Anda di halaman 1dari 28

Isu Cikgu suka bermain Facebook di sekolah

Dalam isu cikgu-cikgu bermain facebook di sekolah, rasanya ramai yang ada
pandangan yang berbeza. Seperti yang kita tahu, memang kebanyakkan sekolah
sekarang samada sekolah rendah ataupun sekolah menengah memang mempunyai
talian internet. Kena pula talian internet itu menggunakan Streamyx dan kita semua
maklum talian itu memang sangat laju. Jadi, mari kita bincang bagus ke tak ada
internet kat sekolah ni..
1. Dengan adanya kemudahan internet, cikgu boleh membayar bil-bil yang
tertunggak seperti bil elektrik, bil telefon, bil kad kredit dan bil-bil yang boleh kita
bayar secara online. Malah, ini bukan sahaja menjimatkan masa, ianya juga
membantu cikgu-cikgu merancang kehidupan mereka dengan lebih lancar. Jangan
anda tidak tahu, ramai cikgu-cikgu ni kebiasaannya akan keluar sekejap dalam jam
11-1 petang hanya untuk membayar bil-bil tersebut. Itu hal dulu. Kini, dengan
kemudahan internet, semuanya boleh dilakukan dengan beberapa minit sahaja. Jadi,
cikgu-cikgu ni tak perlulah buang masa keluar pergi bank atau pejabat pos untuk
bayar bil. Sekaligus mengekang cikgu-cikgu ni dari melepak di luar sekolah dengan
lebih lama. Bukankah itu lebih bagus? Cikgu masih ada disekolah dan tidak diluar
sekolah? Yang mana satu anda mahu?
2. Ramai cikgu-cikgu yang menggunakan internet untuk mencari bahan bantu
mengajar. Ini tidak dinafikan. Tapi tidak dinafikan juga ada yang menggunakannya
untuk hal-hal peribadi termasuklah buang masa yang begitu lama di Facebook.
Mungkin terjumpa kawan lama, itulah agaknya sampai berborak 2-3 jam sampai tak
masuk kelas. Tapi rasanya takdelah yang borak sampai begitu lama bukan?
3. Tidak kurang ada yang membayar hutang PTPTN melalui online dan aku salah
seorang daripadanya. Sejak 3 tahun lepas, tidak pernah miss untuk bayar dan
mungkin pada tahun ini aku akan berjaya melangsaikan hutang itu. Itu hasil yang
bagus bukan?
4. Bertukar-tukar pendapat dengan cikgu sekolah lain. Jangan tak tahu, ramai cikgu
terutamanya cikgu-cikgu muda yang mahir menggunakan internet menggunakan
internet untuk bertukar pendapat. Malah, ada yang menghantar data atau file
menggunakan internet. Wujudnya skype, Yahoo Mesengger dan MSN Mesengger
sangat membantu untuk bertukar pendapat dan menghantar file berbentuk pdf atau

word. Fail-fail itu sangat ringan dan mengambil masa beberapa minit untuk
didownload. Jadi, ini satu lagi point yang baik untuk menggunakan internet. Malah,
ada yang berkenalan dengan cikgu dari negeri yang berbeza dengan menggunakan
Facebook. Ini yang bagus. Cuma mungkin ada yang menggunakan Facebook untuk
tujuan yang kurang sesuai seperti skodeng gambar-gambar perempuan yang comel
atau lelaki yang kacak. Jangan tak tahu, ramai guru-guru perempuan yang comel
dan manis. Tak kurang juga banyak guru-guru lelaki yang kacak dan berbadan sasa.
Itu agaknya yang dok lama lepak kat Facebook.
5. Kebiasaannya cikgu-cikgu bermain di Facebook pada waktu mereka tidak
mengajar. Adakah ianya tidak wajar dilakukan? Apakah perbezaan berborak kosong
di kantin dan berborak di Facebook? Sama sahaja bukan?
6. Bagaimana pula cikgu-cikgu yang bergosip sana sini dan menyebarkan fitnah
serta yang mempromosi barangan samada tupperware atau kuih raya ataupun
menjual tudung dan baju kurung? Ni biasanya cikgu perempuan lah. Adakah ini
lebih teruk berbanding bermain di Facebook dalam setengah jam ketika waktu
lapang?
7. Ada kes cikgu masuk lambat kerana bermain Facebook terlalu lama. Tapi itu
rasanya kes terpencil. Cuma dibesar-besarkan sahaja. Cuba plak fikir bila ada cikgu
yang lambat masuk kelas kerana pergi makan tengah hari atau breakfast di luar
sekolah? Apa pula dengan cikgu yang masuk kelas kerana melepak di kantin sampai
terlupa waktu kelas masing-masing? Teruk sangat ke bermain facebook?
8. Biasanya golongan guru muda dikatakan kuat bermain facebook sehingga
mengabaikan sesi pembelajaran dan tugas-tugas guru yang lain? Tapi tahukah anda,
lebih ramai guru-guru yang veteran yang sangat malas untuk buat kerja berbanding
guru-guru muda?Adakah anda tahu tidak ramai guru-guru lama yang tidak tahu
menggunakan internet dan microsoft office? Masa itulah nanti guru-guru muda dicari
untuk meminta pertolongan..
9. Tahukah anda guru-guru yang bermain di Facebook itu mempunyai daya
imaginasi yang lebih luas berbanding guru-guru yang tidak bermain di Facebook?
Tak percaya? Anda boleh lihat sendiri dari segi pengetahuan, teknologi dan keadaan
semasa.

10. Tahukah anda berapa ramai pengetua atau GPK sekolah yang mempunyai
akaun Facebook untuk berinteraksi dengan guru-guru lain ataupun para pelajar? Ini
sekaligus mampu memantau kegiatan guru dan pelajar yang bermain facebook.
11. Bermain facebook mungkin salah satu cara untuk guru-guru melepaskan tekanan
atau mencari sedikit hiburan selepas berpenat-lelah mengajar pelajar dan
menguruskan perkara yang berkaitan dengan sekolah. Ini lebih bagus daripada guruguru tersebut memendam rasa, bermuram durja, sakit hati, melepak diluar sekolah
atau berhenti kerja.
12. Tahukah anda pekerjaan guru merupakan salah satu pekerjaan yang sangat
stress dan memenatkan selepas perdana menteri dan doktor?
Dan ada banyak point lagi. Kita tahu, bila isu facebook ini dipanaskan sekaligus
ianya akan merujuk kepada cikgu-cikgu muda. Kenapa? Tak ramai cikgu-cikgu lama
yang tahu menggunakan facebook dan mungkin ada yang tidak tahu apa itu
facebook. Tapi kita tak boleh nak kata mutu guru itu tidak bagus atau disiplin itu tidak
bagus. Setiap orang ada caranya dan jika guru masuk kelas, mengajar dengan baik,
budak faham apa yang diajar serta tidak menimbulkan masalah, aku tidak rasa
menggunakan facebook itu satu kesalahan besar. Ini juga salah satu bentuk
pembelajaran. Jika kita tahu menggunakan facebook untuk kebaikan, kita akan dapat
banyak perkara yang lebih bagus dan boleh dikongsikan bersama. Cuma bab isu
facebook ini bukanlah masalah besar tapi ianya tetap perlu diberikan perhatian.

Posted in: Dunia Guru , Guru Malaysia , Masalah dan Kes Disiplin , masalah
guru , Pendidikan |Tagged: bayar ptptn , bermain facebook di sekolah , cikgu
buang masa dengan facebook , cikgu malas , cikgu suka habiskan masa di
facebook

, cikgu-cikgu

bermain

facebook

, dilemma

guru

muda , facebook , facebook untuk kebaikan , guru muda main facebook , guru
suka main facebook , isu facebook , kebaikan facebook , keburukan
facebook , kes guru baru , kes guru lama , kes guru malass , kes
pendidikan , kesalahan bermain facebook , masalah cikgu baru , masalah disiplin
guru , masalah facebook , masalah guru muda , masalah guru-guru
muda

, menyalahguna

internet

di

sekolah

, pantau

guru

bermain

facebook

, pekerjaan

paling

stress

didunia

, pembelajaran

terbantut , penyalahgunaan facebook , tak boleh bermain facebook

Bila pelajar kita tak buat kerja sekolah..


Posted by cikgu malaysia on March 17, 2010 6 Comments
Pernah tak perasaan korang sebagai guru bengang atau bengkak bila ada pelajar
atau murid korang yang tak buat kerja sekolah atau kerja latihan yang diberikan?
Aku rasa ramai yang dah mengalami masalah ini. Bukan apa, kadang-kadang ramai
cikgu yang tak tahu bagaimana nak tackle pelajar untuk buat kerja yang diberikan.
Yelah, bila kita dah bagi kerja, diorang buat bodoh aje. Lagi-lagi bila kena dengan
pelajar yang sombongnya mengalahkan Firaun. Berlagak macam dia anak raja atau
putera kayangan. Dia tak tahu yang dia tulah yang banyak buat masalah, yang suka
mengacau perempuan dan yang terlibat dengan masalah disiplin. Semuanya nak kita
suap. Kalau korang dapat pelajar macam ni, apalah yang korang akan lakukan untuk
membuatkan dia ikut cakap kita?
Takkan nak rotan pelajar sampai lebam-lebam? Takkan nak terajang pulak dia
kan? Takkan nak bagi tumbukan padu maut dekat budak mentah tu? Takkanlah
pulak kita nak berdiri atas meja? Kang pitam budak tu, kan dah satu kes pulak. Jadi,
bagaimana agaknya cara atau tips untuk kita tackle agar pelajar-pelajar ni
mendenger cakap?
Ini cara yang pernah aku lakukan. Mungkin sesuai. Mungkin ada yang pernah buat.
Mungkin juga kurang sesuai dengan sesetengah tempat dan kawasan di Malaysia ni.
Tapi alhamdulillah, ianya kena dengan pelajar-pelajar aku. Cara aku simple. Kita
mesti denda mereka. Tak perlu denda berat-berat. Tak perlu suruh diorang jadi
hamba abdi. Tak perlu suruh diorang berdiri kat tengah padang. Cukup kalau kita
suruh dia menyanyi lagu negaraku atau lagu sekolah. Nampak macam senang aje
kan? Mesti semua orang boleh buat. Tapi kali ini, korang suruh diorang nyanyi lagu
tu dekat bilik pengetua atau bilik GPK HEM atau dekat kelas tingkatan satu. Jika
kelas yang kita ajar tu tingkatan 5, korang suruh pelajar tingkatan 5 tu, nyanyi lagu
negaraku kat kelas tingkatan satu. Biar diorang tahu malu sikit bila diorang gagal
untuk menyempurnakan kerja sekolah yang diberikan. Alhamdulillah, cara ni berjaya
buat pelajar aku yang cukup liat buat kerja sekolah untuk mula buat kerja sekolah.
Biarpun mula-mula diorang ni tiru kerja kawan-kawan diorang, tapi lama-lama
diorang akan sedar dan mula buat kerja rumah tu sendiri.

Dan jangan lupa, berikan sedikit pujian. Pelajar-pelajar kita ni dahagakan pujian.
Jangan

marah-marah

aje

dalam

kelas.

Jangan

cuba

memperbodohkan

mereka.Jangan cakap perkataan bodoh pada mereka. Hulurkan bantuan,


berikan senyuman, titipkan pujian pada mereka. Insya-Allah, diorang akan ikut cakap
kita. Bukan untuk kita, untuk kebaikan mereka juga. Niat dalam hati, kita mahu
mendidik mereka dan mereka adalah amanah kita. Insya-Allah, kerja kita akan
dimudahkan.

Artikel 2: Isu Guru Menjalankan Kerjaya Sambilan dan Berniaga


1.0

PENGENALAN ISU

Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan disanjungi.
Guru merupakan seorang yang akan dikenang jasanya oleh anak didiknya hingga ke
akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya tersendiri di mana
guru dianggap segala-galanya. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang dan
menjadi

orang

yang

dihormati

serta

disegani

dalam

masyarakat.

Walaubagaimanapun, profesion perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu


hangat yang diperkatakan seperti isu penyalahgunaan dadah, salah laku seks,
rasuah, salah guna kuasa, mendera, sakit mental dan sebagainya. Isu-isu yang
diperkatakan menjadi semakin bertambah hari demi hari yang menampakkan
keburukan serta kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu sendiri
walaupun ianya berpunca dari individu tertentu yang bergelar guru.
Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan boleh
menjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun
menurut satu laman web (artika.com), isu adalah suatu masalah yang dikedepankan
atau diperkatakan untuk ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga merupakan suatu berita
yang tidak jelas asal usulnya dan tidak terjamin kebenarannya.
Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang
haruslah mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilainilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut.
Etika ditakrifkan sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang berurusan dengan
apa yang baik dan tidak baik dan dengan kewajiban dan tanggungjawab moral
(Harold Koontz & Heinz Weihrich Pengurusan terjemahan Mohd Salmi Mohd
Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar DBP).
Istilah etika atau ethic berpunca daripada perkatan Greek ethos yang bermaksud
perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995), etika
bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.
Pengertian dari sudut Islam pula menyatakan etika adalah akhlak. Manakala dalam
konteks pekerjaan merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap
amanah yang dituntut oleh syarak.
Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak atau tingkah
laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspek-aspek

moral yang baik atau buruk serta betul atau salah sebagai panduan kepada ahli-ahli.
Dalam

kehidupan manusia memerlukan satu sistem atau panduan untuk

menentukan mereka bertingkah laku. Perkara ini mendasari perkembangan etika


dalam masyarakat tersebut.
Menurut sarjana barat, J.L. Mackie beliau mentakrifkan etika sebagai disiplin yang
dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan
garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorag. Menurut A.R. Licey
dan W.L. Reese, etika dikatakan sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan
tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang
atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dari sudut pandangan ahli
falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan
kelakuan manusia.
Etika juga dikatakan menggariskan semua panduan yang bertujuan meningkatkan
tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban,
peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional
mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benarbenar peribadi. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang
bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas bahawa etika berkaitan dengan
pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut
membawa seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol,
sempurna, berhemah dan berkesan. Di samping itu juga, etika melihat secara
khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan
selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia.
Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan memberi komitmen yang tinggi
terhadap tugas sebagai pendidik yang baik. Media massa banyak melaporkan
pelbagai kes dan isu seperti guru memukul murid, guru menerima rasuah, guru
pecah amanah, cikgu cabul murid dan sebagainya yang menarik perhatian umum
serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Namun kes-kes seperti ini semakin
meningkat setahun demi setahun. Berdasarkan pelbagai isu yang berkaitan dengan
guru dan keguruan ini, maka saya telah memilih satu artikel yang bertajuk Guru
menjalankan kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai kerja sambilan. Saya
berpendapat bahawa isu ini melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika
profesion perguruan.

Fenomena masyarakat yang bekerja sambilan merupakan perkara asas yang jarang
diperkatakan. Namun ia bukan sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat
termasuk di kalangan guru pada hari ini. Guru-guru di Malaysia umumnya tidak
diketahui secara jelas sejauhmana seriusnya mereka terlibat dengan aktiviti
pekerjaan sampingan. Bahkan, untuk mengetahui statistik sebenar golongan yang
bekerja sampingan, ia tidak mudah untuk diperolehi disebabkan kebanyakan mereka
yang terlibat tidak bersedia untuk membuat pengakuan atas alasan-alasan yang
tersendiri. Walaubagaimanapun, fenomena ini dapat dilihat di kebanyakan sekolah
berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan oleh guru-guru sendiri di sekolah
masing-masing. Kerja sampingan merupakan istilah yang membawa maksud
seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang dapat menambahkan
pendapatannya walaupun memiliki kerjaya utama.
Guru merupakan golongan profesional yang diberi peranan penting sebagai agen
perubahan dalam masyarakat. Menurut Noriati et. al. (2010), guru yang komited
diperlukan untuk menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti dan berpegang teguh dengan strategi-strategi akauntabiliti yang berkesan.
Guru sebagai kakitangan sekolah pula harus memberikan sepenuh komitmen
kepada pihak pentadbiran bagi melancarkan urusan berkaitan pengurusan sekolah
selain memberikan sokongan padu dalam merealisasikan visi dan misi sekolah yang
telah digariskan (Abdullah Sani et. al. 2007).
Komitmen guru menjadi salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan
perubahan sesuatu dasar dan agen pendidikan yang dirancang. Malah ia bukan
sekadar ketika berada dalam waktu bertugas di sekolah, malah pada bila-bila masa.
Selain menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran, bidang tugas guru turut
merangkumi pelbagai perkara yang berkaitan dengan bidang pengurusan akademik
termasuk penglibatan dalam pengurusan kokurikulum, pengurusan kebajikan murid,
terlibat dalam mesyuarat serta menghadiri kursus dan sebagainya (Burnham, 2011).
Keadaan itu telah memperlihatkan kepelbagaian tugas seorang guru dalam dunia
pendidikan yang sentiasa wujud perubahan seiring dengan keperluan semasa
(Mohamad Najib, 2004).
Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia guru tetap memerlukan masa yang
perlu diluangkan untuk menguruskan hal-ehwal peribadi sama seperti individu lain
(Lambert, 2003). Ini merupakan hak guru melakukan semua perkara untuk
kepentingan dirinya di luar waktu bertugasnya di sekolah. Selain melakukan tugas
peribadi, mengurus keluarga atau terlibat dengan sebarang aktiviti komuniti
setempat, terdapat dalam kalangan guru yang mengambil inisiatif melakukan
sesuatu yang dapat menambahkan pendapatannya dengan melakukan kerja

sambilan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada situasi ini di mana
kesan-kesan yang wujud daripadanya menjadi kayu ukur kepada tahap komitmen
guru-guru yang terlibat.
Menurut Mariatin (2009), oleh kerana kejayaan sesebuah organisasi banyak
bergantung kepada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh kakitangan
maka, seharusnya tidak ada sebarang halangan yang dapat menyumbang kepada
kegagalan guru dalam memberikan komitmen kepada organisasinya. Ini disebabkan
komitmen semua guru diperlukan bagi memastikan pengurusan sekolah dapat
dijalankan dengan jayanya kerana guru adalah sebahagian daripada kakitangan
yang menggerakkan organisasi sekolah bagi mencapai misi dan visi yang selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abdullah Sani, 2005).

Kerja sambilan merupakan istilah yang diadaptasi daripada perkataan Bahasa


Inggeris iaitu moonlighting di mana perkataan ini pada asalnya diambil daripada
perkataan moonlight. Menurut kamus Oxford (2011), kerja sambilan membawa
maksud seseorang yang mempunyai pekerjaan kedua di mana kebiasaannya
dilakukan pada waktu malam secara rahsia sebagai tambahan daripada pekerjaan
utamanya.

Kemudian,

Pere

(2007)

dan

Betts

(2002)

menyatakan

istilah

moonlighting ini seerti dengan istilaah second job, part-time job, dual job,
multiple job dan seumpamanya. Kesemua ini bermaksud bahawa seseorang yang
bekerja sambilan secara separuh masa namun pada masa yang sama mempunyai
pekerjaan lain yang utama di mana ia dilakukan secara sepenuh masa.
Idea ini selari dengan Champion (2010), Michael (2010) dan Betts (2006) yang
menyatakan moonlighting di dalam Bahasa Melayu adalah kerja luar yang
bermaksud mempunyai dua pekerjaan atau lebih separuh masa serta pekerjaan
tambahan ini berlaku kepada seseorang yang memiliki sesebuah kerjaya yang
menjadi pekerjaan utamanya.
Azanza (2000) pula berpendapat bahawa kerja sambilan merupakan salah satu cara
untuk memperolehi pendapatan walaupun seseorang itu mempunyai pekerjaan
tetap. Di samping itu beliau turut menyatakan kerja sambilan itu merangkumi
seseorang yang bekerja sendiri seperti menjadi perunding, mengajar kelas malam,
membuat pelaburan selain menjadikan hobi dan kemahiran yang dimiliki sebagai
cara untuk menambahkan pendapatan.
Berdasarkan kepada definisi dan konsep kerja sambilan yang telah dihuraikan di
atas, isu ini memfokuskan kepada guru yang terbabit dengan sebarang kegiatan atau
aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan semasa berada di dalam

kawasan sekolah atau sebaliknya pada bila-bila masa (Parham, 2006). Keadaan ini
sama ada bekerja separuh masa secara makan gaji di tempat lain selepas waktu
mengajar, menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual produk atau sebagai
agen jualan, penyediaan sesuatu perkhidmatan, memiliki syarikat perusahaan sendiri
atau usahasama dengan keluarga atau sebarang sumber yang dapat menambahkan
pendapatan mereka walaupun aktiviti berkenaan dijalankan secara kecil-kecilan.
2.0

PERKEMBANGAN HUJAH

Isu berkenaan guru yang bekerja sambilan ini bukanlah satu trend atau khusus di
sesebuah tempat malahan di mana-mana tempat dan organisasi akan wujud
kakitangan yang melakukan pekerjaan sampingan. Walaupun faktor kewangan
dilihat lebih dominan dalam kalangan guru yang melakukan kerja sampingan
(Livanos & Zangelidis 2008, McClintock et. al. 2004), Robinson & Wadsworth (2007)
menyatakan ia bukan disebabkan masalah kewangan atau menerima gaji yang
rendah daripada pekerjaan utama semata-mata. Sebaliknya terdapat juga pelbagai
faktor lain yang turut menyumbang kepada seseorang itu mengambil keputusan
untuk melakukan pekerjaan sambilan yang merangkumi faktor peribadi dan faktor
kerjaya (Betts 2002).
Menurut Betts (2002), dalam laporannya menyatakan salah satu faktor daripada
pekerjaan sampingan itu dilakukan adalah kerana faktor peribadi. Pandangan ini juga
turut diselari dengan para pengkaji yang lain di mana kerjaya sampingan yang
dilakukan itu tidak berkaitan dengan faktor kewangan dan tidak dipengaruhi oleh
unsur lain selain atas kehendak diri sendiri semata-mata. Kebanyakan mereka yang
bekerja sambilan juga didapati sangat menyukai untuk melakukannya tanpa terikat
dengan faktor kewangan (Hipple, 2010).
Dickey et. al. (2011) dan Betts (2002) berpendapat seseorang yang menjalankan
kerja sampingan adalah disebabkan oleh faktor peribadi iaitu untuk memenuhi minat
serta mengisi masa lapang di luar waktu bertugas mereka. Bahkan wujud dalam
kalangan mereka untuk memenuhi kepuasan mereka dalam bekerjaya di mana ia
tidak diperolehi daripada pekerjaan utamanya (Dickey et. al. 2011, Panos et. al.
2011) dengan melakukan sesuatu pekerjaan lain yang diminati.
Winters (2010) dalam kajiannya mendedahkan, walaupun seseorang itu melakukan
pekerjaan sampingan tetapi ia bukan atas alasan kewangan walaupun memperolehi
pendapatan kecil daripada kerjaya utamanya seperti mana yang dijelaskan oleh
Hipple (2010). Malahan kajian ke atas guru menunjukkan majoriti daripada mereka
yang terlibat mengakui mereka tetap akan melakukan pekerjaan sampingan
walaupun tangga gaji mereka sebagai guru dinaikkan (Pearson et. al. 2001).
Keadaan ini menunjukkan mereka sememangnya menyukai dan gembira dengan

kerja sampingan yang dilakukan (Renna & Oaxaca 2009) walaupun terpaksa
mengorbankan masa lapang di luar waktu bekerja.
Selain itu, seseorang yang menjalankan pekerjaan lain selepas waktu bertugas
adalah bagi meningkatkan bakat dan kemahiran yang dimiliki serta mempunyai minat
mendalam terhadap aktiviti sampingan yang dilakukan. Hipple (2010) berpendapat
pekerjaan sampingan yang dilakukan seseorang adalah sebagai cara untuk
membina kemahiran baru dan menimba pengalaman lain yang berbeza daripada
pekerjaan utama sedia ada yang dimiliki (Dickey et. al. 2011, Renna & Oaxaca
2009).
Terdapat juga dalam kalangan individu yang melakukan kerja sampingan bagi
membina rangkain hubungan sosial dengan rakan baru (Betts 2002). Salah satu
tujuannya adalah untuk mengenali seseorang yang dapat membantunya mencapai
sesuatu yang diingini seperti peluang pekerjaan baharu (Pere 2007). Kesemua
alasan-alasan berbentuk peribadi ini memperlihatkan mereka melakukan kerja
sampingan adalah atas dasar sukarela dan merasa bahagia melakukannya (Hipple
2010, Averett 2001) walaupun menyedari pelbagai kesan yang akan dihadapi
daripada tindakan melakukan pekerjaan sampingan.
Kebanyakan pengkaji mengatakan bahawa faktor ekonomi atau kewangan
merupakan penyebab utama kepada seseorang itu melakukan kerja sampingan
(Dickey et. al. 2009) termasuklah dari kalangan guru. Walaupun mempunyai
pendapatan daripada pekerjaan utama sebagai guru secara sepenuh masa, terdapat
juga di kalangan mereka yang melakukan pekerjaan sambilan bagi mengatasi
masalah kewangan yang dihadapi.
Hipple (2010) berpendapat bahawa mereka yang memiliki kerjaya lain yang
mendatangkan pendapatan adalah berpunca daripada faktor kewangan sebagai
sebab utama. Beliau turut menyebut keadaan ini adalah disebabkan mereka
mempunyai beban tanggungan hutang atau pinjaman yang perlu dijelaskan sama
seperti mana yang dilaporkan oleh Verma (2008) dan Averett (2001). Laporan
daripada Parham (2006) juga menyebutkan faktor penyebab guru menjalankan kerja
sambilan adalah kerana masalah kewangan dan ianya sukar untuk dihentikan
setelah terlibat dengan aktiviti bekerja sambilan walaupun mengetahui terdapat
kesan di sebaliknya.
Keinginan untuk meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik dengan memperolehi
pendapatan tambahan telah menyebabkan ramai yang mengambil keputusan untuk
bekerja sampingan. Kenyataan ini selari dengan Hyder & Ahmed (2009), Guanglia &
Kim (2004), Kimmel & Conway (2002) dan Partridge (2002) yang mengemukakan

alasan gaji atau pendapatan yang kecil daripada kerjaya utama menjadi punca
kepada seseorang itu melakukan pekerjaan sampingan.
Terdapat kajian yang menunjukkan individu menjalankan kerja sambilan adalah
disebabkan faktor kerjaya. Keadaan ini bermaksud seseorang itu menjalankan kerja
sampingan atas tuntutan yang berhubung dengan kerjaya mereka sendiri (Dickey et.
al. 2009), untuk menimba pengalaman baharu (Dickey et. al. 2011), memperolehi
pengetahuan bagi memperkukuhkan kerjaya pada masa depan dan sebagai satu
cara bagi meninggalkan kerjaya perguruan (Henderson 2000) atas pelbagai asalan.
Terdapat pelbagai kerja sambilan yang dilakukan oleh guru-guru pada masa kini. Ada
antara mereka yang mengajar di pusat-pusat tuisyen, menjadi penceramah dalam
sebarang khusus atau seminar, berniaga di pasar-pasar malam, MLM, memandu
teksi malah ada antara mereka yang mungkin turut terlibat dengan pekerjaan
jenayah

yang

menyalahi

undang-undang

negara.

Jesteru,

fenomena

guru

menjalankan kerja sambilan telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM). Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak kementerian
telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 mengenai
penglibatan pegawai dan kakitangan di bawah dalam Pekerjaan Luar. Menerusi surat
tersebut, Ketua Jabatan telah diberi kuasa meluluskan permohonan dan membuat
pemantauan terhadap mereka yang berkenaan.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini banyak aduan yang telah diterima dan
dibangkitkan sama ada di media cetak mahupun elektronik mengenai salah laku
pegawai yang terlibat sebagai guru tuisyen mahupun tenaga pengajar sambilan
sama ada mereka telah diberi kebenaran atau tidak telah didapati tidak
mengutamakan tanggungjawab ke atas tugas hakiki yang disandang malahan ada
yang mengambil kesempatan menjadikan institusi pendidikan sebagai platform atau
medan perniagaan dalam mempromosi khidmat tuisyen berbayar yang berunsur
kepentingan peribadi.
Pada dasarnya pegawai perkhidmatan awam dilarang melakukan pekerjaan luar
atau kerja sampingan yang mendatangkan sebarang bentuk faedah atau keuntungan
sama ada dalam bentuk upah atau keuntungan. Namun demikian, atas keprihatinan
kementerian terhadap keperluan para murid dalam mendalami ilmu dan menguasai
pembelajaran tambahan, pihak kementerian telah membenarkan para pendidik untuk
membimbing murid melalui kelas persendirian di mana-mana institusi pendidikan
swasta dengan syarat aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan
kepentingan dirinya sebagai penjawat awam.
Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai alat kawalan dalaman bagi memastikan
aktiviti tersebut selaras dengan kehendak Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai

Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan itu
dikeluarkan adalah untuk memberi garis panduan yang terperinci mengenai
pengendalian dan syarat-syarat khusus kepada pekerjaan luar sebagai guru tuisyen
atau tenaga sambilan bagi anggota Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebagai kesimpulannya, kerja sampingan boleh dilakukan oleh guru tetapi
pertimbangan yang sewajarnya haruslah diberikan supaya kerja sampingan tersebut
tidak mengganggu tugas hakiki guru di sekolah. Setiap guru harus secara
bertanggungjawab terhadap tugas sebenar di sekolah dan menjadikan kerja
sampingan benar-benar sebagai sampingan. Guru sebaliknya tidak boleh sama
sekali menjadikan tugas hakiki di sekolah sebagai kerja sampingan.
Namun demikian, kebenaran ini juga telah disalah ertikan oleh guru dengan
melakukan pekerjaan jenayah sebagai kerja sampingan yang menyalahi undangundang. Merujuk kepada laporan berita-berita semasa yang disiarkan melalui media
massa, terdapat pelbagai isu yang melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar
etika profesion perguruan sekarang ini. Antara salah satu isu hangat yang telah
menimbulkan permasalahan serta memberi kesan terhadap profesion keguruan ialah
yang dipetik dari artikel melalui sumber laman web rasmi, Guru Sains disyaki edar
dadah akan digantung kerja (Berita Harian Online: 21 Februari 2010).
Merujuk kepada laporan akhbar dalam Berita Harian Online melaporkan: Guru Sains
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat yang ditahan polis,
Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah bakal berdepan tindakan digantung
kerja, dipindahkan atau dibayar separuh gaji. Guru sains tersebut dipercayai
mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani kehidupan mewah dan
bergaya.
Menurut sumber, guru berusia 31 tahun itu baru saja berjinak-jinak dalam
pengedaran dadah kira-kira dua bulan lalu dengan menggunakan kereta Proton
Savvy miliknya untuk menghantar sendiri bekalan apabila menerima tempahan dan
ditahan kira-kira jam 10 malam dalam satu sekatan jalan raya di sekitar daerah Batu
Pahat.
Sumber itu berkata, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
menyatakan tindakan pentadbiran serta merta yang dikenakan kepada guru terbabit
membuktikan Kementerian Pelajaran tidak pernah bertolak ansur kepada manamana pihak yang cuba mencemarkan imej profesion perguruan di negara ini.
Menurut beliau juga, pihaknya memandang serius kejadian seumpama itu dan tidak
teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba
mencemarkan profesion perguruan yang selama ini dipandang tinggi di kalangan
masyarakat.

Berdasarkan laporan yang dibuat dalam akhbar terkenal itu jelas menunjukkan
bahawa guru tersebut secara terang melanggar etika profesion perguruan dan kod
etika perguruan di Malaysia yang menyatakan bahawa guru perlu mematuhi kod
etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru kepada pelajar,
ibu bapa pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Namun dalam kes ini guru
telah membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi. Dengan ini jelas
menunjukkan sikap tidak profesional guru tersebut yang tidak berfikir dengan wajar
tentang impak negatif yang akan dihadapi sebelum melakukan pekerjaan sambilan
tersebut yang jelas menjejaskan masa depannya serta memburukkan nama baik
profesion perguruan yang sepatutnya disanjung tinggi. Jesteru itu, guru berkenaan
akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan tatakelakuan yang ditetapkan
dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana
Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengenakan hukuman gantung kerja kerana guru
tersebut telah disabitkan melakukan kegiatan jenayah dalam penyalahgunaan dadah
secara kerja sambilan.
Malahan, baru-baru ini sudah terdapat isu berkenaan guru melanggar etika profesion
perguruan iaitu bekerja sambilan telah dilaporkan menerusi Berita Harian Online: 4
Januari 2010 Guru abai tanggungjawab calar imej profesion perguruan. Menurut
sumber, beberapa persatuan guru mengakui wujud kes terpencil guru lebih
mengutamakan kerja luar berbanding tugas hakiki mereka di sekolah kerana
mengejar pendapatan yang lumayan. Dalam laporan tersebut, Setiausaha Agung
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Loke Yim Pheng, berkata tindakan
segelintir guru yang lebih rajin mencari pendapatan tambahan itu umpama nila
setitik rosak susu sebelanga. Maka, keadaan ini akan memperlihatkan kesan negatif
terhadap bidang profesion perguruan dimana tindakan guru berkenaan boleh
mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan guru adalah komited
menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing.
Tambahan lagi, isu guru melakukan penyalahgunaan dadah secara sambilan ini
menjadi semakin hangat apabila timbul pula laporan akhbar yang ditulis oleh M
Hifzuddin Ihksan dalam Berita Harian Online melaporkan BETONG: Kegiatan
seorang guru dari Semenanjung menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di
sebuah sekolah menengah di sini terbongkar apabila polis menahannya bersama
1,862 pil nospan di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Betong, Deputi
Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek yang bertugas di sebuah
sekolah di Beladin dipercayai menjadi pengedar dadah kepada pelajar sekolah
sekitar kawasan berkenaan. Suspek menjalankan kegiatan mengedar dadah di

Beladin sejak tahun lalu dan mempunyai rangkaian pelajar yang dijadikan orang
tengah.
Guru yang disebutkan di atas sememangnya mementingkan kehendak dan
kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral yang sepatutnya dimiliki oleh
seorang pendidik. Selain menggelapkan masa depannya sendiri, tindakan di luar
kewarasannya itu turut memusnahkan masa depan pelajarnya ke arah melahirkan
generasi pengedar dadah yang sepatutnya di jaga dan dilindungi olehnya sekaligus
memburukkan nama atau mencemarkan nama profesion perguruan. Malah keadaan
ini bukan sahaja mencemarkan imej perguruan tetapi turut menjejaskan kredibiliti
dan kepercayaan masyarakat setempat terhadap peranan guru sebagai pendidik.
Profesion perguruan merupakan sebuah profesion yang sangat mulia dan dipandang
tinggi oleh semua golongan lapisan masyarakat. Dengan kesalahan-kesalahan
segelintir guru yang melanggar etika perguruan sesungguhnya telah mencemarkan
kemuliaan profesion itu. Kegagalan sahsiah guru itu adalah kegagalannya secara
individu, namun mungkinkah ianya adalah kegagalan pihak lain yang menyumbang
kepada kesalahan dan pelanggaran nilai sahsiah dirinya sendiri. Jika kesalahan yang
dilakukannya adalah disebabkan faktor kewangan yang mendesak guru tersebut
melakukan kerja sambilan dengan mengedar dadah untuk mendapatkan pendapatan
yang lumayan, perkara ini hendaklah dipandang serius oleh pihak-pihak tertentu
supaya dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap guru yang lebih
mengutamakan kerja luar untuk kepentingan diri sendiri.
Mungkinkah perkara ini tidak berlaku jika guru berkenaan dapat mengawal
kemahuan peribadi yang menginginkan kehidupan mewah dan bergaya tanpa
memikirkan keperluan utama atau dengan tujuan memenuhi kepuasan mereka
dalam bekerjaya. Jesteru itu, sebagai seorang guru yang berprofesional harus bijak
dalam menguruskan bidang kerjaya dan peribadi dari segi kewangan serta
kecenderungan minat kerana kebijaksanaan dalam pengurusan ini akan memberi
kesan kepada kejayaan pengajaran guru di dalam kelas. Maka, guru perlu
mengenalpasti dan merancang setiap keperluan dan kemahuan dalam kehidupan
mereka bagi menjamin kejayaan dan kualiti hidup sebagai pendidik.
Kesalahan individu sering kali dilihat sebagai kegagalan individu itu sendiri, namun
jika diteliti dan diperhalusi terdapat beberapa faktor lain yang turut menyumbang
kepada berlakunya gejala sosial seperti melakukan kegiatan penyalahgunaan dadah
sebagai pekerjaan sambilan semata-mata untuk mengejar kemewahan hidup. Tanpa

pegangan agama yang kuat, kewarasan akal kadang kala tidak dapat menyekat
kehendak naluri individu itu untuk terus cenderung melakukan kesalahan.
Jika menurut teori Maslow (1968), kegagalan manusia mendapatkan sesuatu
keperluan yang utama boleh menyumbang kepada seseorang cenderung melakukan
kesalahan demi mengisi keperluan yang dihajatinya. Manakala, teori ini juga turut
bertepatan dengan teori Psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Frued (18561939) melihat manusia dilahirkan dengan sifat semula jadi dan tingkah lakunya lebih
kepada naluri kehaiwanan yang hanya dapat dibendung dengan pengalamanpengalaman dalam masyarakat dan sosialisasi. Sekiranya pengalaman ini tiada atau
kurang, maka ia cenderung ke arah merosakkan peraturan-peraturan dalam
sesebuah masyarakat.
Fenomena bekerja sambilan bukanlah sesuatu yang baru wujud dalam kalangan
masyarakat malah dalam kalangan guru yang bekerjaya pun situasi ini tidak
terkecuali. Faktor kewangan bukanlah satu-satunya punca yang menyumbang
kepada penglibatan guru di dalam aktiviti bekerja sambilan dengan melakukan
kegiatan jenayah dalam kalangan guru bahkan berkait rapat dengan faktor peribadi
dan kerjaya mereka. Walaupun seseorang yang melakukan kerja sampingan
tersebut atas kemahuan sendiri yang menginginkan hidupan yang mewah serta
pendapatan yang lumayan, namun secara tidak langsung keputusan yang dibuat itu
bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri tetapi juga melibatkan organisasi di
tempat kerja (Betts, 2002).
3.0

IMPLIKASI HUJAH

Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru sudah semestinya akan memberi
implikasi secara langsung atau tidak langsung terhadap diri guru itu sendiri, pelajar,
sekolah, masyarakat dan juga negara. Pembangunan sahsiah seseorang guru
sebenarnya terbentuk sejak kecil lagi bahkan sejak di dalam kandungan ibunya dan
suasana di dalam rumah tempatnya membesar. Peranan keluarga sangat penting
sebagai memainkan peranan utama manakala pembangunan sahsiah di sekolah
hanyalah program sokongan peneguhan dan pengayaan peribadi seseorang.
Pembangunan guru juga bermula dari pembangunan individu dan ia dipengaruhi
oleh beberapa faktor seperti baka dan persekitaran.
Tahap

pendidikan

dan

penghayatan

ilmu

membantu

perkembangan

dan

pembangunan sahsiah ke arah lebih positif. Jika terdapat guru yang mempunyai
sahsiah buruk dan menimbulkan isu yang negatif, pembangunan sahsiah di kalangan
guru

seolah-olah

tidak

berjaya

dan

ia

sesuatu

yang

membimbangkan

memandangkan

guru

merupakan

golongan

yang

menjadi

harapan

untuk

membangunkan bangsa dan negara.


Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh seseorang guru
melalui tindakan atau perlakuannya. Tindakan yang dipilih dapat dilihat sebagai
tindakan yang boleh diterima atau tindakan positif yang merupakan tindakan yang
sejajar dengan jangkaan masyarakat dan kehendak Kementerian Pelajaran
Malaysia. Berita-berita membanggakan yang melambangkan sahsiah positif seorang
guru seperti guru bertindak berani menyelamatkan anak muridnya serta ketabahan
guru menghadapi dugaan dan cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan
perkhabaran yang membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan. Namun
tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru seperti isu guru edar pil
khayal kena tahan dan guru abai tanggungjawab calar imej profesion perguruan turut
menjadi fokus perbincangan utama media massa dan para penyelidik.
Isu-isu yang positif mahupun negatif sebegini telah memberi impak yang besar
terhadap profesion perguruan. Isu positif akan meningkatkan semangat dan motivasi
para guru, meningkatkan kepercayaan masyarakat serta turut mengharumkan
persada pendidikan. Walaubagaimanapun, kewujudan isu negatif telah mula
menjadikan kebanggaan kita terhadap profesion perguruan kini semakin pudar.
Malah, pihak media, penyelidik bahkan masyarakat telah memberikan tekanan dan
desakan yang hebat terhadap pihak warga pendidik, sekolah dan Kementerian
Pelajaran Malaysia khasnya.
Isu guru mengedar dadah secara kerja sambilan adalah antara isu yang melanggar
etika perguruan dan ianya semakin hangat diperkatakan. Ia boleh meninggalkan
kesan yang bukan sedikit terhadap pembangunan sahsiah individu itu sendiri dan
terhadap pembangunan sahsiah golongan guru yang lain. Kesan tindakan itu turut
memberi impak terhadap pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
termasuklah pihak sekolah, Jabatan Pendidikan serta Kementerian Pelajaran
Malaysia. Malahan tindakan guru mengedar dadah menggunakan rangkaian pelajar
sebagai orang tengah akan turut mendatangkan impak kepada pelajar dan keluarga
pelajar tersebut.
Guru berkenaan telah melakukan satu kesalahan jenayah menyalahgunakan dadah
yang

menunjukkan

kelakuannya

yang

dilarang

dengan

cara

yang

boleh

memburukkan atau mencemarkan nama baik perkhidmatan profesion perguruan.


Kesalahan guru berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib Peraturan 7 mengikut
peraturan tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengenakan

hukuman gantung kerja. Malah, berdasarkan laporan akhbar tersebut menyatakan


bahawa guru dipercayai mengedar dadah secara kerja sambilan kerana mahu
menjalani kehidupan mewah. Jesteru itu, kes ini menunjukkan guru tersebut
melanggar peraturan tatakelakuan dan tatatertib iaitu Peraturan 4(2), di mana guru
berkenaan membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya. Jika
disabitkan kesalahaan tindakan tatatertib akan dikenakan di mana ia bergantung
kepada jenis pelanggaran tatakelakuan seperti tindakan amaran, denda atau lucut
hak

emolumen,

tangguh

pergerakan

gaji,

turun

gaji,

turun

pangkat

dan

penggantungan kerja.
Guru yang telah melakukan kesalahan jenayah seperti mengedar dadah secara
sambilan ini telah menampakkan sahsiahnya yang sangat rendah dan martabatnya
sebagai guru dikesali kerana seorang guru tidak sepatutnya memiliki sahsiah
sedemikian, bahkan guru antara golongan terpelajar dan berilmu. Sepatutnya, guru
memainkan

peranan

cuba

membimbing

generasi

muda mengenai

bahaya

penyalahgunaan dadah dan bukannya guru sendiri bertindak membekalkan dadah


tersebut kepada pihak lain. Pembangunan sahsiah guru terbabit akan dikategorikan
sahsiah yang negatif walaupun dia seorang guru yang berkaliber dan berjasa.
Moralnya akan menjadi persoalan dan diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat
serta mendapat cemuhan. Segala kebaikan dan bakti yang dicurahkan selama ini
akan hilang begitu sahaja. Malahan, kes pengedaran dadah ini juga merupakan satu
kegiatan jenayah yang boleh membawa hukuman mati dan penjara jika disabitkan
kesalahan. Jika dia dijatuhkan hukuman, alangkah rendahnya martabat seorang
pendidik yang terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pesalah lain yang ratarata bukanlah dari golongan cendikiawan sepertinya.
Sekiranya guru berkenaan sudah selesai menjalani hukuman atau berjaya
membayar denda yang dikenakan, isu ini pasti tidak akan berhenti begitu sahaja. Isu
dan sashsiah guru ini akan tetap menjadi tajuk bualan dan dia akan dipandang
serong oleh orang lain. Di sekolah, guru ini tidak lagi dihormati malah mungkin akan
ditakuti oleh pelajar. Rakan sekerja juga berkemungkinan akan mempertikaikan
tugasnya mendidik pelajar dan jika dia sudah insaf, guru ini masih terpaksa
menerima balasan di dunia mahupun di akhirat di atas perbuatannya sekiranya ia
masih diragui serta tidak diberi kepercayaan. Malahan guru-guru dari sekolah lain
juga akan menjadikannya sebagai bualan atau akan menjadikannya sebagai
sempadan dan ingatan terhadap perkara yang sudah terjadi. Masyarakat sekeliling
pula akan turut menjadikan perkara sebegini adalah lumrah di dalam masyarakat kita
dan melabelkan guru tersebut sebagai penjenayah yang boleh membunuh generasi
bangsa. Kesan daripada itu, sahsiah guru yang akan dibina selepas itu akan menjadi

lebih sukar dan dan memerlukan banyak kesabaran untuk melaluinya. Ia perlulah
tabah menghadapinya kerana tindakan yang dilakukan akan meninggalkan kesan
mendalam dan sepanjang hayat.
Selain itu, kesan buruk seorang guru sebagaimana tertuduh melakukan kes
berkenaan bukan sahaja memburukkan imejnya sebagai guru secara peribadinya,
malah tempiasnya turut dirasai oleh semua guru. Ia seolah-olah menunjukkan
keperibadian guru yang gagal mencerminkan seorang guru yang sebenarnya
sebagaimana yang diaspirasikan oleh Negara. Melalui kod etika guru yang
diperkenalkan, guru bertanggungjawab terhadap rakan sekerja. Namun, perbuatan
jenayah ini diibaratkan telah mengkhianati rakan sekerja lain yang turut menanggung
malu akibat daripada perbuatan rakan mereka yang bergelar seorang guru.
Dari segi pembangunan sahsiah guru, perbuatan mengedar dadah secara kerja
sambilan yang dilakukannya menyebabkan masyarakat menilai sahsiah guru secara
umum bahawa guru-guru sekarang sudah tidak bersahsiah. Adakah benar bahawa
guru-guru sekarang menjadi guru bukan atas dasar minat dan tanggungjawab, tetapi
disebabkan mahu mendapat sesuatu pekerjaan demi menjamin ekonominya?
Adakah gaji pekerjaan seorang guru tidak mencukupi di sebabkan desakan
kewangan, tekanan hidup dan desakan nafsu kemahuan mengejar pendapatan
tambahan yang lumayan serta menginginkan kehidupan mewah dan bergaya tanpa
mempunyai rasa bersyukur di atas rezeki yang diperolehi sehingga sanggup
melakukan kegiatan mengedar dadah sebagai kerja sambilan? Guru-guru ini tidak
menghayati sepenuhnya akan tanggungjawab, maksud yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Negara dan kod etika perguruan kerana jawatannya dianggap
sebagai sandaran untuknya mendapatkan sumber ekonomi, bukan atas dasar
tanggungjawab.
Isu guru menjalankan kegiatan mengedar dadah sebagai kerja sambilan yang
menyalahi undang-undang negara ini biasanya ia dilakukan tanpa mengira masa
sama ada setelah tamat waktu kerja rasmi atau dilakukan pada waktu malam dan
masa terluang. Setelah penat bekerja di sekolah sepanjang hari, guru menyambung
kerja mereka dengan melakukan kerja sampingan tersebut. Keadaan ini sudah pasti
memerlukan tenaga kerja yang maksimum dan akhirnya guru berkenaan yang akan
menerima kesanya. Mereka pasti akan keletihan dan pergi ke sekolah pada
keesokan harinya dalam keadaan yang lesu dan tidak bermaya atau pergi ke
sekolah sibuk melakukan pekerjaan sampingan. Akhirnya segala perancangan
pengajaran dan pembelajaran tidak dibuat dan tugas mengajar dilaksanakan secara
ala kadar sahaja, sekadar melepaskan batuk di tangga. Guru seharusnya
menjadikan tugas di sekolah sebagai tugas utama, kerja luar hanya sampingan

sahaja. Namun, agak malang kerana perkara yang terjadi adalah di sebaliknya. Kerja
luar sudah menjadi kerja utama, sebaliknya tugas mengajar pula yang menjadi kerja
sampingan mereka. Keadaan ini amatlah menyedihkan dan sekiranya ia tidak diatasi
para murid akan turut menjadi mangsa tindakan segelintir guru berkenaan.
Golongan yang melakukan kerja sambilan ini memberi kesan tumpuan terhadap
kerjaya utamanya sebagai pendidik. Guru berkenaan akan dilihat kurang
memberikan komitmen terhadap tugas seterusnya organisasi mereka iaitu sekolah.
Keadaan ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah lain yang berhubungkait
dengan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Selain itu, kurangnya
komitmen terhadap kerjayanya telah menyebabkaan prestasi menjadi merosot
disebabkan hilang daya tumpuan semasa melakukan tugas. Hyder & Ahmed (2009)
menyatakan individu yang menjalankan pekerjaan sampingan memperuntukkan
masa selepas waktu bekerja utamanya hingga menjejaskan produktiviti dan prestasi
mereka sendiri.
Pendapat ini turut disokong oleh Champion (2010) yang menyatakan mereka yang
bekerja sambilan ini mengalami masalah kekurangan tenaga dan kurang daya
keupayaan sehingga menjejaskan tumpuan untuk menjalankan tugas. Ini kerana
guru terbabit biasanya menjalankan kegiatan tersebut pada waktu malam dan
memerlukan tenaga untuk menjalankan pekerjaannya. Maka, keadaan ini juga akan
menyebabkan tahap poduktiviti berkurangan yang dilihat sebagai satu liabiliti kepada
pihak sekolah.
Kesan yang wujud hasil daripada perbuatan guru tersebut yang melakukan
pekerjaan sambilan dengan mengedar dadah adalah berhubung dengan komitmen
mereka terhadap sekolah sebagai guru dan kakitangan perlu dinilai adakah ia
menjejaskan komitmennya sebagai guru di sekolah terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran, organisasi dan juga profesion. Ini disebabkan kerjaya perguruan
memerlukan komitmen yang tinggi memandangkan guru merupakan agen yang
membawa kepada perubahan bagi sesebuah negara melalui sistem pendidikan yang
bersifat dinamik.
4.0

CADANGAN/RUMUSAN

Berdasarkan kepada huraian yang dijelaskan berkenaan isu guru melakukan


kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai kerja sambilan, saya mencadangkan
bahawa setiap guru perlu mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta
boleh dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan
sikap yang elok, bersabar, bermurah hati, sentiasa bersifat tenang dan mampu
menguruskan kehidupan serta kewangan dengan lebih berkesan. Kebanyakan kualiti

kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang diikutinya semasa
menjalani kursus di institusi perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap
sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran
yang berkesan.
Selain daripada menjalankan tugas di dalam bilik darjah, guru juga perlu sedar akan
peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya, guru diharapkan menjadi
pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan
sahsiah murid, menjadi kaunselor, pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang
baik dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang terpuji kepada masyarakat.
Sebagai seorang guru perlu membimbing generasi muda kini tentang keburukan
penyalahgunaan dadah dan bukannya dia sendiri yang bertindak mengherat
pelajarnya ke kancah dadah yang menjadi musuh pembunuh utama negara.
Pada masa yang sama, guru juga harus sentiasa mengikuti kursus-kursus dan
seminar motivasi pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mengenai etika profesion
perguruan. Sebagai contoh, guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan
ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan
ini penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi
dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks selari dengan era
globalisasi kini. Oleh kerana sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah untuk
menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan dharapkan dapat
membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasakan ilmu dan pemikiran
(Rohani Abdul Hamid, 1998) demi meletakkan nama negara setanding dengan
negara maju yang lain.
Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia mempelbagaikan aktiviti dan program kepada bakal pendidik
semasa menjalani kursus latihan di institusi perguruan lagi. Contohnya, mengadakan
bengkel, ceremah, seminar, pertandingan, aktiviti sukan dan sebagainya. Di dalam
program ini guru-guru pelatih akan didedahkan dengan konsep sebenar berkenaan
kod etika dan akauntabiliti keguruan. Penyediaan program dan aktiviti seperti ini
akan melahirkan pendidik negara bangsa yang beretika dan mempunyai sahsiah
yang tinggi.

Di samping itu, berkenaan isu kegiatan guru mengedar dadah secara kerja sambilan
dengan menggunakan rangkaian pelajar sebagai orang tengah perlu dipandang
serius oleh pihak berkaitan terutamanya pihak sekolah, pihak berkuasa dan juga
Kementerian Pelajaran. Saya mencadangkan agar guru terbabit dikenakan hukuman
yang berat seperti buang kerja dan tidak dibenarkan untuk memohon sebarang
pekerjaan di bawah perkhidmatan awam kerana tindakan yang dilakukan merupakan
satu kegiatan jenayah yang bukan sahaja mencemarkan imej profesion perguruan
malah dadah adalah merupakan musuh utama negara. Pandangan saya ini adalah
selari dengan pendapat Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom,
yang menyatakan tindakan pentadbiran serta merta yang dikenakan kepada guru
terbabit membuktikan Kementerian Pelajaran tidak pernah bertolak ansur kepada
mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej profesion perguruan di negara ini.
Maka, saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau bahawa peraturan dan
hukuman sedia ada yang telah ditetapkan perlu dilaksanakan dengan tindakan yang
tegas.
Seterusnya, sebagai guru terlatih kelak seharusnya menunjukkan penampilan diri
sebagai pendidik dengan mempunyai pelbagai ilmu tradisional dan moden. Guru
juga perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar dan aspirasi pendidikan negara
dengan jelas dan mantap. Guru yang bersahsiah tinggi akan menunjukkan etika
cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan etiket sosial tidak dapat
dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej,
gerak-geri yang elok mengikut kesesuaian semasa berinteraksi dan pergaulan
sehariannya.

Guru

haruslah

berupaya

menjadi

agen

pembangunan

dan

pembaharuan dalam masyarakat dengan menampilkan etiket sosial yang disenangi.


Tambahan lagi, guru merupakan golongan yang sentiasa mendapat perhatian walau
di mana mereka berada. Segala tindak tanduknya sering diperhatikan oleh
masyarakat sekeliling. Keadaan ini menjadi satu kewajipan bagi guru-guru
mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan contoh akhlak yang baik bagi
memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru ibarat idola dalam
masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilainilai kesantunan agar dapat menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan yang
dihadapinya.
Sebagai seorang guru iaitu pendidik generasi bangsa perlu sentiasa mendalami diri
dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat mengimbangi pemikiran sedar dan
bawah sedarnya supaya setiap tindakan yang diambil tidak akan menjejaskan etika

profesionnya yang akan meninggalkan impak ke atas semua pihak termasuklah


dirinya sendiri. Sememangnya banyak isu yang timbul atau ditimbulkan melibatkan
guru dilihat sebagai melanggar etika perguruan seperti isu melakukan kegiatan
menyalahgunakan dadah sebagai pekerjaan sambilan. Etika seorang guru yang
perlu dipatuhi melibatkan tanggungjawabnya terhadap semua pihak yang terlibat
dengannya secara langsung atau tidak langsung. Pelanggaran etika perguruan
sebagai profesionnya akan mengakibatkannya dilabel sebagi individu gagal dan
bersahsiah negatif.
Secara keseluruhannya dapatlah saya rumuskan bahawa setiap individu telah
dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik dan faktor-faktor pembelajaran, nilai,
pergaulan banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat. Setiap isu yang timbul
melibatkan

guru

sebenarnya

bukan

menunjukkan

kegagalan

guru

secara

keseluruhannya, namun ia hanyalah kegagalan guru terlibat secara individu


disebabkan kegagalannya menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan akan
meninggalkan impak terhadap dirinya serta banyak lagi pihak yang lain.
Kebebasannya untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan menyebabkannya
gagal menginterpretasikannya dalam keadaan yang betul lantaran wujud gangguan
psikologi kawalan luaran yang menghalangnya daripada membuat keputusan yang
terbaik. Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral serta akibat beberapa
keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi dengan baik.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=1216&sec=Forum&pg=fo_03.htm

ARKIB : 16/12/2009
Nasib guru pasca siswazah di sekolah rendah
SAYA mewakili guru sekolah rendah yang telah melanjutkan pelajaran sehingga ke
peringkat 'Sarjana' (Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan) dan ada juga antara
kami yang telah menamatkan PhD mereka.
Di sini, saya ingin menyatakan bahawa 'kami' adalah antara guru yang sanggup
menyahut seruan kerajaan iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr.
Abdul Shukor Abdullah dan Menteri Pendidikan, Datuk Najib Tun Razak ketika
mereka menjawat jawatan tersebut pada Mei 1998.
Masalahnya di sini ialah, adakah kementerian sedar bahawa sudah ramai guru
siswazah di sekolah rendah? Di manakah gagasan kementerian yang ingin
mewujudkan 50 peratus guru sekolah rendah memiliki ijazah dipantau oleh pihak
kementerian?
Saya ingin menyatakan ketidakpuasan hati kami terhadap artikel yang dikeluarkan
oleh Berita Harian pada Rabu 9 Disember 2009 yang menyatakan bahawa
kementerian ingin mewujudkan jawatan baru.
Dalam artikel itu juga disebut kementerian bercadang untuk melantik guru kanan
disiplin gred DG44 di sekolah menengah dan DGA32 di sekolah rendah.

Saya merasakan kementerian masih 'tidur' dan tidak sedar bahawa kini sudah ramai
guru DG41 di sekolah rendah dan begitu juga guru yang memiliki ijazah Sarjana
(Master) di sekolah rendah.
Mengapa jawatan seperti ini tidak diberikan kepada DG41 di sekolah rendah?
Mengapa masih diagung-agungkan lagi guru DGA32 di sekolah rendah? Jika
begitulah sikap kementerian kita, maka sia-sia sahajalah pengorbanan guru sekolah
rendah yang sanggup bertungkus-lumus belajar dengan separuh gaji, meninggalkan
keluarga yang disayangi, terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang ringgit.
Malahan ada antara kami yang sanggup mengeluarkan wang simpanan untuk
membayar wang pengajian di UPSI.
Ada juga yang terpaksa meminjam wang daripada Bank Rakyat untuk kegunaan
pengajian seperti mengisi minyak kereta berulang-alik dari rumah ke UPSI,
menyiapkan tesis dan segala keperluan yang dikehendaki oleh UPSI.
Bayangkanlah, dengan gaji yang separuh, ditolak pula potongan pinjaman
perumahan kerajaan dan sebagainya, ada antara kami, yang gaji bersih RM100
sebulan, ada RM50 sebulan malahan ada juga yang hanya tinggal RM20 sahaja
sebulan.
Bayangkanlah bagaimana dengan wang yang sebanyak itu boleh menampung
pembiayaan pengajian kami di UPSI? Namun, oleh kerana kami mempunyai
kecekalan hati yang tinggi, akhirnya kami berjaya juga menamatkan pengajian kami
di UPSI. Kami tidak faham dan adakah pihak kementerian 'buta' tidak melihat nasib
guru DG41 yang dibiarkan tanpa diberikan sebarang imbuhan di atas kerajinan
mereka menyambung pelajaran?
Mereka yang memiliki ijazah ini lebih sesuai untuk menjawat sebarang jawatan
kerana mereka telah belajar 'pengurusan' sewaktu di Institut Aminuddin Baki dan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mereka seperti inilah lebih faham tentang pengurusan berbanding guru DGA32 yang
hanya 'duduk diam' seperti menunggu buah jatuh dari langit lebih bernasib baik
daripada kami yang memiliki segulung ijazah, ijazah Sarjana malahan ada yang
sudah tamat PhD tiada apa yang kami peroleh?

Adilkah? Adilkah? Adilkah? Golongan DGA29 dan DGA32 lebih bernasib baik di
sekolah rendah! Bukan setakat itu sahaja. Kebanyakan mereka ini 'malas'
menyambung pengajian kerana menurut pendapat mereka segulung ijazah itu tidak
akan memberi sebarang makna kepada guru di sekolah rendah selagi dasar
pelantikan jawatan Guru Besar tidak berubah.
Kebanyakan mereka lebih 'rajin' menjalankan perniagaan direct selling atau
menjalankan perniagaan MLM. Mereka lebih mementingkan kerjaya perniagaan
mereka berbanding tugasan utama sebagai seorang guru. Mereka mempunyai
banyak masa kerana tidak perlu menyiapkan tesis yang memakan masa bertahuntahun.
Jika benar negara kita hendak memartabatkan profesion perguruan, bukan dengan
cara menaikkan tingkat guru tak berijazah dari DGA29 kepada DGA32 dan entah
apa-apa lagi. Ia tetap guru tak ada ijazah! Pemikiran mereka tetap sama! Sudah tiba
masanya negara memartabatkan profesion perguruan dengan mengambil guru
berijazah untuk menjawat jawatan guru kanan disiplin, warden asrama, guru
penolong kanan dan guru besar di sekolah rendah.
Kami di sini merayu kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti Tan Sri Alimuddin
Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sekarang dan kepada Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencetuskan idea sehingga
wujudnya Kursus Kepengetuaan (NPQH) supaya dapat 'membela' nasib kami kerana
kami mempunyai ilmu pengetahuan yang mampu menghadapi cabaran sebagai
seorang guru besar kerana pendidikan bercorak keilmuan yang luas dan kompleks
memerlukan kekuatan serta kesanggupan minda untuk membawa perubahan!
Saya merayu tolonglah kami. Kami sudah tidak tahu hendak buat apa lagi dan kami
telah menunggu begitu lama.
CIKGU JU
Rawang, Selangor

(2.4) Implikasi Salah Laku Guru


Menurut laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan dalam Berita Harian
secara online, Kementerian Pelajaran telah menerima 200 aduan berhubung
pelbagai salah laku guru di seluruh Negara sejak tahun 2007. Sumber menjelaskan
baahwa antara kesalahan yang dilakukan oleh guru ialah tidak hadir bertugas (37%),
cabul dan gangguan seksual (17%), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan
Pencegah Rasuah (15%), penyalah-gunaan dadah (9.5%), kecurian (6%), jenayah
syariah (7%) dan keterhutangan serius (1%). Peningkatan bilangan guru-guru di
Malaysia yang terbabit dalam kes salah laku sesungguhnya mendatangkan kesan
yang amat buruk jika masalah ini dibiarkan berterusan.
Antara kesan yang dapat dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya
kewibawaan profesion perguruan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Syed Ismail
etc. (2010:190), Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi
pengganti ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan. Peranan guru begitu penting
memandangkan beliau merupakan individu yang paling dekat dengan murid semasa
mereka berada di sekolah. Namun, apakah pandangan ibu bapa di luar persekitaran
sekolah yang mengharapkan guru menjadi penggantinya, melihat kes-kes salah laku
yang berlaku di kalangan guru di sekolah? Adakah masyarakat di Negara kita akan
terus menyanjung, menghormati dan mempercayai profesion perguruan sebagai
suatu jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus untuk terbabit dalam
salah laku?
Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah telah
menyebabkan ibu bapa dan masyarakat Negara kita memandang sinis terhadap

profesion perguruan. Mereka tidak yakin dengan kebolehan guru seluruh negara
dalam mendidik anak-anak mereka walaupun hanya berakibatkan tindakan salah
seorang guru di Malaysia. Nampaknya, pengaruh yang dibawa oleh permasalahan
tidak mematuhi kod etika kerja guru terhadap profesion perguruan di Malaysia
adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua guru di Negara kita. Malah
sesetengah pihak telah melabelkan profesion ini sebagai pilihan terakhir setelah
tiada kerjaya profesional yang lain atau disebabkan ingin mengelakkan diri daripada
menganggur. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di kalangan guru juga memaksa pihak
berkuat-kuasa melucutkan jawatan guru di sekolah. Ini secara tidak langsung
menyebabkan kekurangan sumber guru yang berkualiti di sekolah-sekolah seluruh
Negara. Menurut sumber pada tahun 2010, bilangan sekolah rendah yang didirikan
di Malaysia adalah sebanyak 7,714 buah. Cuba bayangkan sekiranya seluruh
sekolah di Malaysia mempunyai hanya seorang guru yang membabitkan diri dalam
kes salah laku. Dengan ini, pihak berkuat-kuasa terpaksa melucutkan kira-kira 7 ribu
orang guru yang memegang jawatan di sekolah. Ini sudah tentu menimbulkan
permasalahan yang tidak berterusan kepada proses pembelajaran murid-murid di
sekolah, malah sistem pendidikan di Negara kita. Jadi, jelaslah bahawa tindakan
salah laku guru akan menyebabkan sistem pembelajaran di Negara kita tergendala.

Anda mungkin juga menyukai