Anda di halaman 1dari 6

Tajuk Artikel

: Konstruktivisme Sosial dan Hubungan Antarabangsa Malaysia

Penulis

: Nor Azizan Idris, Zarina @ Zairina Othman & Rashila Hj Ramli

Bilangan muka surat : 12 muka surat


Sumber

: Jurnal Akademika 81 (1) 2011: 39-50

Artikel yang bertajuk Konstruktivisme Sosial dan Hubungan Antarabangsa Malaysia


yang ditulis oleh Nor Azizan Idris, Zarina @ Zairina Othman dan Rashila Hj Ramli adalah
sebuah jurnal yang membincangkan kemunculan teori konstruktivisme sebagai teori yang
baru di dalam teori hubungan antarabangsa. Di samping itu, makalah ini juga berkisarkan
tentang hubungan antarabangsa Malaysia yang dikaitkan dengan teori konstruktivsme
sosial. Teori konstruktivisme sosial adalah berkaitan dengan hubungan Malaysia bersama
institusi multilateral atau organisasi antarabangsa. Di dalam konteks penulisan ini terdapat
tiga institusi multilateral atau organisasi antarabnagsa yang dibincangkan secara mendalam
iaitu Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), Komanwel dan Organization of
Islamic Conference (OIC). Makalah ini cuba menelusuri dan memahami peranan Malaysia
dalam pelbagai institusi global dan serantau melalui konstruktivisme sebagai pendekatan
alternative dalam hubungan antarabangsa bagi menganalisis peranan Malaysia dalam
institusi global. Tambahan juga, penulisan ini cuba membuktikan kepada dunia bahawa
Malaysia walaupun sebuah negara yang kecil tetapi berperanan besar dalam organisasi
global dan serantau. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Malaysia yang telah berjaya
mengharungi pahit maung hidup berjiran di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global.

RINGKASAN ARTIKEL
Selama ini perdebatan mengenai teori atau pendekatan antarabangsa adalah
didominasi oleh pendekatan realisme dan liberalisme. Namun, setelah berakhirnya Perang
Dingin maka muncul satu pendekatan baru di dalam hubungan antarabnagsa iaitu
konstrukstivisme sosial. Secara umumnya konsep teras konstruktivisme adalah mengenai
globalisasi, hak asasi manusia antarabangsa, polisi keselamatan dan lain-lain lagi.
Konstruktivis melihat dunia di sekeliling kita sebagai dikonstrukkan atau dikendalikan secara
sosialnya atau socially constructed. Perspektif konstruktivisme memberi nilai kepada faktorfaktor ideational seperti idea, budaya, ilmu pengetahuan, identity, keutamaan, interaksi,
norma dan institusi sebagai asa untuk memahami tindak tanduk negara.
Teori konstruktivisme dalam hubungan antarabangsa Malaysia dapat dilihat melalui
hubungan Malaysia dengan tiga organisasi antarabangsa yang utama iaitu ASEAN,
Komanwel dan OIC. Di dalam ASEAN terdapat lima norma yang menjadi panduan kepada
ahlinya. Antaranya ialah meyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan, autonomi
serantau, tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, tidak akan menubuhkan
pakatan ketenteraan dan ASEAN WAY. ASEAN WAY merupakan satu prosedur dalam
membuat keputusan dalam mencapai persetujuan dalam kalangan negara ahli melalui
musyawarah, konsultansi atau muafakat. Malaysia sebagai sebuah negara pengasas telah
berjaya membentuk ASEAN menjadi sebuah pertubuhan serantau yang bersesuaian
dengan dasar luar yang menekankan konstruktivisme sosial.
Di dalam Komanwel, Malaysia dilihat sebagai pejuang hak asasi manusia di mana
Malaysia dengan begitu lancang mengkritik dasar Aparteid di Afrika Selatan yang
mendiskriminasikan orang kulit hitam. Hal ini dianggap bertentangan dengan prinsip Hak
Asasi Manusia. Jelas dilihat Komenwal dijadikan sebagai landasan bagi Malaysia
menyuarakan pendapatnya di peringkat antarabangsa.
OIC pula dilihat sebagai satu wahana bagi Malaysia di dalam memperjuangkan syiar
Islam. Dalam teori konstruktivisme ini dilihat bahawa Islam merupakan faktor penting yang
membentuk dasar luar Malaysia walaupun sebelum ini dasar luar Malaysia dianggap
sebagai cenderung kepada pro-Barat.
Sebagaimana yang telah dibincangkan, pendekatan Konstruktivisme berpendapat
identity dan kepentingan negara dikonstruk secara sosial. Bagi mempromosi negara ini di
persada antarabangsa, kerajaan Malaysia telah menggunakan pelbagai institusi multilateral
dan ini dilihat sebagai satu pendekatan di dalam teori konstruktivisme sosial.

ULASAN KRITIS
Hasil pembacaan yang mendalam di dalam makalah ini, saya amat meminatai
dengan apa yang diperbahaskan oleh penulis mengenai teori Konstruktivisme dan
hubungan anatarabangsa Malaysia. Isu ini merupakan isu semasa yang sedang berlaku
dalam konteks hubungan luar Malaysia. Dari hari ke hari Malaysia terus menjalin hubungan
dengan dunia luar. Oleh hal yang demikian, wajar untuk kita fahami mengenai tindak tanduk
Malaysia dalam menjalin hubungan antarabangsa berdasarkan pendekatan konstruktivisme
sosial.
Konsrtuktivisme dilihat sebagai satu teori hubungan antarabangsa yang baru kerana
teori realisme dan liberalisme merupakan teori yang terawal muncul di dalam skop
hubungan antarabangsa. Jika dibandingkan di antara ketiga-tiga teori ini, saya bersetuju
dengan penulis apabila penulis ada menyatakan bahawa pendekatan konstruktivisme sosial
merupakan satu pendekatan terpenting di dalam menjalin hubungan antarabangsa. Hal ini
kerana pendekatan konstruktivisme lebih menjurus kepada memperjuangkan hak-hak
kemanusiaan yang seharusnya tidak wujud unsur diskriminasi.
Hasil dari pembacaan, saya dapati bahawa tujuan penulisan artikel ini adalah untuk
menelusuri dan menganalisis konstruktivisme dalam memahami peranan Malaysia sebagai
sebuah negara dalam konteks rantau dan global. Artikel ini lebih bersifat selektif iaitu hanya
merujuk kepada beberapa institusi global dan serantau dengan memberi tumpuan kepada
beberapa isu dalam dasar luar Malaysia. Tiga institusi tersebut adalah ASEAN, Komanwel
dan OIC.
Apabila kita berbicara soal teori konstruktivisme sosial, kita perlu tahu apakah yang
dimaksudkan dengan teori ini dengan sebenar-benarnya. Menurut penulis pendekatan
konstruktivisme adalah berasaskan andaian bahawa identity dan kepentingan negara adalah
dibentuk secara sosial. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan penulis kerana untuk
memahami tingkah laku negara bermakna kita cuba untuk memahami konteks sosial
antarabnagsa di mana negara itu berkembang dan berinteraksi. Setiap negara mahukan
sesuatu dan mempunyai matlamat dalam jangka masa yang ditentukan. Keinginan asas
negara seperti keinginan untuk keselamatan fizikal, kestabilan, pengiktirafan oleh negara
lain dan pembangunan atau peningkatan taraf hidup rakyat. Keinginan inilah yang akan
menentukan tindak tanduk sesuatu negara, ianya hanya boleh dicapai dengan menjalin
hubungan bersama organisasi antarabangsa. Negara menentukan kepentingannya
berasaskan situasi sosial di mana mereka merupakan peserta dalam proses hubungan
antarabangsa tersebut.

Hubungan Malaysia di dalam ASEAN merupakan salah satu pendekatan yang dibuat
oleh Malaysia seperti yang termaktub di dalam teori konstruktivisme sosial. Penulis ada
menyatakan bahawa Malaysia menjadikan ASEAN sebagai satu wadah untuk memulihkan
hubungan antara Malaysia dengan Indonesia selepas berlakunya Konfrontasi, di samping
merapatkan hubungan dalam kalangan negara bukan komunis di rantau ini. Perkara ini
mendapat sokongan daripada saya sepenuhnya. Perkara ini dapat saya buktikan sewaktu
berlakunya konflik di antara Malaysia dan Filipina di dalam peristiwa Corrigidor. Atas
semangat ASEAN dan prinsip yang terdapat di dalam ASEAN telah membuatkan kedua-dua
negara ini mengadakan satu usaha damai dengan mengguna pakai prosedur ASEAN WAY.
Hal ini jelas membuktikan bahawa pendekatan konstruktivisme yang diguna pakai oleh
Malaysia adalah bertujuan untuk mengekalkan keselamatan dan keharmonian sejagat
dengan cara menjalin hubungan sosial di kalangan penduduk negara ahli.
Di dalam Komanwel, Malaysia di lihat begitu lancing di dalam melontarkan kritikankritikan berasas tanpa berasa gentar. Perkara ini merupakan salah satu pendekatan di
dalam teori konstruktivisme. Identiti, pegangan dan keinginan sesebuah negara itu
mencerminkan tindak tanduk negara itu. Buktinya, Malaysia menentang sekeras-kerasnya di
dalam dasar Aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan, sehinggakan Malaysia
mencadangkan agar tidak menjalin hubungan ekonomi kepada negara tersebut. Dasar
Aparteid berkisarkan tentang penindasan di kalangan orang kulit hitam yang dilakukan oleh
orang kulit putih. Isu hak-hak kemanusiaan diperjuangkan oleh Malaysia atas dasar
perikemanusiaan. Penulis menyokong dengan tindakan Malaysia terhadap isu tersebut dan
begitu juga saya.
Akhir sekali, penulis ada menyentuh mengenai hubungan Malaysia dengan OIC.
Penulis menyatakan bahawa Islam merupakan landasan utama dan faktor terpenting dalam
membentuk dasar luar Malaysia. Tambahan penulis lagi Malaysia sangat memperjuangkan
isu-isu yang berkaitan Islam dan menegakkan segala syiar Islam di dalam hubungan
antarabangsa. Dari sudut pandang buah fikiran saya, saya kurang bersetuju dengan apa
yang dikatakan oleh penulis. Jika dilihat sehingga detik ini Malaysia masih tidak
mengamalkan syiar Islam yang sebenar-benarnya. Buktinya undang-undang hudud masih
belum diterima umum oleh Masyarakat Malaysia. Ini jelas menampakkan syiar Islam belum
ditegakkan dengan seteguhnya oleh Malaysia. Benar penulis ada mengemukakan bukti
seperti penentangan terhadap perbuatan Yahudi dan rejim Israel terhadap masyarakat Islam
di Palestin. Namun, di dalam situasi ini tidak ada yang dapat dipertontonkan kerana
Malaysia sendiri masih menjalin hubungan dengan syarikat multinasional Israel seperti
Starbucks dan McDonalds.

PENUTUP
Tuntasnya, konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang terbaik di dalam
hubungan antarabangsa. Ini kerana ianya merangkumi pelbagai aspek di dalam kehidupan
individu, masyarakat dan negara. Ianya jelas dilihat di mana pendekatan konstruktivisme
memperjuangkan hak asasi manusia, keselamatan fizikal dan pelbagai lagi isu-isu yang lain.
Melalui pendekatan konstruktivisme, organisasi antarabangsa dan institusi multilateral dilihat
sebagai wahan yang terbaik bagi sesuatu negara dalam mengkonstrukkan secara sosial
indentiti dasar luar sesebuah negara tersebut. Dengan adanya organisasi antarabangsa dan
institusi multilateral ini dapat dilihat ianya memainkan peranan yang sangat penting di dalam
memperjuangkan sesuatu isu seperti yang dilakukan oleh Malaysia di dalam organisasi
ASEAN, Komanwel dan OIC.

Socially bermakna konstruktivis memberi penekanan yang lebih kepada sosial berbanding
dengan material ataupun kebendaan. Dalam erti kata yang lain, konstruktivis lebih
menumpukan kepada hak-hak kebajikan sosial berbandingkan kebendaan semata-mata
dalam menjalin hubungan luar. Constructed pula bermakna sarjana konstruktivis memahami
dunia ini wujud dikonstrukkan melalui satu proses interaksi antara agen (individu, negara,
aktor bukan negara) dengan struktur (organisasi antarabnagsa, konvensyen, undangundang antarabangsa, perjanjian antarabangsa dan sistem antarabangsa_ dalam
persekitaran yang lebih luas. Secara ringkasnya, terdapat satu proses saling mempengaruhi
antara agen dengan struktur.

Anda mungkin juga menyukai