Anda di halaman 1dari 9

EVERY-DAY PROBLEM SOLVING DONE SKILLFULLY

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCE SME 3023


NAME : NORAISYAH BT MD NOOR ID NUMBER: D20081033185 COURSE : SCIENCE (MATHEMATICS) WITH EDUCATION

BUDAYA DALAM MERANCANG KURIKULUM SEKOLAH

Isu utama dalam merancang kurikulum di sekolah menengah adalah sejauh mana kurikulum dapat disampaikan dan pembelajaran murid dikendalikan oleh seorang guru di sebuah bilik darjah (Burnham,2004). Howard dan Audrey (1987) menyatakan bahawa alasan yang menyatakan guru sedang menyahut permintaan-permintaan dan keperluan untuk perubahan dalam pendidikan selari dengan kehendak adalah guru-guru telah cenderung untuk menjadi seorang guru yang praktis dengan terlalu memikirkan tugas untuk mengajar murid-murid dalam bilik darjah. Sikap sebegini telah menyebabkan para guru lebih mementingkan dua aspek perkembangan kurikulum sahaja iaitu aspek-aspek yang berkaitan dengan isi dan kaedah lantas meninggalkan dua aspek lain yang melengkapi kurikulum iaitu objektif dan penilaian. Antara peranan guru sebagai pengurus kurikulum adalah seperti berikut; 1. Pentafsir Kurikulum: menganalisis kurikulum dengan meneliti aspek-aspek falsafah, rasional, objektif dan isi kandungannya. 2. Merancang Kurikulum: Bertanggungjawab untuk menyediakan rancangan kerja tahunan, rancangan kerja penggal, rancangan kerja mingguan dan rancangan kerja harian. Oleh itu, setiap guru mesti melaksanakan semua aspek komponen persediaan mengajar, penyampaian, penutupan dan aktiviti susulan selari dengan objektif kurikulum itu sendiri.

APAKAH MASALAH YANG PERLU DISELESAIKAN masalah yang perlu diselesaikan oleh para guru adalah bagaimana untuk mewujudkan suatu budaya merancang kurikulum sekolah supaya mereka dapat melaksanakan pengajaran selaras dengan falsafah Pendidikan Negara yang cukup sempurna dan menyeluruhdan bukan hanya menumpu kepada sebahagian aspek sahaja. Sekolah perlu mewujudkan budaya merancang kurikulum dengan menyentuh segala aspek yang perlu dipenuhi sama ada dari segi, kaedah, objektif dan penilaian. MENGAPAKAH HAL INI DIKATAKAN SEBAGAI MASALAH Hal ini dikatakan sebagai satu masalah kerana sekiranya tiada usaha ke arah pembentukan budaya positif dalam merancang kurikulum, maka objektif KBSM atau KBSR yang penuh dengan harapan murni kepada para pelajar gagal dicapai. Seperti yang kita ketahui bahawa objektif kurikulum yang dibina adalah untuk kepentingan pelajar supaya mereka dapat memenuhi kehendak masyarakat yang berubah dengan pesat. APAKAH PENYELESAIAN YANG MUNGKIN KEPADA MASALAH INI. 1. Guru perlu mendapatkan pengetahuan, kemahiran serta kebolehan yang baru sama ada daripada kursus mahupun pengalaman guru-guru cemerlang atau berbakat. 2. Guru kemudiannya perlu merancang pengajaran berdasarkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dan bermatlamatkan seperti yang terkandung dalam objektif kurikulum. Di samping itu, perubahan sikap sesorang guru perlu dilakukan. 3. Guru perlu mempunyai sikap yang penuh usaha ke arah menjadikan murid sebagai individu serba boleh dan bermoral seperti kehendak masyarakat. 4. Menggunakan sumber-sumber yang sesuai kepada para pelajar seperti melalui teknologi dan alat bantu mengajar.
3

APAKAH YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA SETIAP LANGKAH ITU DILAKSANAKAN 1. Para guru dapat menjalankan P&P dengan bermatlamat dan terancang 2. Sikap positif guru menyebabkan mereka sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam proses P&P nya dengan satu harapan iaitu semoga para pelajar dapat manfaat pada masa hadapan. 3. Akan tetapi, soalan yang timbul ialah sama ada pembaharuan kerja dan percubaan yang dilakukan oleh guru yang sentiasa berminat untuk melakukan perubahan kurikulum ini berasaskan hujah-hujah pendiang waras atau hanya kesan khayalan-khayalan guru atau kesan usaha hendak menyamakan taraf dengan guru lain. Selain itu, pembaharuan ini mungkin juga disebabkan hasil karya seorang guru yang berbakat yang memperkembangkan sesuatu idea tetapi ia belum tentu sesuai untuk pelajar di dalam kelasnya. 4. Setiap guru tidak mungkin menguasai dan mendalami semua bahan pembelajaran dan ia memakan masa untuk merancang satu proses pengajaran terbaik untuk anak murid mereka

APAKAH PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK MASALAH INI? Penyelesaian terbaik adalah sebuah organisasi di sekolah perlu membentuk satu budaya untuk bersama-sama merancang kurikulum dengan membentuk satu pasukan khas. Bagaimanapun, mereka perlulah bersama-sama mengubah sikap dengan memegang matlamat yang sama iaitu menjadikan pelajar sebagai individu yang diterima masyarakat.
4

Sekiranya sekumpulan guru bertemu untuk mengusahakan perkembangan kurikulum,maka sebab adanya interaksi kumpulan yang saling pengaruh mempengaruhi di antara satu sama lain dan disebabkan oleh tugas-tugas yang perlu dijalankan mungkin kumpulan itu diwujudkan untuk beberapa waktu, maka besar kemungkinan sikap juga akan berubah. Pembaharuan-pembaharuan yang dicadangkan oleh pihak kumpulan dan yang digabungkan ke dalam satu kurikulum baru, biasanya lebih senang diterima dan seterusnya digunakan oleh ahli-ahli kumpulan. Contohnya, sekiranya sesuatu kumpulan membuat pertimbangan untuk menggunakan teknik ini tidak diterima oleh sesetengah ahli, maka perkara ini akan dibincangkan sepenuhnya dengan disertai oleh hujah yang wajar bagi menyokong dan membangkang. Sekiranya pihak sekolah bersetuju menggabungkan pengajaran secara berpasukan, besar kemungkinan ahli-ahli yang membantah akan mencuba kursus baru kerana hujah-hujah yang dikemukakan oleh rakan-rakannya. Akhirnya, adakala ahli-ahli yang membantah itu mungkin menganuti sepenuhnya idea pengajaran secara kumpulan bagi kursus tersebut. Di sini dapat dilihat bahawa pembentukan satu budaya baru terhasil apabila semua ahli merasai keperluan perubahan mahupun keterpaksaan dalam menjalankan tanggungjawab yang diarahkan dan akhirnya anggota komuniti itu mampu merubah sikap baru. Jelas di sini ketua di sebuah komuniti amat berperanan untuk membina matlamat yang jelas dan disertai dengan langkah-langkah pelaksanaannya untuk dituruti oleh ahli komuniti tersebut. Secara praktikalnya, setiap panatia di sekolah perlu merancang dan membincangkan pengajaran guru bersama ahli-ahli jawatankuasanya dan perlu menjadikan sesuatu pengajaran guru itu sebagai suatu budaya yang perlu dipatuhi ahlinya.

MASALAH Bagaimana untuk mewujudkan suatu budaya merancang kurikulum sekolah supaya mereka dapat melaksanakan pengajaran selaras dengan falsafah Pendidikan Negara yang cukup sempurna dan menyeluruhdan bukan hanya menumpu kepada sebahagian aspek sahaja

PENYELESAIANNYA 1. Guru perlu mendapatkan pengetahuan, kemahiran serta kebolehan yang baru sama ada daripada kursus mahupun pengalaman guru-guru cemerlang atau berbakat. 2. Guru kemudiannya perlu merancang pengajaran berdasarkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dan bermatlamatkan seperti yang terkandung dalam objektif kurikulum. Di samping itu, perubahan sikap sesorang guru perlu dilakukan. 3. Guru perlu mempunyai sikap yang penuh usaha ke arah menjadikan murid sebagai individu serba boleh dan bermoral seperti kehendak masyarakat. 4. Menggunakan sumber-sumber yang sesuai kepada para pelajar seperti melalui teknologi dan alat bantu mengajar.
6

PENYELESAIAN

KEPENTINGAN/ KESAN

PRO ATAU KONTRA

NILAI

1. Para guru dapat menjalankan P&P dengan bermatlamat dan terancang

PRO
PRO

P&P yang bermatlamat jelas akan menjadikan guru itu bermotivasi dan cenderung ke arah matlamat tersebut.

2. Sikap positif guru menyebabkan mereka sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam proses P&P nya dengan satu harapan iaitu semoga para pelajar dapat manfaat pada masa hadapan.

PRO

Penambahbaikan yang berterusan dalam merancang pembelajaran akan menjadikan suatu P&P itu lebih bermakna.

KEPENTINGAN/ KESAN

PRO ATAU KONTRA

NILAI

3. Akan tetapi, soalan yang timbul ialah sama ada pembaharuan kerja dan percubaan yang dilakukan oleh guru yang sentiasa berminat untuk melakukan perubahan kurikulum ini berasaskan hujahhujah pendiang waras atau hanya kesan khayalan-khayalan guru atau kesan usaha hendak menyamakan taraf dengan guru lain. Selain itu, pembaharuan ini mungkin juga disebabkan hasil karya seorang guru yang berbakat yang memperkembangkan sesuatu idea tetapi ia belum tentu sesuai untuk pelajar di dalam kelasnya.

KONTRA
PRO

4. Setiap guru tidak mungkin menguasai dan mendalami semua bahan pembelajaran dan ia memakan masa untuk merancang satu proses pengajaran terbaik untuk anak murid mereka

KONTRA 8

APAKAH PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK MASALAH INI?

Sebuah organisasi di sekolah perlu membentuk satu budaya untuk bersama-sama merancang kurikulum dengan membentuk satu pasukan khas. Bagaimanapun, mereka perlulah bersama-sama mengubah sikap dengan memegang matlamat yang sama iaitu menjadikan pelajar sebagai individu yang diterima masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai