Anda di halaman 1dari 5

Peranan remaja

* Mencari kawan sebaya (peers) yang betul. Umumnya, remaja banyak menghabiskan masa di sekolah bersama rakan-rakan. Pemilihan rakan sebaya yang betul dapat mengelakkan daripada terpengaruh dengan unsur-unsur yang salah. Rakan yang baik adalah rakan yang mengingatkan kita semasa kita tersalah arah dan laku. Selalunya rakan-rakan terdiri daripada orang yang sebaya dan bersependapat dalam banyak hal. Maka remaja harus berhati-hati dalam memilih rakan.

* Mendapatkan bantuan jika ada masalah. Remaja perlu mendapatkan nasihat daripada orang lain selain rakan sebaya jika menghadapi masalah di rumah atau dengan rakan-rakan. Kebanyakan remaja lebih suka mendiamkan diri dengan masalah mereka ataupun hanya menceritakan kepada rakan sebaya. Akibatnya, kadangkala langkah yang diambil menjadi masalah kepada orang lain kerana tidak selari dengan tuntutan agama dan undang-undang. Berbincang dengan kaunselor atau guru dapat membantu sekiranya ibu bapa dan penjaga tidak memahami masalah remaja.

* Berusaha menjadi contoh yang baik. Sikap ini harus ada pada setiap remaja kerana ia dapat membantu remaja untuk mengawal diri. Sekurang-kurangnya jka tidak boleh menjadi contoh yang baik kepada orang lain, jadilah contoh dalam ahli keluarga sendiri dan juga pada diri sendiri. Rasa bersalah sekiranya melakukan kesalahan harus dibayar dengan azam untuk tidak mengulanginya lagi dan tidak berharap orang yang terdekat melakukannya.

Peranan sekolah

* Subjek yang diajar harus ada nilai tambah, iaitu menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap kelas. Kelas boleh dijalankan dengan interaktif supaya pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah dan meneruskan kelas. Elemen subjek agama dan sivik seharusnya ada dalam setiap subjek supaya remaja akan terdidik dengan nilai-nilai murni dalam setiap apa yang dipelajarinya.

* Sentiasa berbincang dengan ibu bapa. Guru kelas boleh mengambil langkah yang proaktif dengan menyelidik latar belakang pelajar-pelajar kelasnya dan menghubungi ibu bapa untuk berbincang jika timbul apa-apa masalah yang boleh membawa kepada perlakuan disiplin. Melabel murid jahat bukanlah penyelesaiannya, tetapi guru seharusnya berusaha untuk memahami punca pelajar bertindak sedemikian. Guru kaunseling juga harus ditambah kerana pelajar boleh merujuk kepada mereka di atas apa-apa masalah yang mereka hadapi.

Peranan Keluarga

* Contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani. Elakkan pertengkaran di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati. Setiap ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka menjadi baik, tetapi ibu bapa seharusnya terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Selain itu ibubapa harus prihatin dengan pergerakan serta rakan anak-anak untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.

* Berusaha memahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Boleh dikatakan masalah banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan psikologi. Justeru itu adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu. Ibu bapa juga harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini.

Peranan masyarakat dan media

* Masyarakat juga harus berperanan dalam hal ini. Membantu remaja-remaja yang bermasalah seharusnya bermula dengan memahami situasi keluarga remaja berkenaan. Jiran-jiran misalnya boleh membantu dalam mengenal pasti remaja yang bermasalah dan cuba membawa mereka ke jalan yang baik melalui teguran yang berhemah. Media massa juga dapat membantu dari segi pengisian rancangan di televisyen, radio dan juga di suratkhabar. Program-program yang disediakan seharusnya lebih berinformatif dan menjana pemikiran remaja.

3.0 KONSEP DAN DEFINISI DISIPLIN Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, melawan guru, bersikap anti sosial, bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Menurut kamus Oxford Advanced Leaner's, disiplin didefinisikan sebagai ". Is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not." Mengikut kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd (1995) mendefinisikan disiplin sebagai " kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan". Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur (1989) mendefinisikan disiplin sebagai "Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda akan dikenakan". Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger's 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah "latihan dan dendaan". Pakar psikologi kaunseling melalui teori mereka mendapati empat ciri bagi menjelaskan tabiat seseorang itu seperti teori psikoanalisis yang diasaskan oleh Freud. Pertama teori ini meyatakan tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi unsur rangsangan seksual agresif dan tidak rasional wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga perkembangan hidupnya.

Kedua analisis transisi dimana teori ini menerangkan tabiat manusia terbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa ketika kecil, anak berkenaan merakamkan secara langsung percakapan dan perbuatan ibu bapa mereka. Konflik terjadi apabila anak cuba menilai semula skrip hidup lama atau menerbitkan skrip hidup yang baru hasil perkembangan emosi dan pengaruh persekitaran. Ketiga Behaviorisma iaitu tingkah laku yang terbentuk hasil proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusia menjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah. Keempat teori pemusatan klien iaitu mengandaikan bahawa tabiat manusia secara azalinya adalah rasional, bertanggungjawab dan berusaha mencapai kesempurnaan diri. Manusia juga cenderung menjadi kecewa dan bermasalah apabila keperluan mencapai kesempurnaan diri dihalang seperti mendapat kasih sayang dan keselamatan. Ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ibu bapa hendaklah membimbig, memahami, menyelami kehendak jiwa remaja dan berfikiran terbuka. Jadilah model terbaik, sekaligus sebagai perangsang. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.

Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan tidak wujud dalam sebilangan remaja berkenaan. Selain itu bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah yang semakin meningkat juga menyebabkan remaja merasa terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Dapatan yang dinyatakan ini adalah bertepatan dengan kajian oleh Athur & Ericson (1992); Kosterman (1996); yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama menyebabkan masalah disiplin. Masa yang diluangkan untuk sama-sama menjalankan aktiviti bersama anak-anak adalah sangat terhad apatah lagi berkomunikasi terutama dengan anak remaja berhubung dengan kegiatan harian (Laurance Steinberg, 1996). Kenyataan ini sedikit sebanyak mengambarkan bahawa ibu bapa pada era ini gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Maka itu kegagalan ibu bapa memberi pendidikan pada peringkat permulaan akan membawa kepada suatu petanda yang buruk terhadap disiplin anak-anak (Asmawati, 1996). Ini disokong oleh Freud, (Mahmod Nazar, 1990) yang mengatakan bahawa kualiti penjagaan yang diberikan di peringkat awal akan mempengaruhi di kemudian hari.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Kah Siong, berkata ini bermakna kira-kira 97 peratus daripada keseluruhan pelajar di sekolah menengah dan rendah di negara ini, tidak terbabit dengan sebarang salah laku disiplin. Beliau berkata, mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit pelbagai salah laku disiplin pada 2010. Katanya, antara kes salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar terbabit termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes). "Walaupun masalah salah laku disiplin pelajar di negara ini masih terkawal, kita tetap memandang serius gejala ponteng sekolah kerana ia menjadi penyebab utama pembabitan seseorang pelajar dalam pelbagai kegiatan berunsur negatif seperti penagihan dadah, minuman keras, samseng, seks bebas, buli dan judi.

"Saya berpendapat penguatkuasaan peraturan sekolah semata-mata tidak memadai bagi menangani gejala ponteng sekolah, namun masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar juga perlu diberikan kesedaran mendalam mengenai masalah ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid 2010 di sini, semalam. Mengulas lanjut, Wee berkata kementerian juga meminta sekolah mengambil pelbagai pendekatan efektif termasuk memberi amaran, bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng sekolah.

Kelab Pencegahan Jenayah ditubuhkan sejak 1999 bagi membantu remaja bebas daripada jenayah dan ia kini dianggotai 478,168 pelajar iaitu 313,208 pelajar sekolah menengah dan selebih murid sekolah rendah.-- Bernama

Menurut Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh, kira-kira lima daripada 10 remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang bermasalah cenderung untuk lari dari rumah Rekod berkenaan hasil kajian sesi kaunseling dan seminar keibubapaan yang dilakukannya. Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan ialah lebih banyak berkomunikasi dengan anak-anak bagi menguatkan ikatan kekeluargaan. Ibu bapa yang tidak mempunyai naluri dan ilmu keibubapaan pastinya menyebabkan anak-anak tidak mesra. Sepatutnya ibu bapa perlu jadi tempat rujuk anak-anak dan tidak merasakan diri mereka sahaja yang benar. Apabila tiada kemesraan golongan ini lebih banyak berbual dan mencurahkan permasalahan dengan rakan-rakan sebaya atau orang luar mengakibatkan hubungan anak akan menjadi lebih dominan dengan rakan-rakan atau orang lain berbanding ibu bapa sendiri, katanya. Ditanya mengapa isu bergaduh dengan ibu bapa menjadi alasan kepada remaja untuk lari dari rumah, jelas Hushim, ia sebenarnya isu remeh kerana hasrat untuk melarikan diri sebenarnya berpunca akibat ikatan kekeluargaan yang rapuh.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din, yang mengulas Laporan Khas mengenai remaja hilang akhir tahun lalu, kajian terhadap 379 remaja yang pernah lari dari rumah menunjukkan mereka mengakui bahawa tekanan menyumbangkan kepada faktor utama, selain 105 kes membabitkan pengaruh kawan, 55 kes ingin bebas, 41 kes bergaduh dengan keluarga, 38 kes bosan dan 35 kes kurang kasih sayang. Statistik 2010 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat dengan angka mencatatkan sebanyak 4,097 remaja yang membabitkan seawal usia 13 hingga 17 tahun. Pensyarah Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nazirah Hassan berkata, Malaysia kini berada di dalam perubahan ke arah kemajuan yang membawa arus hedonisme sekaligus memberi impak negatif kepada masyarakat khususnya remaja.

KUALA LUMPUR Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu. Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu. Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian

PUTRAJAYA: Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Anda mungkin juga menyukai