Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan

Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan licin dan lancar. Oleh itu aspek disiplin murid di sekolah haruslah
diberi perhatian berat pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1981. Disiplin di sekolah juga adalah untuk membentuk dan
mengawal diri pelajar daripada melanggar undang-undang, norma, kebudayaan dan
akhlak masyarakat, di samping menanam nilai-nilai murni bagi membolehkan mereka
membentuk sikap, kepercayaan, keimanan, keteguhan prinsip dan lain-lain asas moral
dan etika hidup.

Tetapi kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama
ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media.
Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid, dari jenis yang ringan
sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat, seperti menyalahgunakan dadah,
merompak, memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah (vandalism), mengancam
guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi.

Mengikut tugasan ELM 3043E saya perlu membuat saru kajian kes masalah
moral di sekolah atau di peringkat masyarakat Semasa menjalani praktikum di Sekolah
Kebangsaan Buntong , saya mula membuat kajian . Saya mendapati banyak masalah
moral di sekolah berlaku seperti ponteng kelas, ponteng sekolah. Tetapi masalah
merokok juga sanagat meleluasa dalam kalangan pelajar. Saya dapati murid-murid dari
tahun 3 hingga tahun 6 mula merokok. Jadi saya telah memilih tajuk kajian adalah
masalah merokok.

Kajian : Masalah Merokok

FAKTOR- FAKTOR MEROKOK DI KALANGAN


PELAJAR
Merokok di kalangan pelajar sekolah bukanlah satu gejala yang baru. Terdapat
banyak kajian yang terperinci yang mengulas sebab-sebab pelajar sekolah, khususnya,
di sekolah menengah terlibat dengan gejala merokok. Tetapi dalam kajian ia melibatkan
pelajar sekolah rendah juga. Saya juga telah mebuat kajian bahawa faktor manakah
yang menyebabkan murid-murid melibatkan diri dalam gejala merokok. Antaranya
merupakan faktor- faktor murid terlibat dalam gejala merokok.

Faktor pertama adalah faktor Psikologi iaitu naluri ingin mencuba sesuatu yang
baru tanpa mengira kesannya. Di usia muda-muda seseorang pasti memiliki rasa ingin
tahu yang tinggi, mereka selalu ingin tahu bagaimana hal tersebut dapat bermanfaat
bagi dirinya atau sebaliknya dan mereka menunjukkan keingintahuan mereka dengan
melakukan suatu percubaan. Mereka merasakan tak kenal maka tak cinta. Dengan
yang demikian mereka akan mula berjinak-jinak dengan rokok dari sebatang menjadi
dua, tiga dan seterusnya menjadi satu kotak dan akhirnya menjadi amalan akibat
ketagih. Mereka juga melakukan perkara itu untuk kelihatan lebih matang di mata
kumpulan mereka dan rakan mereka. Dengan amalan merokok mereka membentuk
imej diri agar dianggap berani, hebat, dewasa dan lain-lain. Mereka juga bersa seronok
semasa merokok. Mereka juga mula merokok apabila dicabar oleh kawan untuk
merokok ataupun pertandingan merokok. Mereka juga berbuat demikian untuk terus
bertahan dalam sesebuah kumpulan dan tidak tersisih daripada rakan sebayanya.

Faktor seterusnya adalah diri sendiri. Unsur Keremajaan merupakan salah satu
faktor penglibatan murid dalam masalah merokok. Hal ini kerana usia mereka. Usia
murid-murid merupakan merupakan fasa yang paling sensitif kepada permulaan tingkah
laku merokok. Perubahan demi perubahan dalam diri murid bersama transisi zaman
kanak-kanak ke alam dewasa membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba
perkara-perkara yang baru termasuklah merokok. Perkara ini berlaku apabila murid
murid sudah berbelas-belas tahun dimana pada amsa yang sama perlu menyesuaikan
diri dari segi hubungannya dengan orang dewasa, memenuhi harapan masyarakat
sekitarnya dan juga ketidakupayaan untuk melihat realiti. Pada peringkat ini seseorang
itu mula bertindak balas kepada tuntutan emosi untuk merokok. Penggunaan rokok
dalam usia remaja dilihat sebagai tingkah laku untuk bereksperimen sebelum remaja
tersebut kekal menjadi perokok apabila dewasa. Sikap pelajar sendiri adalah faktor
utama yang mendorong mereka terlibat dengan merokok. Mereka tidak membina
tembok untuk memisahkan dari gejala negative menyebabkan mereka mudah terjebak
dalam aktiviti kurang sihat seperti merokok. Jika diri mereka mempunyai perisai
pertahanan yang boleh menahan godaan dari gejalan negative nescaya mereka
selamat. Sikap mereka yang sentias ingin tahu dan mencuba tanpa memikirkan baik
buruk menyebabkan mereka terjebak. Mereka tidak pandai memilih kawan yang boleh
membawa kebaikan diri mereka. Sikap mereka yang tidak acuh kepada nasihat orang
yang lebih tua menyebabkan mereka hanyut tanpa haluan. Selain itu, mereka juga
beranggapan mereka sedang membesar dan menjadi remaja dan juga boleh membuat
keputusan sendiri. Kemungkinan mereka merasa bahawa mereka telah dewasa dan
sudah boleh membuat keputusan mengikut gerak hati ataupun naluri diri sendiri. Sikapsikap begini menyebabkan murid-murid terlibat dalam gejala merokok.

Sementara itu faktor keluarga juga

merupakan punca murid-murid

terlibat

dalam gejala ini. Faktor ini jarang disedari namun ia meresap dalam jiwa murid secara
perlahan yang mana akhirnya membawa kepada kelaziman. Ramai penjaga atau ibu
bapa yang merokok di khalayak anak-anak mereka, tanpa menyedari bahawa
perbuatan mereka itu menjadi perhatian dan tumpuan anak-anak yang masih dalam
3

alam kanak-kanak. Perbuatan ibu bapa yang menjadi ketua dan kepala keluarga sering
menjadi ikutan dan teladan kerana mereka adalah 'role model' atau contoh bagi anakanak. Keadaan ini sesuai digambarkan dengan peribahasa bapa borek anak rintik.
Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor keluarga memang mendorong pelajar
merokok. Kesibukan ibubapa mencari nafkah seperti mengejar kebendaan dan
kemewahan menyebabkan perhubungan mereka menjadi renggang. Pada zaman
berteknologi ini,ibu bapa terlalu taksub mencari rezeki sehingga mengabaikan
tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak.Bagi mereka dengan membekalkan
wang ringgit yang banyak kepada anak-anak,mereka sudah menjalankan tugas dengan
baik. Hal ini demikian kerana anak-anak mereka menyalahgunakan wang yang
diberikan oleh ibubapa mereka dengan membeli rokok dan membelanjakan wang
tersebut ke arah aktiviti yang tidak berfaedah. Ibu bapa yang sibuk bekerja
kebiasaannya kurang meluangkan masa bersama anak-anak. Keadaan ini dapat dilihat
ibu bapa pada masa kini akan keluar mencari rezeki pada waktu pagi dan pulang pada
waktu malam. Mereka tidak berpeluang bersama anak-anak dan bertanyakan tentang
pelajaran anak-anak mereka.kesannya anak-anak kurang mendapat kasih sayang
daripada ibu bapa mereka dan perhatian yang secukupnya. Keluarga mengabaikan
tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak supaya tidak terdedah kepada
anasir luar. Pengabaian dari segi kasih sayang menyebabkan anak-anak mencari
alternatif lain untuk mengisi kekosongan jiwa mereka, lantas mereka cari orang lain
yang boleh mendengar masalah mereka dan berkonsi masalah. Keluarga yang tidak
mengambil tahu pergerakan harian anak-anak menyebabkan anak-anak bebas
melakukan aktiviti yang tidak seharusnya. Keluarga tidak melarang atau memberi
nasihat yang berguna sebagai panduan untuk anak-anak mereka menyebabkan
mereka mudah terjebak kerana tiada garis panduan daripada keluaraga. Dengan yang
demikian tabiat merokok sudah pasti lambat laun akan menjadi ikutan mereka. Selain
itu keluarga yang bermasalah juga menyebabkan mereka merokok. Contohnya ibubapa
yang telah bercerai , rumah tangga yang bermasalah yang tidak bahagia menyebabkan
mereka berasa tekanan jiwa kerana pergaduhan antara ibu bapa. Mereka tiada cara
untuk melepaskan tekanan mereka. Jadi mereka ikut gerak hati mereka dan terlibat
dalam gejala seperti ini. Ibu bapa yang kurang berpendidikan juga menyebabkan murid4

murid terlibat dalam gejala ini. Mereka tidak dapat memberi didikan dari segi agama
dan moral. Jadi kekurangan didikan agama dan moral menyebabkan mereka merokok.

Di samping itu terdapat banyak faktor lain yang menyebabkan pelajar terjerumus
ke dalam gejala merokok. Daripada hasil kajian, saya dapati rakan sebaya juga salah
satu faktor yang menyebabkan murid-murid terlibat dalam gejala ini. Mereka akan
sedaya upaya mendapat perhatian daripada rakan-rakan sebaya mereka atau ahli-ahli
dalam kumpulan mereka. Untuk tetap bertahan, maka mereka terpaksa melakukan
sesuatu yang menjadi kelaziman dalam kumpulan itu. Merokok sebagai satu kelaziman
menjadi tabiat bagi mereka setelah sekian lama melakukannya seperti kata pepatah
alah bisa tegal biasa. Dengan berbuat demikian mereka akan tetap dianggap sebagai
ahli kumpulan yang setia. Sekiranya ibu bapa dan keluarga tidak memberi perhatian
dan

kasih

sayang

yang

secukupnya,

murid-murid

akan

berkecenderungan

mencurahkan masalah yang dihadapi kepada rakan sebaya dan seterusnya menjadikan
mereka sebagai pakar rujuk dalam membuat sesuatu keputusan. Pengaruh ibu bapa
sebagai agen sosialisasi mula diganti dengan peranan rakan-rakan. Rakan-rakan
menjadi tempat untuk remaja berkongsi interaksi sosial dan mengatasi ketakutan,
kekeliruan dan masalah. Selain itu, rakan-rakan menjadi tempat untuk remaja bersamasama cuba untuk keluar daripada kawalan orang dewasa dan peraturan-peraturan.
Hasil kajian yang dibuat terbukti yang pengaruh rakan sebaya memainkan peranan
yang besar dalam amalan menghisap rokok di kalangan pelajar. Berkawan dengan
rakan sebaya yang mempunyai masalah iaitu sebagai ringkasnya tidak pandai memilih
kawan menyebabkan mereka hanyut bersama dalam keseronokan. Tekanan lain yang
turut dihadapi oleh murid agar menghisap rokok juga berlaku secara langsung. Remaja
sering berhadapan dengan rakan-rakan yang akan menggalakkan mereka agar
mencuba merokok. Murid-murid tersebut mungkin akan dipaksa dan juga diusik
sekiranya enggan berbuat demikian. Mereka akan rasa bebas dan yakin melakukan
sesuatu dalam kelompok yang ramai tanpa rasa takut atau bimbang. Mereka akan
membrontak jika ditegur, dan mereka rasa senang apabila berada didalam kelompok
mereka. Sebenarnya agen sosialisasi yang kedua iaitu rakan-rakan, juga sebenarnya
5

bermula dengan peranan keluarga. Rakan sebaya ini juga mempunyai keluarga dan
dipengaruhi oleh tingkah laku keluarga mereka. Rakan merupakan orang kedua yang
merupakan yang berkongsi masalah mereka dengan mereka. Terdapat ramai pelajar
atau remaja yang mengatakan bahawa mereka tidak suka untuk berkongsi masalah
dengan ibu bapa terutama sekali masalah yang berkaitan dengan salah peribadi. Hal ini
kerana, mereka beranggapan bahawa komunikasi antara mereka dan ibu bapa lebih
bersifat formal. Mereka lebih percayakan rakan untuk menyelesaikan masalah yang
mereka hadapi. Rakan yang juga mempunyai masalah moral akan menyebabkan
mereka lebih mudah terpengaruh dengan pelbagai masalah.

Selanjutnya, kekurangan didikan agama juga merupakan faktor yang


mempengaruhi murid terlibat dalam gejala merokok. Ajaran agama yang kuat dapat
menjadi benteng pertahanan dalam diri anak-anak supaya mereka tidak mudah terjebak
dengan masalah moral seperti merokok apabila mereka berada di sekolah atau di luar
kawasan rumah. Hal ini kerana, ibubapa beranggapan didikan agama tidak memberi
manfaat kepada anak-anak mereka. Mereka beranggapan didikan ini tidak penting dan
mereka lebih mementingkan peperiksaan. Mereka tidak memahami maksud ajaran
tersebut dan tidak diamalakan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, anak-anak ataupun
murid-murid mudah terlibat dengan masalah moral seperti merokok ini.

Peranan media massa juga penting untuk mengatasi masalah merokok dalam
kalangan murid. Hal ini demikian kerana dengan adanya teknologi yang canggih, iklaniklan yang kreatif serta dapat menarik perhatian umum dapat meresap jauh ke dalam
jiwa individu terutamanya golongan remaja. Contohnya, iklan rokok suatu ketika dahulu
seperti Dunhill mendapat tajaan bola sepak di bawah Liga Dunhill, Marlboro
memaparkan imej Koboi dan Salem memaparkan percutian kumpulan muda-mudi di
kawasan pergunungan yang dingin. Setiap jenama ini membawa mesej bukan sahaja
tentang keenakkan merokok, bahkan ada juga yang menyematkan gambaran kejayaan,
kemewahan, keunggulan dan berbagai-bagai lagi. Pengaruh iklan-iklan seumpama ini
6

begitu mendalam,sehingga ramai di kalangan masyarakat cuai akan aspek yang kurang
sihat ini. Adegan-adegan filem seperti hero dalam filem yang merokok dengan penuh
gaya juga mempengaruhi murid-murid terlibat dalam gejala merokok ini. Murid-murid
beranggap merokok merupakan menunjukkan kegayaan dan rasa hebat.

Pihak sekolah juga turut merupakan pihak yang menggalakan murid-murid


terlibat dalam fenomena ini. Sekolah merupakan tempat di mana pelajar akan
memperoleh pendidikan formal daripada guru. Matlamat sekolah adalah untuk mendidik
generasi muda kea rah pembangunan bangsa yang lebih maju dan berhemah tinggi
dan menyediakan suasana alam persekitaraan yang sihat. Guru merupakan suatu
teladan yang yang baik kepada pelajar. Jika guru mempunyai sikap yang tidak baik,
maka pelajar akan mencontohi guru tersebut. Jika guru merokok dalam kawasan
sekolah, maka murid juga turut mengikuti perbuatan guru tersebut. Di samping itu,
sekolah yang tidak menekankan pendidikan agama dan moral juga menyebabkan murid
mudah terjebak dengan tingkah laku yang tidak sihat. Selain itu, undang-undang yang
tidak ketat juga menggalakan murid-murid mudah merokok.

KESAN BURUK AKIBAT TABIAT MEROKOK


Rokok tidak dapat dipisahkan daripada kesan-kesan buruk dan bahayanya di
samping bahan-bahan beracun dan memudaratkan yang terkandung di dalam setiap
batang rokok. Umumnya, setiap orang faham dan mengerti akan hakikat ini. Namun
masih ramai yang memilih untuk meneruskan tabiat merokok atau masih hendak
mencuba perbuatan merokok, seolah-olah mereka merelakan tubuh mereka dirosakkan
oleh bahana rokok ini. Padahal mereka mempunyai pilihan untuk menyelamatkan diri
dengan tidak merokok. Di sini saya ingin memaparkan kesan-kesan rokok yang hampir
semuanya sedia maklum telah dibuktikan oleh kajian-kajian yang telah dijalankan
hampir di setiap negara terutama Malaysia mengenai bahaya dan kemudaratan rokok
agar dapat menjadi iktibar kepada setiap orang terutamanya perokok.
Merokok merupakan penyebab utama gangguan kesihatan serta kematian
sebelum sampai masanya statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia.. Hakikatnya, perokok akan diserang pelbagai penyakit yang berpunca
daripada tembakau. Mereka akan mengalami penyakit sekatan pulmonary kronik
(COPD) yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas, batuk berkahak, dan
memberikan kesan kepada jantung. Hal ini demikian kerana mereka akan menyimpan
satu persepuluh partikel asap dalam jantung mereka dan menggandakan risiko mati.
Tegasnya, seseorang yang kuat merokok lebih terdedah kepada risiko maut berbanding
dengan orang lain yang tidak merokok.
Kesan rokokyang seterusnya kepada kesihatan ialah berisiko menghidap
penyakit jantung. Rokok menimbulkan aterosklerosis atau terjadinya pengerasan pada
pembuluh darah. Keadaan ini merupakan penggumpalan zat lemak di arteri, lemak dan
plak menghalang aliran darah dan membuat penyempitan pembuluh darah. Hal ini
mengakibatkan penyakit jantung. Jantung harus bekerja lebih keras dan tekanan
berlebihan dapat menyebabkan sakit dada. Jika satu arteri atau lebih menjadi
terhalang, serangan jantung boleh terjadi. Semakin banyak rokok yang dihisap dan
semakin lama seseorang merokok, semakin besar risikonya meningkatkan penyakit
jantung .
8

Merokok mengakibatkan Strok kerana bahan kimia yang dibebaskan oleh asap
rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko
penyakit berbahaya dan menyebabkan 1012% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin
Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Kesan nikotin yang disebabkan oleh
merokok merosakkan saluran darah. Dari segi saintifik, kesan nikotin menyebabkan
dinding salur darah menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi
sukar dan tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan mungkin akan lumpuh atau kes
yang lebih kritikal ialah berkemungkinan maut.
Kesan rokok seterusnya ialah penyakit paru-paru. Risiko terkena pneumonia,
emfisema, dan bronkitis kronis meningkat kerana tabiat merokok. Asap rokok yang
disedut selama bertahun-tahun menyebabkan sel-sel di kerongkong menjadi rengsa
dan berubah kepada sel abnormal iaitu sel kanser yang berupaya memusnahkan selsel normal lain. Penyakit paru-paru ini dapat terjadi dan bertambah buruk dari masa ke
masa sehingga pesakit tersebut akhirnya meninggal kerana menderita sakit tersebut.
Orang ramai yang berumur lingkungan 40 tahun boleh mendapat emfisema dan
bronkitis, tetapi gejala penyakit ini biasanya akan jauh lebih memudaratkan di kemudian
hari, menurut American Cancer Society.
Selain menyebabkan barah paru-paru, rokok juga meningkatkan risiko
serangan penyakit barah yang lain seperti barah mulut, bibir, usus esofagus, dan
kerongkong. Merokok juga dikaitkan dengan kanser ginjal pankreas, pangkal rahim
(servik), dan kanser darah (Leukimia). Satu kajian menunjukkan bahawa perokok lebih
mudah mendapat penyakit gusi. Penyelidikan mendapati bahawa jangkitan di celah gusi
dan gigi kerap berlaku kepada perokok. Ini adalah kerana, penyakit periodontal, iaitu
keadaaan di mana gusi beransur-ansur termusnah dan menyebabkan kehilangan gigi.
Merokok mengurangkan keupayaan seseorang menghindar daripada serangan bakteria
ke atas gusinya membawa kepada kesan yang lebih parah iaitu berlaku Leukoplakia
(tempekan putih di sekitar mulut) serta barah mulut.
Di samping itu, penyakit Diabetes juga boleh dikaitkan dengan tabiat
merokok. Kajian menunjukkan merokok meningkatkan risiko terjadinya diabetes
menurut Claveland Clinic. Rokok juga menyebabkan komplikasi daripada diabetes,
9

seperti penyakit mata, penyakit jantung, stroke, penyakit pembuluh darah, dan penyakit
ginjal.
Kelemahan saraf otot juga boleh berlaku pada perokok. Dalam badan kita dua
sistem saraf iaitu orthsympthetic dan parasympthetic kedua mempunyai tindak balas
yang berlawanan, saraf orthsympthetic merangsang tindakan anggota badan, manakala
saraf parasympthetic sebagai menghalangnya. Apabila terdapatnya pengaruh nikotin,
kedua-dua saraf ini akan bertindak ke satu arah menyebabkan manusia melakukan
sesuatu tanpa kawalan dari otak lagi. Orang yang telah lama merokok, resapan nikotin
menimbulkan kesan yang jelas dari segi psikologi, iaitu apabila ia berhenti merokok
keadaan bertukar menjadi garang, muram dan gelisah.
Sementara itu, rokok juga boleh menyebabkan kebutaan. Seorang yang
merokok dapat meningkatkan risiko degenerasi makula iaitu penyebab kebutaan yang
di alami orang tua. Kajian yang di terbitkan dalam "Archives of Opthamology" pada
tahun 2007 menemukan, orang yang merokok terjadi degenerasi makula, retina, dan
pusat ketajaman penglihatan 4 kali lebih besar dibandingkan orang yang bukan
perokok.
Gangguan pernafasan juga sering terjadi kepada seseorang yang menghidu
asap rokok yang terlampau banyak. Rokok juga menjadi salah satu penyebab
kematian. Merokok meningkatkan risiko kematian berpunca daripada penyakit paruparu kronik sehingga 10 kali ganda.

10

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASIMASALAH


MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR
Langkah-langkah yang efektif perlu diambil dengan segera untuk menangani
budaya merokok dalam kalangan pelajar sekolah agar tidak menjadi barah masyarakat.
Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk menolong para perokok untuk
berhenti merokok.
Langkah yang paling berkesan untuk menangani budaya merokok dalam
kalangan pelajar ialah kesedaran diri pelajar terbabit. Pelajar terbabit perlu disedarkan
bahawa amalan merokok akan memudaratkan kesihatan diri mereka. Pelajar yang
terdedah kepada pengetahuan akan bahaya rokok akan mengelakkan diri daripada
merokok . Pelajar perlu sedar bahawa amalan merokok boleh mendedahkan diri
mereka kepada penyakit barah paru-paru, pankreas, kanser mulut dan gusi dan lainlain kesan sampingan terhadap kesihatan . Jelaslah bahawa kesedaran diri untuk tak
nak merokok amat berkesan untuk menangani budaya sia-sia yang mengundang
malapetaka kepada diri sendiri ini
Kegiatan merokok dalam kalangan pelajar akan terus meningkat ibarat
cendawan tumbuh selepas hujan sekiranya langkah pencegahan yang efektif tidak
diambil.Ibu bapa perlulah lebih bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak.Ibu bapa
memainkan peranan penting dalam sesebuah institusi keluarga kerana hubungan yang
rapat antara ibu bapa dengan anak-anak dapat mengeratkan lagi sesuatu hubungan
yang kekeluargaan.Selain itu,ibu bapa juga dapat mengetahui permasalahan anak-anak
mereka di rumah ataupun di luar rumah.Fungsi ibu bapa bukan sahaja mendidik anakanak.Malah,mereka juga boleh menjadi sahabat kepada anak-anak mereka untuk
berkongsi pendapat,meluahkan perasaan,dan sebagainya.Ibu bapa juga harus
memberi pendidikan agama secara berterusan serta perhatian yang lebih agar mereka
tidak merasa jauh dan tidak merasakan diri mereka tidak disayangi.Mencari rezeki
bukan alas an ibu bapa untuk melepaskan tanggungjawab mereka.Ibu bapa perlu
bersikap tolak ansur dan bersikap terbuka dalam mendidik anak-anak agar masalah
lepas tangan tidak berlaku.Selain itu,ibu bapa juga perlu mengetahui latar belakang
11

rakan anak-anak mereka dan perlu memerhati setiap tindak tanduk anak-anak mereka
di rumah ataupun di luar rumah.
Peranan media massa juga penting untuk mengatasi masalah merokok dalam
kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana dengan adanya teknologi yang canggih,iklaniklan yang kreatif serta dapat menarik perhatian umum dapat meresap jauh ke dalam
jiwa individu terutamanya golongan pelajar. Pihak kerajaan seharusnya mengehadkan
pengiklanan rokok di televisyen,papan iklan,tempat awam seperti restoran dan
sebagainya. Dalam usia remajalah kita perlu menjaga dan mengawal tingkah laku
mereka agar tidak terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah serta tidak bermoral.
Dalam usia sebegini juga,mereka perlu menjaga kesihatan agar tidak menimbulkan
sebarang penyakit. Selain itu,pihak berkenaan juga perlu mendedahkan kesan-kesan
merokok

seperti

contoh-contoh

organ

yang

rosak

akibat

merokok

seperti

hati,jantung,buah pinggang dan sebagainya.Kandungan bahan yang terdapat dalam


rokok seperti tar, bahan pencuci, racun serangga juga perlu diperbanyak agar remaja
mengetahui kandungan tersebut merupakan bahan yang boleh membunuh sel-sel
dalam badan. Langkah ini dapat membantu murid-murid mengetahui lebih jelas tentang
isi kandungan yang terdapat di dalam rokok tersebut.
Selain itu,kempen anti merokok juga perlu dianjurkan olehpihak-pihak
berkenaan terutamanya kepada pelajar sekolah. Kempen ini boleh dianjurkan di
sekolah, karnival universiti, dewan serbaguna dan sebagainya. Contohnya Kempen 'Tak
Nak Merokok', 'Belia Benci Rokok' dan sebagainya. Kempen-kempen seperti ini sedikit
sebanyak dapat mendedahkan keburukan merokok kepada para pelajar khususnya dan
masyarakat umumnya. Kempen yang dianjurkan mestilah menarik perhatian para
pelajar terutamanya penceramah yang hadir untuk mengendalikan ceramah tersebut.
Gaya pengucakapan dan interaksi yang baik antara penceramah dengan para pelajar
dapat membantu keberkesanan pencegahan merokok. Penceramah perlu menekankan
kesan pengambilan rokok pada usia muda dan kesan jangka panjang akibat merokok.
Hal ini demikian kerana melalui pendedahan akibat merokok, para pelajar dapat
mengelakkan diri daripada merokok. Sokongan masyarakat terhadap kempen ini juga
dapat menjayakan lagi program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
12

Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk mengelakkan pelajar


daripada mengamalkan budaya merokok . Sekolah sering mengadakan kempen
kesedaran bahaya merokok dan ceramah serta pameran tentang bahaya rokok kepada
pelajar. Pihak sekolah juga sentiasa mengenakan hukuman berat dan tindakan yang
tegas sekiranya terdapat pelajar yang merokok.

Sebagai contoh, pelajar yang

ditangkap kerana merokok akan didenda atau diberikan rawatan lanjutan untuk
menghentikan amalan berisiko tinggi kepada kesihatan ini
Konklusinya, kesedaran diri akan bahaya merokok, peranan ibu bapa dan
peranan pihak sekolah amat berkesan dalam usaha membendung budaya merokok
dalam kalangan pelajar . Semua pihak mestilah berganding bahu bagai aur dengan
tebing untuk menangani isu merokok dalam kalangan pelajar kerana pelajar hari ini aset
negara yang sangat berharga untuk memajukan negara pada masa depan . Semoga
hasrat negara untuk melahirkan remaja yang cergas dan berfikiran positif akan dapat
direalisasikan sepenuhnya menjelang tahun 2020 .

Set Refleksi Individu Peranan Anda Sebagai Seorang Guru


Pendidikan Moral Dalam Menangkis Pengaruh Negatif Salah
Laku Moral Di Sekolah Dan Di Peringkat Masyarakat.

13

Guru Moral memainkan peranan yang penting dalam membimbing para pelajar di
bawah jagaannya. Guru menolong pelajar membuat penyesuaian peribadi, sosial,
emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah, peraturan tatatertib dan sebagainya
terutama pada awal persekolahan.
Sebagai seorang guru Moral, saya akan membawa murid tersebut berjumpa
dengan guru kaunseling. Saya akan meminta pertolongan Guru Kaunseling untuk
memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid tersebut supaya dapat hindari dari
gejala merokok. Seterusnya, saya akan sentiasa mengadakan perjumpaan dengan
ibubapa murid tersebut untuk memaklumkan prestasinya dari segi pendidikan dan
tingkah laku.
Melalui pemberian nasihat juga saya dapat menolong pelajar untuk memahami
dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia
juga membawa maksud seseorang kaunselor berperanan membantu pelajar agar
pelajar mampu mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan
yang bermakna dengan dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana
ia berada. Saya juga

membantu murid tersebut untuk mencari dan memahami

sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri nya untuk berkembang dengan
baik,memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh murid hasil daripada
perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai kesempurnaan
kendiri serta hubungan antara kesemua unsur yang telah dinyatakan semata-mata
untuk mencari keseimbangan kendiri sebagaimana yang diingini selaras dengan
tuntutan agama dan masyarakat.
Selanjutnya, saya juga sentiasa mengawasi tingkah laku murid tersebut.
Pemantauan secara langsung dan tidak langsung menyebabkan murid tidak mengikuti
gejala-gejala tersebut. Sebagai guru Pendidikan Moral , saya akan membimbing pelajar
untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup
bertanggungjawab terhadap apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang
bakal diambilnya.Perkara ini akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragakagak dalam membuat keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri seperti merokok.

14

Seterusnya, saya juga akan membawa murid tersebut ke kempen dan motivasi
kesedaran. Kemepen dan ceramah seperti ini menolong pelajar mencapai keperluan
untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri. Pelbagai kempen
dijalankan untuk mengatasi masalah merokok baik oleh kerajaan mahupun pihak
persendirian. Misalnya, kerajaan telah mengadakan kempen anti merokok melalui
pelbagai cara seperti iklan-iklan yang ditayangkan di dalam televisyen, radio, posterposter mahupun ceramah yang sering diadakan di sekolah mahupun di pejabat dan
sebagainya. Penglibatan dalam ceramah mahupun iklan itu akan memberi kesedaran
lepada murid tentang bahayanya merokok, kesan merokok serta dinyatakan faedah
orang yang tidak merokok atau berhenti merokok seperti hidup lebih lama, dapat
menghindari racun yang terkandung dalam rokok, dapat melindungi diri, keluarga dan
orang lain daripada bahaya merokok, menjadi teladan yang baik kepada anak-anak,
dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat, meningkatkan deria
rasa dan bau, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan dapat mengelakkan budaya
membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih
baik dan bermanfaat.
Selanjutnya, saya juga memberi didikan agama dan moral yang secukupnya
kepada murid tersebut. Pemberian diidikan agama dan moral akan memberi kesedaran
tentang keburukan amalan merokok. Selanjutnya, saya juga mengalak murid tersebut
melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan atau aktiviti
yang berfaedah akan membantu mereka meluangkan masa denagn baik. Di samping
itu, mereka juga dapat menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka seperti
merokok.
Akhrinya, langkah-langkah ini dapat membantu murid tersebut menghindari diri
dari gejala merokok. Hal ini menyebabkan masa depan murid tersebut lebih cerah.

Bibliografi
http://stpm-study.blogspot.my/2013/10/isi-punca-puncaberlakunya-gejala.html
15

https://doolphinlover.wordpress.com/isi-kandungan/langkahlangkah-mengatasi-kegiatan-merokok/
http://hazman45.blogspot.my/2014/11/spm-karangancemerlang-langkah-langkah_30.html
https://doolphinlover.wordpress.com/isi-kandungan/kesan

daripada-kegiatan-merokok/
http://www.slideshare.net/sivampushpanathannesam/tabiatmerokok-dikalangan-remaja-1

16

Anda mungkin juga menyukai