Anda di halaman 1dari 15

TUGASAN 2

Tajuk Artikel

: Konstruktivisme Sosial dan Hubungan Antarabangsa Malaysia

Penulis

: Nor Azizan Idris, Zarina @ Zairina Othman & Rashila Hj Ramli

Bilangan muka surat : 12 muka surat


Sumber

: Jurnal Akademika 81 (1) 2011: 39-50

Pendahuluan
Artikel yang bertajuk Konstruktivisme Sosial dan Hubungan Antarabangsa Malaysia
yang ditulis oleh Nor Azizan Idris, Zarina @ Zairina Othman dan Rashila Hj Ramli adalah
sebuah jurnal yang membincangkan kemunculan teori konstruktivisme sebagai teori yang
baru di dalam teori hubungan antarabangsa. Di samping itu, makalah ini juga berkisarkan
tentang hubungan antarabangsa Malaysia yang dikaitkan dengan teori konstruktivsme
sosial. Teori konstruktivisme sosial adalah berkaitan dengan hubungan Malaysia bersama
institusi multilateral atau organisasi antarabangsa. Di dalam konteks penulisan ini terdapat
tiga institusi multilateral atau organisasi antarabnagsa yang dibincangkan secara mendalam
iaitu Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), Komanwel dan Organization of
Islamic Conference (OIC). Makalah ini cuba menelusuri dan memahami peranan Malaysia
dalam pelbagai institusi global dan serantau melalui konstruktivisme sebagai pendekatan
alternative dalam hubungan antarabangsa bagi menganalisis peranan Malaysia dalam
institusi global. Tambahan juga, penulisan ini cuba membuktikan kepada dunia bahawa
Malaysia walaupun sebuah negara yang kecil tetapi berperanan besar dalam organisasi
global dan serantau. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Malaysia yang telah berjaya
mengharungi pahit maung hidup berjiran di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global.

Ringkasan Artikel
Selama ini perdebatan mengenai teori atau pendekatan antarabangsa adalah
didominasi oleh pendekatan realisme dan liberalisme. Namun, setelah berakhirnya Perang
Dingin maka muncul satu pendekatan baru di dalam hubungan antarabnagsa iaitu
konstrukstivisme sosial. Secara umumnya konsep teras konstruktivisme adalah mengenai
globalisasi, hak asasi manusia antarabangsa, polisi keselamatan dan lain-lain lagi.
Konstruktivis melihat dunia di sekeliling kita sebagai dikonstrukkan atau dikendalikan secara
sosialnya atau socially constructed. Perspektif konstruktivisme memberi nilai kepada faktorfaktor ideational seperti idea, budaya, ilmu pengetahuan, identity, keutamaan, interaksi,
norma dan institusi sebagai asa untuk memahami tindak tanduk negara.
Teori konstruktivisme dalam hubungan antarabangsa Malaysia dapat dilihat melalui
hubungan Malaysia dengan tiga organisasi antarabangsa yang utama iaitu ASEAN,
Komanwel dan OIC. Dalam ASEAN terdapat lima norma yang menjadi panduan kepada
ahlinya. Antaranya ialah meyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan, autonomi
serantau, tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, tidak akan menubuhkan
pakatan ketenteraan dan ASEAN WAY1. Malaysia sebagai sebuah negara pengasas telah
berjaya membentuk ASEAN menjadi sebuah pertubuhan serantau yang bersesuaian
dengan dasar luar yang menekankan konstruktivisme sosial.
Dalam Komanwel, Malaysia dilihat sebagai pejuang hak asasi manusia di mana
Malaysia dengan begitu lancang mengkritik dasar Aparteid di Afrika Selatan yang
mendiskriminasikan orang kulit hitam. Ini kerana ia bertentangan dengan prinsip hak asasi
manusia. Jelas dilihat Komenwal dijadikan sebagai landasan bagi Malaysia menyuarakan
pendapatnya di peringkat antarabangsa.
OIC pula dilihat sebagai satu wahana bagi Malaysia di dalam memperjuangkan syiar
Islam. Dalam teori konstruktivisme ini dilihat bahawa Islam merupakan faktor penting yang
membentuk dasar luar Malaysia.
Pendekatan Konstruktivisme berpendapat identiti dan kepentingan negara dikonstruk
secara sosial. Bagi mempromosi negara ini di persada antarabangsa, kerajaan Malaysia
telah menggunakan pelbagai institusi multilateral dan ini dilihat sebagai satu pendekatan di
dalam teori konstruktivisme sosial.

1 ASEAN WAY merupakan satu prosedur dalam membuat keputusan dalam mencapai
persetujuan dalam kalangan negara ahli melalui musyawarah, konsultansi atau muafakat.
2

Ulasan Kritis
Hasil pembacaan yang mendalam di dalam makalah ini, saya amat meminatai
dengan apa yang diperbahaskan oleh penulis mengenai teori Konstruktivisme dan
hubungan anatarabangsa Malaysia. Isu ini merupakan isu semasa yang sedang berlaku
dalam konteks hubungan luar Malaysia. Dari hari ke hari Malaysia terus menjalin hubungan
dengan dunia luar. Oleh hal yang demikian, wajar untuk kita fahami mengenai tindak tanduk
Malaysia dalam menjalin hubungan antarabangsa berdasarkan pendekatan konstruktivisme
sosial.
Konsrtuktivisme dilihat sebagai satu teori hubungan antarabangsa yang baru kerana
teori realisme dan liberalisme merupakan teori yang terawal muncul di dalam skop
hubungan antarabangsa. Jika dibandingkan di antara ketiga-tiga teori ini, saya bersetuju
dengan penulis apabila penulis ada menyatakan bahawa pendekatan konstruktivisme sosial
merupakan satu pendekatan terpenting di dalam menjalin hubungan antarabangsa. Hal ini
kerana pendekatan konstruktivisme lebih menjurus kepada memperjuangkan hak-hak
kemanusiaan yang seharusnya tidak wujud unsur diskriminasi.
Hasil dari pembacaan, saya dapati bahawa tujuan penulisan artikel ini adalah untuk
menelusuri dan menganalisis konstruktivisme dalam memahami peranan Malaysia sebagai
sebuah negara dalam konteks rantau dan global. Artikel ini lebih bersifat selektif iaitu hanya
merujuk kepada beberapa institusi global dan serantau dengan memberi tumpuan kepada
beberapa isu dalam dasar luar Malaysia. Tiga institusi tersebut adalah ASEAN, Komanwel
dan OIC.
Apabila kita berbicara soal teori konstruktivisme sosial, kita perlu tahu apakah yang
dimaksudkan dengan teori ini dengan sebenar-benarnya. Menurut penulis pendekatan
konstruktivisme adalah berasaskan andaian bahawa identity dan kepentingan negara adalah
dibentuk secara sosial. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan penulis kerana untuk
memahami tingkah laku negara bermakna kita cuba untuk memahami konteks sosial
antarabangsa di mana negara itu berkembang dan berinteraksi. Setiap negara mahukan
sesuatu dan mempunyai matlamat dalam jangka masa yang ditentukan. Keinginan asas
negara seperti keinginan untuk keselamatan fizikal, kestabilan, pengiktirafan oleh negara
lain dan pembangunan atau peningkatan taraf hidup rakyat. Keinginan inilah yang akan
menentukan tindak tanduk sesuatu negara, ianya hanya boleh dicapai dengan menjalin
hubungan bersama organisasi antarabangsa. Negara menentukan kepentingannya
berasaskan situasi sosial di mana mereka merupakan peserta dalam proses hubungan
antarabangsa tersebut.

Hubungan Malaysia di dalam ASEAN merupakan salah satu pendekatan yang dibuat
oleh Malaysia seperti yang termaktub di dalam teori konstruktivisme sosial. Penulis ada
menyatakan bahawa Malaysia menjadikan ASEAN sebagai satu wadah untuk memulihkan
hubungan antara Malaysia dengan Indonesia selepas berlakunya Konfrontasi, di samping
merapatkan hubungan dalam kalangan negara bukan komunis di rantau ini. Perkara ini
mendapat sokongan daripada saya sepenuhnya. Perkara ini dapat saya buktikan sewaktu
berlakunya konflik di antara Malaysia dan Filipina di dalam peristiwa Corrigidor. Atas
semangat ASEAN dan prinsip yang terdapat di dalam ASEAN telah membuatkan kedua-dua
negara ini mengadakan satu usaha damai dengan mengguna pakai prosedur ASEAN WAY.
Hal ini jelas membuktikan bahawa pendekatan konstruktivisme yang diguna pakai oleh
Malaysia adalah bertujuan untuk mengekalkan keselamatan dan keharmonian sejagat
dengan cara menjalin hubungan sosial di kalangan penduduk negara ahli.
Di dalam Komanwel, Malaysia di lihat begitu lancing di dalam melontarkan kritikankritikan berasas tanpa berasa gentar. Perkara ini merupakan salah satu pendekatan di
dalam teori konstruktivisme. Identiti, pegangan dan keinginan sesebuah negara itu
mencerminkan tindak tanduk negara itu. Buktinya, Malaysia menentang sekeras-kerasnya di
dalam dasar Aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan, sehinggakan Malaysia
mencadangkan agar tidak menjalin hubungan ekonomi kepada negara tersebut. Dasar
Aparteid berkisarkan tentang penindasan di kalangan orang kulit hitam yang dilakukan oleh
orang kulit putih. Isu hak-hak kemanusiaan diperjuangkan oleh Malaysia atas dasar
perikemanusiaan. Penulis menyokong dengan tindakan Malaysia terhadap isu tersebut dan
begitu juga saya.
Akhir sekali, penulis ada menyentuh mengenai hubungan Malaysia dengan OIC.
Penulis menyatakan bahawa Islam merupakan landasan utama dan faktor terpenting dalam
membentuk dasar luar Malaysia. Tambahan penulis lagi Malaysia sangat memperjuangkan
isu-isu yang berkaitan Islam dan menegakkan segala syiar Islam di dalam hubungan
antarabangsa. Dari sudut pandang buah fikiran saya, saya kurang bersetuju dengan apa
yang dikatakan oleh penulis. Jika dilihat sehingga detik ini Malaysia masih tidak
mengamalkan syiar Islam yang sebenar-benarnya. Buktinya undang-undang hudud masih
belum diterima umum oleh Masyarakat Malaysia. Ini jelas menampakkan syiar Islam belum
ditegakkan dengan seteguhnya oleh Malaysia. Benar penulis ada mengemukakan bukti
seperti penentangan terhadap perbuatan Yahudi dan rejim Israel terhadap masyarakat Islam
di Palestin. Namun, di dalam situasi ini tidak ada yang dapat dipertontonkan kerana
Malaysia sendiri masih menjalin hubungan dengan syarikat multinasional Israel seperti
Starbucks dan McDonalds.

Penutup
Tuntasnya, konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang terbaik di dalam
hubungan antarabangsa. Ini kerana ianya merangkumi pelbagai aspek di dalam kehidupan
individu, masyarakat dan negara. Ianya jelas dilihat di mana pendekatan konstruktivisme
memperjuangkan hak asasi manusia, keselamatan fizikal dan pelbagai lagi isu-isu yang lain.
Melalui pendekatan konstruktivisme, organisasi antarabangsa dan institusi multilateral dilihat
sebagai wahana yang terbaik bagi sesuatu negara dalam mengkonstrukkan secara sosial
indentiti dasar luar sesebuah negara tersebut. Dengan adanya organisasi antarabangsa dan
institusi multilateral ini dapat dilihat ianya memainkan peranan yang sangat penting di dalam
memperjuangkan sesuatu isu seperti yang dilakukan oleh Malaysia di dalam organisasi
ASEAN, Komanwel dan OIC.

TUGASAN 3
5

Pendahuluan
Apabila kita berbicara soal tuntutan bertindih 2, maka secara tidak langsung kita juga
membincangkan soal kedaulatan negara. Kedaulatan merupakan perkara asas dalam
sesebuah negara (Mardiana Nordin & Hasnah Hussin, 2014). Kedaulatan amat penting
kerana ia dianggap sebagai satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan
negara untuk tidak terus dijajah dan berdiri di kaki sendiri (Zarina Othman, 2006).
Jika dirungkai makna kata kedaulatan atau sovereignty, ianya bermaksud kuasa
tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Menurut John Bodin dalam bukunya Six
Books Concerning The State, kedaulatan adalah kuasa tertinggi yang terdapat dalam
sesuatu kesatuan negara iaitu kuasa tertinggi ke atas warganegara dan rakyat wilayah itu.
Dari sudut pandang sumber berautoriti iaitu Undang-undang Antarabangsa 3, kedaulatan itu
ialah hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran, rakyat
atau diri sendiri. Secara umumnya kedaulatan merupakan kuasa tertinggi yang dimiliki oelh
sesebuah institusi dalam masyarakat, politik untuk membuat keputusan tentang hal-hal yang
berhubung dengan pentadbiran dan politik.
Isu-isu berkenaan tuntutan bertindih timbul apabila berlakunya persengketaan antara
dua atau lebih negara dalam berebut hak penguasaan wilayah terhadap satu kawasan
mahupun wilayah yang belum jelas statusnya (Ismail Yusof, 2001). Ianya menimbulkan
perselisihan antara negara yang terbabit. Dalam masa yang sama tuntutan bertindih juga
dikenali sebagai kes mengenai kedaulatan. Lazimnya, negara yang terbabit akan melakukan
rundingan damai mahupun persetujuan secara meja bulat terlebih dahulu untu meleraikan
persengketaan. Namun, apabila kata sepakat tidak dicapai maka perkara ini akan dibawa ke
peringkat yang lebih tinggi di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)4.
Terdapat pelbagai isu tuntutan bertindih yang menjadi bualan ahli-ahli sarjana di
seluruh pelosok dunia seperti isu tuntutan Pulau Batu Putih, Pulau Layang-layang, Pulau
Sipadan dan Pulau Ligitan. Di dalam penulisah ilmiah ini selanjutnya akan dibincangkan
mengenai isu tuntutan Malaysia dan Indonesia terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan.
2 Tuntutan bertindih juga dikenali sebagai hak kedaulatan dan hak pemilikan.
3 Merujuk kepada undang-undang yang merujuk kepada peraturan yang diguna pakai oleh
negara-negara di peringkat antarabangsa.
4 Sinonim dengan jolokan Mahkamah Dunia serta dikenali sebagai International Court of
Justice (ICJ) di dalam Bahasa Inggeris.
6

Rentetan Perebutan Hak Kedaulatan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan


Isu tuntutan bertindih terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan adalah melibatkan
persengketaan di antara Malaysia dan Indonesia ke atas pemilikan terhadap kedua-dua
pulau ini (Andaya & Andaya, 2001). Kedua-dua pulau ini terletak di Laut Sulawesi, di luar
pantai utara-timur pulau Borneo, dan terletak kira-kira 15.5 batu nautika. Keluasan Pulau
Sipadan hanyalah 0.13 km, manakala keluasan Pulau Ligitan lebih kecil berbanding Pulau
Sipadan.
Status Pulau Sipadan dan Pulai Ligitan mula menjadi isu pada tahun 1969 apabila
Indonesia, semasa perundingan dengan Malaysia mengenai pembatasan sempadan pentas
benua di antara kedua negara, mempertikaikan kedaulatan Malaysia terhadap kedua-dua
pulau berkenaan. Hal ini ekoran daripada tindakan kedua-dua negara yang meletakkan
pulau-pulau tersebut di dalam pembatasan sempadan pentas benua.
Ekoran daripada peristiwa itu, kedua-dua negara bersepakat agar Sipadan dan
Ligitan dinyatakan dalam keadaan status status quo. Kendatipun begitu, terdapat perbezaan
mengenai tafsiran takrif status quo tersebut kerana Malaysia memahami status quo yang
dimaksudkan adalah kedua-dua pulau tersebut kekal sebagai wilayah di dalam Malayisa
sehinggalah persengketaan selesai, sedangkan pihak Indonesia mengandaikan bahawa di
dalam status ini kedua-dua pulau tersebut tidak boleh didiami mahupun diduduki
sehinggalah persengeketaan terhadap pemilikan antara pulau ini mencapai kata sepakat.
Persengeketaan Malaysia dan Indonesia mengenai isu ini berlangsung selama lebih kurang
35 tahun.
Di antara tahun 1992 dan 1994, tiga pusingan perbincangan tidak rasmi telah
diadakan di antara pegawai-pegawai Malaysia dan Indonesia untuk menyelesaikan isu
tersebut namun perbincangan itu tidak mencapai sebarang kata sepakat.
Pada bulan September 1994, Perdana Menteri Mahathir Bin Mohamad 5 dan
Presiden Soeharto6, setelah mengambil kira bahawa perbincangan di peringkat pegawai
tidak mencapai sebarang kemajuan, maka kedua-dua tokoh ini bersetuju supaya
perbincangan tersebut diteruskan oleh wakil-wakil peribadi masing-masing. Untuk
melaksanakan tugas itu, Perdana Menteri Mahathir melantik Anwar Ibrahim, Timbalan
5 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat yang
diberi gelaran Bapa Pemodenan Malaysia.
6 Presiden Soeharto merupakan Presiden Indonesia yang kedua bagi menggantikan
Presiden Soekarno.
7

Perdana Menteri pada ketika itu, sementara Presiden Soeharto melantik Moerdiono, Menteri
atau Setiausaha Negara Indonesia ketika itu.
Anwar dan Moerdiono bertemu sebanyak empat kali iaitu pada Julai 1995 (di
Jakarta), September 1995 (di Kuala Lumpur), September 1995 (di Jakarta) dan akhir sekali
pada Jun 1996 (di Kuala Lumpur).
Di akhir pertemuan kali keempat, Timbalan Perdana Menteri Anwar dan Menteri
Moerdiono, berpandukan syor yang telah dibuat kepada mereka oleh pegawai-pegawai yang
terlibat dalam siri perbincangan tidak rasmi sebelum itu, bersetuju untuk mengesyorkan
kepada Perdana Menteri Mahathir dan Presiden Soeharto, agar kedua-dua pemimpin
mempertimbangkan dan meluluskan cadangan agar Malaysia dan Indonesia memohon
kepada ICJ untuk memutuskan soal negara mana yang wajar dan sebenarnya mempunyai
kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan. Kedua-dua wakil juga bersetuju untuk
mengesyorkan kepada kedua-dua pemimpin bahawa sebarang keputusan ICJ dalam hal ini
hendaklah diterima oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia sebagai muktamad dan
mengikat kedua-dua pihak.

Penglibatan Mahkamah Keadilan Antarabangsa di dalam Penyelesaian Persengketaan


Pada Oktober 1996, ketika pertemuan kedua-dua pemimpin negara Malaysia dan
Indonesia, Tun Dr. Mahathir dan Presiden Soeharto di Kuala Lumpur bersetuju agar isu
kedaulatan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dirujuk ke ICJ.
Oleh sebab kedua-dua Malaysia dan Indonesia bukan penandatangan undangundang ICJ, satu Perjanjian Khas antara mereka diperlukan apabila keduanya berkeinginan
membenarkan ICJ menyelesaikan pertikaian mereka. Berikutan itu, dua pusingan mesyuarat
rasmi telah diadakan bagi merundingkan teks Perjanjian Khas bertujuan menyerahkan kes
ini kepada ICJ untuk menyelesaikan pertikaian di antara Malaysia dan Indonesia mengenai
kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan.
Pusingan pertama telah diadakan di Kuala Lumpur (Januari 1997) dan pusingan
kedua di Bandung (April 1997). Semasa pusingan kedua, kedua-dua belah pihak mencapai
konsensus ke atas teks Perjanjian. Di dalam kata-kata penutup beliau di mesyuarat tersebut,
Ketua Delegasi Malaysia memberi pengiktirafan kepada Presiden Soeharto yang telah
memainkan peranan yang besar dalam memudahkan mencari jalan penyelesaian secara
aman.

Presiden Soeharto telah

membuat

kenyataan tentang betapa

pentingnya

menyelesaikan isu Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan supaya tidak membebankan generasi
8

akan datang dengan satu isu yang tidak selesai yang boleh menjadi bertambah buruk pada
masa hadapan jika tidak diselesaikan dengan aman pada masa sekarang.
Pada 31 Mei 1997, Perjanjian Khas7 telah ditandatangani oleh Menteri Luar Negeri
Malaysia (Abdullah Ahmad Badawi) dan Indonesia (Ali Alatas). Susulan itu, seperti yang
telah diperuntukkan di dalam Perjanjian Khas, Malaysia dan Indonesia secara serentak
menyerahkan kepada ICJ tiga pusingan memorandum bertulis berkenaan kes masingmasing; Memorial (2 November 1999), Memorial Balas (2 Ogos 2000), dan Memorial
Jawapan (2 Mac 2001). Perbicaraan Lisan bagi Kes Mengenai Kedaulatan ke atas Pulau
Ligitan dan Pulau Sipadan diantara Malaysia dan Indonesia telah dijalankan oleh ICJ di The
Hague8 dari 3 hingga 12 Jun 2002.

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa


Pada 17 Disember 2002, keputusan mahkamah berpihak kepada Malaysia dengan
majoriti 16 berlawan 1. Mahkamah memutuskan bahawa kedaulatan ke atas Pulau Sipadan
dan Pulau Ligitan adalah kepunyaan Malaysia. Berdasarkan kepada keputusan mahkamah
ini jelas menyatakan bahawa Pulau Sipadan dan Ligitan adalah hak milik mutlak Malaysia
(Noor Azam Shairi, 2002).
Keputusan mahkamah adalah berasaskan kepada kelakuan Malaysia yang bertindak
sebagai tuan empunya Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dalam melaksanakan tugas-tugas
sebagai pentadbir ke atas pulau-pulau tersebut. Ini berikutan daripada langkah-langkah
yang diambil oleh Malaysia, termasuklah membuat peraturan pentadbiran (effectivities) dan
kawalan terhadap pengutipan telur penyu di Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dan juga
penubuhan kawasan rizab burung di Sipadan serta rumah-rumah api yang telah didirikan di
atas pulau-pulau tersebut oleh Kerajaan British Borneo Utara dan telah diselenggara oleh
pihak berkuasa Malaysia.
Mahkamah membuat kesimpulan bahawa langkah-langkah dan aktiviti yang
dijalankan oleh Malaysia mempamerkan satu corak kelakuan yang menzahirkan niat hendak
melaksanakan fungsi-fungsi sebagai kerajaan yang memerintah ke atas kedua-dua pulau
7 Perjanjian yang memperuntukkan penyerahan kuasa kepada Mahkamah Keadilan
Antarabangsa untuk menyelesaikan pertikaian di antara Malaysia dan Indonesia ke atas
Pulau Batu Putih dan Pulau Ligitan.
8 Terletak di Belanda, tempat terletaknya Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
9

tersebut. Walhal, pentadbiran yang dikemukakan oleh Indonesia tidak mencukupi syarat
untuk membuktikan niat atau azam yang serupa terhadap pulau-pulau berkenaan.
Oleh yang demikian, nyatalah bahawa Malaysia telah memenangi kes ini atas asas
effectivites nya bersabit dengan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan, dan bukan atas asas ia
mewarisi hak milik turun temurun menerusi satu siri perjanjian dengan negara-negara lain
yang berkepentingan di kawasan itu.

Penutup
Tuntasnya, dapat dilihat Malaysia mengamalkan cara rundingan dan penyelesaian di
meja bulat dalam menyelesaikan persengketaan berbanding menggunakan kekerasan.
Buktinya persengketaan antara Malaysia dan Indonesia diselesaikan dengan cara yang
aman iaitu dengan menggunakan pertolongan daripada organisasi antarabnagsa dan
institusi unilateral. Dalam konteks ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa merupakan jalan
penyelesaian yang digunakan setelah cara rundingan antara Malaysia dan Indonesia tidak
menemui jalan penyelesaian.

10

REFLEKSI
Mohd Hafiz Bin Yatin
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dan kawan saya telah
diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tugasan ini
mempunyai dua soalan yang berbeza. Soalan yang pertama adalah mengenai ulasan kritis
bagi artikel yang dipilih. Manakala soalan yang kedua adalah berkisarkan tentang penulisan
ilmiah mengenai isu yang tertentu berdasarkan lima isu yang disediakan iaitu berkaitan
pelarian Rohingya, Pendatang tanpa izin (PATI), isu sempadan, keselamatan selat Melaka
dan tuntutan bertindih. Bagi soalan kedua saya memilih isu berkaitan tuntutan bertindih.
Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya
hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan
muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain
yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi
tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau
bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut
cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini
kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing
bagi kami. Bahkan topik mengenai tugasan ini sudahpun dibincangkan serba sedikit oleh
rakan sekelas sewaktu sesi pembentangan.
Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada
rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan
hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga
telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu lagi. Kolaborasikolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea,
pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi
seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.
11

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa
perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran
pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan yang pertama dalam subjek ini,
saya telah memilih artikel yang bertajuk Konstruktivisme Sosial dan Hubungan
Antarabangsa Malaysia, apa yang saya boleh dapati adalah diantara kesemua teori-teori
hubungan antarabangsa saya lihat teori konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan
yang terbaik. Hal ini disebabkan oleh pendekatan konstruktivisme merangkumi segenap
dimensi dimana ia menekankan aspek di dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.
Tambahan juga, aspek hak asasi manusia dan keselamatan fizikal menjadi aspek utama di
dalam hubungan antarabangsa yang dijalain melalui wahana organisasi antarabangsa.
Dengan adanya organisasi antarabangsa dan institusi multilateral ini dapat dilihat ianya
memainkan peranan yang sangat penting di dalam memperjuangkan sesuatu isu tersebut.
Dari sudut pandang yang lain, saya juga dapat mengasah pemikiran saya untuk
membincangkan sesuatu isu secara kritis melalui kemahiran berfikir aras tinggi. Ini sekaligus
membantu saya untuk lebih cakna mengenai isu-isu semasa dan mempunyai pendirian
yang tersendiri. Ulasan kritis bukanlah sesuatu yang menanamkan sifat suka mengkritik dan
tidak bersyukur di dalam diri seseorang. Saya lihat ia dari sudut pandang yang positif
dimana ia dapat membantu seseorang individu itu untuk berfikiran selangkah ke hadapan
dan sekaligus untuk lepih peka terhadap isu-isu semasa yang menjadi bualan
antarabangsa.
Bagi tugasan yang kedua mengenai penulisan ilmiah berkaitan bagaimana Malaysia
menangani isu-isu semasa, saya memilih isu tuntutan bertindih bekaitan perebutan hak
kedaulatan Malaysia dan Indonesia terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Dalam
tugasan ini, saya memperoleh satu ilmu baru iaitu mengenai bidang tugas Mahkamah
Keadilan Kebangsaan. Jika sebelum ini saya hanya tahu ianya adalah salah satu badan
organisasi di dalam Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, namun melalui tugasan ini saya
mengetahui skop tugas dan peranannya secara terperinci apabila saya menelaah dan
membaca kes perbicaraan tuntutan terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan ini. Di
samping itu, saya juga dapat mengasah kemahiran penulisan saya di peringkat professional
kerana dengan penulisan esei ilmiah ini perbendaharaan kata yang saya gunakan adalah
jauh berbeza daripada penulisan esei yang saya lakukan sebelum ini. Dalam masa yang
sama tugasan ini memberi persediaan yang lebih awal kepada saya untuk membuat
tugasan kajian tindakan ketika di tahun akhir kelak.
Dalam memegang gelaran seorang bakal guru, banyak lagi perkara yang belum saya
terokai sepenuhnya. Tugasan ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada saya untuk
12

menerokai dan menjelajahi ilmu baru dalam mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu
tambahan demi mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Hal ini kerana sejajar
dengan PPPM 2013-2025 dan pendidikan abad ke-21, seorang guru itu perlulah
mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang luas untuk dikongsi bersama
anak murid kelak.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan
tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan
tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada
pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan
seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal
lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi
memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati
standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat
menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang
sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit
pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya
dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang
demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan
masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Namun satu perkara yang menjadi kepentingan dalam tugasan ini adalah pengetahuan dan
kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti
menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

13

RUJUKAN

Abdul Rahman Ismail. (2005). Sejarah kenegaraan dan politik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Andaya, B. & Andaya, L. (2001). A history of Malaysia (2nd ed.). Honulu: University of Hawaii
Press.
Ismail Yusof. (2001). Pengenalan sains sosial. Sintok, Kedah: UUM.
Mardiana Nordin & Hasnah Hussin. (2014). Pengajian Malaysia (Ed. Ke-5). Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noor Azam Shairi. (2002, Disember 07). Pulau Sipadan, Ligitan hak Malaysia yang sah.
Utusan. Diperoleh daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2002&dt=0607&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_06.htm&arc=
hive
Noor Azam Shairi. (2002, Disember 18). Sipadan, Ligitan milik kita keputusan majority 161 panel hakim ICJ akhiri pertikaian 33 tahun. Utusan. Diperoleh daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2002&dt=1218&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_01.htm&arc=
hive
Nor Azizan Idris, Zarina Othman & Rashila Ramli. (2011). Konstruktivisme sosial dan
hubungan antarabangsa Malaysia. Jurnal Akademika, 81(1), 39-50.
Zarina Othman. (2006). Penubuhan Malaysia. Bangi: Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan
Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebagansaan Malaysia.

14

LAMPIRAN

Lokasi Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan

15

Anda mungkin juga menyukai