengan orang dewasa dan mudah terdedah kepada aktiviti negatif.

Selain keperluan fisilogi, aspek keselamatan juga diberi penekanan oleh Maslow di
dalam teori motivasi beliau. Keperluan ini biasanya sangat diperlukan oleh setiap individu
daripada peringkat kanak,kanak sehingga dewasa. Kanak,kanak lazimnya tidak dapat
menjalani proses kehidupan dengan sendiri dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa
terutama ibu bapa atau guru untuk mendapatkan perlindungan contohnya seorang
kanak,kanak amat memerlukan penjagaan ibu bapa khususnya ketika kanak,kanak tersebut
ditimpa kemalangan kecil atau kesakitan. Ketika di peringkat bayi, mereka akan merasakan
bahawa ibu dan ayah mereka sahaja yang selamat untuk mereka dekati. Jadi kita dapat lihat
ada bayi yang akan menangis apabila dipegang oleh orang lain kerana itu menunjukkan
mereka berasa tidak selamat.

Jika di sekolah, aspek selamat juga penting dalam mempengaruhi murid untuk belajar.
Persekitaran pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan secara positif dengan
menggunakan nada dan intonasi yang positif sejak dari awal pengajaran di dalam bilik darjah.
Usaha mudah untuk mewujudkan suasana yang mesra boleh membantu pelajar berasa lebih
selesa, dan yakin. Sebagai contoh, penggunaan bahasa positif dalam sukatan pelajaran
Sukatan pelajaran ialah tanggapan pertama pelajar terhadap kursus. Merangka dasar dan
jangkaan dalam bahasa yang mesra dan membina, dan bukannya dengan arahan yang kuat
atau amaran boleh meningkatkan keselesaan pelajar. Seterusnya, dengan menyapa pelajar
apabila mereka memasuki kelas, sediakan diri anda sebelum dan selepas kelas dapat
meningkatkan hubungan pelajar dengan guru serta memberikan persekitaran yang positif.
Sebagai contoh, seorang guru memasuki kelas dengan mengucapkan selamat pagi,
menanyakan keadaan dan situasi pelajar mereka sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Teknik ini dapat membantu membentuk persekitaraan yang
positif dan memberikan peluang kepada pelajar untuk menguasai kandungan sukar menjadi
lebih mudah dan menyenangkan. Ada diantara murid yang merasakan tidak selamat dan
seronok untuk belajar kerana guru di sekolah terlalu garang. Saya pernah bertanya kepada
beberapa orang murid kenapa tidak hadir pada setiap hari Khamis dan Jumaat sedangkan
murid ini merupakan murid yang aktif. Jawapannya amat mudah iaitu ada matematik dan
takut pada cikgu yang mengajar matematik.

Setelah segala keperluan fisiologi dan aspek keselamatan dipenuhi, teori Maslow
beralih kepada aspek seterusnya iaitu keperluan kasih sayang. Mereka ingin rasa disayangi
dan dihargai dalam apa aktiviti yang mereka lakukan. Saya ambil contoh mudah, murid dapat
menjawab soalan dengan betul dan kita memberikan bintang pada latihan mereka sudah
cukup membuatkan mereka gembira. Situasi ini sama juga dirumah yang mana ibubapa boleh
memberi token pada setiap amalan baik yang dilakukan. Di samping itu, persekitaran
pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan secara positif dengan menyediakan
peneguhan positif membantu menggalakkan rasa disayangi. Satu kaedah peneguhan positif
adalah melalui penyediaan motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik ialah faktor luaran yang
mendorong pelajar untuk berkelakuan positif, seperti memberi pelajar “sticker” kerana
berjaya dalam ujian atau memberikan sebarangan jenis hadiah yang dapat meningkatkan
semangat mereka untuk lebih berusaha. Memberi pujian kepada pelajar juga merupakan
motivasi ekstrinsik yang baik. Guru boleh memuji tingkah laku atau prestasi akademik
pelajar di hadapan rakan sekelas mereka atau meluangkan masa untuk menghubungi ibu bapa
mereka dan memberitahu mereka tingkah laku positif yang telah ditunjukkan oleh anak
mereka.Secara tidak langsung, budaya persekitaran yang menyokong dapat dibentuk dan
memberikan peluang kepada pelajar untuk berasa lebih positif dan berjaya.

1(b) Kepentingan program motivasi dalam meningkatkan konsep kendiri pelajar.

Ramai individu yang beranggapan bahawa program motivasi hanya program sia-sia
dan tidak memberi kesan kepada peningkatan konsep kendiri pelajar dan meningkatkan
prestasi pelajar. Kebanyakan di antara pelajar yang tidak mempunyai pencapaian yang baik
dalam bidang akademik mahupun kokurikulum didapati kurang mendapat motivasi diri.
Mereka merasakan diri mereka tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Ibubapa dan guru
perlu memainkan peranan yang penting dan ianya bermula dengan mengetahui minat dan
masa hadapan yang diinginkan agar kita dapat membantu dalam merancang perjalanan yang
menepati kehendak dan kemampuan pelajar.
Melalui program motivasi, para pelajar akan didedahkan tentang tips dalam belajar.
Gaya pembelajaran setiap individu itu berbeza-beza. Ada diantara kita yang lebih kearah
gaya pembelajaran linguistik tetapi ada pulak yang lebih kepada visual. Oleh itu fasilitator
atau penceramah program motivasi akan membantu anda mengenal pasti cara belajar anda.
Sebagai contoh, teknik penulisan nota ringkas, penggunaan kad-kad untuk menguatkan
hafalan dan cara mengenal pasti corak soalan yang bakal dikeluarkan dalam peperiksaan
peringkat sekolah mahupun awam. Kesannya, pelajar akan bertambah rajin dan tercelik hati
bahawa setiap di antara mereka mampu mencapai kejayaan dari segi akademik ataupun
aktiviti di luar bilik darjah. Disiplin dalam belajar juga akan diterapkan di dalam program
motivasi. Pelajar perlu mendisiplinkan diri agar dapat memperuntukkan beberapa jam untuk
belajar selain melakukan aktiviti lain sebagai contoh pkul 8-11 malam merupakan waktu
untuk membuat kerja sekolah dan latihan maka tiada aktiviti lain boleh dilakukan seperti
menonton televisyen. Apabila pelajar mempunyai disiplin yang tinggi, mereka akan dapat
membuahkan hasil yang cemerlang.

Aspek lain yang boleh kita perolehi melalui program motivasi ialah sikap kerjasama
dan kemahiran komunikasi dengan orang lain. Sekap kerjasama ini penting kerana kita
hidaup la komuniti masyarakat. Tak semua kerja kita mampu lakukan seorang diri sebaliknya
kita memerlukan kerjasama dalam membuat kerja berpasukan. Aktiviti kumpulan yang
dijalankan menggalakkan pelajar untuk berkongsi pendapat dan idea dalam menyelesaikan
tugasan yang diberi. Komunikasi yang baik perlu ada supaya tidak ada ahli kumpulan yang
terasa atau berkecil hati dengan apa yang kita katakan. kemahiran komunikasi adalah sangat
penting khususnya apabila pelajar akan memasuki alam pekerjaan. Umum sedia maklum,
manusia mempunyai pelbagai ragam dan sekiranya kita ingin menjadi seorang yang
professional kita harus menguasai kemahiran komunikasi yang baik. Semasa program
motivasi, pelajar juga akan didedahkan untuk menyampaikan persembahan atau bercakap
dihadapan khalayak ramai dan ini bukan sahaja meningkatkan komunikasi bahkan keyakinan
diri dan pelajar juga perlu belajar untuk menerima komen atau teguran hasil daripada
pembentangan yang dilakukan.

Kesimpulannya program motivasi merupakan medan terbaik untuk meningkatkan


potensi diri individu dan bukan hanya sekadar program mengisi masa lapang. Pelajar
seharusnya bersikap terbuka dan gemar untuk menyertai inisiatif-inisiatif yang direncana oleh
pihak sekolah dalam membantu pelajar menjadi seorang manusia yang lebih baik. Guru-guru,
ibu dan bapa serta perunding motivasi pula seharusnya sentiasa menggunakan pendekatan
yang lebih menarik dan sesuai dengan persekitaran pelajar dalam menganjurkan program
motivasi supaya dapat menarik minat mereka. Kita perlulah mengikuti peredaran zaman
dalam menjalankan program motivasi agar program yang dijalankan tidak sia-sia. Sebagai
contoh mungkin pembentangan menggunakan kertas mahjung tidak lagi releven dengan
remaja sekarang dan mungkin boleh ditukar dengan pembentangan menggunakan perisian
powerpoint atau persembahan video. Sesungguhnya jika usaha ini diperkasa dan dilaksana
dengan efisien, generasi muda kita akan bebas dari dibelenggu masalah sosial serta melonjak
kemampuan masyarakat tempatan seriring dengan maju yang lain.

2(a) Kepentingan motivasi ekstrinsik dan intrinsik terhadap dorongan untuk bekerja

Motivasi adalah salah satu faktor terpenting dalam mempengaruhi tingkah laku dan
prestasi manusia. Tahap motivasi seseorang individu atau pasukan yang dilakukan dalam
tugas kerja mereka boleh menjejaskan semua aspek prestasi organisasi. Pekerja adalah
sumber utama untuk aktiviti organisasi dan isu motivasi pekerja akan mempengaruhi
kejayaan organisasi tersebut. Walau bagaimanapun, dalam memahami bahawa keperluan dan
keutamaan manusia tidak sama antara satu sama lain, satu set pakej motivasi yang direka
untuk individu atau kumpulan mungkin tidak memberikan kesan yang sama kepada orang
lain. Oleh itu, Herzberg mentakrifkan dua set faktor dalam menentukan sikap bekerja dan
tahap prestasi pekerja yang dinamakan sebagai Teori Dua Faktor (Faktor Motivasi &
Kebersihan). Faktor intrinsik adalah sumber keperluan kepuasan yang diperoleh daripada
hubungan individu dengan pekerjaan itu sendiri dan ianya melibatkan faktor pekerjaan yang
memberi ganjaran kepada keperluan individu untuk mencapai aspirasinya. Contoh faktor
intrinsik ialah pencapaian, pengiktirafan, tanggungjawab, dan kemajuan. Manakala, faktor
ekstrinsik pula adalah sumber keperluan kepuasan yang dikaitkan dengan ganjaran ketara
seperti gaji, keadaan bekerja, persekitaran fizikal, keselamatan pekerjaan, kenaikan pangkat
dan hubungan interpersonal. Ganjaran ketara tidak boleh ditentukan oleh individu sebaliknya
faktor ekstrinsik ini ditentukan oleh organisasi.

Kepentingan faktor instrinsik kepada guru dalam meningkatkan motivasi dilihat amat
penting bagi membantu guru meningkatkan kepuasan mereka ketika bekerja. Apabila
difikirkan tentang motivasi guru, banyak persoalan yang timbul kenapa guru dari segenap
lapisan masyarakat memilih untuk berada dalam profesion tersebut. Pasti ada sesuatu yang
mendorong guru memilih kerjaya ini. Ramai guru hari ini bekerja berlebihan dan bergaji
rendah, ianya menjadi tanda tanya mengapa para guru masih bermotivasi dalam mendidik
anak murid mereka. Guru merupakan salah satu pekerjaan terpenting di dunia dalam
mendidik anak-anak. Oleh itu, faktor intrinsik ini dilihat sebagai pemangkin motivasi kepada
guru-guru untuk terus cemerlang dalam mendidik anak murid mereka. Faktor intrinsik yang
telah disebutkan di atas seperti pencapaian, pengiktirafan, tanggungjawab, dan kemajuan
yang diberikan oleh majikan akan dapat meningkatkan motivasi dan kepuasan guru dalam
aktiviti di sekolah.

Bagi memotivasikan para guru, keperluan peringkat tinggi (faktor intrinsik atau
motivasi) mesti diberi keutamaan oleh majikan. Faktor Intrinsik sebenarnya adalah faktor
yang menyumbang kepada tahap kepuasan kerja pekerja. Ia telah dikenali secara meluas
sebagai faktor kandungan pekerjaan yang bertujuan untuk membekalkan guru dengan kerja
yang bermakna supaya dapat memuaskan diri dengan hasil kerja mereka, tanggungjawab
yang diberikan, pengalaman yang dipelajari, dan pencapaian para guru. Faktor Intrinsik
sangat berkesan dalam mencipta dan mengekalkan kesan positif yang lebih lama terhadap
prestasi guru dalam pekerjaan mereka kerana faktor-faktor ini adalah keperluan asas manusia
bagi pertumbuhan psikologi. Faktor Intrinsik akan mendorong guru dalam meningkatkan
minat tambahan ke dalam profesion mereka. Apabila para guru berpuas hati dengan
keperluan motivasi tersebut, guru akan lebih produktif dan cekap dalam mencapai objektif
organisasi. Faktor motivasi yang positif akan meningkatkan tahap prestasi seseorang guru,
sekali gus membantu pelajar mereka untuk melebihi juga. Faktor yang akan menurunkan
tahap prestasi guru ialah ketiadaan motivasi, keletihan dan krisis peribadi. Guru mungkin
menghabiskan masa yang panjang dan hari-hari bekerja keras kerana tertekan sehingga titik
puncak tetapi terus mengajar.

Selain itu, mengikut teori Herzberg ini, Faktor Ekstrinsik juga menyumbang kepada
keperluan motivasi para guru. Kehadiran faktor ekstrinsik ini seperti gaji, bonus, kenaikan
pangkat, keadaan bekerja, persekitaran fizikal, keselamatan pekerjaan dan hubungan
interpersonal dapat mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati timbul di tempat kerja mereka.
Faktor-faktor ini menjadi panduan kepada majikan dalam mewujudkan persekitaran kerja
yang baik dan menggalakkan di mana para guru berasa selesa bekerja di dalam organisasi.
Guru harus menangani pelbagai tugas yang banyak dan sukar, beban kerja dalam mendidik
murid dan juga dalam menangani ragam pihak ibu bapa dan majikan. Beban kerja yang
banyak akan menyebabkan para guru tertekan dan berasa letih. Dalam proses bekerja untuk
mencapai matlamat pendidikan, kita mungkin dapat perhatikan bahawa motivasi guru adalah
lebih rendah dan tahap tekanan mereka lebih tinggi daripada individu yang bekerja dalam
bidang lain. Ada berpendapat bahawa jika tahap tekanan guru lebih tinggi, tahap motivasi
guru akan rendah dan begitulah sebaliknya. Situasi ini secara tidak langsung akan
menyebabkan guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai tekanan yang melangkaui tugas
hakiki sebagai seorang pendidik.

Perkara ini menyebabkan profesion guru menjadi antara profesion yang mengalami
gejala stress yang tinggi berbanding kerjaya lain kerana tugas mereka yang terlalu banyak.
Apabila majikan gagal membekalkan kepuasan dalam keperluan faktor ekstrinsik dalam
kalangan guru, ianya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan seterusnya akan
menyebabkan motivasi para guru menurun. Walau bagaimanapun, jenis tekanan yang
diterima oleh guru boleh juga menjadi tekanan yang baik dan menjadi faktor motivasi yang
positif untuk mereka dalam mendorong para guru berusaha dalam mencapai matlamat dan
objektif organisasi. Faktor ganjaran kewangan dan bukan kewangan dianggap menjadi
pendorong utama kepada prestasi individu terutama guru kerana ianya mampu menukar arah
hubungan antara prestasi kerja dan indik prestasi utama (KPI). Faktor ganjaran kewangan dan
bukan kewangan ini akan menggalakkan para pendidik supaya dapat bekerja dengan lebih
keras dan lebih cekap lagi dalam mencapai matlamat institusi pendidikan. Keperluan faktor
ekstrinsik yang diberikan oleh pihak majikan kepada guru menyumbang kepada tahap
motivasi dan kepuasan bekerja yang tinggi. Apabila semua faktor luaran ini dicapai, guru
akan bebas daripada keadaan kerja luaran yang tidak menyenangkan yang akan
menghilangkan perasaan tidak puas hati mereka.

Faktor Intrinsik dan Ekstrinsik adalah saling bergantung antara satu sama lain.
Kehadiran Faktor Ekstrinsik hanya akan menghapuskan ketidakpuasan kerja dalam kalangan
guru, namun, faktor ini tidak akan memberikan kepuasan kerja. Sebaliknya, faktor yang
mencukupi dalam Faktor Intrinsik akan memupuk pertumbuhan dan perkembangan dalaman
para guru yang akan membawa kepada produktiviti dan prestasi yang lebih tinggi. Faktor
Ekstrinsik akan membenarkan guru bersedia untuk bekerja manakala Faktor Intrinsik akan
menentukan kualiti kerja mereka. Para guru mempunyai beberapa perbezaan tersendiri dalam
faktor motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Oleh itu, organisasi harus memodulasi operasi dan
prosedur mereka bagi memenuhi kedua-dua faktor motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam
kalangan guru sebagai pekerja mereka.
2(b) Peranan majikan dalam meningkatkan produktiviti guru

Sebagai pemacu kualiti pendidikan, prestasi kerja guru telah dibincangkan secara
meluas sebagai faktor kritikal yang mempengaruhi kualiti Pendidikan. Di Malaysia, sistem
pendidikan akan dapat mencapai matlamat apabila guru-guru yang berkualiti dapat
dihasilkan. Peranan majikan dalam meningkatkan produktiviti guru melalui aktiviti sosial dan
kemasyarakatan adalah dengan meningkatkan kolaborasi antara pihak sekolah dan
masyarakat. Kolaboratif membawa maksud kebergantungan dan permuafakatan ahli dalam
kumpulan dalam membuat keputusan. Melalui aktiviti ini, pihak sekolah dan masyarakat
dapat berkongsi idea unik dan pengalaman bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik.
Keputusan yang dibuat adalah lebih baik daripada keputusan yang dibuat secara bersendirian.
Kolaboratif antara guru dan masyarakat setempat khususnya ibu bapa dilihat mampu
meningkatkan motivasi para guru kerana permuafakatan antara guru dengan pelajar, guru
dengan pentadbir, guru dengan institusi, guru dengan ibu bapa dan guru dengan masyarakat
dapat dibina melalui peranan majikan. Kolaborasi antara para guru dan masyarakat juga akan
membawa makna dalam usaha sama, bekerja dalam pasukan dan hubungan dua hala dalam
menjayakan sesuatu matlamat dan tujuan yang membawa kebaikan bersama. Peranan
majikan dalam meningkatkan kolaborasi pihak guru dan masyarakat untuk kepentingan
bersama dapat menjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan. Ianya juga dilihat dapat
memotivasikan para guru supaya dapat mencapai matlamat pendidikan dengan lebih
berkesan.

Anda mungkin juga menyukai