Anda di halaman 1dari 8

SME 3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES


TUGASAN INDIVIDU MATHEMATICS ANXIETY

NURUL IDAYU BINTI MAKHTAR D20081033191 SCIENCE (MATHEMATICS) WITH EDUCATION (AT48) LECTURERS NAME : PROF. DR. MARZITA PUTEH

1. Apakah kebimbangan terhadap matematik? Kebimbangan matematik didefinisikan sebagai tekanan perasaan terhadap masalah matematik dalam pelbagai kehidupan biasa dan dalam akademik.Ringkasnya kebimbangan matematik dirujuk sebagai ketidakselesaan yang dialami oleh seseorang apabila diminta melakukan sesuatu aktiviti berkaitan matematik. Rasa kebimbangan terhadap kesukaran dalam matematik akan mempengaruhi sikap mereka terhadap matematik sehingga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan perasaan, rasa kurang upaya dan minda yang tidak terancang untuk memanipulasikan nombor dan proses pengiraan. Situasi ini menjadikan matematik sebagai ancaman kepada keyakinan diri. Sekiranya tahap keyakinan diri seseorang itu tinggi, maka kebimbangan tersebut dapat dikawal. Namun peningkatan dalam kebimbangan matematik menyebabkan penurunan dalam pencapaian. Hal ini kerana pelajar yang mempunyai kebimbangan matematik yang tinggi mempunyai motivasi yang rendah dan sebaliknya kebimbangan matematik yang rendah mempunyai motivasi yang tinggi. Pengalaman yang negatif seperti pencapaian rendah dan kegagalan dalam Matematik boleh mengakibatkan perasaan kecewa di kalangan pelajar dan seterusnya mendorong kewujudan kebimbangan matematik atau dikenali sebagai Mathematics anxiety. Selain itu, kaedah pengajaran matematik yang rigid juga boleh mengakibatkan perasaan negatif terhadap mata pelajaran tersebut di kalangan pelajar. Sesetengah guru kurang kreatif dan proaktif untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran matematik yang produktif sehinggakan pelajar kehilangan minat terhadap matematik. Akhirnya, wujud kebimbangan terhadap matematik sehinggakan pelajar 'membenci' dan memilih untuk mengelakkan mata pelajaran tersebut. Namun, masalah kebimbangan pelajar perlu diatasi dan dikenal pasti kerana matematik memainkan peranan yang amat penting dalam memperkembangkan sains dan teknologi serta ekonomi dan sosial sesebuah negara. Lebih-lebih lagi subjek matematik merupakan mata pelajaran asas kepada pembangunan sains dan teknologi dalam sistem kokurikulum pendidikan. Sekiranya kebimbangan tidak ditangani dengan sebaik mungkin lama kelamaan dikhuatiri tanggapan mereka akan bertukar menjadi negatif terhadap matematik dan menyebabkan masalah ini lebih sukar untuk diatasi.

2. Kenapa fenomena ini berlaku? Kebimbangan matematik juga dikenali sebagai fobia matematik. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi dan meningkatkan kebimbangan seseorang pelajar terhadap matematik. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap matematik ialah personaliti guru dan gaya pengajaran mereka, sistem peperiksaan awam, persepsi personaliti, pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya serta penggunaan matematik pada kehidupan sehari-hari. Selain itu, termasuklah suasana pembelajaran matematik yang dilalui oleh pelajar itu sendiri. Jika suasana pembelajaran pelajar seronok dan dapat menarik minat mereka maka pelajar akan membentuk sikap positif terhadap matematik. Tetapi sebaliknya, sekiranya suasana pembelajaran matematik itu sendiri sudah sangat membosankan pelajar dan tidak dapat menarik minat mereka untuk terus belajar matematik maka sikap negatif secara tidak langsung akan terbentuk dalam diri mereka. Kegagalan guru menarik minat pelajar ini akan meninggalkan kesan negatif pelajar terhadap matematik seterusnya membentuk sikap yang negatif juga terhadap matematik. Guru juga perlu sedar tanggapan awal pelajar terhadap matematik sangat penting bagi menentukan sikap mereka terhadap matematik. Sekiranya guru berjaya menarik minat pelajar serta menyedarkan pelajar bahawa matematik itu menyeronokkan bermakna guru juga telah berjaya membentuk sikap positif pelajar terhadap matematik. Rakan sebaya juga merupakan faktor penting dalam mempengaruhi kebimbangan pelajar terhadap matematik. Hal ini kerana, mereka lebih mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi perlakuan dan tingkah laku mereka. Namun, sikap ketekunan pelajar juga tidak dinafikan mampu mempengaruhi pelajar dalam matematik. Sekiranya pelajar tidak cukup tekun, sabar dan fokus dalam menyelesaikan masalah matematik sudah pasti pelajar akan merasa cepat bosan terhadap matematik. Apabila mereka tidak berminat dengan Matematik dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka. Kebosanan ini jika wujud akan membentuk sikap negatif pelajar terhadap matematik. Di sinilah pentingnya galakan dan motivasi diberikan oleh guru dan ibu bapa bagi membantu pelajar membentuk ketekunan yang tinggi dalam diri mereka.

3. Siapakah yang mempunyai kebimbagan terhadap matematik? Sememangnya, golongan yang mempunyai tahap kebimbagan yang tinggi terhadap matematik adalah pelajar. Kebimbangan matematik ini menyebabkan seseorang berasa sangat takut dan sedaya upaya tidak mahu apa-apa pun berkaitan matematik. Malah, keadaan ini menyebabkan otak mengehadkan kemampuannya untuk bekerja dan menjejaskan keupayaannya menyelesaikan masalah matematik. Kebimbangan bukan sahaja mengganggu tumpuan perhatian tetapi juga mengganggu proses mengingat kembali dan situasi ujian. Kebimbangan rendah hingga sederhana membantu pembelajaran manakala kebimbangan yang tinggi akan mengganggu tugas pembelajaran. Apabila tahap kebimbangan terlalu tinggi atau terlalu rendah, tindak balas kebimbangan akan mengganggu tumpuan pembelajaran seterusnya boleh melemahkan pencapaian mereka dalam seterusnya dalam matematik. Sebaliknya, jika tahap

kebimbangan pelajar sederhana akan membantu pembelajaran dan menghasilkan pencapaian optima. Walau bagaimanapun, kebimbangan yang tinggi membantu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian bagi tugasan yang mudah tetapi merumitkan bagi tugasan yang susah. Ini bermakna tahap kebimbangan yang tinggi akan melemahkan pemprosesan perkataan dan menghasilkan pencapaian yang rendah. Kebimbangan ini boleh melemahkan pencapaian dalam fungsi kognitif termasuk perhatian, daya ingatan, pembelajaran konsep dan penyelesaian masalah. Ini menunjukkan bahawa peningkatan dalam kebimbangan matematik menyebabkan penurunan dalam pencapaian. Begitupun, kebimbangan ini juga wujud dikalangan guru. Hal in kerana kepercayaan dan sikap guru terhadap matematik mempengaruhi apa yang akan dilakukan guru di dalam bilik darjah. Di samping itu, sikap dan kepercayaan guru terhadap matematik akan dipindahkan kepada pelajarnya. Ini bermakna guru memainkan peranan besar dalam mengatasi kebimbangan ini. Jika guru tidak yakin dan teragak-agak serta untuk mengajar, tentunya juga mendatangkan kebimbangan kepada pelajarnya dalam memahami proses pembelajaran yang diajar. Seharusnya, guru mestilah lebih peka dan memandang serius terhadap kebolehan afektif sebelum meneruskan pengajaran matematik dalam meningkatkan pencapaian matematik pelajar. Maka guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran disamping menghayatinya dalam kehidupan seharian.

4. Bilakah kebimbangan terhadap matematik berlaku? Kebanyakkan pelajar menyatakan kebimbangan terhadap matematik wujud sewaktu proses P&P oleh guru.Pendekatan dan teknik pengajaran yang diguna oleh guru memberikan impak yang sangat besar dalam diri pelajar. Hal ini kerana pendekatan pengajaran menentukan kualiti hasil pembelajaran sama ada pelajar dapat memahami pelajaran yang di ajar ataupun tidak. Kebiasaannya amalan guru yang menyumbang kepada kebimbangan dalam matematik iaitu penegasan penghafalan, penekanan kelajuan, penekanan membuat kerja rumah sendiri, pengajaran autoritarian dan tidak banyak kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kaedah pengajaran Matematik yang rigid dan berulang serta tidak mempamerkan unsur kreativiti tidak dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Tambahan, penegasan dan hukuman yang sering digunakan oleh guru apabila pelajar melakukan kesilapan mengakibatkan perasaan kecewa di kalangan pelajar dan seterusnya mendorong kewujudan kebimbangan Matematik. Keadaan ini menyebabkan pelajar kehilangan minat terhadap matematik. Sehinggakan kebanyakkan di antara meletakkan matematik sebagai subjek yang susah dan membosankan. Kewujudan kebimbangan Matematik mengakibatkan pelajar cuba mengelakkan diri daripada Matematik. Pelajar juga mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi terutamanya ketika musim peperiksaan. Hal ini kerana pencapaian matematik selalunya dilihat sebagai faktor utama bagi memastikan kejayaan pelajar dalam sistem persekolahan kerana terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menghadapipeperiksaan. Pemikiran negatif pelajar mengganggu prestasi seperti takut untuk menghadapi implikasi gagal dalam peperiksaan atau tidak mampu menjawab sepenuhnya soalan ujian. Hal ini akan mengganggu keupayaan mereka semasa mengambil ujian. Malah ada pelajar yang mampu melakukan sesuatu tugasan semasa latihan harian biasa di rumah, tetapi mungkin tidak mampu melakukannya semasa ujian kerana wujudnya kebimbangan ujian yang tinggi. Kebimbangan ini bertambah sekiranya mereka mendapat keputusan yang tidak memberansangkan atau gagal. Keadaan ini pastinya akan memberikan tekanan kepada pelajar dan situasi ini akan menimbulkan kecelaruan mental dan fizikal seperti tekanan perasaan serta kemurungan. secara langsung memberi kesan yang buruk terhadap pencapaian akademik mereka.

5. Siapakah atau apakah yang menyumbang kepada masalah tersebut? Keadaan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan memberi kesan kepada psikologi dan kelakuan pelajar (personal concern). Hal ini kerana kemahiran didalam matematik memerlukan latihan yang banyak, penumpuan semasa belajar dan kerajianan. Namun, kebanyakan pelajar tidak memperuntukkan masa yang mencukupi untuk belajar matematik dengan kerap dan berkesan. Tentunya, sikap pelajar dalam membentuk tabiat belajar mempengaruhi pencapaian matematik dalam mengatasi kebimbangan tersebut Begitupun, motivasi pelajar ini dipengaruhi oleh pendekatan yang digunakan oleh guru. Sikap guru yang selesa dengan satu kaedah, teknik, pendekatan dan aktiviti dalam pengajaran mampu menimbulkan kebosanan pelajar terhadap matematik. Kegagalan guru menarik minat pelajar ini akan meninggalkan kesan negatif pelajar terhadap matematik seterusnya membentuk sikap yang negatif juga terhadap matematik. Guru juga perlu sedar tanggapan awal pelajar terhadap matematik sangat penting bagi menentukan sikap mereka terhadap matematik. Selain itu, sikap ibu bapa dan keluarga juga menyumbang kepada masalah ini. Hal ini kerana motivasi dalaman pelajar amat dipengaruhi oleh faktor keadaan keluarganya. Tambahan, kecemerlangan pendidikan tidak hanya dibebankan kepada para guru di sekolah, bahkan ia bergantung kepada peranan ibubapa di rumah. Seharusnya, ibu bapa perlu memastikan perkembangan anak-anak dalam akademiknya. Masalah ini akan bertambah sukar untuk diatasi jika ibu bapa tidak mengambil kisah mengenai masalah ini. Dorongan dan bimbingan ibubapa di rumah akan dapat membentuk daya tahan anak-anak dalam mengatasi kebimbangan mereka. Tahap pendidikan ibu bapa juga memberi kesan kepada masalah ini. Contohnya ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang rendah, mereka kurang memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak mereka untuk bersekolah maupun meneruskanpersekolahan. Walau bagaimanapun tahap pendidikan ibu bapa ini bukanlah menjadi isu kepada pencapaian pendidikan pelajar kerana kadang kala kerana faktor inilah motivasi pelajar bertambah meningkat untuk belajar. Pergaulan dengan rakan sebaya ini juga memberi kesan yang positif dan negatif di dalam pembelajaran. Dari sudut positifnya, jika rakan sebaya tersebut baik dan berfikiran positif mereka boleh bekerjasama untuk cemerlang di dalam pelajaran mereka. Dari sudut negatifnya, pengaruh yang tidak sihat akan menjadikan mereka semakin malas, tidak membuat kerja sekolah malah lebih teruk lagi ponteng kelas.

6. Bagaimana untuk mengatasi kebimbangan ini? Kesediaan belajar merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan mengatasi masalah ini. Kesediaan belajar sangat penting untuk memastikan pelajar memperoleh faedah daripada apa yang dipelajari. Guru perlu bertanggungjawab bagi memastikan suasana pembelajaran yang dialami pelajar adalah seronok atau sebaliknya. Pemilihan aktiviti, pendekatan, teknik atau kaedah sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan merupakan faktor utama yang perlu difikirkan bagi menarik minat pelajar terhadap matematik. Secara tidak langsung, dari minat yang ada pada pelajar akan membentuk sikap positif pelajar terhadap matematik. Kepelbagaian dalam aktiviti semasa proses P&P berjalan juga mampu mengekalkan minat serta sikap positif pelajar terhadap matematik. Guru perlu mengubah paradigma kepada mengutamakan faktor motivasi dalam pengajaran mereka. Mereka juga perlu menyemai unsur kreativiti dalam strategi pengajaran mereka agar dapat memenuhi kehendak dan menarik minat pelajar. Sekiranya guru berjaya menarik minat pelajar serta menyedarkan pelajar bahawa matematik itu menyeronokkan bermakna guru juga telah berjaya membentuk sikap positif pelajar terhadap matematik. Selain itu, sistem penilaian melalui pencapaian dalam peperiksaan yang menjadi kebimbangan pelajar perlu diatasi. Contohnya dengan mengubah nisbah peratus peperiksaan dan kerja kursus kepada 50:50. Secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan dan kebimbangan di kalangan pelajar. Keadaan akan mengatasi masalah kecelaruan mental dan fizikal seperti tekanan perasaan serta kemurungan seterusnya memberi kesan yang baik terhadap pencapaian akademik mereka. Galakan daripada ibu bapa, keluarga terdekat, guru-guru serta rakan sebaya juga mampu mempengaruhi sikap pelajar terhadap matematik. Sekiranya ibu bapa, keluarga terdekat, guru-guru dan rakan sebaya sentiasa bersikap positif terhadap matematik di samping kerap memberi galakan serta sentiasa mengingatkan pelajar tentang kepentingan matematik maka sudah pasti pelajar juga turut mempunyai sikap yang positif terhadap matematik. Namun sebaliknya, sekiranya ibu bapa, keluarga terdekat, guru-guru serta rakan sebaya sendiri mempunyai sikap negatif atau fobia terhadap matematik ia akan turut sama mempengaruhi sikap pelajar terhadap matematik. Sebab itu galakan serta sikap positif semua pihak juga mampu membantu pelajar dalam pembentukan sikap terhadap matematik.

7. Bagaimanakah cara untuk menghapuskan masalah ini?

Sudah tentunya, cara untuk mengelakkan masalah ini berlaku ialah pendekatan pertama yang digunakan oleh guru semasa P&P. Sikap guru yang sentiasa bersedia membantu pelajar, tidak memandang rendah terhadap kemampuan pelajar serta sentiasa memberi galakan terhadap usaha dan minat pelajar juga akan membantu pelajar minat dan bersikap positif terhadap matematik. Apa yang lebih penting sebelum mengharapkan pelajar bersikap positif terhadap matematik adalah guru sebagai medium pengubah utama pelajar perlulah terlebih dahulu positif terhadap pelajar dan matematik itu sendiri. Seorang guru yang bersikap positif terhadap pelajarnya akan sentiasa mencari jalan terbaik untuk membantu pelajar yang berpersepsi negatif terhadap matematik dengan mengajak pelajar melihat matematik dari perspektif yang berbeza dengan menggunakan segala kemahiran pendekatan matematik dan kepakaran psikologi yang ada pada diri guru tersebut. Selain itu, kesedaran pelajar tentang kepentingan matematik untuk digunakan dalam kehidupan seharian mereka mampu memberi dorongan dalam diri mereka untuk mempelajari matematik. Jadi tentunya, guru perlu sentiasa memberi dorongan dan mengaitkan P&P matematik dengan persekitaran mereka. Kaedah pembelajaran yang yang kreatif akan menghilangkan kebosanan pelajar untuk belajar matematik sekaligus menangkis perspektif negatif terhadap matematik yang dahulunya dianggap sukar untuk dikuasai. Maka, pelajar akan menganggap matematik bukan lagi satu masalah dan halangan untuk dikuasai oleh mereka. Guru yang mampu menarik minat pelajar dan menyedarkan pelajar tentang keseronokan yang terdapat dalam matematik dianggap berjaya membentuk sikap positif pelajar terhadap matematik di samping mampu membentuk keyakinan yang tinggi dalam diri pelajar terhadap matematik.

Anda mungkin juga menyukai