Anda di halaman 1dari 9

Apakah yang cikgu faham tentang

kepelbagian sosiobudaya dan adakah ia


wujud disekolah ini?
Pada saya, memang kalau jangankan kata
sekolah ni lah. Kalau di Sabah ni memang,
sosiobudaya ni memang wujudlah dan
terutamanya arr daerah Tawau. Kenapa?
Sebab dulu, kalau saya la, pendapat saya,
kalau dulu Tawau ya arh.. majarotinya adalah
suku kaum bugis, kan. Betulkah tidak? Tapi,
sampai hari ini, kerana wujudnya politeknik,
IPG, Hospital jadi besar, UITM pun ada sini k,
OUM pun ada di sini, macam-macam jadi,
kalau dulu kita mau jumpa orang yang
berbangsa dusun ni susah di Tawau ni. Tapi
sekarang sangat ramai kerana kem tentera
seja banyak. Di tawau ni, kem tentera kalau
saya tidak silap dari atas sana ada dua, kem
kabota satu, kem kukusan sana ada tiga unit.
Jadi ada enam. Jadi memang sosiobudaya ni
memang wujud. Macam kita punya murid, di
sekolah ni, apabila kita masuk, kita tanya
bangsanya pelbagai, apabila kita tanya latar
belakangnya anak polis, anak pensyarah. Jadi,
kalau murid macam yang kita buat enrolmen
tadi pagi, india ada, melayu ada, lain-lain ada,
cina ada. Kalau guru sama juga. Kita ada guru
melayu, kita ada guru cina, kita ada guru india
dan pelbagainya ada, okay. Boleh ?.

Kalau dari aspek murid, dari kelas sosial


ketara kah cikgu? Macam yang cikgu bilang
tadi, ada yang anak doktor….

Ohhh tidak ada. Memang tidak ada. Sama


saja.

Kalau dari segi bahasa dan komunikasi, sama


juga?

Sama juga. Maksudnya dorang boleh bersatu


juga walaupun lain-lain. Dorang boleh duduk
sama-sama, belajar sama-sama, main sama-
sama. Dia tidak ada gap, yang ini anak orang
yang kaya. Anak guru pun sampai kita tidak
tahu bahawa itu adalah anak guru. Sebab
apabila dia di dalam kelas, dia tidak
menganggap dirinya anak guru. Kita denda kah
apa dia terima seja. Haa maksudnya, ada
orang ni, apabila kita masuk, mungkin satu hari
nanti kamu akan lalui. Kalau kamu masuk kelas
tu, ihh ni anak guru nda berani kamu cubit.
Kebetulan lagi guru disekolah tersebut. Tapi
disini tidak ada.

Oh tidak ada.

Hah, maksudnya dia anak saya kah, anak GB


kah kalau kamu denda dorang okay, murid tu
okay. Dia tiada rasa yang dia anak GB apa
semua. Ha tu yang bestnya kalau di sekolah ini
yang saya nampak (tersengih).

Ohh, kalau dari gaya belajar yang macam kami


tau, sini ada murid MBK. Ramai kah murid
MBK sini?

Boleh tahan juga lah. Kalau MBK untuk tahap


dua ni, ada lebih kurang dalam lima enam
orang.

Ada cikgu yang spesifik ka atau semua cikgu


boleh handle murid MBK?

Ya, sebab MBK banyak kategori. Kategori MBK


yang ada disini kalau saya tengok adalah dia
lembam. Untuk tahap dua la, lembam. Lembam
maksudnya, dia masih boleh communicate,
untuk dia memahami, untuk dia respons
mungkin lambat. Tapi dia tidak menyebabkan
gangguan kepada pembelajaran lah.
Maksudnya apabila kita membuat
pembelajaran, lepastu nanti kita mau fokus
kepada dia, boleh. Haa. Selepas kita buat pdp
untuk murid-murid lain, kan kita mesti ada
kepelbagaian juga kan. Jadi kita pigi jumpa dia,
ok, kau buat ini,kita susunkan dia. Ok
maksudnya kita boleh follow. So MBK ni, kalau
kamu perasan, kemarin ada satu murid tu
dalam bilik guru. Ah itu, dia tidak boleh masuk
kelas. Tahun dua ka tahun tiga. Terlampau
agresif. Kalau dia masuk kelas, kawannya
confirm cedera.

Ohhh.

Em, jadi MBK ni ada banyak. MBK di tahap dua


ni kita ada hanya lembam lah maksudnya.
Insya Allah mungkin dia akan berubah, tapi
makan masa lah. Untuk dia membaca suku
kata boleh, tapi untuk membaca lancar tu,
walaupun hakikatnya tahun lima tahun enam,
mungkin agak lambat lagi. Haa.

Tapi dia tidak menganggu juga lah.

Tidak. Dia tidak menganggu PdP la.


Maksudnya dia boleh follow, cuma mungkin dia
tidak faham, yang itu kita perlu special sikitlah.
Macan mana kalau dengan prestasi murid. Dia
ikut kena bagi-bagi ka atau dalam satu kelas tu
campur ja? Ada kelas belakang, kelas depan?

Tiada. Kita tiada streamig. Ha itu panggil kelas


streaming kan. Kalau disini tiada kelas
streaming.

Maksudnya, dalam satu kelas tu semua..

Pelbagai. Kecerdasan pelbagai lah. Memang


ada yang sederhana, memang ada yang aaa
kemahiran tinggi kan, ada yang rendah. Semua
ada.

Kalau dari segi sekolah, macam mana pula dari


aspek tempat. Adakah dia bagi kesan, macam
sekolah ni bukan di bandar betul kan. Dia
hampir ke bandar tapi bukan. Ada beza
betulkah, bagi impak dengan sekolah. Macam
kebanyakkan sekolah di bandar macam
sekolah Yuk Chin, Kung Ming semua, ada
nampak beza dengan sekolah ni? Dia ada bagi
jurang ka?

Sama seja. Macam yang saya cakap tadi, aaa


awal pagi, untuk pengetahuan kamu, kenapa
ada STEM? Ini adalah sekolah pertama di
daerah Tawau untuk mewakili negeri Sabah di
peringkat kebangsaan sebagai rintis STEM.
Ok, jadi maksudnya Yuk Chin St. Patrick apa
semua tu memang bagus juga lah, tapi kita
yang rintis, maksudnya next time kalau dorang
perlu maklumat apa apa kita yang akan dirujuk.
Ok satu. Lepastu macam juga yang serasi. Kita
ada program serasi. Dua sekolah yang terpilih
untuk mewakili Tawau ke Peringkat negeri ini,
SK Kinabutan juga. Ah jadi maksudnya, bukan
kita cakap kita hebat, tapi di Tawau ni memang
ada tempat haa. Serasi ni dia program
berkenaan alam sekitar. Tu lah kalau kamu
perasan, kita kumpul bunga, guru-guru kumpul
pasu-pasu apa semua tu barulah kami,
mungkin laporan tu akan dibuat dalam bulan
mei nanti bermula dari sekarang. Jadi kalau
kita cakap pembelajaran, teknik pembelajaran
ka, mungkin kelemahan kita di sini mungkin
capaian internet lah. Itu seja yang menganggu.
Mungkin tidak stabil. Bukan internet tidak ada,
ada. Tapi tidak stabil lah. Kadang ok, kadang
laju, kadang tidak. Ah itu seja.

Oh jadi kalau disekolah ni, kalau mengajar,


selalu ka cikgu pakai TMK ataupun kurang
sebab capaian internet.

Ok, untuk TMK, kalau arrr sepanjang saya di


sini hampir tujuh bulan ni, memang guru-guru
banyak guna TMK juga. Dan keputusan kami
mesyuarat pada hari sabtu yang lalu, memang
tahun ini kami cuba buat, setiap minggu tu ada
subjek yang akan buat menggunakan Delima.
Delima ni Digital Learning Malaysia. Inisiatif dia
untuk Malaysia. Di dalam tu dia ada canva, dia
ada padlet, dia ada quizezz apa semua.
Semua ada didalam tu. Jadi saya minta, ar
untuk sesi 2023/2024 saya cuba minta guru-
guru buat melalui Delima. Jadi, walaupun tidak
selalu, mungkin dua minggu sekali saya minta
semua subjek akan guna soalan menggunakan
quizzez, padlet dan sebagainya.

Emm, kalau murid sini ada kelas


pemulihankah?

Ada.

Yang MBK tu masuk kelas pemulihan?

Arr yang MBK dia akan ikut kelas pemulihan,


tetapi yang pemulihan yang sebenar ni ialah
memang yang boleh lepas saringan lah.
Maksudnya murid itu adalah murid yang bukan
dalam kategori MBK tapi dia masuk dalam
kelas pemulihan kan. Tapi murid ini akan
dibimbing sehingga lepas bebera konstruk
yang diperlukan. Macam MBK ni kita tidak
pasti, sebab dia suda declare MBK, kita tidak
pasti bila dia lepas konstruk ni kan. Tapi yang
pemulihan ni memang guru pemulihan cuba
buat ikut susunan konstruk sehingga dia capai.

Kalau etnik disini, macam kita tadi pagi ada


india, ada cina kan. Jadi sekolah ni sambut
setiap perayaan kah atau yang majoriti ja?
Macam raya ja kena sambut.

Ya, selalu kita disini kita sambut hari raya


sahaja.

Pada pendapat cikgu, bagaimanakah


kepelbagaian sosiobudaya itu dapat
memberikan kesan kepada sekolah. Apa kesan
kepelbagaian sosiobudaya budaya tu.

Kesan dia kepada sekolah kita?

Ya kepada sekolah.

Kalau saya, apa effect dia kepada sekolah kita


apabila ada kepelbagaian ni, kita banyak input
yang kita tidak tahu la. Sebab, kalau saya,
kaum. Sebelum ini saya, macam saya cakap
tadi, saya sudah 18 tahun di sekolah lain di sini
baru masuk tujuh bulan. Saya tidak pernah lalui
yang saya ni ada murid cina, saya ada murid
india, saya ada guru cina, saya ada guru india,
tidak pernah. Waktu saya disana, guru tidak
ramai dan arr kami majoriti melayu dan hanya
seorang iban la. Jadi apabila saya masuk sini,
kita tengok macam mana chinese bekerja
dengan saya. Maksudnya ok, maksudnya
tiadalah yang susah untuk kita berkomunikasi.
Sebab, kita ni cikgu, kalau saya tengok dia
punya bahasa pun, memang kita pandai susun
dan sebagainya. India pun sama. Jadi arr effect
dia kita banyaklah input. Macam contoh, kita
ada guru india daripada kuala lumpur. Kuala
Lumpur adalah bandar besar, dia pernah
mengajar disana lima tahun ok. Apabila dia
sampai disini, kita mahu tengok adakah jurang
kita punya teknik pengajaran apa semua.
Nampaknya tidak juga. Tiada juga jurang.
Sama juga cara kita bekerja, cara kita
mengajar, kita punya pedagogi, apa semua
sama sahaja daripada guru yang datang
daripada bandar besar ini dengan sekolah
yang ada ni. Jadi kepelbagaian budaya ni,
kalau dia daripada sekolah tamil, sekolah cina
apa semua, maksudnya lebih kurang lah.
Cuma kalau sukatan tu memanglah ada beza
sikit kan. Cuma kalau saya cakap pasal
sosiobudaya ni, kita punya komunikasi dengan
dorang pun ok, kerjasama pun ok. Ok la. Jadi
untuk sekolah ni, maksudnya, apa kesan dia,
tidak berapa nampaklah. Tapi yang positifnya,
semua aktiviti dapat berjalan dengan baiklah.

Soalan seterusnya, Sebagai seorang guru,


apakah cabaran anda dalam menghadapi
kepelbagaian sosiobudaya disekolah.

Kalau disini tiada masalah. Kalau sebelum ini


mungkin saya ada masalah. Sosiobudaya yang
ada disekolah saya sebelum ini saya ada
masalah sebab dia punya slang bahasa, pelat-
pelat dia tu saya belum dapat sepenuhnya,
pada mula-mula dulu lah. Sudah lama-lama ok.
Ah itu ada gangguan sikit. Apa dia maksud
budak ni. Haa kan. Saya anggap tempat tu luar
bandar, dan dia menggunakan ah pelat murut,
pelat iban, jadi saya bilang, aduh apa maksud
dia ni. Kalau disini buat masa ni tidak ada.

Jadi macam mana cikgu atasi cabaran tu.

Waktu saya berada di sana, saya.. kalau saya


waktu tu, cara saya ialah dengan saya makin
rapat dengan murid. Bukan juga saya
rendahkan saya punya ego, tetapi saya duduk
dengan dorang supaya saya lebih senang
faham apa sebenarnya slang ini. Saya tau
suda, kalau dia kata begini, maksudnya ini. Ha
kan, cara saya atasinya saya selami lah
dorang. Banyakkan masa dengan dorang.
Duduk dengan dorang di padang, duduk
dengan dorang di bilik muzik, sambil-sambil
saya selami dorang punya sosiobudaya dorang
tu. (ketawa)

Anda mungkin juga menyukai