Anda di halaman 1dari 15

Bab 4: Pelaksanaan Kurikulum

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bab ini, anda akan dapat:


Menerangkan maksud pelaksaan kurikulum;
Menerangkan model perubahan Lewin;
Membezakan antara jenis-jenis perubahan kurikulum;
Menerangkan mengapa sesetengah orang menentang
perubahan;
Menyenaraikan peranan dan tanggung jawab pihak-pihak
yang terlibat dalam proses pelaksanaan kurikulum

Ringkasan Bab

Pengenalan
Apakah yang dimaksudkan dengan pelaksanaan?
Pelaksanaan kurikulum sebagai proses perubahan
Jenis-jenis perubahan kurikulum
Penentangan terhadap perubahan
Mengapakah sesetengah pihak menentang perubahan?
Peranan dan tanggung jawab
Guru
Pelajar
Guru besar
Kesimpulan
Kerja rumah perlu bersifat lebih bermakna dan menyeronokkan
Kementerian Pendidikan akan memantau pemberian kerja rumah kepada murid sekolah dan
memastikan bahawa ia lebih menyeronokkan. Kerja rumah merupakan salah satu daripada aspek di
mana kepentingan semua pihak dapat dipertingkatkan. Faktor kualiti perlu diberi penekanan
berbanding dengan aspek kuantiti. Di samping itu, kerja rumah juga perlu lebih berfokus supaya ia
menjadi lebih menyeronokkan dan memberikan murid-murid insentif untuk berkerja dengan lebih
keras. Golongan belia memiliki tenaga, imaginasi serta naluri ingin tahu semula jadi yang dapat
membantu dalam pembelajaran meeka sekiranya dapat digunakan dengan sewajarnya. Jika tidak,
kerja rumah akan menjadi beban yang menghalang proses pembelajaran.

Guru seharusnya membimbing pelajar dalam proses pembelajaran dan bukannya merupakan
sumber ilmu yang tidak terbatas. Mereka perlu membentangkan maklumat tersebut supaya para
pelajar berasa terangsang untuk menimba ilmu dan bukannya disuap maklumat. Para pelajar perlu
menyedari bahawa pembelajaran sebenarnya merupakan sebahagian yang penting dalam
pengalaman kehidupan mereka dan bukan suatu yang berasingan dari kehidupan seharian. Oleh
itu, para guru perlu mengelak dari memberi kerja rumah secara rutin kerana ini akan menyebabkan
proses pembelajaran menjadi membosankan bagi pihak guru serta para pelajar.

Kerja rumah yang menyeronokkan akan membawa kepada pembelajaran yang lebih bermakna dan
produktif dan juga memudahkan proses pengajaran. Apabila para pelajar lebih bermotivasi untuk
menimba ilmu, para guru juga akan dapat mengajar dengan lebih mudah dan selesa. Secara
lazimnya, para pelajar dapat belajar dengan lebih pantas dan tekun apabila naluri ingin tahu
mereka digalakkan oleh penglibatan berpantau dan dengan menyiasat persekitaran mereka. Para
pelajar sentiasa perlu digalakkan untuk mencapai potensi mereka dengan mengasah kemahiran
berfikir mereka dengan menjawab soalan secara spontan. Pembelajaran sebenar bukan sahaja
melibatkan aktiviti mensasarkan soalan peperiksaan. Para pelajar perlu mengalami perasaan
pencapaian dalam semua aspek pembelajaran kerana mereka akan dapat menilai perkembangan
dan pertumbuhan mereka sendiri. Pendekatan sebegini juga boleh digunakan dalam aktiviti dan
tugasan bilik darjah biasa selain daripada kerja rumah.

[Sumber: Dipetik dari The Sunday Star, 13 Februari, 2005]

Pengenalan
Bab Tiga telah membincangkan pembentukan kurikulum. Setelah kurikulum dibentuk,
langkah seterusnya adalah melaksanakan reka bentuk kurikulum tersebut. Dalam sistem
persekolahan, pengguna terakhir suatu kurikulum merupakan bilik darjah, iaitu para pelajar,
guru, pentadbir sekolah dan komuniti. Pelaksanaan kurikulum merupakan fasa yang paling
penting dan rumit dalam proses perkembangan kurikulum. Pihak yang bertanggung jawab
untuk melaksanakan suatu kurikulum sering mendengar komen seperti yang tercatat di
bawah:

Tanggung jawab guru sudah cukup berat bagaimanakah mereka akan dapat
melaksanakan idea-idea baru ini dan memuatkannya dalam jadual mereka?

Golongan ibu bapa dan pengawai pendidikan hanya berminat untuk


memastikan bahawa kadar kelulusan dalam peperiksaan meningkat setiap
tahun sekolah-sekolah tidak dapat melaksanakan perubahan-perubahan yang
dicadangkan
Pernyataan-pernyataan ini mencerminkan masalah utama yang dihadapi oleh para guru iaitu
kesuntukan masa. Tambahan lagi, pihak yang bertanggung jawab untuk melaksanakan
kurikulum mungkin tidak memahami jangkaan kurikulum tersebut serta peranan mereka
dengan jelas. Walaupun suatu rancangan tersebut mungkin baik, ia juga perlu dilaksanakan
dengan sempurna untuk menjamin kejayaan. Sebaliknya, sekiranya suatu rancangan
kurikulum tidak dilaksanakan dan dibiarkan sahaja maka semua usaha yang telah dijalankan
dalam menggubal kurikulum tersebut akan dibazirkan. Dengan itu, jelaslah bahawa
kurikulum yang memiliki reka bentuk optima perlu dilaksanakan dalam bilik darjah bagi
memastikan ia dapat memberi impak yang dimaksudkan. Rancangan yang baik tidak
selalunya dilaksanakan setelah tiba ke tahap bilik darjah kerana kekurangan perancangan dan
penyediaan. Dalam sesetengah projek pembangunan kurikulum, pelaksanaan tidak
dititikberatkan kerana pihak-pihak yang terbabit tidak menyedari bahawa sebarang inovasi
atau perubahan sebenarnya memerlukan perancangan dan pemantauan yang rapi. Guru-guru
yang mungkin tidak memiliki pengalaman atau latihan yang mencukupi akan menghadapi
masalah dalam melaksanakan perubahan-perubahan ini dalam jangka masa yang diberikan
yang begitu singkat sekali.

Aktiviti
Baca laporan akhbar di awal bab ini dan jawab soalan-soalan berikut.
1. Apakah cadangan yang diberikan bagi memastikan kerja rumah lebih
bermakna dan menyeronokkan?
2. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan bahawa para guru tidak
patut menyuap para pelajar dan sebaliknya membimbing mereka?
Mengapa?
3. Beri tiga cadangan lain bagi memastikan kerja rumah lebih bermakna
dan menyeronokkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pelaksanaan Kurikulum?

Pelaksanaan merupakan proses interaksi anatra


pihak yang mencipta program tersebut dan
pihak yang telah dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakannya (Ornstein dan Hunkins,
1998). Ia melibatkan pengubahan maklumat,
tindakan dan sikap individu. Para pendidik
perlu beranjak dari program sedia ke program
baru atau program yang telah diubah. Dengan
itu, dapat dikatakan bahawa pelaksanaan
merujuk kepada proses perkembangan dan
pertumbuhan profesional. Interaksi seharian
serta maklum balas dan bantuan positif amat penting sekali. Pelaksanaan ialah proses
penerangan dan penjelasan di mana individu dan kumpulan perlu memahami dan seterusnya
mempraktikkan perubahan dari segi sikap dan tingkah laku. Ini seringkali melibatkan
sumber-sumber baharu. Sebarang perubahan memerlukan usaha dan akan menghasilkan
tekanan; bagi mengurangkan tekanan ini, pihak yang bertanggung jawab untuk melaksanakan
kurikulum perlu mengorganisasi proses pelaksanaan ini dan membahagikannya kepada unit-
unit yang lebih kecil supaya matlamat-matlamatnya mudah dicapai. Pelaksanaan yang
sempurna memerlukan persekitaran yang dapat memberi sokongan dengan sewajarnya di
mana wujud perasaan saling mempercayai. Komunikasi terbuka antara pihak pendidik dan
keinginan mengambil risiko juga wajar digalakkan. Namun demikian, sejauh mana pihak
pembangun kurikulum dapat mencapai perubahan dari segi sikap sedikit sebanyak
bergantung kepada perancangan proses pelaksanaan tersebut.

Walaupun banyak wang telah dihabiskan bagi tujuan melaksanakan kurikulum baru ini,
malangnya beberapa usaha-usaha ini telah gagal. Menurut Sarason (1990), sebab utama di
sebalik kegagalan ini ialah bahawa pakar di luar sistem persekolahan dan para pendidik
kurang memahami budaya persekolahan. Pelaksanaan kurikulum yang berjaya memerlukan
kefahaman yang mendalam mengenai perhubungan kuasa, tradisi, peranan dan tanggung
jawab setiap individu dalam sistem persekolahan. Pihak yang bertanggung jawab (sama ada
guru, guru besar atau pengawai pendidikan daerah) perlu mahir dari segi bahan dan isi
kandungan kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat, situasi dan juga kebaikan sebenar
inovasi ini.

Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Fullan dan Pomfret (1977), [P]elaksanaan inovasi
secara efektif memerlukan masa, interaksi dan perhubungan peribadi, latihan dalam
perkhdimatan serta sokongan manusia lain (m.s. 391). Dalam melaksanakan kurikulum, kita
perlu menambat hati berbagai pihak dan proses ini mengambil masa. Para guru perlu berasa
bahawa usaha-usaha mereka dihargai. Sesetengah pihak berpendapat bahawa pihak guru
wajar diberi penghargaan secara kewangan namun terdapat bukti yang mengatakan bahawa
motivasi luaran hanya merupakan sumbangan yang kecil kepada usaha ini. Secara umumnya,
individu akan memberi sumbangan yang terbaik apabila mereka bermotivasi secara dalaman
dan menerima perasaan kendiri yang baik melalui penglibatan mereka ini.

Pelaksanaan Kurikulum sebagai Proses Perubahan


Pelaksanaan merujuk kepada proses melaksanakan
suatu perkara atau pengaplikasian kaedah,
prosedur atau matlamat tertentu. Loucks dan
Lieberman (1983) telah menakrifkan pelaksanaan
kurikulum sebagai proses pencubaan amalan baru
serta bagaimana proses tersebut akan dimuatkan
ke dalam sistem persekolahan. Matlamat anda
dalam membangunkan kurikulum adalah mencetus
perubahan dalam sekolah anda dan juga negara.
Bagi merealisasikan perubahan-perubahan ini,
kurikulum yang telah dirancang perlu
dilaksanakan. Secara ringkasnya, pelaksanaan kurikulum merujuk kepada pelaksanaan
perubahan dan penambahbaikan.

Apakah peranan anda dalam mencetus perubahan? Bagaimanakah anda dapat menilai bahawa
pelajar-pelajar anda telah mengalami perubahan? Anda perlu mengetahui maksud perubahan
serta jenis-jenis perubahan yang wujud sebelum anda dapat menjawab soalan ini. Perubahan
mungkin merujuk kepada perubahan dari segi tanggung jawab anda atau dasar kerajaan dan
sebagainya. Tapi apakah maksud sebenar perubahan dalam konteks kurikulum? Secara
umumnya, perubahan merujuk kepada perbezaan dalam melakukan suatu kerja atau aktiviti.
Perubahan berasal dari ilmu dan maklumat baru. Namun demikian, kewujudan maklumat
baru tidak cukup untuk mencetus perubahan. Manusia lazimnya enggan menghadapi
perubahan kerana mereka sudah selesa dengan persekitaran sedia ada mereka. Dengan itu,
mereka perlu memperakui bahawa wujud keperluan untuk berubah sebelum mereka sedia
berubah. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

Kurt Lewin (1951), bapa teori perubahan, mencadangkan model berikut (lihat Rajah 4.1)
yang menjelaskan konsep perubahan. Menurutnya, semua individu menghadapi dua kuasa
yang berlawanan: kuasa yang mendorong kita melakukan sesuatu dan seterusnya berubah;
dan kuasa yang menghalang kita dari melakukan sesuatu dan seterusnya berubah. Apabila
kedua-dua kuasa ini (iaitu kuasa pendorong dan kuasa penghalang) ini seimbang, maka
keharmonian akan dijaga. Dalam erti kata lain, tiada usaha untuk berubah dan kita akan kekal
melakukan benda yang sama seperti dahulu. Namun demikian, sekiranya kuasa pendorong
mengatasi kuasa penghalang, maka perubahan akan dicetus. Perubahan ini akan berpanjangan
selagi kuasa pendorong mengatasi kuasa penghalang. Namun demikian, perubahan akan
berkurang sekiranya kuasa penghalang mengatasi kuasa pendorong.

Lewin menekankan bahawa pengurangan kuasa penghalang lebih berkesan berbanding


dengan peningkatan kuasa pendorong bagi mencetus perubahan. Proses ini dikenali sebagai
penyahbekuan di mana kuasa penghalang dikurangkan bagi merangsang kuasa pendorong.
Contohnya, sekiranya sesetengah guru berpendapat bahawa mereka tidak berupaya untuk
melaksanakan kurikulum baru, lebih baik mereka dilatih dahulu sebelum melaksanakan idea-
idea baru ini.

Model Medan Kuasa

KUASA PENDORONG KUASA PENGHALANG

a) Campur tangan kerajaan a) Takut perkara yang tidak diketahui


b) Pegangan nilai masyarakat b) Ancaman kuasa
c) Perubahan teknologi/maklumat/ c) Ketinggalan zaman
kemahiran d) Nilai-nilai tradisional
d) Ledakan ilmu e) Sumber-sumber terhad
e) Proses-proses pentadbiran

Rajah 4.1: Model Medan Kuasa (Kurt Lewin, 1951)

Jenis-jenis perubahan kurikulum

Memahami proses perubahan sememangnya rumit dan memakan masa. Sekiranya anda
belum lagi memahami kerumitan proses perubahan anda mungkin akan memperkenalkan idea
dan tindakan yang menyebabkan huru-hara di persekitaran sekolah atau daerah. Perubahan
kurikulum merupakan proses yang rumit dan memakan masa dan memerlukan perancangan
yang teliti, masa yang secukupnya, bantuan kewangan, sokongan serta peluang bagi para
guru mempertingkatkan diri mereka. McNeil (1990) membahagikan perubahan kurikulum
kepada kategori-kategori di bawah:
Penggantian: Salah satu daripada ciri-ciri kurikulum tersebut dapat digantikan dengan ciri-
ciri dari kurikulum sedia ada, contohnya menggantikan buku teks baru dengan buku teks
lama.
Pindaan: Ini berlaku apabila perubahan diperkenalkan ke dalam bahan sedia ada dengan
harapan bahawa ia merupakan perubahan kecil yang mudah disesuaikan. Contohnya,
pengenalan bahan baru (misalnya keselamatan jalan raya) ke dalam kurikulum sekolah
rendah; penggunaan bahan baru seperti kalkulator penggrafan dalam pengajaran
matematik.
Gangguan: Merujuk kepada perubahan yang mungkin menggangu sistem sedia ada namun
demikian, guru-guru selalunya akan dapat menyesuaikan diri dengan mudah. Contohnya,
penolong guru besar menukar jadual waktu bagi memanjangkan masa pengajaran.
Penstrukturan Semula: Merujuk kepada perubahan yang mungkin membawa kepada
rombakan sistem persekolahan. Contohnya, memperkenalkan kurikulum bersepadu yang
akan memerlukan pengajaran berpasukan atau melibatkan komuniti dalam proses
penentuan mata pelajaran yang akan diajar.
Orientasi Nilai-Nilai: Merujuk kepada anjakan dalam orientasi nilai-nilai asas kakitangan
sekolah. Contohnya, sekiranya guru-guru yang baru menyertai sekolah tersebut lebih
menekankan aspek perkembangan kendiri pelajar berbanding dengan pencapaian
akademik pelajar, maka orientasi nilai-nilai atau pegangan falsafah asas sekolah tersebut
akan turut berubah.

Walau bagaimanapun, kita perlu menyedari bahawa perubahan kurikulum tidak semestinya
dapat dibahagikan kepada salah satu daripada kategori di atas. Namun demikian, kategori-
kategori bersifat umum supaya sebarang perubahan yang berlaku dapat dirancang dengan
mengatur sumber-sumber yang ada bagi merealisasikan perubahan ini. Suatu perubahan tidak
semestinya sinonim dengan penambahbaikan.

Self-Test

1) Senaraikan kategori-kategori perubahan kurikulum yang


diberi oleh McNeil. Berikan contoh yang sesuai bagi setiap
kategori (selain daripada contoh yang telah diberikan dalam
modul ini).
2) Kenal pasti kategori-kategori lain dalam perubahan
kurikulum yang pernah anda temui tetapi tidak disenaraikan
di atas.

Penentangan terhadap Arus Perubahan

Sepertimana telah dibincangkan di atas,


melaksanakan inovasi atau perubahan
bukanlah tugas yang mudah dan banyak
rintangan akan dihadapi dalam proses ini.
Sekiranya anda telah ditugaskan untuk
melaksanakan suatu kurikulum, baik di
sekolah, kolej, pusat latihan dan sebagainya,
anda tentu akan menghadapi tentangan dari
berbagai pihak. Kebanyakan pihak
berpendapat bahawa lebih baik sekiranya
sistem sedia ada dikekalkan tanpa sebarang perubahan kerana bagi mereka, sebarang
perubahan hanya menyusahkan sahaja. Mungkin mereka berpendapat bahawa perubahan
yang dicadangkan tidak akan mencapai objektif sekolah, kolej atau pusat latihan tersebut.
Dalam situasi sebegini, sistem sedia ada akan seringkali dikekalkan sekiranya pihak yang
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan tersebut ragu-ragu atau menghadapi
ketidakpastian dalam menentukan matlamat atau keperluan program tersebut. Selain itu,
proses pelaksanaan program tersebut mungkin tidak dirancang dengan rapi.

Guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kurikulum seringkali


berpendapat bahawa perubahan sebegini akan membebankan lagi kerja mereka. Perasaan
mereka tidak menghairankan kerana mereka juga perlu menangani jadual waktu yang begitu
sarat dan tidak menerima sebarang insentif untuk melakukan semua kerja tambahan ini. Di
samping itu, mereka juga berpendapat bahawa program kurikulum baru sebegini akan
memerlukan kemahiran dan keupayaan baru disamping kemahiran dan keupayaan sedia ada;
ini bermaksud bahawa mereka terpaksa menyertai latihan atau kursus tambahan. Didapati
bahawa guru juga cenderung menolak amalan-amalan pedagogi atau pengajaran yang
mempersoalkan amalan-amalan sedia ada. Mereka enggan berhadapan dengan perubahan
atau mengubah strategi pengajaran atau kefahaman amalan bilik darjah sedia ada.

Mengapakah kita menentang perubahan?


Apabila kita memahami mengapa manusia
cenderung menentang perubahan, kita
mungkin akan dapat merancang strategi yang
lebih berkesan bagi mengatasi masalah ini
dan seterusnya meningkatkan penerimaan
umum terhadap perubahan. Pihak yang
dipertanggungjawabkan dengan pelaksanaan
kurikulum perlu memahami tindak balas
umum terhadap perubahan serta cara untuk
menggalakkan mereka supaya menerima
perubahan. Lazimnya, terdapat tujuh sebab mengapa kita menentang perubahan (Harvey,
1990; Woldring, 1999; Lippitt, 1966).

a) Manusia menentang perubahan kerana kurang kefahaman Mungkin golongan


tersebut tidak memahami perkara yang bakal diperkenalkan. Mereka tidak memahami
peranan mereka atau situasi mereka sendiri.

Penyelesaian: Masalah ini dapat diselesaikan dengan berkomunikasi. Anda perlu


menjelaskan kepada mereka Mengapa perkara ini berlaku. Di samping itu, anda juga
perlu menjawab soalan lain yang mungkin dikemukakan mereka. Ingat, keberkesanan
komunikasi diperlihatkan oleh mesej yang diterima dan bukan mesej yang disampaikan.

b) Manusia menentang kerana tidak mempunyai hak pemilikan Sesetengah individu


tidak akan menerima perubahan sekiranya mereka mengganggap bahawa perubahan
tersebut datang dari luar institusi mereka. Namun demikian, sebahagian besar daripada
usaha peningkatan kurikulum diperkenalkan oleh perbadanan luar, baik di peringkat
kebangsaan, negeri atau daerah.

Penyelesaian: Anda perlu meyakinkan guru-guru tersebut bahawa walaupun usaha


perubahan ini berasal dari luar, pendapat dan pandangan mereka telah dipertimbangkan
di peringkat pelaksanaan dan pembentukan dalam proses pembangunan kuriulum. Anda
perlu melibatkan guru-guru dalam mendalami kerelevanan kurikulum baru serta
memberi mereka kebebasan untuk belajar bersama-sama dengan rakan setugas mereka.
Dengan ini, mereka akan berasa seperti mereka merupakan sebahagian daripada proses
pelaksanaan kurikulum.

c) Manusia menentang sekiranya mereka tidak memiliki keupayaan yang diperlukan


dalam situasi baru ini Kita cenderung menentang sesuatu sekiranya kita berpendapat
bahawa kita tidak mampu menghadapi situasi yang baru kerana tidak memiliki
kemahiran yang diperlukan. Mungkin pelaksanaan kurikulum baru tersebut telah
dipercepatkan, dan dengan itu, waktu latihan yang telah diperuntukkan bagi para guru
telah disingkatkan. Oleh itu, mereka mungkin berasa bahawa mereka belum cukup
mahir untuk menghadapi situasi ini.

Penyelesaian: Peruntukkan masa dan sumber yang secukupnya bagi tujuan melatih para
guru serta pihak lain yang terlibat secara langsung dalam proses pelaksanaan kurikulum.

d) Manusia menentang sekiranya kekurangan insentif Sekiranya para guru tidak yakin
bahawa program baru ini akan memperbaikkan lagi situasi para pelajar (dari segi
pembelajaran) atau diri mereka sendiri (contohnya, pengiktirafan, penghormatan atau
ganjaran lain), mereka mungkin enggan menerima perubahan tersebut.

Penyelesaian: Pastikan bahawa guru-guru yang terlibat secar aktif dalam proses
perubahan kurikulum menerima ganjaran yang sewajarnya. Ganjaran ini tidak
semestinya berbentuk kewangan tetapi pastikan bahawa usaha-usaha mereka diiktiraf.

e) Manusia menentng sekiranya mereka tidak sempat melibatkan diri dengan perubahan
tersebut Sukar bagi mereka melaksanakan perubahan ini dan menjalankan tanggung
jawab sedia ada mereka pada masa yang sama. Sekiranya mereka berfokus pada
program perubahan ini, mereka mungkin tidak dapat menjalankan tanggung jawab
mereka dengan sebaik mungkin.

Penyelesaian: Ringankan beban kerja mereka supaya mereka dapat melibatkan diri
dengan perubahan ini. Aturkan semula tugas-tugas mereka supaya mereka tidak
menghadapi dilema ini. Anda perlu menyedari bahawa manusia enggan menerima
perubahan sekiranya berbuat demikian akan menyebabkan mereka lalai dalam tanggung
jawab mereka.

Self-Test

1) Mengapakah manusia cenderung menentang arus


perubahan?
2) Cadangkan sebab-sebab lain yang mungkin menyebabkan
manusia menentang perubahan.

Aktiviti
Rombakan Kurikulum dan Pelaksanaannya di Indonesia
Pada tahun 1994, kerajaan Indonesia telah merombak kurikulum persekolahan dengan
memastikan 80% terdiri daripada kurikulum kebangsaan dan fleksibiliti diberi kepada
setiap daerah bagi menyesuaikan kurikulum tersebut kepada keperluan sendiri. Kurikulum
kebangsaan tertumpu kepada pembangunan kebangsaan manakala Kurikulum Bahan
Tempatan berfokus kepada situasi-situasi setempat. Dengan ini, Pusat Pembangunan
Kurikulum telah memindahkan 20% daripada kuasanya kepada setiap daerah.

Kurikulum Kebangsaan (80%)


Pancasila dan pendidikan sivik
Agama (Islam, Kristian, Katolik, Hindu, Buddha)
Bahasa Indonesia
Menulis dan membaca
Matematik
Sains dan teknologi
Geografi
Sejarah dunia dan tempatan

Kurikulum Bahan Tempatan (20%)


Agrikultur
Pendidikan alam semulajadi
Komputer dan teknologi maklumat
Budaya tempatan (tarian, bahasa, permainan dan sebagainya)
Bahasa Inggeris

Para guru, guru besar dan penyelia diberi autonomi untuk menbentuk semula kurikulum
supaya disesuaikan dengan keperluan dan minat pelajar mereka. Namun demikian,
sebenarnya tidak semua guru mengambil peluang keemasan ini. Ramai guru tidak
mengubah kurikulum mereka atau mencuba kaedah penyampaian baru. Selain itu,
golongan ibu bapa serta pihak penting lain tidak dijemput untuk menyertai perancangan
atau pentadbiran program ini. Menurut dasar ini, sekolah-sekolah seharusnya menyusun
semula kurikulum supaya mendapat subjek-subjek baru. Dalam sesetengah kes, segelintir
guru yang bersikap proaktif telah berusaha untuk memastikan bahan pengajaran mereka
berhubung kait dengan dunia luar, tetapi dapat dikatakan bahawa secara umumnnya asas
kurikulum pada peringkat sekolah menengah rendah tidak mengalami perubahan yang
ketara.

Berikut beberapa rintangan yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini: kekurangan
komunikasi antara peringkat tempatan dan daerah, kekurangan latihan sokongan, sikap
para guru terhadap program ini, kekurang sumber serta kekurangan peruntukan
kewangan. Proses pengagihan kurikulum bermaksud bahawa sebahagian daripada
keputusan yang dibuat di peringkat tempatan tidak selaras dengan keputusan yang dibuat
di peringkat daerah. Di samping itu, masalah kekurangan guru bagi melaksanakan
program ini juga dihadapi. Contohnya, di Jambi, Lampung, Pulau Maluku, Sulawesi
Selatan dan Java Timur, sebahagian besar daripada bahan pembelajaran tempatan telah
diajar oleh guru yang tidak memiliki kemahiran dan keupayaan yang diperlukan. Masalah
seterusnya merupakan sikap para guru sendiri. Didapati bahawa mereka tidak menerima
inovasi kerana mereka tidak memiliki maklumat yang secukupnya atau kemahiran yang
diperlukan bagi melaksanakannya. Selain itu, mereka juga tidak menerima sokongan yang
sewajarnya dari pihak kerajaan bagi berkembangkan kemahiran dan ilmu mereka.
Hakikatnya ialah dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak semestinya dapat
dilaksanakan di peringkat sekolah dengan jayanya. Kebanyakan guru lebih cenderung
berfokus kepada kurikulum kebangsaan. Akhir sekali, kekurangan sumber kewangan untuk
mengembangkan program ini juga telah menyumbang kepada kegagalan program ini.
Situasi ini memerlukan mesyuarat yang kerap antara tahap sekolah dan tahap daerah bagi
membincangkan pembangunan subjek bagi program ini. Ini pula telah membawa kepada
penglibatan yang kurang memberangsangkan dalam proses pelaksaanaan.
[Sumber: Implementing the Curriculum in Indonesia]

1) Nyatakan sebab-sebab yang diberi bagi kegagalan pelaksanaan kurikulum bahan


tempatan?
2) Sejauhmanakah fleksibiliti diberikan dalam aspek ini di negara anda sendiri?

Pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan kurikulum


Pelaksanaan kurikulum memerlukan penglibatan berbagai pihak. Setiap pihak begitu penting
sekali dalam proses mengatur perubahan. Tanpa penglibatan semua pihak, pelaksanaan
program kurikulum akan menghadapi berbagai masalah. Antara pemain utama dalam proses
ini ialah: para guru, pelajar, guru besar, penolong guru besar, pegawai pendidikan daerah,
pegawai pendidikan negeri, pembangun kurikulum, akademik, ibu bapa, pegawai politik serta
masyarakat awam. Dalam sistem berpusat, kurikulum kebangsaan dibangunkan di peringkat
kebangsaan dan kemudiannya disampaikan ke setiap daerah dan sekolah bagi tujuan
pelaksanaan.

Guru-Guru
Tidak dapat dinafikan bahawa pihak terpenting dalam proses pelaksanaan kurikulum ialah
para guru. Ilmu, pengalaman dan keupayaan mereka begitu diutamakan dalam setiap usaha
penambahbaikan kurikulum. Hakikatnya, guru yang baik akan menghasilkan pembelajaran
yang lebih mendalam. Mereka memainkan peranan yang penting kerana mereka merupakan
pihak yang mengenali amalan pengajaran dengan paling mendalam sekali dan bertanggung
jawab untuk memperkenalkan kurikulum kepada bilik darjah.

Faktor utama dalam memastikan bahawa para guru komited kepada suatu program atau
inovasi ialah mengembangkan ilmu mereka mengenai program tersebut. Maksudnya, guru-
guru memerlukan latihan dan kursus yang berkaitan bagi tujuan meningkatkan perkembangan
profesional mereka. Namun demikian, hakikatnya ialah tidak semua guru akan berpeluang
untuk menjalani kursus-kursus yang sewajarnya. Situasi ini berlaku kerana bilangan guru
jauh lebih besar dari peruntukan kewangan yang disediakan. Pendekatan yang paling kerap
dijalankan ialah mengadakan bengkel buat sehari dengan menjemput pakar untuk memberi
seniar atau kuliah. Anjakan paradigma diperlukana bagi menggalakkan para guru untuk
melaksanakan kurikulum baru. Faktor-faktor luaran yang mungkin menghalang pelaksanaan
kurikulum ialah kekurangan sumber, kekurangan masa, kekurangan sokongan profesional
serta nilai-nilai sekolah itu sendiri. Faktor-faktor dalaman yang mungkin menyumbang
kepada kegagalan pelaksanaan kurikulum ialah kekurangan maklumat profesional,
kekurangan keupayaan profesional serta kekurangan motivasi (lihat Rajah 4.1).

Dengan itu, jelas bahawa perkembangan profesional guru merupakan faktor penting dalam
kejayaan pelaksanaan kurikulum. Sejauhmanakah
program pendidikan guru memerlukan bakal guru
mendalami pembangunan kurikulum? Sesetengah
pihak menganggap bahawa guru seolah-olah juruteknik
dan oleh sebab ini, golongan ini tidak memasukkan
pembangunan kurikulum dalam program pendidikan
guru mereka [Adakah anda mempelajari pembangunan
kurikulum ketika menjalani latihan perguruan dahulu?]
Walau bagaimanapun, pendidikan guru yang
menyeluruh seharuslah merangkumi pembangunan
kurikulum (dari segi teori dan praktikal) bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan kualiti
peluang pembelajaran.

Faktor Huraian
Kecukupan sumber Kecukupan peralatan, infrastruktur serta sumber-sumber umum yang
diperlukan bagi melaksanakan kurikulum baru
Masa Masa yang diperlukan bagi menyediakan dan melaksanakan
keperluan kurikulum baru; contohnya, adakah para guru memiliki
masa yang mencukupi bagi memahami mata pelajaran yang akan
diajar?
Nilai-nilai sekolah Pegangan nilai sekolah tersebut. Pegangan nilai ini mampu
tersebut mempengaruhi status kurikulum baru tersebut serta tanggapan
komuniti sekolah terhadap kurikulum tersebut. Contohnya, adakah
pentadbir-pentadbir sekolah memperakui kepentingan subjek-subjek
tertentu dalam kurikulum tersebut?
Sokongan Profesional Merujuk kepada sokongan bagi para guru baik dari sekolah atau dari
sumber lain. Contohnya, wujudkah peluang bagi pihak sekolah
meperolehi sokongan profesional berterusan dalam melaksanakan
kurikulum tersebut?
Kemampuan Keupayaan, kemahiran dan kemampuan profesional para guru
Prodesional sendiri untuk mengajar kurikulum baru ini, iaitu keyakinan mereka
untuk mengajar subjek-subjek yang telah ditetapkan.
Sikap dan minat Sikap dan minat para guru terhadap pelaksanaaan dan pengajaran
profesional kurikulum baru. Contohnya, adakah para guru berminat untuk
mengajar subjek-subjek yang dimaktubkan dalam kurikulum baru
ini?

Rajah 4.1: Faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan kurikulum baru di sekolah


[Sumber: Disesuaikan dari Science Curriculum Implementation Questionnaire (SCIQ).
http://home.cc.umanitoba.ca/~lewthwai/introSCIQ.html]

Aktiviti
Menurut Friendenberg (1965), golongan yang memasuki bidang
pengajaran lazimnya bersifat konformis dan enggan berinovasi.
Golongan sebegini telah berjaya dalam sistem persekolahan sedia ada.
Mereka tidak cenderung menonjolkan diri dalam sistem birokrasi yang
dikendalikan oleh pentadbir-pentadbir yang tidak gemarkan inovasi
atau perubahan. Mereka telah mengecapi kejayaan ketika mereka di
sekolah (sebagai seorang pelajar) dahulu dan kini sebagai guru dalam
sistem ini. Oleh sebab ini, mereka tidak bependapat bahawa sistem
sedia ini sudah cukup sempurna dan tidak memerlukan sebarang
perubahan.
[Sumber: Edgar Friendenberg, Coming of Age in America. New York: Random
House]

1) Setakat manakah anda bersetuju dengan pandangan Friendenberg


mengenai guru-guru dan perubahan kepada kurikulum?
2) Adakah situasi ini sama bagi profesion-profesion lain?
Pelajar
Kebanyakan pihak yang bertanggung jawab untuk melaksanakan kurikulum cenderung
mengabaikan peranan pelajar sebagai faktor utama dalam mencetus perubahan.

Guru Besar
Guru besar sangat penting kepada kejayaan proses pelaksanaaan kurikulum di sekolah.
Mereka memerlukan ilmu yang mendalam mengenai proses pelaksanaan serta perubahan
yang telah dirancangkan. Mereka perlu komited kepada perubahan ini dan dapat
menggunakan berbagai strategi kepimpinan bagi memenuhi keperluan para guru. Strategi-
strategi ini mungkin terdiri daripada: bersifat terbuka dan bersedia berkomunikasi dengan
pihak lain yang terlibat dalam proses ini; memaksimakan kekuatan stafnya; menyediakan
peluang perkembangan profesional bagi stafnya; menyediakan kepakaran luar sekiranya
diperlukan; sanggup mengambil risiko; dan bersikap positif terhadap perubahan yang telah
dirancang dan menggunakan sikap positif ini untuk memotivasikan semua pihak.

Aktiviti
Kurikulum Kebangsaan Sekolah Menengah di England
Menurut undang-undang di England, semua sekolah perlu menyediakan kurikulum yang
luas dan seimbang bagi para pelajar mereka supaya mereka dapat mempelajari dan
mencapai matlamat tertentu; memupuk perkembangan kerohanian, moral, kebudayaan,
mental serta fizikal para pelajar; menyediakan para pelaajr bagi tanggung jawab dan
pengalaman apabila dewasa kelak. Subjek-subjek berikut perlu diajar:
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Reka Bentuk dan Teknologi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sejarah
Keperluan kurikulum lain termasuklah: Pendidikan Agama, Pendidikan Seks dan
Perhubungan serta Pendidikan Kerjaya (dari Tahun 9 ke atas). Subjek-subjek teras, iaitu
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains diberi penekanan. Selain daripada ini, setiap
sekolah bebas menentukan subjek-subjek yang akan diberi penekanan serta kemahiran
atau aspek yang akan menjadi fokus dalam setiap mata pelaajran. Keutamaan atau
penekanan mungkin merentasi setiap subjek, golongan-golongan tertentu atau tahun-
tahun (tingkatan) tertentu sahaja.

Contohnya,
Sekolah yang memiliki keupayaan yang kuat dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dan bahasa boleh menawarkan bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing
kedua dengan menggunakan kemudahan ICT untuk menjalankan sesi videoconferencing
setiap minggu dengan sekolah rakan kongsi di Sepanyol.
Sekolah yang berpencapaian rendah mungkin boleh menekankan kecelikan huruf
merentasi semua aspek kurikulum tersebut. Setiap guru akan memasukkan objektif
kecelikan huruf dalam rancangan pembelajaran mereka bagi setiap mata pelajaran.
Sekolah yang berada di kawasan perindustrian tinggi seperti bidang penkomputeran dan
farmaseutikal mungkin dapat mengutamakan subjek matematik dan sains supaya pelajar-
pelajar mereka dapat memaksimakan peluang pekerjaan yang wujud. Ahli saintis dari
syarikat berdekatan boleh melawat sekolah tersebut sebagai duta skim sains dan
kejuruteraan dan pelajar-pelajar Tahun 9 akan membuat projek supaya dapat memperoleh
Anugerah Kreativiti dalam Sains dan Teknologi (Creativity in Science and Technology
Award; CREST).
[Sumber: Key Stage 3 National Strategy: Designing the Key Stage 3 Curriculum, Department for Education
and Skills, England]

1. Setakat manakah sistem yang dilaksanakan di England ini serupa atau berbeza dengan
sistem yang dilaksanakan di sekolah anda?
2. Adakah anda bersetuju dengan fleksibiliti yang diberikan kepada pihak sekolah untuk
membentuk kurikulum bagi memenuhi keperluan tempatan?

Melaksanakan Kurikulum di Bilik Darjah


Matlamat terakhir bagi suatu kurikulum ialah bilik darjah. Setibanya kita di bilik darjah,
tanggung jawab membuat keputusan akan jatuh ke tangan guru. Setakat ini, pelaksanaan
kurikulum hanya telah dibincangkan di peringkat program. Di peringkat bilik darjah pula,
guru mungkin perlu menjawab soalan-soalan berikut:
Apakah objektif-objektif yang perlu dicapai?
Apakah topik atau bahan yang perlu diajar?
Apakah kaedah atau teknik yang patut digunakan dalam pengajaran bertuju?
Bagaimanakah instruksi dapat dinilai dengan sepenuhnya?

MATLAMAT BAHAN
PEMBELAJARAN

PENGALAMAN TUGASAN
PEMBELAJARAN PENILAIAN

Kaedah Aktiviti
Pengajaran Pembelajaran

Rajah 4.2: Contoh Model Instruksi

Pelaksanaan instruksi melibatkan penetapan matlamat instruksional atau pembelajaran


tertentu, pemilihan bahan, pemilihan pengalaman pembelajaran dan pemilihan kaedah atau
tugas bagi menilai instruksi (lihat Rajah 4.2). Di mana, bila dan bagaimanakah guru dapat
menyediakan diri bagi instruksi? Lihat tiga pendekatan ekstrem berikut.

Guru X membahagikan setiap bab dalam buku teksnya dengan bilangan minggu
dalam tahun persekolahan. Contohnya, satu bab mungkin akan diajar dalam dua atau
tiga kelas. Urutan dan subtopik bagi setiap bab akan menjadi garis panduan bagi
pembentangan bahan tersebut. Guru tersebut mungkin akan menyediakan nota bagi
para pelajar, bertanya soalan ketika kelas (soalan dari buku teks atau soalan sendiri)
serta memberi tugasan berkumpulan bagi menerangkan topik-topik tertentu dalam
bab-bab tersebut.
Guru Y pula memilih topik yang akan diajar bagi minggu berikut dengan
menggunakan berbagai sumber yang berkaitan dengan topik tersebut. Sumber-sumber
ini termasuklah buku teks, buku rujukan, laman web, majalah dan sebagainya.
Pendekatan penyelesaian masalah digunakan di mana para pelajar merujuk kepada
pelbagai sumber bagi menyelesaikan masalah tertentu.
Guru Z pula menghadiri kelas tanpa mengetahui apa yang akan diajarnya. Tema atau
isu ditulis di papan hitam dan para pelajar perlu menyumbangkan kefahaman mereka
sendiri atau mentafsir tema atau isu tersebut sendiri. Sesetengah pihak mungkin
berpendapat bahawa pendekatan ini bersifat spontan manakala pihak lain pula
mungkin berpendapat bahawa pendekatan ini menunjukkan bahawa guru tersebut
tidak membuat apa-apa persediaan atau perancangan.

Ketiga-tiga pendekatan ini mungkin ekstrem tetapi secara umumnya, setiap guru sebenarnya
mengambil salah satu daripada pendekatan ini. Mereka mungkin tidak mematuhi kurikulum
tersebut sepenuhnya atau mematuhi rancangan tersebut secara umum. Ketiga-tiga pendekatan
ini tidak menggariskan objektif instruksional atau hasil pembelajaran spesifik yang perlu
dicapai. Dalam kebanyakan kes, para guru mengambil pendekatan bercampur, iaitu
menggabungkan satu atau lebih pendekatan.

Objektif instruksional atau hasil pembelajaran merupakan pernyataan yang menyatakan


perkara yang perlu dilakukan, diketahui dan dinilai oleh para pelajar setelah tamat suatu
subjek. Objektif instruksional:
o Menjelaskan perubahan-perubahan yang perlu diperlihatkan oleh para pelajar
o Membantu para guru memilih pengalaman pembelajaran yang sesuai bagi mencapai
perubahan atau pembelajaran yang dimaksudkan
o Memaklumkan para pelajar mengenai jangkaan para guru
o Menunjukkan aspek atau topik yang diutamakan dalam penilaian subjek tersebut.

Istilah-istilah penting

Pelaksanaan kurikulum Pelaksanaan kurikulum di bilik darjah


Perubahan kurikulum Penentangan terhadap arus perubahan
Model medan kuasa

Soalan-soalan perbincangan

1. Pelaksanaan kurikulum telah muncul sebagai isu paling penting dalam sistem pendidikan
kita. Didapati bahawa walaupun berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan, hanya segelintir
daripada idea-idea ini dilaksanakan di peringkat bilik darjah (Susan Loucks dan Ann
Lieberman, 1983, m.s. 1226).
a) Senarikan aktiviti-aktiviti dalam pelaksanaan kurikulum yang memerlukan perbelanjaan
yang besar.
b) Berdasarkan pengalaman anda sendiri, mengapakah hanya segelintir daripada idea-idea
ini dilaksanakan di peringlat bilik darjah?
2. Dalam 100 tahun yang lepas, kedua-dua institusi ini tidak mengalami perubahan yang
besar, iaitu institusi keagamaan dan juga sekolah.
a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?
b) Pada pendapat anda, mengapakah sekolah-sekolah lambat menerima perubahan?

Rujukan
a) Alistair, R. (200). Curriculum: Construction and Critique. London: Falmer Press. Chapter 1:
What is the curriculum? [available at eBrary].
b) Woods, R.N. (1989). Introduction to philosophy of education. London: Routledge. Chapter 3:
Curriculum theory [available at eBrary]
a) Ornstein, A. and Hunkins, F. Curriculum: Foundations, principle and issues. (1998). Boston,
MA: Allyn & Bacon. Chapter 10: Curriculum implementation.
b) Sowell, E. (2000). Curriculum: An integrative introduction. Upper Saddle River, NJ: Prentice-
Hall. Chapter 1: Overview of curriculum processes and products.

Rujukan dari Internet


a) Bennie, K. & Newstead, K. (2004) Obstacles to implementing a new curriculum.
http://academic.sun.ac.za/mathed/MALATI/Files/Statistics99.pdf
b) Keys, P. (2000). Developing a good science syllabus for an optimistic future: A classroom
teachers perspective. http://www.aare.edu.au/00pap/key00212.htm

Anda mungkin juga menyukai