Anda di halaman 1dari 4

PROTOKOL TEMU BUAL

Berikut merupakan soalan yang diajukan kepada kepada guru/responden;

1. Bagaimanakah latar sosiobudaya murid di sekolah ini?


2. Apakah masyarakat atau ibu bapa mempengaruhi tingkah laku murid di
sekolah?
3. Apakah kesan kepelbagaian sosiobudaya di sekolah ini?
4. Sebagai seorang guru, bagaimana anda menghadapi kepelbagaian
sosiobudaya di sekolah ini?

*Soalan berubah mengikut jawapan yang diberikan oleh guru bahkan soalan yang
diberikan akan diperjelaskan agar lebih mudah difahami dan dijawab oleh responden.
Transkrip Temubual

Penemubual: Bagaimana dengan latar belakang murid sekolah ini dari segi kaum, bahasa,
dan komunikasi?

Cikgu Khairul: Ok, selama lebih kurang tiga tahun lebih saya masuk sini…banyak beza suku
kaum..contohnya di sini..sini ada bugis, ada tidung, ada suluk, ada bajau..jadi antara
kesemua ini..daripada murid tahun 1 hingga tahun 6..dari sudut budaya bahasa lebih
kurang sama dengan kita..dari konteks pembelajaran diorang ni, memang amat lemah
lah..konteks pembelajaran Bahasa Melayu..dorang amat lemah untuk menguasai ahh
Bahasa Melayu dengan sempurna.. Sebagai contoh, kita cakap lain diorang buat lain. Itu
bukan sahaja dalam kelas, even kat luar sekalipun macam kite kat sini..sini kau..sini kau..
Minta tolong ini..ini..contoh ada projek untuk diorangkan di luar kelas, di suruh buat lain..di
suruh buat lain yang dia buat..lain kefahaman..kat sini kita boleh tau..aaa..kepelbagaian
bangsa di sini ni tak juga menyusahkan guru tapi cikgu ni dia lebih kreatif kan..lebih kreatif
mudah untuk mempelajari..aaa..faham apa bahasa budak-budak ni walaupun kita guna
Bahasa Melayu..bahasa seharian kita..walaupun diorang tak faham, lama kelamaan
diorang bolehlah menguasai dengan baik..aa Cuma dari sudut pembelajaran amat
lemahlah dari sudut bidang bahasa Melayu..kalau dari sudut penulisan amat lemah tetapi
kalau dari sudut percakapan la..percakapan, perbualan, atau komunikasi dari kelas atau
luar daripada kelas..aaa tiada masalah..diorang boleh faham sikit demi sikit..mungkin tahun
1..tahun 2 ni, di agak..apa orang cakap.aaa..tahun 1 tahun 2 ni tak brapa faham apa kita
cakap..kadang-kadang sampai kau mengajar, tiga empat kali kau cakap baru dorang
faham..faham pun tak betul-betul lagi..kira baru dapat sikit-sikit..bila diorang dah naik ke
tahun 4 tahun 3 ataupun tahun 4..aa dekat situ proses pembelajaran mereka terhadap
bahasa Melayu dan subjek-subjek lain ada kemajuan lah..walaupun dalam bidang
komunikasi diorang tu agak sukar diorang nak faham kita cakap..mungkin itu dah
penguasaan diorang, mak bapa diorang kat rumah ajar mereka macam tu..kita cakap belon
diorang cakap lain...kita cakap ketuk diorang cakap lain..haa macam tu diorang faham lain..

Penemubual: Ahh itu dari sudut bahasalah. Dari sudut tingkah laku macam mana cikgu?

assalamulaikum Tingkah laku budak-budak kat sini rata-ratanya sederhana..nak cakap


jahat tak jahat, nak cakap baik sangat pun tak tapi dia lebih sederhana..lebih
menghormati..aa itu yang bagus lah..dia lebih menghormati guru atau pun ada orang-orang
datang..tetamu,contoh pegawai ka..anu kah apa kah..diorang akan
ramahla..assalamulaikum pak cik, assalamulaikum cikgu..haa macam tu

Penemubual: Adakah masyarakat ataupun ibu bapa di rumah mempengaruhi diorang


punya tingkah laku?

Cikgu Khairul: Pengaruh ibu bapa di rumah lebih banyak daripada cikgu pengaruh diorang
di sekolah..tapi secara tak langsung bukan semualah..mungkin ada ibu yang bukan
warganegara ataupun diorang memang betul-betul orang kampung..jadi sikap tak berapa
kemas..dia punya tingkah laku pun tak berapa kemas la..contoh kita tengok diorang hantar
anak, muka tak mandi..main hantar je anak..kadang-kadang anak dia pun tak mandi..kalau
macam saya la kan..kasi siap mana-mana kerja rumah yang cikgu bagi jangan buat di
sekolah besok pagi saya tak suka..saya ni guru kelas jadi saya tak nak tengok anak murid
saya datang pagi buat kerja kat situ padahal cikgu bagi buat kat rumah..dan saya akan
panggila bapa dia..dan selalunya bapa dia tak datang..dan kalau bapa dia tak datang kami
akan create satu program motivasi untuk ibu bapa murid tahun 5 dan tahun 6..kami akan
libatkan kedua ibu bapa tapi bukan slot yang sama dengan murid..

Penemubual: Di sini pernahkah berlaku pergaduhan antara kaum-kaum murid ni..macam


bugis bergaduh dengan bajau ka..atau adakah yang tidak mahu berkawan antara kaum?

Cikgu Khairul: stakat ni tiga tahun lebih saya duduk kat sini tak da lagi la stakat ni..Cuma
kalau bergaduh pun budak-budak sekolah la..tiada la perkara sampai melibatkan kedua-
dua ibu bapa datang..

Penemubual: Apakah kesan kepelbagaian budaya disini terhadap profesion guru?

Cikgu Khairul: Stakat ni tak da masalah pun..dia tak da ganggu kami punya kerja…ada pun
dari adat bangsa Suluk..Biasanya dia pengaruh cikgu dari masalah ketidakhadiran
sahaja..sebagai contoh, baru-baru ni ada murid yang kematian pakciknya ka..dari segi adat
saya tak faham. Jadi saya tanya..saya tanya..jadi maksudnya apabila salah seorang
keluarganya mati..semua adik beradik dia ni perlu ada satu minggu di tempat keluarga si
mati..dari kerjaya guru tiada masalah. Cuma dia mengganggu diorang punya kehadiran
sahaja..jadi dekat sini kita tanda sejala tidak hadir kira pontengla..biasanya tiga hari
berturut-turut tidak hadir tanpa sebab akan keluar satu surat untuk pengetahuan ibu bapa..
Penemubual: Kalau macam tu, terima kasih ustaz. Kami ucapkan semoga maju jaya dan
sukses dalam bidang keguruan. Terima kasih ustaz

Anda mungkin juga menyukai