Anda di halaman 1dari 1

4

Sabtu, 31 Oktober, 2009

CONTOH KARANGAN

agak
1. agakan Maksud tekaan, kiraan, jangkaan. Contoh Ayat Dia telah membuat agakan yang salah. 2. beragak-agak Maksud sangsi, ragu-ragu. Contoh Ayat Dia beragak-agak hendak pergi atau tidak. 3. diagakkan Maksud disangkakan, dijangkakan. Contoh Ayat Pencuri itu diagakkan menggunakan kunci tiruan untuk memasuki rumah itu. 4. mengagak Maksud mengira-ngira, menaksir. Contoh Ayat Kami sedang mengagak tarikh terbaik untuk mengadakan jamuan itu. 5. mengagakkan Maksud menduga, membuat kesimpulan. Contoh Ayat Polis mengagakkan pencuri itu masuk dengan menggunakan kunci tiruan. 6. teragak Maksud terfikir, terlintas dalam hati. Contoh Ayat Teragak juga ibu hendak memeluk anaknya itu untuk melepaskan rindu. 7. teragak-agak Maksud berfikir panjang. Contoh Ayat Polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap mereka yang melanggar undang-undang.

Masalah kemerosotan disiplin pelajar semakin meruncing. Jelaskan punca-punca berlakunya masalah ini dan langkah-langkah mengatasinya.
Masalah disiplin pelajar semakin meruncing pada hari ini. Fenomena ini berkait rapat dengan kegagalan pelajar untuk mematuhi peraturan sekolah. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong kepada timbulnya masalah ini dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasinya ? Salah satu daripada punca berlakunya masalah ini ialah semakin kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa pada masa kini lebih mengutamakan kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak mereka. yang dahagakan kasih sayang. Akibatnya, anak yang dahagakan kasih sayang ibu bapa mula mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan yang melanggar disiplin sekolah, misalnya ponteng kelas yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibu bapalah yang menyebabkan masalah disiplin semakin menjadi-jadi. Di samping itu, kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Tingkah laku yang tidak senonoh yang terdapat dalam internet atau lem berunsur negatif telah menimbulkan rasa ingin mencuba di dalam hati pelajar. Maka dari cubaan meniru kelakuan yang tidak senonoh inilah menyebabkan masalah disiplin pelajar semakin bertambah. Satu lagi faktor yang tidak boleh dipandang remeh ialah pengaruh rakan sebaya. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar yang sanggup mendengar dan berkorban untuk mereka berbanding dengan ibu bapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Justeru, pengaruh negatif yang dibawa oleh rakan sebaya seperti merokok dan menyalahgunakan dadah akan menyebabkan disiplin pelajar itu semakin merosot. Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak dengan cepat dan telus dalam isu ini turut mendorong kepada menularnya masalah ini. Ada sesetengah pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin yang berlaku di sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan bahawa tindakan mereka yang melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah, ditambah dengan hukuman yang tidak berat serta masalah kekurangan guru disiplin akan menyebakan pelajar semakin berani untuk melanggar disiplin sekolah. Malah, ketiadaan program yang sesuai untuk pelajar selepas waktu sekolah atau selepas peperiksaan turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Sering kali kita melihat para pelajar melepak di tempat-tempat awam atau pusat membeli-belah selepas waktu sekolah atau peperiksaan. Masalah yang semakin meruncing ini akan dapat diatasi sekiranya ibu bapa sanggup mengorbankan masa mereka untuk mendampingi anak-anak mereka. Dengan cara ini, ibu bapa akan dapat mengesan siapakah kawan anak-anak mereka dan apakah masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga harus memantau laman-laman web atau lem-lem yang disaksikan oleh anak-anak mereka untuk memastikan tidak ada unsur negatif yang disalurkan kepada anak-anak mereka yang rata-rata masih mentah dari segi pemikiran. Pihak sekolah perlu menjalin kerjasama yang erat dengan ibu bapa pelajar agar setiap kes disiplin dapat diatasi dengan segera dan berkesan. Hukuman yang lebih tegas juga perlu dikenakan terhadap pelajar yang sering kali melanggar disiplin agar mereka insaf akan kesalahan yang dilakukan. Pihak sekolah juga harus bijak menyusun program yang menarik selepas waktu sekolah atau peperiksaan kerana cara ini akan dapat menghalang pelajar daripada melepak atau melakukan perbuatan yang melanggar disiplin sekolah. Kesimpulannya, masalah disiplin di kalangan pelajar sudah lama wujud dan tidak harus dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya pihak-pihak yang bertanggungjawab termasuk ibu bapa, sekolah dan pelajar sendiri harus bekerjasama untuk membanteras masalah ini daripada terus menular.

alam
1. dialami Maksud dilalui dan dirasai. Contoh Ayat Banyak kesukaran telah dialami oleh pengembara itu. 2. mengalami Maksud melalui dan merasakan. Contoh Ayat Pesakit itu mengalami pendarahan otak. 3. pengalaman Maksud sesuatu yang dilalui dan dirasai. Contoh Ayat Inilah pengalaman hidup yang tidak akan saya lupakan. 4. berpengalaman Maksud ada pengalaman. Contoh Ayat Beliau ialah seorang guru yang berpengalaman.

Sambutan Hari Guru ke-19 Peringkat Kebangsaan

Guru Berkualiti Teras Kecemerlangan Pendidikan


5 November 2009 - 8.30 pagi ICC, Berakas

Anda mungkin juga menyukai