Anda di halaman 1dari 6

SME 3023:

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

TUGASAN INDIVIDU TOPIK: KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH

NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA PUTEH NAMA: NURUL SYUHADA BINTI SHAFIE NO MATRIK: D20081033184 PROGRAM: SAINS (MATEMATIK) DENGAN PENDIDIKAN (AT48) KUMPULAN: A

Tajuk: Budaya sekolah Isu/ masalah: Gejala buli di kalangan pelajar sekolah Masalah yang timbul daripada gejala buli: Bergaduh Rasa kurang selamat di sekolah Prestasi pelajar yang dibuli merosot Tiada keyakinan diri Rasa rendah diri Masalah penyesuaian diri apabila dewasa

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH 1. Apakah masalah tersebut ? 2. Mengapa adanya masalah tersebut? 3. Apakah penyelesaian yang mungkin kepada masalah itu? 4. Apa yang akan berlaku jika anda menyelesaikan masalah tersebut? 5. Apakah penyelesaian terbaik kepada masalah tersebut?

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH


MASALAH: Gejala Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah

Bagaimana saya menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah?


PENYELESAIAN YANG MUNGKIN

A) Penyelesaian Terbuka Program Quiet Room (Bilik khas disediakan untuk mangsa buli ) Program Rakan Sebaya B) Pengubah Kelakuan Si Pembuli Program Tumpukan lebih perhatian ke atas individu Kuarantin mereka Wujudkan persekitaran untuk mereka membuat pertimbangan dan insaf atas kelakuan diri mereka C) Pendekatan Sekolah Buku panduan sekolah Polisi sekolah tentang anti-buli boleh dibangunkan Toll-free line boleh dibangunkan (nasihat/ pandangan) D) Tindakan kurikulum menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam program program pembangunan kemahiran pro-sosial Pelajar-pelajar difahamkan dengan konsep buli dan cuba menjauhi diri dengan gejala tersebut melalui proses pengajaran dan pembelajaran

E) Tindakan Guru Bersikap prihatin terhadap persekitaran Memastikan dan memberikan suasana yang selamat bagi semua pelajar di sekolah mengadakan sesi main peranan tingkah laku empati atau tidak agresif dengan pembuli Latihan asertif pula perlu diadakan dengan mangsa F) Kanak-kanak perlu memberitahu dan melibatkan orang dewasa seandainya masalah berkenaan wujud. G) Menyediakan kotak permasalahan (problem box) di sekolah supaya pelajar dapat melaporkan masalah serta memberi cadangan

MEMPERTIMBANGKAN SETIAP PENYELESAIAN

AKIBAT

PRO ATAU KONTRA

NILAI

A) Tidak semua program akan mendapat sambutan daripada pelajar -Mangsa buli dan pembuli sukar meluahkan perasaan terutamanya kepada rakan sebaya

A) -Persekitaran akan menjadi lebih selamat -menggalakkan kemahiran komunikasi dengan rakan sebaya mendapat nasihat dan bimbingan daripada rakan sebaya yang berkepimpinan (program anti-buli) -Si pembuli diberi kesedaran tentang kebinasaan dan kecederaan yang disebabkannya seta bimbingan tentang langkah untuk memperbetulkan kelakuan mereka

B)- Tidak mudah mendekati si pembuli dan mengambil masa yang agak lama untuk membuatkan mereka memahami situasi orang lain - Banyak anasir luar yang akan menarik mereka ke arah negatif - Tidak semua orang sanggup berhadapan dan mendengar luahan si pembuli. C) -Tidak ramai mangsa buli akan berjumpa dengan guru kaunseling bagi mendapatkan khidmat nasihat

B) - Pembuli akan berasa diambil berat dan mempunyai seseorang untuk mendengar dan berkongsi masalah yang dihadapi - Mereka akan memahami perbezaan dan ketidaksamaan dengan orang lain apabila diberi peluang muhasabah diri

C) - Sekolah dapat mengambil tindakan yang kursus untuk kes ini dengan adanya buku panduan -Toll-free line dapat menyelesaikan masalah pelajar yang dibuli terutamanya dengan bantuan guru kaunseling iaitu memberi pandangan, nasihat dan mengusulkan penyelesaian.

D) - Pendekatan pelaksanaan Kurikulum yang dirangka tidak meliputi semua aspek dan tidak menarik bagi kebanyakan pelajar

D) - Pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang faktor-faktor kesan daripada membuli dan dibuli

mengikutinya

-Menggalakkan pelajar lebih prihatin kepada persekitaran terutama kepada warga sekolah E) Para pelajar akan berasa lebih selamat dan merasakan sekolah adalah tempat yang sesuai untuk menimba ilmu -Guru dapat mengenal pasti masalah sebenar dengan mengadakan sesi kaunseling (terbuka) dengan pelajar yang disyaki sebagai pembuli - Mangsa-mangsa buli dapat dididik dengan lebih baik serta penuh yakin agar sifat takut dapat dikurangkan dan membolehkan pelajar tersebut mengikuti pembelajaran dengan sihat dan selamat F) Gejala buli dapat dikesan dengan lebih awal dan ini dapat mengelakkan kanak-kanak terutamanya pelajar sekolah daripada menjadi mangsa buli. -Nilai yang baik seperti memberi nasihat dapat diterapkan dengan lebih awal. Maka sikap pelajar yang hampir terjerumus ke dalam kancah gejala sosial dapat dihindari.

E)- Kebanyakan guru akan mengalami kekangan untuk memantau kawasan sekolah serta persekitarannya kerana beban tugas guru yang semakin bertambah hari demi hari. - Guru mengalami sedikit masalah untuk mendekati pelajar pembuli atau yang dibuli kerana masing-masing adalah golongan yang ekstrem dalam sesuatu perkara (Pembuli- bersikap kurang menghormati), (Mangsa buliTerlalu takut disakiti jika menyampaikan maklumat).

F)

Tiada

G) Kadangkala (problem box) tersebut tidak kerap diperiksa dan membuatkan maklumat yang disalurkan tidak sampai ke pihak atasan - (Problem Box) tersebut telah dimusnahkan oleh para pelajar yang tidak bertanggungjawab dan menjadikan kotak tersebut tidak sesuai lagi digunakan

G) Para pelajar dapat melaporkan dengan segera segala permasalahan yang berkaitan dengan kes buli di sekolah tanpa mendedahkan identiti. Hal ini lebih selamat kepada pelajar

APAKAH PENYELESAIAN YANG TERBAIK

Penyelesaian terbaik tentang budaya sekolah yang berkaitan dengan isu buli adalah

Tindakan Guru
Seperti yang telah dinyatakan di atas guru amat berperanan dalam merancang sesuatu tindakan dan menjadikannya lebih baik. Dengan kemahiran komunikasi yang ada pada seseorang guru, maka guru tersebut secara peribadinya dapat mendekati pelajar dengan mengadakan sesi kaunseling untuk menyelami masalah pelajar terutamanya masalah kewangan dan juga masalah keluarga. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa penyelesaian gejala buli mengambil masa yang agak panjang untuk diatasi. Dengan adanya tindakan daripada guru yang dilakukan secara sistematik dan berterusan, masalah ini akan dapat diatasi dan seterusnya dapat mewujudkan sekolah yang bebas daripada gangguan buli sama ada daripada segi mental atau fizikal.

Anda mungkin juga menyukai