Anda di halaman 1dari 3

SJKT SAINT MARY’S

KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN,PARIT BUNTAR

KERTAS KERJA
PROGRAM PANITIA SEJARAH

PROGRAM “ JOM HAYATI SEJARAH KITA ”

PADA
13 SEHINGGA 17 NOVEMBER 2017

DI
SJKT SAINT MARY’S

“SEMANGAT PATRIOTISME PEMANGKIN GENERASI BERINTELEK”


1.0 Pengenalan

Pengetahuan sejarah amatlah penting untuk diserapkan dalam jiwa murid-murid


bermula daripada peringkat sekolah rendah. Bak kata pepatah “ melentur buluh
biarlah daripada rebungnya” . Melalui penerapan pengetahuan sejarah ini, murid-
murid akan dapat dan mengetahui sejarah negara kita seterusnya dapat memupuk
semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan murid-murid terutamanya pada
peringkat sekolah rendah. Maka, program “Jom Hayati Sejarah Kita” diadakan bagi
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid SJKT Saint Mary’s.

2.0 Objektif

Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini ialah:

 Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid.


 Merangsang murid dalam membaca dan mengetahui sejarah negara.
 Memberikan kesedaran kepada murid tentang betapa pentingnya mata
pelajaran sejarah.
 Mempertingkatkan pengetahuan am murid melalui pembacaan informasi yang
tepat dan maklumat yang sahih.
 Membentuk disiplin dan sahsiah dalam kalangan murid.

3.0 Aktiviti Program


 Aktiviti melukis bendera Malaysia dan Bendera Negeri – negeri di Malaysia.
 Kuiz Sejarah .
 Drama peristiwa sejarah .
 Aktiviti melukis mural
 Persediaan sudut sejarah dalam setiap kelas tahp 2

4.0 Tarikh Pelaksanaan :


 13– 17 November 2017

5.0 Sasaran
 Murid –murid Tahap 2 SJKT Saint Mary’s.
6.0 Cadangan Peruntukan Kewangan

BIL BUTIRAN JUMLAH (RM)

1 Peralatan PdPc Sejarah 100.00

2 Carta sejarah malaysia 75.00

3 Sudut PdPc Sejarah 265.00

JUMLAH 440.00

PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya program ini dapat menambahkan pengalaman murid-
murid yang dapat menggalakkan murid menghayati sejarah lampau. Ini juga dapat melahirkan sahsiah
murid yang berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan pelajar
yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

________________ _________________

( VIKNESWARY BALA KRISHNAN) ( PADMANATHAN NAGAPPAN )


Ketua Panitia Sejarah Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai