Anda di halaman 1dari 3

KEUNIKAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA

Keunikan tertera pada pakaian dan perabut masyarakat Baba dan


Nyonya
Asal Usul Peranakan Cina
Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka
merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan
Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka
telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini
kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke
Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan.
Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta
tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang
dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak
lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya.

Mewarisi Tradisi
Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya
masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi
masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan
masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.

Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah
diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini
telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip
yang sama dengan masyarakat Melayu.

Bahasa yang digunakan
Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan
mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah
keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga
boleh bertutur bahasa Hokkien.

Pakaian
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh
nenek moyang mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan
mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina.
Makanan
Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang
begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan
masyarakat Melayu.
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang
merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka.
Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi
kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan
sambal belacan menjadi kegermaran seharian.

Pantang Larang
Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan
bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi
sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak
mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi
berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau
membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.
Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu
tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya
bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh
pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut
dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya
pisau untuk menakutkan hantu.
Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan
tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam
campak atau Chicken Pox, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa
dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan
air untuk mandi.
Muzik
Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah
melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang
Sayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan
ketika diperlukan. Bagi generasi kini, Muzik yang berunsurkan tradisional
seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat
Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan.

Kesimpulan
Masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup
kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang
unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat
Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina
dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan
yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya
Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/home/395-artikel/8718-keunikan-
masyarakat-baba-dan-nyonya.html

Anda mungkin juga menyukai