Anda di halaman 1dari 24

8.

0 LAMPIRAN
Transkrip temu ramah pegawai PPD Kota Bharu – Ketua Unit Akademik.
Hazizi: kita start dulu la. Atiqah terangkan semula [arahan].
Atiqah: Kita lebih kepada dasar yang digubal tu…. Bagaimanakah guru yang dikehendaki oleh
dasar tersebut. Sememangnya dari segi pelantikan ia telah memenuhi kriteria yang
dikehendaki.
Pegawai PPD: kita di PPD kita menerima, kita tidak menentukan dasar. Kita tidak boleh
bercakap hal dasar. Kita tidak mempunyai authority untuk bercakap tentang dasar. Bukan di
sini untuk menentukan dasar. Kita cuma menerima.
Hazizi: Ya menerima…
PEGAWAI PPD: Bila di sini menerima, kita tidak boleh membuat pernyataan. Ia di peringkat
kementerian benda tu. Bila di peringkat kementerian, kita tidak boleh bercakap sesuka hati. Itu
salah kita. Siapa kita untuk bercakap perkara dasar? Bila benda dasar, authority kita… di PPD
ni kita cuma untuk “peringkat bagaimana pelaksanaan PLC dipantau?” Itu kita boleh pergi
dengan lebih…apa tu… pegawai major kita Madam Nik Norliza, kenal kan?
Azizah: Kenal
PEGAWAI PPD: Saya sudah hantar madam nik norliza untuk ke mesyuarat PLC, she is the
person yang boleh awak ambil maklumat dari situ. Tapi secara umum tu memang kita pergi,
semua SISC akan memantau PLC. Itu dari segi pemantauan. Adakah maklum balas dipantau?
Serupa juga di situ. Dan juga maklum balas. Bila SISC pergi tu. Itu dalam kerja buat dia. Salah
satu item kerja buat dia. Ia tidak di akademik lah, tidak semua pegawai tengok benda ni lah.
Walaupun pegawai boleh tengok. Saya boleh tengok, saya boleh tengok, saya boleh buat ni
tapi kerja buat sebenar ada di SISC.
Atiqah: Begini Encik, assignment kami ni, ia lebih kepada kefahaman sebab kami kena
interview pegawai SISC+, lepas tu dia nak interview salah seorang pegawai PPD atau JPN,
pegawai yang bukan SISC.
PEGAWAI PPD: Ya la, betul bukan pegawai SISC mereka tu pegawai tapi bukan subject
matter dia, experience dia untuk buat benda tu.
Hazizi: Sebenarnya begini, sekarang ini benda ini cuma untuk pembelajaran sahaja
PEGAWAI PPD: Ya, ia cuma untuk pembelajaran sahaja, tapi jangan ingat benda tu…
Hazizi: isu dasar kita tak boleh pandai-pandai sendiri.
PEGAWAI PPD: Bila isu dasar kita tak boleh pandai-pandai sendiri.
Azizah: kami nak tahu sama ada pegawai itu faham tak dengan dasar itu.
Atiqah: Ya itu je sebenarnya.
PEGAWAI PPD: dasar, saya sendiri pun saya… saya lah yang akan pergi gitu gini…
Azizah: Nak interview kefahaman dasar tu…
PEGAWAI PPD: Ia perlu dibuat, yang dasar tu dasar, tapi dia diamalkan [tekankan
perkataan]. PLC ni bukan dasar, ia bukan dasar kerja PLC, tapi ini dalam dasar keseluruhannya,
salah satu kerja buatnya adalah PLC.

22
Azizah: Sebenarnya SISC+ ni tugasnya apa?
PEGAWAI PPD: SISC ni coaching and mentoring.
Azizah: coaching and mentoring…ok… kalau SISC+ ni sekolah yang perlu mereka pergi
berapa banyak?
PEGAWAI PPD: Dia maksimum 30 buah sekolah seorang.
Azizah: 30 buah sekolah seorang?
PEGAWAI PPD: seorang… 30 buah sekolah atas seorang. Tetapi itu pun melibatkan agihan,
ada sekolah2 band berapa band berapa, band berapa.
Azizah: Ooo… ikut band…
PEGAWAI PPD: Sekarang ni, SISC tidak dipanggil SISC dah, dia dipanggil pegawai
pedagogi. Ini pun dah salah apabila soalan questionnaire ni. Betul la, bila menggunakan bahasa
kampung SISC tapi sekarang dia dah ubah kepada pegawai pedagogi dah. Bila pegawai
pedagogi, ia tidak saja kepada subjek dia saja. Kalau dia matematik, dia tidak faham matematik
je, tapi dia keseluruhan. Dia boleh overall semua subjek lain pun untuk itu.
Hazizi: Bila ia diubah kepada pegawai pedagogi?
PEGAWAI PPD: Tahun ni, 2017
Hazizi: 2017 la. Yang saya tahu, yang 2011 dia guna rintis, 2013 assist class.
PEGAWAI PPD: ya betul, itu la yang coaching and mentoring, subjek mentoring ialah Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan matematik. Walaupun dia masuk dulu atas BM, BI, matematik,
tapi sekarang ni tiada dah, dia dipanggil pegawai pedagogi. So dia boleh pergi semua subjek,
sebab tu ada PLC tu.
Hazizi: Tidak spesifik kepada matematik dah?
PEGAWAI PPD: Oh tak
Hazizi: Dari segi pegawai, adakah dia dilantik, dipanggil atau dia mohon?
PEGAWAI PPD: Dia ada pemohonan di jawatan hakiki
Hazizi: Cikgu mohon dulu?
PEGAWAI PPD: Ya cikgu mohon dulu, ada temu duga, ada macam-macam
Azizah: oh dia ada temu duga untuk SISC+?
PEGAWAI PPD: Ya, ada temu duga, SIP pun
Azizah: saya ingatkan lantikan je
PEGAWAI PPD: eh, tak ini dasar
Hazizi: ia tidak pada guru cemerlang, takde khusus?
PEGAWAI PPD: Dia dulu guru cemerlang yang diletakkan di PPD supaya dia boleh pergi
tanpa terikat dengan masa di sekolah, guru besar nak bagi atau tak nak bagi keluar. Sekarang
di PPD, anytime.

23
Azizah: kalau 30 buah sekolah dia jaga tu, berapa kali dia kena pergi ke sekolah itu setiap
tahun
PEGAWAI PPD: oh dia ada schedule dia
Azizah: Dia tiada specific? Contohnya sekolah ni untuk setahun dia kena pergi berapa kali?
PEGAWAI PPD: Dia ada minima dia, dia tengok ke atas band sekolah tersebut. Dulu dia
bahagi 30 buah sekolah. Tapi sekarang dia bahagi dalam group dia bahagi, bergerak dalam
kumpulan. 4 orang dalam 1 kumpulan. Kaedah itu pun PLC juga tu. Jadual pergerakan dia.
Azizah: macam Madam Nik, dia datang ke sekolah saya. Dia datang seorang diri… dua tiga
hari… minggu lepas. Dia mengajar, tunjuk cara-cara mengajar.
PEGAWAI PPD: oh itu atas dia la, dia nak guna kaedah mana… cara dia.
Hazizi: Kuota 30 tu dia memang state dah? Kata ada 70 buah sekolah, ada pegawai sekian-
sekian untuk mencukupi kuota tu.
PEGAWAI PPD: memang betul, kalau PPD lain pun, kalau beza sekolah dia tak sampai 30,
mesti seorang.
Hazizi: Berapa orang SISC+ di ada di Kota Bharu?
PEGAWAI PPD: kalau matematik sekolah rendah 3 orang, sekolah menengah 2. Kita
150…144 buah. 144 bahagi 30. Dia 5 orang setiap subjek. Menengah ada 2, rendah ada 3.
Macam matematik ada 3 orang, dia lantik atas yang tu je sebelum ni. Tapi ubah nama sekarang
kepada pegawai pedagogi.
Hazizi: Biasanya pegawai PPD adakah ada pegawai lain yang memantau pegawai SISC+?
PEGAWAI PPD: Dia bukan setakat pantau je, dia kena lapor
Hazizi: Sekarang ni SISC+ akan lapor, kan? Ada pegawai atasan lagi tak pantau SISC+?
PEGAWAI PPD: Memang, memang..
Hazizi: Ia daripada mana?
PEGAWAI PPD: Kita atau di jabatan lah
Hazizi: Jabatan di JPN la?
Azizah: Jadi Tuan Haji akan pantau juga lah atau dia akan bagi laporan kepada tuan haji?
PEGAWAI PPD: Dia ada mesyuarat, jadi dia akan lapor direct kepada bos besar. Dapatan tu,
bos besar akan bagi kepada kami.
Hazizi: Biasa SISC+, cabarannya apa? Contohnya cikgu tidak memberi kerjasama ke? Adakah
sekolah tu, guru besar tidak bagi masuk ke?
PEGAWAI PPD: Ada la… kadang ada juga yang melibatkan timing nak dekat dengan
peperiksaan, cikgu nak struggle untuk periksa. Yang tu biasa la tu. Sebab kadang-kadang
sekolah yang lebih tahu benda tu. Sebab tu ia disebut sebagai coaching and mentoring tapi
sekarang ni disebut sebagai pegawai pedagogi. Tapi timing pun dia kena ada, dia kena
berbincang time mereka ingin pergi, jangan ketika orang sedang buat aktiviti, ia mengganggu
dia juga, coaching and mentoring. Betul la, kadang-kadang…sebab ia melibatkan sesuatu yang
menyeluruh bukan kata kes orang seorang, subjek tu sahaja menyebabkan sekolah jatuh

24
sekolah tu. Sebab tu sekarang ni dia melihat kepada band sekolah, band yang paling bawah.
Kalau kita ke sekolah rendah di Kota Bharu, band 1, band 2, band 3, kita banding dengan orang
lain, kita dah tinggi. Tetapi kita kena tengok di band 3, kita kena up kepada band 2. Kalau
menengah ada la band 5. Kita nak up semua jadi band 4. Lepas ni tiada band 5, yang band 4
kena up kepada band 3. Walaupun di tempat lain ada band 6. Ia berbeza di situ. Dan jatuh
sekolah bukan kerana seorang cikgu, ia adalah organisasi. Ia kena melihat semua sekali. Kita
kena tengok secara seluruh bukan sekadar kes dalam kelas tu, benda lain dan banyak perkara
lagi.
Hazizi: Kalau SISC+ dikatakan pakar dalam membimbing cikgu daripada guru cemerlang.
Dari segi peningkatan kan, sebab kita berubah syllabus dari segi peningkatan. Ada kursus untuk
dia tak? Sebab kalau cikgu kita ada kursus…
PEGAWAI PPD: Memang secara rasmi ada, dia istilahnya guru pakar. Lepas tu dinamakan
SISC kemudian pegawai pedagogi. Tapi kalau nak harapkan yang tu saja, dia tidak boleh
mengupayakan benda tu. Dia aspek-aspek lain kena tengok juga, sebab tu ada SIP untuk soal
pentadbiran dengan pengetua dan guru besar. Dia kena tingkatkan dan apa pun kena tengok
‘padang’ pula. Sekolah A dengan sekolah B lain, sekolah B dan sekolah C lain . padang cikgu
sekolah A lain, sekolah B lain, kaedah pendekatan, tapi walau apa pun kalau cikgu di sekolah
tu, dia boleh bersungguh, boleh buka hati, boleh buka dada dan SISC, SIP boleh buka hati,
boleh buka dada pakat buat dengan bersungguh-sungguh, dia akan berjaya.
Hazizi: dia ada tambahan kursus-kursus untuk SISC?
PEGAWAI PPD: ada sentiasa untuk SISC dan SIP. Untuk dia sendiri pun dia ada CPDnya
untuk peningkatan dia. Sentiasa ada untuk peningkatan profesionalisme dia
Hazizi: satu lagi berkenaan keistimewaan SISC+ ni. Contoh la sebagai pegawai awam,
keistimewaan menjadi SISC+ ni, adakah naik gred ke? Yang boleh menarik cikgu-cikgu untuk
menjadi pegawai SISC+?
PEGAWAI PPD: setakat ni saya tak boleh nak jawab. Benda ni melibatkan dasar juga. Saya
nak kata ada keistimewaan atau tiada keistimewaan, tak nak kata la. Yang tu melibatkan dasar,
naik gred atau apa. Saya tak nak jawab yang tu sebab perkara tu melibatkan dasar di peringkat
kementerian. Cuma dia adalah penjawat awam tertakluk seperti penjawat awam yang lain.
Azizah: Ni soalan kontroversi sikit, kalau kita tengok, saya dengar dari komen-komen cikgu
dari banyak sekolah la. Macam bila duduk ramai-ramai, cikgu-cikgu, dia cakap “ SISC+ datang
ke sekolah cuma nilai kita mengajar, why don’t dia pula datang ke depan. Dia pula ajar, sebab
selalunya bila dia masuk kelas hujung, dia komen markah rendah begini…begini…. Dia cuma
komen sahaja” jadi, sebenarnya apa… sepatutnya dia yang mengajar, tunjuk kepada kita
bagaimana nak handle kelas hujung.
PEGAWAI PPD: Itu ertinya sama-sama tak faham. Cikgu yang bercakap tu tak faham dan
SISC tu sendiri pun tak faham. Dia kena faham terma coaching and mentoring, dia kena faham
terma PLC tu. Kalau dia faham coaching and mentoring, dia ada pairing. Pergi ke sekolah
rendah, dia masuk kelas agama, dia ada ustaz atau ustazah sedang mengajar, dia ada seorang
pula yang bermain dengan budak, yang tengok budak, sedang round dalam kelas. itu lah kaedah
coaching and mentoring. Bukan pergi tengok observation. Yang sebut tadi, itu observation.
Azizah: Habis pengajaran, dia cuma komen. Awak sepatut gini..gini…gini…
PEGAWAI PPD: Tak boleh. Itu bukan cara dia tu. Sebab tak faham. Kalau faham, maksud
pairing, ia coaching and mentoring. Itu saya tak kata dia observe. Itu maksudnya coaching and

25
mentoring. Itu bukan kerana salah faham, tapi tak faham. Bila tak faham… bawa kereta, jalur
ni, lajur ni kita kena ke arah hadapan. Jalur sebelah kiri kan, kita tak boleh masuk line sebelah
kanan, itu salah tu. Bukan salah lajur, salah kita.
Hazizi: bila berlaku situasi tu, bagaimana pegawai atasan nak tahu maklumat apabila hanya
SISC+ saja yang hantar laporan. Sekarang apabila berlaku situasi begitu, macam mana nak
tahu maklumat tu?
PEGAWAI PPD: pihak sekolah kena maklum juga kepada kita. Baru ada benda tu. Sekolah
kena maklum pula kepada kita. Maksudnya yang kena observation tu, bukan kena coaching tu,
observation coaching tu. Masa tu pun dia boleh la cakap semula kepada SISC+. Tapi sebab dia
sendiri tak faham juga. Kita ada hak bersuara. Awak datang tengok saya, tidak kena dengan
terma dia, tidak kena dengan regulation itu ini, awak kena cakap. Pihak sekolah pun kena
cakap, adu kepada pihak kami sebab kami tidak semua sempat pergi. Kami mengaku tu. Semua
pergerakan kami akan turut punggung ke tempat dia pergi tu. Yang laporan tu, laporan la. Dan
dalam laporan tak semua orang nak cakap benda masalah semua, mesti nak lapor benda-benda
baik. Mungkin dia akan cakap penambahbaikan tetapi di pihak satu lagi, dia kena cakap la, apa
dia rasa, puas hati, tak puas hati, kenapa berlaku begini. Baru ada communication 2 hala tu.
Dia kena ada la tu. Jangan anggap benda tu salah, dan kita tak lapor kesalahan maka kita sendiri
sebenarnya salah sebab kita tak lapor perkara itu. Kita tak boleh kata SISC tu salah sebab tahap
kefahaman dia tu berbeza-beza. Yang bagus, bagus, tapi yang tak bagus… macam kata tadi,
just masuk kelas dan observe orang, nak tengok orang, nak komen orang… no… that’s bukan
kerja dia macam tu. Tapi dah tak faham…. Dalam mana-mana jabatan pun ada pegawai atau
kakitangan staff yang diambil tapi tak faham untuk tugas. Sebab tu dalam peringkat jabatan
ada in-house-training untuk baiki benda sebegini la.
Azizah: Ok, yang ni soalan peribadi, kiranya nak tahu latar belakang tuan haji. Sebenarnya
tuan haji, dah berapa lama jadi ketua unit akademik?
PEGAWAI PPD: Saya masuk PPD 2004, tahun 2005.
Azizah: tahun 2005 masuk PPD?
PEGAWAI PPD: tahun 2004 masuk PPD, 2005 jadi ketua unit.
Azizah: berapa lama pengalaman tuan haji mengajar di sekolah?
PEGAWAI PPD: Sekolah? Sekolah start tahun 88 hingga 2004.
Azizah: tahap pendidikan tuan Haji ijazah bidang apa?
PEGAWAI PPD: bidang sastera
Azizah: pendidikan la?
PEGAWAI PPD: pendidikan.. saya sambung diploma pendidikan.
Atiqah: degree dulu sebelum pendidikan?
PEGAWAI PPD: ya, UM memang begitu, special dia 3 tahun baru boleh ijazah lepas tu dia
tambah untuk jadi cikgu ni diploma. Kalau universiti lain, dia 4 tahun baru keluar ijazah sarjana
muda lepas tu dia sambung ijazah. Dia take time 5 tahun, UM dia 4 tahun je.
Azizah: itu sahaja tuan haji, terima kasih banyak-banyak tuan haji.

26
Transkrip temu ramah pegawai SISC+ PPD Kota Baharu
Fatimah: Boleh puan ceritakan serba sedikit mengenai diri puan seperti nama penuh, bila puan
mengajar, berapa tahun pengalaman, dari segi pendidikan dan sampai sekarang lah.
Pn. Farhana: ok, bolehlah Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh and a very good
morning. Alhamdullah pagi ini kita berkesempatan untuk satu sesi temu ramah and secara
peribadinya kakna sangat gembiralah berkongsi pengalaman dan apa yang kakna harap dapat
dikongsikan ini akan menjadi panduan and then sedikit bantuan untuk adik-adik untuk
meneruskan dunia pendidikan yang sangat mencabar ini. Ok Kakna, Farhana Lee Binti
Abdullah right, asalnya di Negeri Sembilan. Sudah berkahwin dan memiliki lima orang cahaya
mata dan masa yang sama juga selain daripada peranan sebagai seorang isteri dan penjawat
awam, Kakna juga seorang nenek dan sudah mempunyai dua orang cucu, dan pengalaman
dalam bidang pendidikan berada disekolah selama 28 tahun, mendapat pendidikan di Maktab
Perguruan Lembah Pantai, dan posting yang pertama di Sekolah Gong Kapas selama satu bulan
sahaja iaitu that transition period sebelum kami dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Seri
Budiman Kuala Terengganu. So, Kakna berada di Kuala Terengganu selama setahun.
Kemudian bertukar ke Sekolah Zainab 1 selama 28 tahun. Jadi pengalaman hanya di dua buah
sekolah. Gong Kapas tu is a transition period selama satu bulan. Pendidikan awal dari maktab,
nak kongsikan bahawa bila duduk di SK. Zainab Satu sebuah sekolah yang baik dan akhirnya
diiktiraf sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi jadi Kakna terfikir sebenarnya kita tidak
perlu pun untuk melanjutkan pelajaran. Pagi, petang, siang, malam memang komitmennya
ialah berada di sekolah, dan Kakna memikul 16 tanggungjawab yang sepatutnya tidak dipikul
terlalu banyak di sekolah selama 28 tahun. Tapi alhamdulillah pengalaman selama berada di
Zainab itu sebenarnya memberi ruang untuk diri Kakna memperkembangkan potensi yang ada.
28 tahun di Zainab memberi peluang untuk Kakna sebagai guru Bahasa Inggeris yang bermula
di tahap 1. Emm.. Zainab Satu mempunyai strategi yang sangat baik dalam meningkatkan
pendidikan. Bila kita first posting di sekolah, kadang-kadang bila kita sampai di sekolah baru,
oo yang ini orang baru, tinggalkan dulu jangan terlalu libatkan sangat dengan benda-benda
baru, tapi sebenarnya benda tu salah jadi bila kita berada di sekolah baru, tahun pertama
mengajar, tahun kedua, seawal tahun kedua apabila kita telah didedahkan dengan kursus dan
dalam dan luar negeri, maka kita boleh menjadi, pada waktu dikenali sebagai guru sumber.
Pada tahun kedua sebagai guru pun kita sudah boleh menjadi guru sumber kepada guru-guru
yang lain dan kumpulan guru sumber yang itu, Kakna yang paling muda sekali. Kita ada yang
lainnya empat lima orang semuanya adalah guru besar yang latar belakangnya sangat mantap
dalam dunia pendidikan. Tapi pengalaman yang ada menjadikan kita sangat matang dalam
dunia pendidikan kerana dari situlah kita berjumpa kita mendapat keyakinan berjumpa dengan
guru dan untuk mendapat pengalaman kita kena kompetant diri kita sendiri. Kita sendiri mesti,
berusaha untuk meningkatkan ilmu, untuk deliver kepada orang lain. So, 28 tahun itu selain
daripada menjadi guru Bahasa Inggeris, Kakna juga adalah setiausaha PIBG, penyelaras kedai
sekolah, Kakna juga menjadi penyelaras kepada semua program di sekolah. Zainab Satu, setiap
program di sekolah, baik dari unit Kuri, baik dari unit HEM, baik daripada unit KO, dilantik
seorang penyelaras untuk run kan program itu. Jadi bila kita menjadi perantara di antara
pentadbir dengan guru, sebagai middle leaders itu istilah yang kita gunakan sekarang, jadi kita
menjaga hubungan kita menajdi jurucakap kepada orang bawahan supaya apa yang
disampaikan kita synchronized selaraskan supaya ada give and take. Jadi alhamdulillah 28
tahun, Kakna sangat gembira. Malah diminta pergi ke PPD pun diminta untuk bertukar jawatan
pun Kakna sebenarnya sangat keberatan. Kakna sangat suka menjadi seorang guru kerana kita
mempunyai hubungan yang sangat baik bukan sahaja dengan pentadbir, dengan guru-guru
rakan sejawatan juga dengan anak-anak. 28 tahun juga, Kakna diberi peluang oleh kerana kita
menjadi guru sumber, pengalaman bekerja di bahagian aa dijemput oleh Kementerian

27
Pendidikan Malaysia untuk terlibat dengan Bahagian Perkembangan Kurikulum dulu dipanggil
sebagai PPK, Pusat Perkembangan Kurikulum tapi ditukarkan menjadi Bahagian
Perkembangan Kurikulum. Di situlah bila kita menghadiri kursus maka diminta pendapat kita,
bagaimana kita nak mengubah huraian sukatan pelajaran mengikut konteks keadaan semasa
dan persekitaran. Jadi kita diberi peluang. Jadi Kakna sangat gembira dengan kesempatan itu
kerana Kakna terlibat secara langsung dengan menggubal sukatan pelajaran pada ketika itu.
Ok, contohnya dalam huraian sukatan pelajaran tahun satu, nombor yang diperkenalkan ialah
hingga 50 untuk tempoh masa 6 bulan yang pertama. Jadi Kakna cadangkan boleh tak untuk
tempoh dua bulan yang pertama kita fokuskan untuk nombor 1 hingga 20, dan cadangan kita
diterima kerana kita pelaksana di peringkat bawahan. Jadi orang kementerian mendengar,
kerana mereka tahu masalah, kekangan yang kita hadapi apabila kita berada di bilik darjah.
Kakna juga mendapat peluang menjadi ahli jawatankuasa buku teks. It is a very good
experienced. Apabila menerbitkan sebuah buku teks mengambil masa dua tahun on and off on
and off anda dipanggil untuk melihat buku tersebut.
Fatimah: Menilai
Pn. Farhana: Untuk menilai buku teks. Pengalaman bekerja dengan bahagian buku teks, kali
pertama di jemput, panelnya terdiri daripada penyaras university, pensyarah dari IPG,
pensyarah dari maktab, guru sekolah rendah, sekolah menengah dan anggota masyarakat yang
terlibat secara langsung dengan pembikinan buku teks. Kali pertama Kakna hadir mesyuarat
itu, kita berasa betapa kecilnya diri kita, kerdilnya diri kita kerana satu muka surat yang kita
buka tu mengambil masa empat lima jam untuk diteliti setiap perkataan, perincian gambar
susun letak atur gambar, perkataan, arahan dan latihan dan apabila kita selesai dengan Bahagian
Buku Teks itu kali pertama kita bekerja. Kakna balik, Kakna nak cerita dengan adik-adik ni,
terus berjumpa. Kakna rasa sangat tension betapa kita tak boleh contribute. Kalua selama ni
kita rasa kita ada pengalaman kita boleh bercakap dengan cikgu-cikgu, kita berkongsi idea
dengan pengalaman semua. Tapi bila kita pergi ke Bahagian Buku Teks, kita balik. Kakna
menghadapi satu keadaan di mana Kakna berjumpa dengan doctor. Doctor itu kebetulannya
ahli jawatankuasa PIBG Zainab Satu. Pah tu doctor kata apa masalah ni Farhana. Kata saya
rasa ni doctor saya, I am very stressed. Saya perlu meletakkan jawatan. Saya tidak layak
menghadiri panel ini kerana kita betapa tidak pandainya kita nak memberi sumbangan. Jadi
seorang doctor tapi mempunyai psikologi yang sangat tinggi. Kakna ingat lagi dia bagi
sekeping kertas kepada Kakna dengan pen. Jadi Kakna pun kugha, conteng-conteng atas kertas
tu. So dia kata let go Farhana apa-apa yang you rasa nak cakap. And then dia kata so,
alhamdulillah awak boleh keluarkan perasaan awak, dia kata belajarlah kerana belajar itu satu
proses yang tiada henti. It’s a live long process, mesti terus belajar walaupun kita tahu banyak
perkara kita mendalami HSP dengan sukatan pelajaran dengan exam oriented dengan suasana
di sekolah you know. Tapi lagi perkara sebenarnya yang kita tidak tahu. Ok, tu pengalaman
bersama dengan Bahagian Buku Teks. Kemudian Kakna menerima panggilan telefon dari
Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk membantu dengan penggubalan soalan. Tapi dalam
masa yang sama Kakna terpaksa menolak panggilan itu kerana Kakna ada siri yang kelima,
Kakna perlu berada di Penang untuk edit bulu teks. Jadi takkan boleh berada di dua tempat
yang sama. Jadi Kakna tolak tawaran dari Lembaga Peperiksaan untuk menggubal soalan tetapi
Kakna sebenarny amenolak dalam keadaan kita
Fatimah: Keberatan
Pn. Farhana: Keberatan. Kerana bekerja dengan Lembaga Peperiksaan is also another good
experienced. Ia mengajar kita untuk lebih teliti, lebih analytic, analytical, bila kita melihat
penggubalan item, JPU dan kemudian dimana letaknya soalan-soalan KBAT. Tapi rupa-
rupanya bila Kakna ingat balik, hikmah yang ada sebenarnya ialah. Kakna dalam masa yang

28
sama dijemput oleh syarikat Pearsons, Longman Pearsons untuk menulis buku. Jadi oleh
kerana kita ada pengalaman edit buku teks tahun satu, tahun empat dan tahun enam jadi ada
pengalaman dan empat lima tahun bekerja dengan Bahagian Buku Teks. Jadi Longman
Pearsons panggil, telefon secara peribadi minta kita supaya menulis buku. Jadi Kakna berjaya
menghasilkan tiga buah buku dengan Longman Pearsons dan alhamdulillah dan ada suatu hari
nak cerita apa yang berlaku kenapa sekarang baru Kakna lihat kenapa tidak bekerja dengan
Lembaga Peperiksaan ialah, bila kita menghantar soalan kepada Pearsons, kita hanya
menghantar draft, kemudian gambar yang kita tulis, misalnya soalan UPSR bersiri tu, tiga
gambar anak ni pergi ke kampong lepas tu, kita cuma tulis dalam kotak je untuk untuk menulis
karangan dan kemudian illustrator di syarikat percetakan akan buat. Jadi soalan yang sama,
soalan itu soalan kita hak milik kita sendiri, jadi apa-apa soalan yang Kakna buat Kakna try
test dulu dengan, run dulu dengan anak murid kita. Level kesusahan tu peringkat rendah,
sederhana dan tinggi. KBAT atau Bloom Taxonomy. Jadi anak murid kita boleh buat, dan salah
satu soalan yang Kakna buat ialah soalan karangan itu bersama dengan anak murid. Tapi bila
buku tu sampai Kakna tunjuk pada anak murid, ini buku yang teacher dah hasilkan. Tahun
enam, tapi kalau awak taknak beli pun tak apa sebab banyak soalan sini kita buat doh. So what
happened one day was, semasa peperiksaan UPSR anak murid kita pun, waktu itu sebelum
format baru. Anak murid kita pun keluar daripada dewan. Keluar daripada dewan Kakna berdiri
di musolla, sambal kita tengok anak murid kita and then anak murid kita pun kata, thank you
teacher terima kasih tuan, mengucapkan terima kasih kepada invigilators, pengawas
peperiksaan. Anak murid kita keluar daripada dewan dengan perasaan yang sangat gembira,
seronok. Teacher kita buat doh soalan tu. Soalan-soalan yang kita dan bincang keluar dalam
peperiksaan itu. Jadi alhamdulillah. Tahun itu alhamdulillah keputusan yang sangat
alhamdullilah keputusan yang sangat baik. Tetapi malam itu bila tengok tv soalan dalam buku
kerja malam tu. Jadi keesokan harinya bila Kakna balik ke rumah, tepat jam tiga petang Kakna
menerima telefon dari Lembaga Peperiksaan. Kakna tak tahu sama ada anda akan masukkan
perkara ini. Ini benda confidential. Kalua nak perlu cut, tolong la deh. So, pegawai Lembaga
Peperiksaan tu kata, Farhana pernah tak awak bekerja dengan lembaga? Kakna kata saya tidak
pernah bekerja dengan lembaga. Tapi mengikut catatan rekod kami panggilan telefon, kami
pernah menelefon anda di sekolah beberapa kali, betul puan pasti puan tidak pergi bersama,
bekerja bersama-sama lembaga. Saya ingat saya menerima beberapa panggilan tapi saya
menolak kerana komitment kerja yang lain. Dan penolakan yang terakhir saya berada di
Penang. So, puan pasti? Pasti sangat pasti. Selepas panggilan itu saya letakkan, Kakna letak.
Kakna pun menerima satu lagi panggilan telefon daripada pengurus pemasaran dari Singapore,
direct call dari Singapore dia bercakap dalam Bahasa Inggeris dia berkata Puan Farhana,
adakah saya bercakap dengan Puan Farhana Lee bt Abdullah. Kata ya saya. Saya hanya
memerlukan jawapan yan atau tidak. Puan salah seorang pennulis Longman? Ya. Puan telah
menerbitkan buku-buku ini? Ya. Tahunnya, ya. Ok, soalan ini kepunyaan Longman. Ya. Puan
pernah memberi soalan ini kepada sesiapa selain daripada Longman? Kakna kata tidak pernah.
Pada syarikat lain? Tidak pernah. Kepada Kementerian Pendidikan? Tidak pernah. Puan pernah
bekerja dengan Lembaga Peperiksaan? Unit lain ya tapi tidak di Lembaga Peperiksaan tapi
saya ada buat perbincangan soalan dengan anak murid saya di sekolah. Oh itu tidak ada masalah
dia kata pasal memang soalan kita kan. Dia kata ok terima kasih. Rupa-rupanya, rentetan dari
perkara itu maka apa yang berlaku di Lembaga Peperiksaan dana pa yang berlaku kepada uni
Bahasa Inggeris pegawai, Kakna mendapat berita jauh-jauhlah, pegawai yang
bertanggungjawab pada peperiksaan UPSR ditukarkan ke unit yang lain. Kemudian berlakulah
sedikit rundingan antara Longman dengan kementerianlah bagaimana mereka menyelesaikan
isu itu. Longman boleh saman kementerian pendidikan.
Hazizi: Sebab ambil soalan tu dop?

29
Puan Farhana: Yes.
Fatimah: Soalan yang sama?
Puan Farhana: Soalan yang sama.
Fatimah: Tak ada ubah sikit-sikit pun?
Puan Farhana: Sikit pun tak ubah. Sikit pun. Sebijik dan pegawai yang terlibat pada tahun
itu. Lembaga Peperiksaan dia sebenarnya ada banyak bank. Bank soalan satu, ada
pengalamankan kalua ada. Bank soalan satu, bank dua, bank tiga, bank empat, bank lima. So,
bila kita hantar soalan dia simpan dalam bank. Kemudian bila ada cetakan, cetakan satu,
cetakan dua, cetakan tiga. Kalau berlaku sedikit kebocoran, soalan ni dah viral, dia boleh tukar
automatic dia ada set-set yang dia boleh keluarkan. Tapi try la deh, tapi itu pengalaman bekerja
tapi alhamdulillah jadi bila Kakna ingat balik, jadi Kakna tahu oh tu sebabnya mengapa saya
tidak bekerja dengan Lembaga Peperiksaan. Hikmah disebaliknya dan pengalaman bekerja
dengan tiga unit besar, dengan Bahagian Perkembangan Kurikulum, Lembaga eh Lembaga
Peperiksaan tidak, Bahagian Buku Teks, tapi rupanya hikmahnya sangat besar. Kakna
ditawarkan ke Australia selama tiga bulan untuk Self Access Learning, SAL kalu pernah
dengar. Jadi Kakna berada di Australia Kakna belajar timba ilmu di University Magguiere
belajar selama tiga bulan dan Kakna juga berkesempatan untuk, banyak la perkara yang sangat
baik di Australia yang kemudian kita bawa balik ke Malaysia. Kita buat laporan ke
kementerian, jabatan dan Kakna juga menjadi waktu tu datangnya JU. Kita sebar luaskan ilmu
itu. Tetapi penambahbaikan yang berlaku pada Self Access Learning pada waktu itu ialah pada
sunjek Bahasa Inggeris kemudian dijadikan penambahbaikan yang lebih baik dimana satu
ruang access room dibahagikan kepada empat mata pelajaran BM, BI, matematik dan sains,
dan penambaikan yang berlaku seterusnya ialah satu bilik sumber semua matapelajaran. Itu
perubahan-perubahan yang berlaku, alhamdulillah. Dan Kakna juga nak kongsi bahawa, untuk
mencapai apa ni what they called bukan sahaja mengajar Bahasa Inggeris untuk tujuan
peperiksaan, yang satu lagi untuk maju, minat dalam Bahasa Inggeris Kakna keterlibatan dalam
kokurikulum eh ko-akademik Bahasa Inggeris. Ni Kakna nak kongsi juga, 28 tahun berada di
Zainab Satu alhamdulillah seluruh Malaysia daripada Sabah sampailah ke Johor sampai ke
Labuan sampai ke Penang, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan semua negeri yang menjadi
tuan rumah untuk Ko-akademik Bahasa Inggeris, Kakna sebagai guru yang bertugas melatih
pelajar. Kakna melatih pelajar-pelajar Zainab Satu untuk pertandingan choral speaking, untuk
pertandingan action song, untuk story telling, public speaking. Jadi pertandingan ini dan
kemudia apabila Kakna tinggalkan Zainab Satu, Bahagian Kurikulum menambah satu lagi iaitu
scrabble. Scarabble dan poem recitation, tapi Kakna dah tak terlibatlah pasal kita dah ke PPD.
Tapi pengalaman melatih anak-anak dalam bidang Ko-akademik Bahasa Inggeris membawa
kita ke seluruh negeri Malaysia. Semenanjung, Sabah, Serawak sehingga ke Labuan.
Alhamdulillah.
Fatimah: Rezeki
Puan Farhana: Rezeki, jadi sehingga Kakna menjadi SISC+. Kakna meneruskan kerja, Kakna
tak pernah apply pun untuk sebarang perjawatan.
Fatimah: Jadi untuk SISC+ ni?
Puan Farhana: Yang ini daripada seorang guru kemudian Kakna mendapat apabila nazir
datang ke sekolah maka Kakna dicadangkan oleh Guru Besar untuk menjadi guru cemerlang
GC, tetapi apabila jemaah nazir dating ke sekolah, apa ni. Menjadi guru cemerlang pada tahun
pertama pemilihan GC pada tahun pertama DG32. Apbila Guru Besar yang meminta nazir mari

30
tengok Kakna, menilai pencapaian kita, Kakna nak bawak budak untuk pertandingan choral
speaking di Kuala Krai. Nazir datang, Kakna kata aa Guru Besar kata, Puan Farhana awak tak
payah pergilah ke Kuala Krai hari ni nazir nak tengok awak mengajar. Tapi HM takpalah saya
perlu membawa anak-anak murid saya ke pertandingan. HM kata ginih, awak selesai dulu
dengan kelas yang awak nak ajar, saya akan hantar awak ke Kuala Krai selepas ini. Kakna kata
saya perlu berada bersama anak murid saya untuk pertandingan. HM kata takpa, biar nazir
tengok you dulu and then saya akan drive awak ke Kuala Krai. Habis pemantauan dia pun drive
Kakna. Alhamdulillah Kakna dapat jawatan GC DG32 pada tahun tu. Kemudian dilawati oleh
sekolah untuk SKK, Kluster, kemudian oleh SBT, Zainab Satu telah mendapat pengiktirafan
sekolah kluster selama lima tahun berturut-turut. Apabila jemaah nazir dating untuk menilai
pencapaian sekolah maka jemaah nazir yang sama dia kata Farhana boleh tak kami dating untuk
melihat awak untuk GC44. Puan Aida Suzzana bersama rombongan jemaah nazir Kelantan. Itu
jawatan GC untuk kali kedua. Kakna bercakap kerana kita tak fikirkan sangat bahawa kita perlu
belajar dan Kakna melanjutkan pelajaran ke university pun dengan bantuan kawan. Kalua di
university UKM tidak, kerana kawan-kawan kita ambil borang Na pergilah sambung belajar,
paling-paling tidak pun pergilah ke OUM. Jadi di OUM Kakna belajar dan Kakna lulus dengan
cemerlang dengan anugerah dekan, alhamdulillah dan sepatutnya menyambung untuk
membuat master. Tapi tidak mendapat kebenarab dari suami. Ok, jadi menjadi SISC+ ini atas
galakan dari PPD Bachok. Apabila Kakna ke PPD Bachok, PPD Bachok minta Kakna, mereka
adalah pegawai-pegawai di PPD, di mana Kakna berjumpa dengan, selain daripada bekerja di
Kota Bharu, Kakna juga ke daerah-daerah lain. Kakna juga mendapat jemputan ke negeri-
negeri lain untuk Johor, Pahang setakat ni lah, Melaka untuk membantu pegawai-pegawai di
luar daripada negeri Kelantan. Tapi Kakna pergi tidak pada hari kita bekerja. Bila melibatkan
luar negeri, PPD pun tak berapa menggalakkan. Kakna pergi oleh kerana masa bekerjanya pada
Jumaat jadi Kakna boleh pergilah pada hari Jumaat dan Sabtu. Setakat ni Kakna dah mendapat
jemputan untuk ke Johor untuk bersama dengan PPD, bersama dengan PPD Melaka, PPD
Pahang jadi yang di Kelantan ni Kakna mendapat jemputan untuk ke PPD Bachok. Bila PPD
mendengar bagaimana kita membantu guru-guru menguasai Bahasa Inggeris, PPD Bachok lah
orang yang memberikan brosur SISC+ kepada Kakna. Dia kata, Farhana saya orang yang tidak
pandai berbahasa Inggeris, kemahiran saya dalam Bahasa Inggeris kurang, tapi apabila saya
mendengar puan bercakap dengan menggunakan bahaya yang sangat mudah difahami dan apa
yang puan nak sampaikan itu sangat jelas pada pemahaman saya, puan tak boleh, saya minta
kongsi, keluar daripada kepompong Zainab Satu dan bantulah guru dan sekolah baik rendah
dan menengah tidak hanya di Zainab Satu sahaja. Kongsikanlah pengalaman.
Fatimah: Kembangkan diri
Puan. Farhana: Kembangkan potensi itu seperti bentuk pyramid. Bila kita bantu seorang guru,
guru bantu panitia, panitia berkembang dan you see perkembangan itu boleh berlaku. Jadi
Kakna pun, dan selain daripada membantu potensi guru, memperkembangkan, meningkatkan
Bahasa Inggeris, dia kata adalah kebaikan lainnya adalah kenaikan fast track. Jadi Kakna kata
saya cubalah. Jadi Kakna pun hantar borang dan kesilapan kita, Kakna ialah, kesilapan Kakna
ialah SISC+ dikehendaki empat hari di sekolah satu hari di PPD. Jadi Kakna kata dengan guru
besar pada ketika itu juga tidak faham dengan brosur itu, jadi apabila Kakna berjumpa dengan
Puan Zainora, Kakna kata, HM, saya dengan ini nak bincang dengan HM. Sebagai pegawai
bawahan selama 28 tahun di Zainab Satu, saya mohon izin HM untuk mencuba jawatan SISC+.
HM Zainora pun baca kriterianya. Dia kata ni ok Na layak layak layak, so dia kata 4 hari di
sekolah dan satu hari dipejabat, dan apabila kita menjadi guru cemerlang kita berada di sekolah
selama empat hari dan pada setiap hari rabu kita ke PPD membantu sekolah-sekolah. Jadi
Kakna kata apa bezanya kerja dulu dengan kerja sekarang. Jadi HM Zainora pun dan ketika itu
peristiwa ini berlaku pada bulan puasa 2013. Jadi HM kata, Na untuk peningkatan

31
profesionalisme Na, saya benarkan Na aplly. Jadi Kakna apply oleh kerana PPD ke Zainab
Satu kan dekat, jadi Kakna pergi dan hantar borang, PPD Tuan Haji Aziz pun tandatangan. Bila
kita mendapat, selepas itu berlaku temuduga, alright kemudian ada ujian bertulis dan dimana
senarai nama diumumkan, rupa-rupanyan empat hari di sekolah
Atiqah: Berlainan
Puan Farhana: Yang berlainan dari sekolah kita dan kita perlu meninggalkan Zainab Satu.
Kakna alhamdulillah. Jadi apabila Kakna meninggalkan Zainab Satu, sekolah membuat acara
dan itu KAkna terfikir itu adalah kemuncak kerjaya Kakna sebagai guru. Murid-murid tahun
enam, murid menghantar berbaris dari Zainab Satu ke PPD dan alhamdulillah bilangan hadiah
dan cenderahati tu yang taknak sebutkan, tapi ingatan anak-anak pada kita dan kemudian ibu
bapa penghormatan penghargaan yang diberi itu sebenarnya sangat baik.
Fatimah: Yang tidak disangka.
Puan Farhana: Jadi Kakna sangat gembira. Jadi disitulah bermulanya kerjaya kita sebagai
seorang SISC+ di PPD Kota Bharu dan sekarang dah masuk tahun ke empat.
Fatimah: Apa kriteria utama untuk menjadi pegawai SISC+?
Puan Farhana: Kriteria utama untuk menjadi pegawai SISC+ ialah dari aspek yang pertama
sekali ialah ilmu.
Atiqah: Pengalaman?
Puan Farhana: Ilmu dahulu, you must be competent. You, yourselves must be a very
knowledgeable person. Apabila kita turun ke sekolah baik sekolah rendah baik sekolah
menengah, apabila ilmu yang kita ingin kongsikan bersama dengan guru-guru yang lain, yang
kita panggil sebagai guru dibimbing. Bila kita ingin membantu mereka, pengalaman itu perlu
datang dari kita, apa yang berlaku, kerja buat sebagai SISC+ adalah coaching and mentoring.
We have to coach you, tidak menunjuk cara boleh berkongsi pengalaman bahawa benda ni
boleh buat begini tapi kriteria penting ialah kemahiran coaching and mentoring. Mengenalpasti
potensi yang ada pada guru tersebut dan bila nak buat sesuatu perkara untuk peningkatan diri,
peningkatan ilmu kita, ia mesti dating dari guru tersebut. Yang lain adalah merupakan faktor
penyumbang yang boost, guru besar yang sangat memberikan sokongan, pemimpin sekolah
PGB, persekitaran yang kondusif, kemudian anak-anak murid yang sangat aktif suka belajar,
tetapi, perkara yang penting adalah SISC+ mesti boost guru yang dibimbing ini, yelah,
sepatutnya saya tak buat gini, sepatutnya saya mesti buat seperti ini. Itu ayat yang kena keluar.
Kakna walaupun dengan begitu banyak pengalaman yang ada, Kakna tak boleh berjumpa
dengan GDB, dalam Bahasa Inggeris masalah pertama Kakna ialah soalan pertama Kakna
ialah, Kakna macam mana Kakna ajar murid Kakna dalam writing? You know. Sehingga budak
boleh menulis dengan sangat baik. Kita boleh kongsi pengalaman tetapi apa yang, kita tak
boleh mencadangkan semuanya. Kita hanya boleh lontarkan sikit kemudian dia fikir dan
kemudian membuat penambahbaikan kerana kita dating dari sekolah Zainab Satu. Jadi bila
bawa ke sekolah kampong, sekolah luar bandar, pesisir pantai maka adjustment tu perlu
berlaku.
Fatimah: ia macam guru mengenalpasti kelemahan dia lepas tu
Puan Farhana: Mengembangkan potensi diri dan yang penting mesti dating dari diri kita
sendiri saya nak buat untuk membantu anak buah saya, anak-anak murid saya.

32
Fatimah: Bukan dari penilaian SISC+?
Puan Farhana: SISC+ yang baik adalah seorang coach yang sangat baik. Kakna nak beritahu
satu contoh yang, Lee Chong Wei, seorang pemain badminton dah berumur 34 tahun tapi
prestasinya merudum tapi alhamdulillah. Untuk sampai ke tahap pemain terbaik dunia nombor
satu, tapi oleh sebab faktor umur, orang di belakang Chong Wei itu adalah Misbun Sidek.
Orang di belakang Chong Wei adalah Morton Frost, orang yang meneliti pergerakan dan
perjalanan. Seorang pemain tenis, apabila nak pukul bola itu, you know degree angkat tangan
itu seberapa banyak degree kembang itu dia tak lihat. GDB kita, guru tak melihat sebenarnya.
Analoginya, yang melihat benda itu ialah SISC+. Tapi kita tak boleh terus bercakap apabila
berada dalam sesi post coaching, bakpo cikgu buat macam ni? Kenapa, salah cikgu buat.
Perkataan salah tu tak boleh keluar. Tak boleh keluar dari kami SISC+. Apa yang cikgu buat
tadi betul tetapi, banyak lagi ruang untuk penambahbaikan. Potensi dan sekarang dengan
PAK21 kita kena gali potensi diri murid. Murid belajar mengikut their level of ability. Murid
yang cemerlang kita ajar dengan cara yang cemerlang, murid dah tak boleh sama. Tetapi apa
yang kami SISC+ lihat dlam bilik guru ialah benda yang sama berlaku dalam bilik darjah, yang
tak sepatutnya berlaku. Murid yang lemah kita bantu dengan cara lemah supaya sampai at least
tidak separa pun tidak jauh, jurang itu tidak jauh. Itu kerja SISC+. Itu yang pertama, ilmu,
pengalaman dan ilmu coaching dan mentoring, bagaimana membantu membimbing guru dan
pada masa yang sama pedagogi terkini. Apa yang kami lihat di kelas di bilik darjah adalah
guru-guru menggunakan pendekatan yang lama. Pengalaman semasa menjadi guru di maktab
dan ilmu itu telah lama di tinggalkan. Menjadi seorang SISC+ yang baik adalah memiliki
pedagogi, ilmu pedagogi. Terutama yang boleh membantu murid untuk project based learning
salah satu, constructive learning, cooperative learning, Keagen structured activities yang
banyak berpusatkan murid. Guru hanya sebagai fasilitator. Kalau kita sebagai SISC+ tak
menguasai ilmu-ilmu pedagogi, kita tidak mungkin boleh membantu guru kita. Itu perkara-
perkara dan ilmu yang perlu dikuasai oleh seorang SISC+.
Fatimah: Dari segi pentadbiran, bukan pentadbiran. Adakah wajib seorang SISC+ adalah
seorang guru cemerlang? Wajib ke, seorang pegawai SISC+ ni perlu menjadi guru cemerlang
terlebih dahulu ke sebelum menjadi SISC+?
Puan Farhana: Menjadi seorang guru cemerlang sebelum manjadi pegawai SISC+ itu adalah
satu bonus. Kerana di PPD Kota Bharu kami ada 15 orang pegawai SISC+. Daripada 15 orang
itu, untuk BM ada dua orang guru cemerlang alright, yang kemudian menjadi SISC+. Untuk
BI ada 3 orang sekolah rendah daripada 3 tu Kakna dan dan Puan Aniza berlatar belakangkan
guru cemerlang. Jadi…
Fatimah: Tidak semestinya.
Puan Farhana: Tidak semestinya
Atiqah: Pengalaman tu penting
Puan Farhana: Pengalaman tu penting, tetapi based latar belakang guru cemerlang itu is a
bonus. Kerana itu kerja buat guru cemerlang sebenarnya. Membantu meningkatkan
peningkatan mata pelajaran.
Fatimah: Berapa tahun pengalaman yang diperlukan untuk menjadi pegwai SISC+? Ataupun
guru muda boleh terus mohon?

33
Puan Farhana: Boleh tak ada masalah, boleh terus mohon. Apa-apa kerja sekalipun tak ada
masalah. Kakna bercakap kerana bonus pada diri Kakna ialah pengalaman yang ada, tapi di
pejabat kami ada seorang pegawai yang sangat muda Encik Ali Sobri yang hanya mempunyai
kelayakan sebanyak berapa tahun yer, 10 tahun pengalaman sebagai seorang guru, tapi dia
boleh menjadi seorang SISC+ tetapi seperti yang Kakna sebut dari awal tadi kita kena
belajarlah. Apabila kita berjumpa dengan GDB kita, bila terutamanya GDB di sekolah
menengah yang DG nya lebih tinggi 52 dan 54, apabila dating seorang anak kecil dengan DG41
atau 44 maka adalah juga istilah nak try test sikit boleh jawab ke tak soalan kita. Perkara itu
boleh berlaku, jadi untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku, maka proses menimba ilmu
itu perlu berlaku, sentiasa. Yes, dalam bentuk PLC, kita sentiasa belajar.
Fatimah: Dari segi jumlah pegawai yang ada, bagi pendapat Kakna lah, mencukupi ke tak
pegawai?
Puan Farhana: Buat masa sekarang tidak mencukupi.
Fatimah: Untuk membantu sekolah-sekolah tu memang tak cukup?
Puan Farhana: Memang tak ckup. Kota Bharu sahaja kita ada 96 buah sekolah dan SISC+
sekolah rendah ialah 3 orang. Untuk Bahasa Inggeris kita hanya ada 3 orang jadi 96
dibahagikan kepada 3, 32 buah sekolah. Tetapi apabila keluarnya buku DTP 3.0 dan bersama
dengan DTP, katanya SISC+ taka da dah rendah dan menengah. Kalau dulu SISC+ rendah
membantu SISC+ rendah, sekolah rendah. SIC menengah membantu yang menengah. Tetapi
dengan datangnya buku 3.0, jadi kami diminta membantu sekolah yang band rendah. Band
rendah banyak di Kota Bharu, 47 buah sekolah. Kita ada 23 buah sekolah yang band 5. Band
5, 22. Band 6 satu. Jadi kami menukar SOP kerja buat kami, sekarang kami membantu sekolah
menengah, banyak membantu sekolah menengah. Tetapi, proses tu baru berlaku. Buku DTP tu
turun pada 2.7, baru je turun. Jadi kami dalam proses pembuat penambahbaikan pada sesi
coaching dan mentoring dan bagaimana pelaksanaan itu berlaku. Sebelum ini, kami keluar
secara individu, sekarang ni kami membuat strategi individu pun berlaku, berpasukan pun
berlaku. Kerana bila SISC+, di PPD Kota Bharu kita ada 15 orang, jadi kita ada 3 BM rendah,
3 BI, 3 matematik jadi 9. Jadi untuk sekolah menengah kita ada dua, dua, dua jadi semuanya 9
dengan 6, 15orang. Jadi sekarang kami membuat kombinasi SISC+ rendah dan menengah
bergabung tenaga tidak kira sekolah rendah atau menengah semua kena kuasai ilmu pedagogi
baik di sekolah rendah dan menengah mempunyai konsep yang sama cuma content yang
berbeza.
Fatimah: Dari segi kerjasama sekolah dengan guru tu, diaorang dapat menerima atau tak
apabila pegawai SISC+ datang untuk membantu? Ke ada runguntan, ada bantahan?
Puan Farhana: ermm, yang ini ialah aspek coaching and mentoring, kemahiran coahing and
mentoring. Kemahiran coaching and mentoring adalah satu kemahiran ilmu yang sangat tinggi.
Kerja buat kami apabila turun ke sekolah, tidak terus masuk kebilik darjah, tidak terus
berjumpa dengan guru dibimbing, apa yang perlu berlaku ialah membina rapport yang baik
dengan pentadbir, pemimpin kemudian dengan middle leaders, kemudian dengan guru-guru.
kami takkan terus masuk ke dalam bilik darjah dan memberi komen. Apa yang berlaku ialah,
perlu menerangkan kerja buat kami, objektif tujuan utama kerja buat kami kepada pentadbir
sekolah, kemudian pentadbir sekolah melihat di mana keperluan. Kalau rasanya untuk subjek
BM, kami mempunyai guru cemerlang yang boleh membantu di sekolah jadi untuk add maths
kami perlu bantuan kerana add maths GPMP nya ialah 7. berapa di sekolah menengah, so
sangat tinggi. Untuk sekolah rendah, untuk subjek BI, GPMP untuk penulisan 4.3 something,
untuk pemahaman 4. berapa, jadi boleh tak kami meminta SISC+ datang membantu. There is
a give and situation, ada kepakaran yang ada pada kami, insyaallah kami boleh bantu. Yang

34
penting ialah rapport yang sangat baik pada hari pertama melangkah ke sekolah. Kalua sekolah
belum bersedia menerima kami, kami perlu memberi masa, untuk sekolah membuat
persediaan. Apabila objektif utama dah diterangkan, tujuan dah maklum, apa yang kami boleh
bantu sekolah dan sekolah pun membuat perbincangan di peringkat sekolah, maka
perbincangan seterusnya boleh berlaku dan kami boleh berjumpa dengan ketua panitia, langkah
step. Ok, selepas berjumpa dengan ketua panitia, maka untuk berjumpa dengan guru dibimbing,
kemahiran coaching and mentoring itu penting. Kalau guru yang dibimbing itu belum bersedia,
maka pre-coaching itu boleh berlaku di luar bilik darjah untuk sementara waktu kemudian
beransur-ansur. Tapi apabila GDB kita dalam banyak situasi apabila mereka melihat SISC+ itu
boleh membantu maka rejection itu sangat kurang. Dia kena berlaku give and take, win-win
situation. Guru yang dibimbing pun dengan gembira, suka bahawa banyak benda sebenarnya
SISC+ boleh bimbing, boleh belajar. Contoh menulis RPH you know tapi dalam keadaan yang
sangat baik, menerima. Tapi kalua SISC+ pergi dengan keadaan mesti ikut macam ni, macam
ni, then rejectant tu berlaku.
Fatimah: Dari segi pemilihan guru untuk dibimbing tu macam mana? Kita tahulah dalam satu
sekolah, kadang-kadang sekolah yang besar, guru Bahasa Inggeris ada ramaikan. Pemilihan tu
macam mana?
Puan Farhana: Itu bergantung, yes. Kriteria guru yang dibimbing juga bergantung kepada
pentadbir sekolah dan strategi sekolah. Ada sekolah di PPD Kota Bharu, sekolah rendah dan
sekolah menengah, strategi yang digunakan itu ialah memilih ketua panitia dan guru cemerlang
untuk dibimbing oleh SISC+ di mana apabila bimbingan itu berlaku secara berterusan, maka
apa ilmu yang dia dapat, akan dikongsikan kepada panitia melalui PLC. Itu satu strategi yang
sangat bijak. Kita juga menerima rungutan, tapi sebenarnya oleh kerana pemilihan itu
dilakukan oleh PGB, pengetua guru besar, maka ada juga sedikit, sikit. Ketua panitia kata saya
cemerlang doh, saya KP doh, saya GC doh kenapa saya perlu dibimbing? Tapi kemudian
apabila berlaku perbincangan yang sihat antara mereka maka alhamdulillah. Tapi sebenarnya,
berjumpa dengan ketua panitia, dengan GC, sebenarnya bila kita beritahu bahawa selepas ini
deliverkan kepada anak buah dlaam panitia, alhamdulillah. Personally untuk diri Kakna sendiri
4 tahun menjadi SISC+, alhamdulillah penerimaan itu sangat baik dan sangat dialu-alukan.
Dalam satu hal yang lain pulak, kalau sekolah memelilih strategi memilih guru yang lemah,
yang selalu tidak menghantar buku rancangan, tolong betulkan perspektif apabila guru A tidak
menghantar buku rancangan dan tidak menulis rangcangan, RPH selama berbulan-bulan maka
ini guru bermasalah, guru yang ada pening sikit maka beri pada SISC+, maka tu pemahaman
yang salah. SISC+, kalau dia tak menulis RPH BM, BI, matematik dan sains itu bukan
sebenarnya daripada subject matter, dari diri tu sendiri maka perlu juga bantuan kaunselor.
Fatimah: Objektif utama SISC+ tu tak tercapai la?
Puan Farhana: Tak tercapai. Kerana ada unsur-unsur lain. Mungkin masalah keluarga, muflis,
ada you know, banyak unsur-unsur lain membuatkan. Tapi kalau kami gembira, kalau guru
yang kami bimbing itu guru yang menulis RPH contohnya, tajuk tpik My School. Theme World
of Knowledge ok, kemudian activities teacher asks questions, pupils read the text, pupils
answer questions, lima baris itu kami gembira nak bimbing. Kerana orang seperti inilah, GDB
inilah yang kami nak bimbing cara penulisan RPH yang betul. Dari cara penulisan objektif
menggunakan communication smart, aktivitinya menggunakan Keagen structure activities, apa
yang kita boleh buat you know? Guru ini yang sepatutnya. Yang tak menulis buku rancangan
berbulan-bulan itu apabila diberi kepada SISC+, kami bukan bomoh. Tolong, paham kan ye.
Kalau, Kakna boleh tak saya nak belajar dengan Kakna cara membuat, menulis karangan,
bagaimana kita nak menggalakkan murid berbahasa Inggeris masa kelas Bahasa Inggeris, boleh
kita boleh kongsikan. Jadi, dari segi subject matter boleh.

35
Fatimah: Dari segi PLC pula, apa pendapat Kakna mengenai PLC? Adakah sangat bagus
untuk membantu guru-guru lain?
Puan Farhana: Sangat bagus, tapi tak di apply kan di banyak sekolah.
Fatimah: Kebanyakannya?
Puan Farhana: Kebanyakkannya. PLC tu kena faham sebenarnya. PLC dalam konsep yang
sangat besar ialah, dalam yang formalnya ialah guru besar atau pengetua, macam esol PPD ada
LDP, there is PLC jadi kami akan kongsikan. Tapi PLC dalam konteks yang kecil, Kakna bagi
contoh SK. Kemumin. Apa yang berlaku PLC SK. Kemumin ialah bilik gurunya daripada
ruang sini sampai ke sana, apa yang berlaku ialah, guru besar mengambil inisiatif meletakkan
group guru BI seramai 6 orang itu duduk berhampiran, satu kumpulan kecil. Jadi sebarang
masalah yang dibincangkan dalam, katakanlah kelas berakhir jam 1.45, ok 1.45 habis kelas
mari, eh ada masalah lah, tak tahu macam mana nak jawab soalan ni, maka
Fatimah: Perbincangan berlaku secara tidak langsung.
Puan Farhana: Yes, that is PLC.
Fatimah: Tak perlu nak masukkan
Puan Farhana: Tak perlu.
Fatimah: Ada setengah sekolah saya tengok, dari kawan-kawan di Negeri Sembilan Port
Dickson, Guru Besar tu memasukkan waktu PLC setengah jam seminggu dalam jadual guru,
jadi guru tu terasa terbeban disebabkan itu.
Puan Farhana: Sangat tertekanlah, sebenarnya tak perlu. Tapi PLC, pemahaman untuk PLC
bilangan satu pada semua warga sekolah, pada semua guru perlu. Dia ada 20 alat, daripada 20
alat tu kita tak boleh nak guna, kita tak mampu nak buat semua, yang biasa dengan kita yang
paling baik ialah, yang kita biasa buat ialah gallery walk, oh no learning walk. Learning walk
ialah, apabila dengan persetujuan dalam panitia. Kita lima orang ok, kemudia kit abersetuju
dalam satu hari, aspek yang kita nak tengok dalam learning walk ialah cara penulisan objektif
lima orang guru kita. Jadi apa yang berlaku ialah, kita ada guru besar atau penolong kanan,
guru ketua bidang, ketua panitia dan kita sorang follow dan kita tengok kawan kita. Tengok di
papan hitam tanpa masuk dalam kelas. By the end of the lesson, pupils will be able to write an
essay, menggunakan formula smart, measurable, achievable, time, reasonable, dalam smart,
benda tu boleh dicapai. Jadi, kemudian hasil dalam learning walk kita bincangkan dalam
panitia. Itu yang mudah. PLC yang kedua yang Kakna sangat suka ialah lesson study. Kitaran
lesson study. Kita cakap sesama kita, eh aku ni tak reti la nak ajar add maths ke, saya tak tahu
cikgu-cikgu mengajar subjek apa kan, Kakna tak tahu. Katalah subjek ni payah gila nak ajar,
ajar-ajar tak faham, ajar-ajar tak faham apa yang boleh berlaku ialah kita ambil satu masa, tidak
perlu pun hari sabtu ke, hari-hari biasa, sekejap je untuk set induksi kit anak buat apa untuk
tajuk ni, untuk aktiviti kita nak buat apa. Kita 4 ke 5 orang crack our head tuliskan satu.
Kemudian Kakna ambil RPH yang kita buat bersama Kakna ajar and then 4 5 orang tengok.
Jadi ke tak benda tu, eh buat apa, tak jadi la ada budak tak faham pun. Jadi kita duduk sekali
lagi kita baiki RPH kita. Yangh kita buat tadi tak menjadi, kit abuat sikit permudahkan sikit
atau yang ni senang sangat kita buat susah sikit. Jadi kit abuat kali kedua RPH itu, dan bila kita
ajar nampak lebih baik. Maka RPH itu untuk tajuk-tajuk yang kita susah nak ajar, nak deliver
budak faham kita compile kan dan bila kita sampai pada tajuk tersebut kit ambil dan apply
dalam bilik darjah. Beres cut and paste je. Senang sangat. Itu RPH. Book club another one.
Dan yang ke empat yang Kakna nak sarankan adalah daripada 20 ialah video critics. Semua
guru daripada dasarnya perlu faham video critics ialah kita membuka diri kita, kita bersedia,

36
kita menerima kritikan membina. Hari ni Kakna tawar diri, Kakna nak ajar, minta Hazizi tolong
klipkan. Kalau taknak keseluruhan mata pelajaran amik set induksi sahaja. Ambil dulu ataupun
a while yang penting, yang mana maklumat tu nak perlu sampai kepada murid. Kita pun
videokan slot tersebut kemudian ambil satu masa kita tayangkan dan kita tengok, kita tengok
kemudian kita bincang, dan kita orang yang dikritik mesti menerima dengan hati terbuka.
Kakna, kenapalah Kakna tak buat pun, salah tadi Kakna sebut Bahasa Inggeris tu pun salah.
Tapi teguran yang membina. Tapi sebenarnya benda-benda itu membantu meningkat diri kita
sebagai seorang guru. this four, kalau tanya pada Kakna, Kakna sangat setuju kalau nak buat
dan jadikan benda itu sebagi benda, jangan terlalu ambitous nak buat banyak perkara, sikit tapi
memberi manfaat yang sangat besar, impak yang besar.
Fatimah: Setakat Kakna pergi tengok sekolah-sekolah pula, Kakna takkan pergi sekali untuk
satu sekolah kan, mesti pergi berkali-kali. Ada tak sokongan daripada pihak pentadbir kepada
guru yang dibimbing tu? Selepas Kakna tengok cikgu tu, Kakna bimbing dia, mungkin Kakna
beritahu kepada guru besar, repot, ada ke sokongan daripada pentadbir tu kepada guru tersebut?
Puan Farhana: Bantuan yang diberi sebenarnya, bantuan yang diberi kepada SISC+ apabila
kami datang kali kedua or kali ketiga, oo Kakna sila Na, cikgu tu dah bersedia. Maksudnya
menggalakkan kehadiran kita itu sahaja kepada SISC+. Jadi kepada guru yang dibimbing, itu
berdasarkan kepada hasil dapatan perbincangan dengan guru dibimbing dengan pengetua guru
besar. Kalau duru dibimbing itu merasakan bahawa SISC+ itu banyak membantu, maka repot
yang diberi oleh guru yang dibimbing pada guru besar ialah boleh datang lagi ataupun cukup
setakat itu kemudian guru besar akan maklumkan kepada SISC+ cukup, atau bimbingan yang
diberi dari segi peningkatan tu Kakna tak pasti sokongan yang diberi sama ada nak meneruskan
atau berhenti, yang itu berlaku.
Hazizi: Pernah berlakulah?
Puan Farhana: Pernah berlaku.
Fatimah: Tak pasti.
Puan Farhana: Tak pasti. Tapi pernah ada satu dua sekolah. Kakna tak pasti sama ada guru
besar itu melihat daripada aspek apa, barangkali dari aspek cara menulis RPH lebih baik.
Fatimah: jadi tak pasti, samada ada dihantar ke kursus ke, kursus selalunya dianjurkan oleh
PPD kan.
Puan Farhana: Yang tu dah ada target group kita.
Fatimah: Kot la pengetua dia kata, kena ubah lagi, jadi cikgu ni kita pergi hantar ke kursus
sekejap, pergi cari guru lain untuk dia belajar lagi.
Puan Farhana: Tak ada.
Fatimah: Memang bergantung kepada SISC+ semata je la ni.
Puan Farhana: Ya.
Azizah: Ok, untuk SISC+ pula, dia ada kursus-kursus khas untuk SISC+?
Puan Farhana: Ada, kursus generate.
Azizah: Berapa kerap kursus tu diadakan dlam setahun?
Puan Farhana: Bergantung, untuk Bahasa Inggeris kami dibimbing oleh ELTEC, English
Language Teachig Centre di Kuala Lumpur. Jadi pada tahun 205 dan 2016 kami telah

37
menghadiri Methodology and Literacy, untuk SISC+ Bahasa Inggeris. Kami telah menghadiri
hampir 10 siri di ELTEC, dan kami duduk di ELTEC la.
Hazizi: Setahun 10 siri?
Puan Farhana: 10 lah, 5 untuk methodology dan 5 untuk literacy jadi dua tahun la. Dalam
masa yang sama, kami juga tahun ini PPD, JPN mengambil inisiatif 6, 7 dan 8 kami akan
menghadiri kursus generate di Emaslink, kerja buat sebagai SISC+, penambahbaikan ilmu, ada.
Kurus-kursus ada diberi, sekarang ini tindakan diambil untuk memastikan SISC+ itu sentiasa
competent dengan ilmu pedagogi yang terkini. Dalam masa yang sama juga kami juga dipohon
untuk membuat CPD sendiri, mohon online jadi setakat ini yang ada adalah di INTAN dia ajar
cara ICT yang apa tu, Kakna tak pasti sebab Kakna tak pergi yang kursus tu. Tapi kit akena
mohon, perbelanjaannya sendiri, dibuat di INTAN kemudian kena bayar sendiri, penginapan
semua dan di pejabat Kakna ada sorang pergi. Puan Maimun, dia minat ICT, ia sebenarnya
word dengn excel, tapi excel tu extra daripada excel ada P-word apa semua. Jadi Kakmai pergi.
Itu CPD, perkembangan sendiri. Kemudian satu lagi ialah, EQ. tapi sentiasa kena tengok online
dan kemudian bersedialah dengan untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
Fatimah: Cabaran yang pernah Kakna hadapi semasa menjadi pegawai SISC+?
Puan Farhana: cabaran yang perlu kita hadapi di peringkat kita sendiri sebagai SISC+, yang
pertama ialah seperti yang Kakna sebut ialah kita sentiasa perlu belajar dan sekarang ini apabila
dan melibatkan sekolah menengah, content sekokah menengah kita tak mahir. Kami tak mahir,
bila kit anak bimbing seorang guru add maths atau seorang guru biologi, kimia, fizik, yang
tingkatan empat, tingkatan kima tu insyaallah pengetua dah pilih yang mantap. Tapi content
mata pelajaran, apabila kita berbincang dengan GDB kita, content tu akan masuk, content tu
perlu datang dari GDB. Dengan content yang diberi itulah maka perbincangan akan berlaku
dan bagaimana PdPc tu perlu berlaku. Tapi bila kita kurang menguasai kandungan mata
pelajaran yang mana kita hanya mahir Bahasa Inggeris, ada sedikit masalah.
Azizah: JAdi kiranya sekarang sebagai SISC+ Bahasa Inggeris, kena masuk untuk semua
sugjek yang lain juga?
Puan Farhana: Kena masuk semua subjek BM, BI, matematik, sains, semua subjek sekolah
rendah dan menengah.
Fatimah: Dah tak ada tagging untuk subjek-subjek tertentu?
Puan Farhana: Tak ada. Kerana kami adalah pegawai SISC+ pedagogi. Jadi kami membantu
dengan pedagogi pendekatan, ajar, bila kami perlu berbincang. Hari ni nak ajar sains tentang
fotosintesis, Kakna tak mahir pun tajuk sains tu. Bil adisebut, jadi apa yang cikgu tu nak buat
dalam tu, jadi yang mana akan melibatkan pengelibatan guru, pengelibatan murid. Itu yang kita
nak bincang di situ. Kalau kita tak mahir content sebenarnya ada masalah. Kalau SISC+ di
sekolah rendah, macam Kakna kita memang mahir BI je. Kalau diberi BI sekolah rendah dan
sekolah menengah, insyaallah kita boleh bantulah atleast menengah rendah form 1, form 2,
form 3. Bila dah sampai form 4, form 5 dia dah ada literature component, banyak lagi benda
lain. Tapi sekolah-sekolah, Kakna terlibat juga dengan TN25 sebagai rakan elit TN25 di SMK
Kadok, mereka minta bantu untuk Bahasa Inggeris. Boleh, insyaallah tapi bila sampai ke form
5, kandungan, content kita kena study, cara nak bantu guru. Tapi form 1, form 2, form 3
insyallah. Sekarang kita terlibat sekolah rendah sekolah menengah sama. Kami adalah pegawai
SISC+ pedagogi. Tu cabaran yang pertama. Cabaran yang kedua ialah guru dibimbing,
rejection, Kakna alhamdulillah, empat tahun Kakna dengan GDB. Apabila kita membina
rapport yang baik dengan guru yang dibimbing dan GDB yag dibimbing nampak bahawa kita

38
ikhlas nak membantu jadi hubungan itu jadi sangat baik. Kalau kita tak datang pun dia telefon
Kakna boleh tak datang, jemput kita dan untuk urusan peningkatan gred kami, kami perlu ada
KPI yang perlu dicapai. Jadi guru-guru yang kita bimbing itu alhamdulillah dari segi
peningkatan GPMP mata pelajaran, dari segi kerja buat di sekolah, bila guru besar pun memberi
komen tentang guru di bimbing, alhamdulillah lebih positif. Tapi ada juga guru dibimbing
dikalangan yang telah dibimbing, apabila SISC+ bimbing, bimbing, bimbing cuma buat ketika
SISC+ datang sahaja. Bila SISC+ tak datang, back to square one. Thats why dari awal lagi
Kakna kata apa-apa pun dari hati. Benda tu tu apabila kami korek-korek ia kena datang dari
hati. Iya lah Kakna, saya kena buat macam ni, saya tak boleh ikut sangat kertas lembaran kerja
yang Kakna bagi contoh tu, tak sesuai untuk budak saya. Saya kena buat sendiri ikut budak
saya. Disitulah bermulanya, bila saya kena buat, betul. Nak ambil modul Kakna boleh, itu cara
Kakna bercakap dengan GDB. Di Zainab Satu Kakna bantu guru Kakna, panitia Kakna, modul
BI tahun 1, 2 ,3, 4, 5, 6 Let’s learn to write, lets speak, everybody can speak. Kita ada banyak
modul yang Kakna bina bersama dengan rakan. Bila kita tunjukkan pada GDB, Kakna boleh
tak Kakna bagi benda, jadi bila kita tunjuk benda ni, Kakna this is very high for my student, its
too difficult. So, SISC+ yang baik ialah, what must you do? And then bila you buat your own
module boleh tak, Kakna akan tawar diri, I will help you. Kita sama-sama kita bantu dari segi
bahasa, dari segi struktur. Benda tu it has to come from you. Jadi bila SISC+ mari buat, tak
datang tak buat balik ke square one. Tak boleh jadi gitu. Kakna alhamdulillah 28 tahun
pengalaman, Kakna mendapat seorang guru besar yang sangat baik. Puan arwah Sabariah
Ibrahim. Kepercayaan yang diberi oleh guru oleh pengetua oleh guru besar dan amanah. Kakna
nak ulang balik apabila Kakna berada di tahap ini adalah hari pertama Kakna masuk ke kelas
Kakna ada 15 do dengan anak murid dan satu don’t. Kakna kongsikan dengan GDB Kakna.
Hari pertama bila kita dibenarkan berjumpa GDB, kita kenalkan diri kita, apa kerja buat kita
tapi dalam masa yang sama, bila kita ada latar belakang yang baik, pencapaian kita disekolah
itu engan pencapaian Bahasa inggerisnya, pencapaian ko-akademiknya. Kita ada rekod yang
tersendiri, bila kita datang air liur kita laku. So, bila kita kongsi 15 perkara yang Kakna buat
hari pertama persekolahan, satu yang tak buat iaitu jagan menipu guru. Kalau tak bawa buku
latihan tak apa bagitahu teacher, sebelum masuk kelas salam. Teacher minta izin untuk letak
telefon di atas meja, teacher menerima panggilan telefon daripada guru besar, dari PPD, dari
JPN dan kalau ada apa-apa daripada Kementerian. So, teacher minta izin untuk jawab kadang-
kadang orang yang keenam ialah dato’ K. diaorang panggil cikgu Karim, dato’ K. Jadi Kakna
minta izin untuk jawab panggilan. Untuk BI contohnya, teacher memerlukan anda membawa
buku teks tiap-tiap hari ke sekolah, untuk BI teacher perlukan 7 buku latihan. Ini adalah 15
perkara yang kita bercakap dengan anak murid kita. Jadi Kakna kongsikan dengan GDB, GDB
kata Kakna nanti saya buat dengan anak murid saya, yes. Tapi jangan ikut yang Kakna 7 buku,
takkan sekolah Sabak nak guna 7 buku, 2 pun dah cukup. And then kita nak buat vocabulary,
dan yang kelima adalah I am you second mother at school, itulah rahsia Kakna. Jadi bila Kakna
kongsikan yang itu bersama GDB, GDB pun Kakna bagilah 15 yang Kakna, tak sama. Kakna
boleh bagi tapi berkias.
Fatimah: Kena mengikut kepada kemampuan murid?
Puan Farhana: Yes. I am your second mother, boleh ke nak jadi mak. Kakna boleh jadi mak
di sekolah kerana itu mek (mertua), and all my five children, Kakna balik Kakna boleh duduk
di sekolah sampai pukul berapa pun kerana makan tengahari memang anak-anak balik makan
dengan mek. Anak perempuan tiga-tiga semua sekolah Zainab, lepas sekolah Zainab, sekolah
asrama Seri Puteri, Tengku Kursiah yang nombor tiga sekolah Naim Lilbanat own her own,
boy pun sama. So, abang Karim pun independent, so Kakna boleh buat I as your second mother
in the school. Kakna boleh bawak budak balik ke rumah. Itu yang Kakna maksudkan I am your
second mother, any problem at all. Jadi bila kita kongsikan sebelum masuk kelas dan pada hari

39
pertama kita berjumpa. Bila dia kata Kakna bila nak datang lagi, yang itu yag kita nak dengar.
Bila kita berhenti di kemuncak, so dia akan kata, Kakna boleh tak Kakna datang lagi,
alhamdulillah.
Azizah: Ok, untuk setakat ini berapa buah sekolah Kakna kena handle untuk Kakna sendiri
berapa buah sekolah?
Puan Farhana: Untuk primary 32, untuk secondary 8 campur dengan Kadok 9. Kadok is a
special case. Kadok ialah TS25, pernah dengar TS25? TS25 ialah Transformasi Sekolah yang
bermaksud SMK Chengal sekolah pertama dan ini sekolah kedua. Sekolah tu di mould
mengikut acuannya sendiri. Jadi Kakna ialah rakan elit sekolah tersebut. Jadi apabila dipanggil
oleh pengetua Kakna dengan Hj, Suhaimi, SISC+ partner boleh tak datang sekolah, we have to
go, dan tahun ni rasanya dah pergi 10 ke 12 kali dah. Pagi petang pergi sekolah.
Azizah: Jadi dalam sehari tu berapa kali dan berapa buah sekolah boleh pergi?
Puan Farhana: Untuk pra bimbingan, untuk rapport kadang-kadang Kakna pergi dua sekolah,
tapi kena pandai pilih lokasi. Kalau hari Kakna ke sekolah rendah dulu, Kakna nak ke Seri
Ketereh along Seri Ketereh Kakna akan singgah satu lagi sekolah keran nak bina rapport.
Berjumpa dengan guru besar, bercakap, terangkan, maklum, hasrat kita, objektif tujuan
kedatangan kita, paling lama pun dalam dua jam. Lepas tu soal jawab habis. Kemudian I can
go to school. Untuk membina rapport. Tapi untuk coaching and mentoring, satu sekolah satu
hari. Dan bilangan GDB pula tak sama. Kadang-kadang sekolah memberikan empat orang,
kadang-kadang bagi seorang.
Azizah: Ikut sekolah, ingatkan kita kena apply.
Puan Farhana: Sebenarnya kami cuba limit, jadi kami limitkan jangan terlalu ramai bila ramai
pun susah juga nak bimbing. Dulu memang sekolah bagi, and then tahun apabila datang buku
3.0, kami limitkan kepada 12 orang satu sekolah. Kerana banyak subjek kan. So kita tumpu
kepada subjek yang betul-betul kritikal la. Tapi kami akan buat satu perbincangan di peringkat
PPD, kami ingat nak tukar sedikit strategi untuk sekolah menengah mungkin nak fokuskan, ni
pandangan peribadi Kakna, Kakna nak fokuskan kepada subjek wajib lulus dahulu. Iaitu BM
sejarah sekolah menengah supaya semua pelajar boleh lulus sejarah BM. Kemudian kalau
sekolah itu memerlukan bimbingan add maths, memerlukan BI dan matematik kami akan bantu
secara tambahan. Tapi fokusnya kepada yang wajib lulus. Ini cadangan dalam perjumpaan yang
akan datang lah.
Fatimah: Dari segi pelaksanaan PLC ni kan Kakna, pemantauan tu macam mana? Adakah
dipantau oleh guru besar sahaja ataupun pihak PPD ada juga memantau?
Puan Farhana: Kita tak pernah pantau. Cuma kita cadangkan beberapa tajuk-tajuk PLC yang
sesuai. Kalau sekolah mahu SISC+ buat PLC pun boleh. Tapi kita tak meletakkan bilangan.
Berdasarkan keperluan. Terasa banyak problemkan nak buat, and then analisis data salah satu,
kalau rasa tak boleh buat kita panggillah orang-orang yang berkenaan. Nak baca data, nak post-
mortem kita pergi bantu. Hazizi, banyak soalan dah terjawab?
Hazizi: Ya.
Fatimah: Banyak dah Kakna terangkan tadi dari segi PLC dan lain-lain.
Puan Farhana: Kami suka buat PLC, tapi bila kita pergi sebenarnya tak tahu nak off the rekod
atau tidak, itu kadang-kadang bila skolah buat pada hari sabtu cikgu pun masam manis. Ada
sekolah pula, PPD Bachok, Kakna tak pasti bilangan sekolah di Bachok, tapi setiap petang

40
pegawai kena keluar untuk bantu PLC. Kita terpaksa keluar sebab waktu kerja kita ialah 4.30
atau pukl 5.00. ada yang balik 5.30 tapi sekolah lah.
Fatimah: Pendapat Kakna, kenapa Bachok dapat jadi PPD yang terbaik? Sebab saya dengar
PPD Bachok ni yang terbaik setakat ini, apa yang dibuat?
Puan Farhana: PPD Bachok, Kakna tak berapa pasti aya yang di buat. Tapi PPD BAchok, dia
punya pendekatannya satu sekolah mungkin tak banyak. Jadi PPD Bachok, strategi yang dia
guna tu pun yang Kakna dengar la macam PLC la dan kami akan masukkan dalam kerja buat
kami juga. Tapi kita tak tahu sama ada sekolah boleh terima tau tidak. Jadi kami menetapkan
hari ahad petang kami akan ke SMK Sering pukul 2.00 sampai pukul 4.00, kita tak tahu sekolah
boleh terima atau tidak. Tapi kita akan cuba untuk beberapa buah sekolah untuk permulaan lah.
Sebenarnya bila kita PLC petang ke, hari sabtu benda tu sebenarnya membantu cuma cikgu ada
komitmen lain tak jadi juga. PLC tu senang je, membantu kita sebenarnya untuk, kalau kita
rasa kita dah ok tak ada masalah dan subjek kita bukan subjek yang menjadi drop band sekolah.
Kita taka da masalah dengan guru besar, dengan pengetua. Kakna alhamdulillah 28 tahun, tapi
kita ada masalah dengan subjek lain. Jadi kita tak nak subjek kita menjadi killer subjek. Jadi
bila ada killer subjek maka pengetua pun serabut la. Tapi Kakna tak berapa, ada juga pro and
cont bila seorang guru, macam Kakna, Kakna mengajar di Zainab Satu 28 tahun sebelum tahun-
tahun pertama kita tak pegang kelas-kelas peperiksaan lagi. Darjah 1, darjah 4, darjah satu
darjah lima kemudian pegang jwatan-jawatan yang lain. Tapi bila dia dah letak kita di tahun 6,
amanah tu kita cuba juga supaya, kalau di Zainab Satu bila Kakna kongsi, Kakna buat ceramah,
dijemput untuk menyampaikan ceramah, Kakna jawab dulu persoalan client kita. Saya Farhana
Lee Bt Abdullah berada di Zainab Satu sekian-sekian tahun. SK Zainab Satu sekolah
berprestasi tinggi, sekolah kluster, murid-muridnya latar belakang begini-begini dan bila saya
kongsikan dengan cikgu-cikgu saya nak cikgu tolak tepi bahawa Farhana boleh bercakaplah
kerana dia datang dari Zaina Satu. Bila kita mengajar 6 Almanda, 6 Bogenvilla, 6 Euginia. 6
Alamanda 40 orang pelajar 40 A. Targetnya ialah 40 A. 6 Bogenvilla 42 orang, kadang-kadang
39 bergantunglah, daripada 30 katalah 38orang, 30 tu A, 8 tu atas pagar untuk push A. 6 Euginia
15 orang, nak lulus semua. Saya mempunyai masalah yang sama dengan cikgu. Untuk kekalkan
A dan lulus sama je. Bila Kakna start ucapan Kakna, Kakna mengajar 3 kelas tahun 6 di Zainab
Satu. Kecemerlangan di tangan kita, 100 % pun di tangan kita. Dan apabila Kakna keluar
daripada Zainab Satu, 3 kelas Kakna mengajar, 3 orang cikgu. Tapi sebenarnya strategi tu
salah.
Fatimah: Sebagi seorang berpengalaman, nasihat Kakna untuk adik-adik.
Puan farhana: Love your profession, all out ikhlas dalam perbuatan. Tuhan tak balas pada
kita, balas pada anak-anak. Begitu je, alhamdulillah, apa-apa pun kita kena bersedia untuk
berkorban. Terutamanya cabaran masa sekarang, dengan masa, dengan perubahan yang
berlaku. DSKP nya dengan CEFR nya, banyak sangat perubahan yang berlaku. Kalau kita,
sama ada kita ikut arus atau cukup masa pergi sekolah cukup masa balik.
Fatimah: Tak ada jiwa.
Puan Farhana: Ye tak ada jiwa. Ajarlah, Kakna cintai profession sebagai seorang guru dan
anak-anak di sekolah itu adalah anak-anak kita. Alhamdulillah semualah, sampai hari ini anak-
anak, murid-muridkan sangat-sangat tak putus lagi hubungan ibu bapa bukan sahaja dengan
anak-anak tapi dengan rakan sejawatan kita dengan pentadbir dan ibu bapa. Ibu bapa sangat
ingat pada guru yang mengambil berat akan anak-anak mereka. Kita tak nafikan yang tak
pandai tu. Tapi kalau kita, 6E tu kan, kalau kita ajar, tak datang pergi ke rumah dengan perasaan
kita sebagai seorang ibu, dia rasa, dia boleh rasa benda tu dalam diri kita. Rumah ini, anak-
anak boleh datag. Kalau kelas tambahan tak datang, kenapa, ayah pergi China 2 minggu.

41
Budak-budak duduk dengan Kakna. Kakna anak yang mak ayah orang Temerloh, mak ayah
pergi menunaikan haji, orang luar, Arina Bakri. Teacher saya tak akan ke sekolah selama 40
lebih hari. Saya akan duduk di kampung nenek. Kenapa pulak sayang. So, dia kata mama and
ayah nak pergi menunaikan haji, so Kakna kata no, duduk dengan teacher dan dia duduk dengan
kita. Anak tu sekarang duduk di kemeterian, anak angkat, Arina Bakri duduk di bahagian
Sekolah Berasrama Penuh ada datang jarang-jarang. Ayahnya kerja di imegresen, jadi bila
Kakna menerima panggilan telefon daripada kementerian nak suruh ke Australia, hari jumaat
pagi, Kakna duduk jemur kain kat situ, jadi Kakna kata, nak pergi dalam masa 2 minggu ke 10
hari. Passport tak siap semua, pergi ke imegresen En. Bakri siapkan semua. Pergi pagi petang
pergi ambil. Mana boleh buat. Bila kita ada anak murid yang bekerja di apa, dentist, Kaklong
tu, ibu pertama kali jadi mak, tak pandai anak nangis-nangis sumbat putting anak pun jongang
sampai besar. Jadi bila kita pergi ke USM, pergi tanya klinik private nak buat, nak lima ribu,
berapa ribu. Dr. Zain tu mahal, dia anak dia semua di Zainab Satu, abang Karim kata pergilah
Klinik Zain murah sikit, mahal juga. Jadi pergi ke USM, 500 je. Anak murid. Bila kita pergi
ke hospital, pergi ke USM, pengarah hospital Dr. Salasawati anak dia semua Kakna mengajar.
So, bawa Mek pergi, Kakna call, Dr. Sal Im coming. Pergi USM Prof Sukari, alhamdulillah,
pergi ke pasar anak murid. Itu yang kerja besar-besarkan, alhamdulillah keberkatan tu datang
dari. Kakna lah I am very blessed, I am very blessed dengan mak mertua yang tak ada mulut,
senyap sangat baik. Jadi Kakna tak ada masalah, Kakna boleh kongsi dengan GDB Kakna
kenapa Kakna boleh bawak anak murid balik ke rumah, Kakna ada masa bekerja. Dia sebut,
Kakna you’re so busy with your work dengan sekolah, dengan PPD, dengan JPN kadang
dengan kementerian pergi sana sini. So, dia kata macam mana Kakna urus rumah, pengurusan
masa. Uruslah masa dengan bijak. Macam you all nak datang kan. Last night Kakna dah sibuk
untu abang Karim pasal dia ada mesyuarat. Lepas tu Kakna kata pa do me a favour, kalau gulai
tu dah ada satu, jadi kita boleh goreng daging, nasi kan. Jadi kena pandai la. Nak bangun nak
buat pun tak sempat jadi Kakna tolong dan Kakna kata cari gulai yang sedap. Itu je, dan
alhamdulillah anak-anak pun ok lah. Tak ada masalah, so far minta jauh la. Cucu pun ok,
hubungan kita dengan guru, jangan cari fasal dengan kawan-kawan and nasihat untuk adik-
adik, Hazizi mungkin tidak. Apa yang berlaku di sekolah mungkin mulut, bercakap,
mengumpat. Kakna kan cakap juga, Kakna apa-apa yang berlaku di sekolah, Kakna orang
terakhir yang tahu di Zainab Satu. Memang tak tahu sangat. Kita tak berapa tahu benda tu dan
Kakna nak cakap juga, dalam masa berkahwin dengan abang Karim ni Kakna ada juga masalah
rumah tangga. Bila kita terlalu sibuk dan kita rasa kita boleh urus diri, anak-anak dengan baik.
Abang Karim pun cabaran pada dia adalah, ada juga. Tapi berlakulah juga konklik rumah
tangga satu masa dahulu. Kita tak sedar pun kerana kita sibuk dengan kerja sekolah kita buat
ok dan dia ingat kita pun ok. Sehingga ada hamba allah telefon, Kakna duk mana, duk rumah,
abang Karim duk mana? Duk sekolah. Tak, tak ada kat sekolah. Jadi alhamdulillah, jadi kita
baiki hubungan kita, kita bercakap dari hati ke hati di mana silap saya, di mana silap awak kita
baiki. Bukan kata tidak ada masalah, ada. Hubungan suami isteri lah. Alhamdulillah. Jadi
apabila boleh bercakap dari hati ke hati, boleh selesaikan tapi mengambil masa. Kita ada ramai
kawan-kawan yang baik di sekolah yang pakat mendoakan kita supaya kita kekal baik. Mak
mertua pun sangat baik, mak-mak saudara. Jadi hubungan kita dengan manusia sangat penting.
Apatah lagi dengan Allah. Bila ok tak ada masalah. Akan berlaku masalah juga tapi boleh
settle.

42
Transkrip temu ramah guru SK Pauh Lima- Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Hazizi: Assalamualaikum puan. Boleh puan kenalkan diri puan dulu lah.
Puan Roselaili: Waalaikumussalam. Saya Puan Roselaili binti Ibrahim. Aaa guru Bahasa
Inggeris Sekolah Kebangsaan Pauh Lima. Telah mengajar di Sekolah Kebangsaan Pauh lima
sejak tahun 2003. Aaa mengajar Bahasa Inggeris selama 22 tahun.
Hazizi: Ok. Kalau dari segiiii… puan tau tak SISC+ ni?
Puan Roselaili: Lebih kurang tahulah.
Hazizi: Aaa apa itu SISC+ ni?
Puan Roselaili: SISC+ ialah School Improvement Specialist Coaching yang mana pegawai-
pegawai SIC+ datang ke sekolah untuk membantu guru-guru berkaitan dengan PdPc dan juga
untuk kemajuan murid-murid
Hazizi: Puan pernah dipantau oleh SISC+ tak?
Puan Roselaili: Pernah.
Hazizi: Daripada opsyen ke macamana SISC+ tu?
Puan Roselaili: SISC+ untuk sekolah kalau tak silap ada 3..untuk 3 subjek, Bahasa Melayu,
Sains..aa Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Untuk sekolah Pauh Lima, Puan
Farhana Lee yang datang untuk membantu.
Hazizi: Dia daripada JPN ke PPD?
Puan Roselaili: Daripada PPD
Hazizi: Daripada JPN ada tak?
Puan Roselaili: Aaa takde. Semua SISC+ berasaskan aaa berada di PPD
Hazizi: Secara keseluruhan SISC+ ni membantu cikgu-cikgu ke atau membantu cikgu ke
macamana?
Puan Roselaili: Bagi saya, yang datang ke sekolah pauh lima ni aaa banyak membantu kerana
Puan Farhana merupakan seorang guru pakar sebelum dilantik menjadi SISC+. Setiap kali
beliau datang, beliau akan membantu kita bagaimana cara untuk improve our students punya
performance. Dan juga kita juga aaa diajar bagaimana untuk mengendalikan kelas secara
bersemuka dengan dia, selepas diselia. Kadang-kadang dia datang selia di dalam kelas dan juga
dipanggil beramai-ramailah semua ahli panitia untuk memberi maklum maklumat ataupun
memdapat maklum balas daripada kitorang. Kalau kitorang ada masalah boleh tanya dan dia
akan memberi cadangan untuk aaa menyelesaikan masalah.
Hazizi: Ok dari segi…dari segi kebaikan ada keburukan tak tentang SISC+ ni?
Puan Roselaili: Ermmmm….
Hazizi: Atau menyusahkan ke? Dia datang mengganggu cikgu mengajar ke?
Puan Roselaili: Saya rasa kalau macamtu semuanya akan menjawab ya, tapi kalau difikirkan
secara positifnya kedatangan mereka walaupun kadang-kadang kita tidak duga dalam macam
sibuk sikit pun tapi bantuan yang diberikan tu amat penting untuk proses PdPc.
Hazizi: Ok bagaimana pulak dengan PLC

43
Puan Roselaili: Aa PLC aaa biasanya diorang akan datang untuk aaa bantu kita dan buat kursus
untuk kita. Aaa atau pun PLC juga kitorang buat waktu seseorang, salah seorang daripada guru-
guru yang salah seorang guru yang datang, yang pergi untuk berkursus dan kami akan
mengadakan PLC lah. Sharing information from the courses.
Hazizi: Dimana PLC tu dijalankan di sekolah nih?
Puan Roselaili: Untuk panitia Bahasa Inggeris kami membuat macam ermmm in house
training lah. PLC dijalan kan oleh orang erm guru yang pergi berkursus ataupun SIC sendiri
datang untuk memberitahu kita bahawasanya beliau akan mengadakan PLC untuk semua guru
Bahasa Inggeris. Jadi kita set up date, tempat semua sekali, and then kitorang datang untuk
mendapat maklumat daripada pegawai SISC
Hazizi: Biasa berapa kali buat PLC setahun ni? Adakah dia punya tetapkan empat ke tiga ke
setahun ke…
Puan Roselaili: Ermmm
Hazizi: Ke bergantung kepada guru yang….
Puan Roselaili: Bergantung kepada guru yang pergi berkursus ataupun apa-apa information
yang kitorang dapat, misalnya bagi yang mengajar tahun 6, PLC juga dibuat oleh QIT
sebenarnya iaitu sharing information mengikut QIT iaitu sekolah-sekolah yang berada di QIT
Melor pergi attend untuk dengar daripada penceramah dan juga kita panggil orang yang
berkelayakan untuk memberitahu kita tentang maklumat-maklumat terbaru.
Hazizi: Adakah PLC ni membantu guru atau macamman?
Puan Roselaili: Ermm kalau saya la, saya fikir memang membantu sangat-sangat terutamanya
sekolah yang mempunyai masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris yang mana sekolah kita
ni Sekolah Pauh lima kita ada 2orang guru yang bukan opsyen untuk mengajar Bahasa Inggeris
jadi PLC ni sangat membantu kerana merekalah, mereka akan merujuk kepada samada kepada
guru-guru yang lebih berpengalaman ataupun guru opsyen dan juga sewaktu aaa sic+ datang
pun diorang membimbing secara coaching secara personal lah untuk guru-guru yang tidak
opsyen tuh. Supaya tidak ketinggalan daripada aaa apa orang kata aaa format terbaru untuk
mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Hazizi: Ok bagaimana cara penambahbaikan PLC ni. Adakah menambah guru cemerlang ke
guru biasa ke penambahan opsyen ke melalui program PLC ni?
Puan Roselaili: Saya rasa kalau nak menjadikan ianya lebih berfungsi dengan lebih baik aa
elok kita adakan aa ketetapan untuk berapa kerap kita adakan PLC supaya kita sentiasa alert
dengan peredaran masa dan juga keperluan untuk ermmm mata pelajaran yang tertentu. Aaa
buat masa sekarang kalau mata pelajaran Sains tidak mempunyai SISC+ jadi kemungkinan
mereka tidak mendapat aaa kebaikanlah daripada SIC ni, sebab dia hanya ada untuk matematik,
bahasa melayu dan English sahaja.
Hazizi: Daripada kedua program sisc+ dengan PLC ni apakah kesimpulan yang dapat dibuat
oleh puan?
Puan Roselaili: Bagi saya SIC+ dan juga PLC memang memainkan peranan yang penting
untuk guru-guru kerana dapat membantu kita dalam menjalankan tugas seharian dan juga
menambah baik aaa pengetahuan sendiri untuk masa depan murid-murid terutama sekali
dengan dunia mencabar sekarang dengan kalau Bahasa Inggerisnya dengan 2 paper untuk
UPSR nya, dan juga kalau diikuti bahawasanya sekarang ni mulai tahun 2018 ni, buku teks

44
untuk tahun 1 dan 2 Bahasa Inggeris sudah tidak ada. Kita menggunakan buku suppermind
dimana guru-guru memang kene mencari dan membuat bahan sendiri, jadi dengan adanya PLC
dan SISC+ ni benda-benda tu boleh diatasi dan juga dapat bantuan daripada mana pihak lain
lah.
Hazizi: Ok. Terima kasih puan
Puan Roselaili: Aa sama-sama
Hazizi: Kerana membantu dalam pengajian kami ni. Terima kasih.

45

Anda mungkin juga menyukai