Anda di halaman 1dari 2

Menangani Masalah Disiplin Pelajar

September 19, 2009 By: SifooSidee Category: Student guide

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan
pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini
berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih-sayang dan perhatian ibu bapa dalam
era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab
mereka mendidik anak yang dahagakan kasih-sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit
mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik
perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibu bapalah yang menyebabkan masalah
disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik.
Kelakuan yang tida senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula
dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang
telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin
pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering
menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan
sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibu bapa yang gagal menjalankan tanggungjawab
mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut
merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi
faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah
disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan
ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh
pihak sekolah.

Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar
semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah
disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca
masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan
masa mereka di pusat membeli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa
yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibu bapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa
mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi
mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang
berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita
disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu
bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Anda mungkin juga menyukai