Anda di halaman 1dari 8

(Bongkar) Masalah Disiplin Pelajar di

Sekolah

by Staff Berita Semasa on March 4, 2010

Masalah disiplin pelajar di sekolah makin menjadi-jadi itu belum ditambah lagi keruntuhan
akhlak dan masalah sosial dikalangan remaja umumnya. Sebenarnya ia melibatkan kerjasama
pelajar itu sendiri, guru-guru dan juga ibubapa. Masalah disiplin pelajar bagaikan tidak ada
jalan penyelesaian. Ini kerana, saban hari ada saja masalah membabitkan disiplin pelajar
berlaku di sekolah.

Kerenah pelajar dahulu dengan sekarang tidak sama. Masalah disiplin pelajar di sekolah
dahulu tidak sama berbanding sekarang

1. Adakah ini disebabkan anak-anak hari ini terlalu dimanjakan oleh ibubapa?
2. Guru-guru pula pula terikat tidak boleh mendenda atas kesalahan yang mereka
lakukan? Kalau kasar sedikit, ada sesetengah ibubapa yang mula membuat laporan
kononnya anak mereka tu baik, alim, pijak semut pun tak mati, buah hati intan payung
mereka. Sedangkan dalam mendisiplin anak-anak hari ini perluanya ada
PENEGASAN dalam erti kata untuk mendidik mereka semua.
3. Pelajar hari ini hilang rasa hormat dan tidak tahu di mana batas antara seorang yang
bergelar pelajar dengan guru mereka sendiri?
Saya lihat pelaksanaan untuk memperbaiki disiplin pelajar sekarang ini ala-ala carca merba
sahaja. Sekejap tidak boleh, sekejap boleh. Kemudian sekarang ini guru-guru tidak
dibenarkan merotan pelajar. Bagi saya sendiri merotan adalah cara paling berkesan dalam
menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Untuk mengatasi masalah disiplin yang kian
berleluasa ketika ini, kita perlu mengambil langkah dari peringkat akar umbi lagi. Saya ingin
mengajak pembaca untuk balik ke zaman 30 atau 40 tahun lalu.

Pasti ada di antara kita yang merasai zaman persekolahan dahulu dan masih ingat kawalan
disiplin dilaksanakan. Hukuman rotan di depan pelajar dilihat sebagai cara paling berkesan
menangani masalah disiplin pelajar ditambah dengan sesi kaunseling dan memberikan
motivasi kepada pelajar-pelajar terbabit. Adakah tindakan guru merotan pelaksanaan pelajar
boleh mengakibatkan pelajar itu cedera parah atau mati? Saya tidak percaya guru-guru
sanggup berbuat sampai begitu sekali. Guru diberi kepercayaan dan kuasa untuk merotan
pelajar bersalah. Ia ditambah dengan sokongan penuh ibu bapa yang berpendapat hukuman
rotan adalah perlu dalam proses mendidik dan menghukum pelajar yang melakukan
kesalahan. MEROTAN bukannya tindakan menghukum semata-mata, tetapi sebagai satu
PERINGATAN kepada pelajar.

Situasi pada masa dahulu :

Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Bagus…rasakan. Memang patut
pun cikgu rotan. Pergi ambil “roti panjang” ayah atas almari. Ayah ada nak kasi “hadiah”.

Situasi pada masa sekarang :

Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Takpe anakku, esok ayah pergi
sekolah jumpa cikgu adiktu. Kasihan anak ayah kena rotan ye…..(lebih kurang macam itula)

Nampak???? Cuba waktu dulu kalau kita dirotan, tidak berani rasanya mengadu kepada ibu
bapa bahawa telah dirotan kerana kita tahu ayah kita akan merotan lagi. Ia terjadi disebabkan
pendirian ibu bapa bahawa guru tidak akan merotan tanpa sebab. Keadaan sangat berbeza
pada hari ini. Hukuman rotan dilihat sebagai tindakan mendera, kasar dan tidak sesuai
dilaksanakan dalam proses mendidik pelajar.  Hukuman rotan di khalayak dimansuhkan dan
guru tidak dibenarkan merotan pelajar kecuali pengetua atau guru besar dan guru disiplin.
Ramai juga pelajar dahulu yang telah berjaya.

Sebagai alternatif, pendekatan secara nasihat, kursus dan kaunseling digunakan bagi
mengawal masalah disiplin. BERKESAN?  Tidak perlu dinyatakan keberkesanan cara itu
kerana masalah disiplin pelajar sekolah pada hari ini tetap pada tahap membimbangkan
malah semakin hari semakin meruncing. Berjayakah cara itu? Kita tahu jawapannya……

Kadang-kadang  ibubapa hari ini janganlah nak berlagak samseng di sekolah. Kononnya ingin
menjadi HERO kepada anak sediri yang telah lakukan kesalahan. Hari ini, pemikiran
sesetangah ibu bapa tidak lagi seperti dulu. Anak terlalu dimanjakan. Mereka bukan saja tidak
mengakui hakikat tingkahlaku negatif anak mereka di sekolah, malah jika anak mereka
dikenakan tindakan atas kesalahan yang dilakukan, pihak sekolah dipersalahkan.

Tidak memeranjatkan hari ini, tindakan ibu bapa yang membuat laporan polis dan menyaman
pihak sekolah ialah senario yang biasa hari ini.  Ia antara faktor yang menyebabkan guru,
pengetua dan pihak sekolah terpaksa menyembunyikan kes disiplin pelajar di sekolah.
Selain ada sesetengah sekolah yang bertindak begitu kerana ingin menjaga nama baik sekolah
masing-masing. Dengan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul di samping tidak ada
pihak yang membela jika pengetua dan guru disaman oleh ibu bapa maka mereka seolah-olah
menutup mata terhadap masalah disiplin yang berlaku di depan mata.

It's a great time to get a great-looking new PC. Offers here.

Ya…betul menjadi guru adalah suatu pekerja yang sangat mulia dan bukan mudah sebenarnya
lebih-lebih lagi berhadapan dengan kerenah pelajar di sekolah pada hari ini. Kadang-kadang
dilihat guru dilihat hanya mampu menangis dalam hati melihatkan :

Anak-anak yang terbiar ini dan yang datang dari keluarga yang tidak berapa ambil berat
tentang pendidikan anak-anak.. Yang mewah dengan pelbagai harta benda tetapi teramat
miskin perhatian dan kasih sayang daripada ibubapa sendiri.

Mak ayah yang hanya turunkan anak dari kereta-kereta mewah di pintu pagar sekolah, terus
meluncur pergi tanpa sempat singgah di majlis khas untuk ibu bapa, kerana ada urusan
kerja!!!

Pastinya guru lebih gembira sehingga menitis air mata melihat :

Seorang ayah yang hanya datang dengan basikal buruk disambut gembira oleh anak yang
sedia menunggu di sekolah. Apabila ada perjumpaan antara ibubapa dengan guru, ayah yang
seperti inilah yang menghadirkan diri.

Peranan ibu bapa cukup besar untuk mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak kerana
sebahagian besar masa mereka sepatutnya bersama ibu bapa. Di sekolah masa yang terhad
perlu diagih antara memberi pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian dan dalam pada
masa yang sama membentuk perangai pelajar. Dalam pada masa yang sama, anak itu juga
perlu ada kesedaran diri, disiplin diri.

Pada pandangan saya, cikgu-cikgu yang mengajar bukannya mengharapkan anda semua jadi
jurutera, doktor, peguam atau apa sahaja jawatan tinggi. Cukuplah sekadar menjadi insan
yang berguna. Sememangnya kejayaan anak didik adalah kebanggaan semua guru-guru dan
warga pendidik. Namun ingatlah guru hanya memberikan kunci dan andalah yang akan
menentukan penggunaan kunci itu setakat mana. Guru dan ibu bapa adalah sebahagian dari
kejayaan anda, namun anda sahaja yang dapat menentukan dan mencorakkan kejayaan anda
sendiri. Tanpa usaha anda, ilmu yang dicurahkan tidak akan kemana, ibarat menuang air ke
daun keladi.

Terima kasih kerana menghargai jasa guru dan seluruh warga pendidik.

Ini saya kongsikan beberapa aktiviti  yang sering mengundang masalah disiplin pelajar di
sekolah :

1. Kalau waktu prep malam, akan ada yang fly(keluar daripada kawasan sekolah tanpa
kebenaran) untuk makan malam dan ada juga yang turun ke bandar
2. Ada sesetengah masa pada waktu prep malam, pelajar -pelajar menggunakan masa
tersebut untuk mengadakan sparing (berlawan/bergaduh) antara dua orang pelajar
yang tidak berpuas hati antara satu sama lain. Kebiasaan aktiviti seperti ini diadakan di
lokasi kelas yang jauh daripada perhatian warden.
3. Pada waktu rehat, cuba lihat sendiri di tandas-tandas sekolah berkepul-kepul asap
rokok pelajar yang berani melepaskan gian di sana. Itu waktu-waktu kebiasaan. Selain
waktu selepas makan tengahari di asrama sekolah. Tidak percaya? Cuba lihat sendiri
nanti
4. Hujung minggu, pelajar-pelajar asrama kerap akan fly pada waktu malam melalui
pagar-pagar yang sudah digunting atau melalui kawasan yang gelap dan tersorok
daripada perhatian warden.
5. Pada hujung minggu juga, di waktu awal pagi (antara 2 hingga 3 pagi) ada pelajar
yang ada berbuat silap/kesalahan dengan kumpulan pelajar senior atau pun daripada
rakan-rakan sendiri yang mempunyai pengaruh untuk membelasah pelajar tersebut.
Budaya ini banyak berlaku di sekolah berasrama yang mengandungi pelajar daripada
tingkatan 1  hingga 5. Kerana adanya istilah junior dan senior
6. Bagi sekolah berasrama yang mempunyai pelajar lelaki dan perempuan, ada
sesetengah pasangan pelajar (couple) yang menggunakan masa  yang ada untuk
melepaskan “rindu”
7. Bagi ibubapa rajin-rajinkanlah diri semak apa yang terkandung dalam telefon bimbit
anak anda, komputer anak anda, apa yang ada di bilik anak anda.
8. High Council pernah dengar? Budaya High Council pernah menggemparkan negara
dengan tertangkap pelajar tingkatan lima dari Sekolah Sains Tunku Abdul Rahman,
Perak yang dibuang sekolah kerana mengamalkan High Council. Sekarang ini pun,
masih ada.
9. Dan banyak lagi…….anda boleh tambah sendiri di ruangan komen bawah………

Masih ingat lagi, kes disiplin pelajar di mana lapan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah
Agama (SMA) Dato’ Klana Petra Ma’amor di Seremban didapati bersalah atas tuduhan
membelasah sehingga mati seorang pelajar tingkatan empat sekolah yang sama, Muhammad
Farid Ibrahim, 16, yang telah berlaku pada 28 Mac 2004. Allahyarham telah diikat kedua-dua
tangan dan kaki, dipukul secara bertubi-tubi di seluruh badannya hingga menyebabkan
tengkorak kepala retak, usus dan hati serta pundi kencingnya juga turut pecah.

Masalah disiplin di sekolah bukan perkara baru. Cadangan demi cadangan dikemukakan dan
pelbagai pihak menunjukkan keprihatinan untuk menangani masalah disiplin tetapi rata-rata
banyak pihak menuding jari ke arah guru dan pihak sekolah jika masalah disiplin gagal
dibendung. Kita juga tahu jawapannya. Masalah disiplin tetap berlaku dan kadarnya makin
meningkat.

Kita sudah nampak perbezaan keberkesanan antara pendekatan lama dan baru. Jika kita terlalu
memanjakan dan membela anak atau pelajar bermasalah, maka inilah yang akan merosakkan
mereka pada masa akan datang.

Update pada 27 April 2010 !!

KAJANG: Lapan pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah agama di Seremban yang didapati
bersalah membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah sama, tujuh tahun lalu
dilaporkan kini sudah dibebaskan dari Kompleks Penjara Kajang. Kumpulan pelajar itu baru
saja dibebaskan bulan lalu selepas berada di penjara itu hampir tujuh tahun dan dikatakan
sedang menyambung pengajian peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan. Katanya,
mereka sebelum ini mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang, termasuk Pengajian Islam
dan Teknologi Maklumat di Sekolah Integriti Kajang (SIK) adalah perintis program
pemulihan penjara itu.

Lapan pelajar, lima berasal dari Kuala Lumpur dan tiga dari Negeri Sembilan, dituduh secara
bersama-sama membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat, pada 28 Mac 2004. Semua
mereka yang kini berusia 23 tahun itu dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 10.30 pagi
dan 4.15 petang di Asrama Putera sekolah itu. Menurut sumber, walaupun sejarah hidup
mereka pahit, mereka pandai dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk meneruskan
kehidupan. Pada 6 Ogos 2004, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Azhar Ma’ah
memerintahkan lapan pelajar itu ditahan mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan.
Kelapan-lapan pelajar itu pesalah juvana dan berdasarkan hakikat itu mereka dihukum
mengikut Seksyen 97, Subseksyen 2 (b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu boleh ditahan
dipenjara berdasarkan budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana kesalahan
berkenaan dilakukan di Negeri Sembilan.
Perbicaraan kelapan-lapan pelajar itu bermula sejak 14 Jun 2004 dan sepanjang 18 hari
perbicaraan, 25 saksi dipanggil untuk memberi keterangan.  Sementara itu, jurucakap Istana
Negeri Sembilan ketika dihubungi mengesahkan berhubung pembebasan lapan pelajar itu
selepas rayuan terakhir mereka diluluskan oleh Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa
Khas), tetapi enggan mengulas lanjut. Sumber Berita Harian
Pelajar OKU Dibelasah!
23

by Staff Berita Semasa on April 23, 2011

Kerana 20 sen, seorang pelajar OKU dibelasah seorang pelajar senior di sebuah sekolah di
Bagan Datoh, Perak.Mangsa yang dtitendang di bahagian perut dan di kepala, hampir pengsan
dan dikejarkan ke Hospital Sungai Sumun oleh guru sekolah yang menyedari kejadian
tersebut.

Semasa kejadian 1.30 petang itu, Nalson John, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Khir
Johari, Sungai Sumun, Bagan Datoh yang juga orang kelainan upaya (OKU), ditahan pelajar
senior ketika sedang berjalan di hadapan kelasnya.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh
Kok Liang, berkata pelajar senior itu dikatakan meminta 20 sen tetapi mangsa enggan
memberikan wang itu lalu mereka menendang di bahagian perut dan kepala.
“Tendangan itu telah mengakibatkan mangsa hampir pengsan dan tak sedarkan diri sebelum
dibawa ke Klinik Sungai Sumun oleh guru sekolah selepas diberitahu mengenai kejadian itu
oleh pelajar lain,” katanya di sini hari ini.

Goh Kok Liang berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI)
oleh guru sekolah berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, bapa mangsa juga membuat laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah
mengambil keterangan daripada pelajar senior terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,”
katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, K Agashdin, 41, seorang pekerja kilang kelapa sawit di Sungai
Dulang, Bagan Datuh, terkejut apabila diberitahu kejadian itu dan bergegas ke HTI untuk
melihat anaknya.

Isu belasah dan buli pelajar lain di sekolah ini, makin lama main menjadi-jadi.Kali ni, pelajar
OKU pulak yang jadi mangsa.Makin lama makin teruk.Disebabkan 20 sen, seorang manusia
boleh menjadi syaitan.

Pelajar sekolah sekarang memang dah tiada adab dan nilai-nilai murni.Kami percaya, ada
banyak kes buli di sekolah yang tidak dilaporkan.Bukan hanya setakat ini sahaja.Pelajar-
pelajar ini, kalau dari sekolah tidak diambil tindakan, dila dah habis sekolah nanti, akan jadi
lebih teruk lagi sikap mereka.

Guru-guru selepas ini, sepatutnya lebih peka pada kejadian dan tindak tanduk anak murid
mereka di sekolah.Ibu-bapa pelajar bermasalah juga perlu bekerjasama dalam hal ini.Jangan
hanya tahu nak buat anak sahaja, tapi nak mendidik anak seperti melepaskan batuk di tangga.

Apap pandangan anda bagi isu pelajar OKU dibelasah ini?

P.S. Zaman sekarang, 20 sen lebih bernilai dari manusia..

Anda mungkin juga menyukai