Anda di halaman 1dari 8

Langkah Untuk Membina

Kurikulum dalam Model Tyler


Isi Pelajaran yang berdasarkan
objektifnya
1) Pilih dan Tentukan Kurikulum
Menurut Tyler:
Pemilihan kandungan merupakan proses yang
kreatif.
Perancang kurikulum perlu memilih
subjek, kandungan atau pengalaman
pembelajaran yang perlu didedahkan kepada
pelajar bagi mencapai objektif yang telah
ditetapkan.
Contoh:
Guru boleh menggunakan teknik bercerita
untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada murid-murid.

Selain itu, guru juga boleh menyelitkan


pengalamannya semasa sesi bercerita.
Kesannya
Dapat memotivasikan murid-murid untuk
minat belajar dalam suasana yang
menggembirakan

Pembelajaran yang berlaku melalui cerita


adalah lebih kekal dan diingati lebih lama.
Oleh itu, guru boleh menerapkan nilai-nilai
murni ke dalam cerita tersebut.
Setengah-setengah cerita dapat melibatkan
murid-murid secara aktif. Dengan
itu, bercerita boleh menjadi suatu strategi
pengajaran yang memusatkan kepada murid-
murid.

Ia dapat memperluaskan pengalaman murid


jika cerita itu dapat dikaitkan dengan
kehidupan seharian.

Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar


murid dan daya kreativiti murid-murid
2) RANCANG DAN SUSUN BAHAN KURIKULUM
ITU KEPADA UNIT-UNIT KECIL, MENGIKUT
TURUTAN DARI MUDAH KE LEBIH KOMPLEKS
UNTUK P & P
Boleh menggunakan Prinsip Ketertiban atau
Principle of Sequence yang dicadangkan oleh
Tyler.

Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah


berterusan dan berturutan dengan berdasarkan
pengalaman lalu supaya pelajar berpeluang
mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan
mendalam
Selain itu, seseorang guru juga haruslah
menyusun turutan (sequence) unit-unit
pengajaran secara beransur
maju, bersambungan dan berkembang.

Guru juga boleh menyediakan latihan yang


sesuai dan mencukupi untuk semua murid
agar pembelajaran mereka berkesan dan
mencapai Masteri.
Guru juga boleh membina, memilih dan
mengguna alat dan media bantu pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai untuk
memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai