Anda di halaman 1dari 10

GENDER

PROFIL KES
Kajian kes ini berkisar tentang dua orang pelajar berlainan jantina dari sekolah yang
berlainan tetapi melakukan devian yang sama. Pelajar berjantina lelaki ini berumur 16 tahun
dan berasal dari latar belakang keluarga yang sederhana serta mempunyai pencapaian
akademik yang juga sederhana. Pelajar lelaki ini sering ditangkap oleh guru disiplin kerana
merokok di dalam kawasan sekolah dan ponteng kelas. Pelajar yang kedua, berjantina
perempuan juga berumur 16 tahun dan mempunyai pencapaian akademik yang sederhana.
Pelajar perempuan ini juga sering kali diambil tindakan atas salah laku merokok di dalam
kawasan sekolah dan juga ponteng kelas. Akan tetapi merokok yang dilakukan oleh pelajar
perempuan ini lebih kepada penggunaan vape yang semakin menjadi ikutan pada masa
kini.
Setelah dijalankan temu bual ke atas dua orang pelajar ini, dapat di simpulkan
bahawa kecenderungan untuk melakukan devian adalah sama walaupun berbeza jantina.
Kedua-dua pelajar ini merokok pada mulanya adalah kerana mengikut trend anak muda kini
yang seterusnya membawa kepada ketagihan yang menyebabkan mereka untuk ponteng
kelas bagi melepaskan ketagihan. Kedua-dua pelajar ini juga sedar akan kesan dan risiko
salah laku yang mereka lakukan.

1.0

PENGENALAN

Asal usul perkataan gender adalah merupakan perkataan Inggeris, yang mana
dalam Bahasa Malaysia, perkataan gender hanya masuk dalam daftar leksikon oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005.1 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gender
membawa maksud jantina dimana jantina pula didefinisikan jenis kelamin (lelaki atau
perempuan).
Devian pula (Jerry Jacobs, 1983) adalah satu perlakuan yang melanggar normanorma masyarakat yang telah ditetapkan oleh masyarakat sekitarnya. Salah satu faktor
Devian terjadi apabila seseorang individu itu menggunakan cara yang salah untuk mencapai
matlamat. Dalam penulisan ini membincangkan faktor gender dalam mempengaruhi sikap
dan tingkah laku devian. Ini kerana jika ditanya pada perspektif atau stigma masyarakat
umum, rata-rata akan mengatakan lelaki yang lebih berkecenderungan untuk melakukan
devian berbanding perempuan dan lelaki sememangnya lebih terkedepan dalam
hampir semua jenis jenayah berbanding perempuan.
Ia disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah faktor fizikal lelaki yang lebih
agresif dan kuat. Selain daripada faktor fizikal, pendedahan atau corak sosialisasi bagi lelaki
juga berbeza sedari kecil lagi. Anak lelaki lebih didedahkan dengan kekasaran dan
kelasakan. Hal ini memberikan kecenderungan yang lebih tinggi kepada lelaki untuk
melakukan devian. Sebagai contoh, tuntutan kerja pemandu lori yang terpaksa bekerja
dalam

tempoh

yang

lama

dan

jarak

yang

jauh

menyebabkan

mereka akan terdorong untuk mengambil dadah untuk menguatkan tubuh badan. Tidak
dinafikan bahawa perempuan juga ada melakukan devian tetapi tidak begitu ketara kerana
perempuan lebih bersifat membenci dan cuba menjauhi keganasan. Perempuan
hanya bersifat agresif secara lisan jika

ingin

menunjukkan perasaan marah atau kecewa

berbanding untuk memilih bertindak agresif secara fizikal selebihnya perempuan hanya
menjadi mangsa kepada perlakuan devian.

2.0

TEORI DAN FAKTOR GENDER DALAM PERLAKUAN DEVIAN


1

Noresah Baharom et al., eds. Kamus Dewan, ed. ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2005), 457.

Kajian yang dilakukan oleh Gold dan Reimer pada 1975 terhadap 1395 pelajar
berumur 11 hingga 18 tahun, didapati lelaki paling ketara terlibat dengan devian dan
kajiannya telah disokong oleh Yoshikawa (1994). Dalam tempoh 10 tahun, antara tahun
1989 hingga 1998, kadar jenayah membabitkan remaja lelaki meningkat 35 peratus
manakala perempuan meningkat 25 peratus (Berita Harian, Julai 2001). Jika dilihat dari
perangkaan yang dibuat, bilangan lelaki yang melakukan devian masih mendahului
perempuan bahkan pula kedua-dua gender masing-masing menunjukkan peningkatan dan
hal ini tidak boleh dipandang ringan.
Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan bilangan gender pelaku devian mengikut
jenis-jenis devian. Sebagai contoh, salah laku lumba haram lebih di dominasi oleh lelaki dan
perempuan pula lebih mendominasi jenayah pelacuran. Boleh dirumuskan bahawa terdapat
pengkhususan gender dalam setiap jenis devian. Terdapat beberapa teori dan faktor yang
boleh menyokong perbincangan ini seperti Teori Pilihan Rasional, Teori Psikologi, Teori
Struktur Sosial, dan Teori Proses Sosial.

2.1

Teori Pilihan Rasional


Teori Pilihan Rasional (Teori Aktiviti Rutin) yang mana mengatakan bahawa

pesalah adalah individu yang telah pun membuat pertimbangan secara sedar
bahawa aktiviti antisosial yang

dilakukannya itu memberikan kelebihan dan

kepuasan kepada diri sendiri. Sebagai contoh, pengambilan dadah dan bahan
terlarang dikalangan ahli sukan baik lelaki mahupun perempuan. Mereka sedar akan
kesan dan akibat daripada pengambilan dadah tersebut tetapi lebih memikirkan
pencapaian yang cemerlang dalam bidang sukan yang diceburi kerana dengan
dadah tersebut dapat membantu meningkatkan tenaga dalam masa yang singkat.
Imbuhan kemenangan yang besar lebih bermakna buat mereka. Begitu juga dengan
lumba haram, yang sering dilakukan oleh remaja lelaki. Selain daripada wang
taruhan yang lumayan mereka juga cuba mencari kemegahan dengan melakukan
aksi merbahaya walaupun sedar akan risiko kematian. Hal yang sama dengan
jenayah pelacuran yang juga menawarkan pendapatan yang lumayan. Jika dilihat
pada masa kini, aktiviti pelacuran ini sudah menular dikalangan remaja perempuan
yang masih bersekolah hanya kerana memenuhi keinginan untuk memiliki gajet-gajet
terkini dan teruja dengan gaya hidup mewah.

2.2

Teori Psikologi

Teori Psikologi pula, yang mengatakan tingkah laku antisosial adalah


disebabkan oleh terdapat gangguan dalam perkembangan personaliti individu yang
berpunca daripada kemiskinan, keruntuhan institusi keluarga, keretakan hubungan
dengan guru, rakan, dan jiran, konflik dengan pihak berkuasa. Terdapat banyak
kajian yang telah dibuat mendapati kebanyakan kes jenayah adalah akibat si
pelakunya datang daripada keluarga yang bermasalah atau porak-peranda. Remaja
daripada keluarga yang mempunyai konflik berkemungkinan menjadi seorang yang
memberontak sama ada untuk melepaskan tekanan atau untuk mendapatkan
perhatian. Tetapi cara meluahkan pemberontakan itu berbeza antara lelaki dan
perempuan. Remaja lelaki akan lebih cenderung untuk menzahirkan perasaan
memberontak dengan bertindak agresif yang membawa kepada lumba haram,
gangsterisme, vandalisme dan lain-lain lagi. Manakala remaja perempuan akan
memberontak dalam senyap dan lebih suka menyendiri memendam perasaan. Oleh
sebab itu, jumlah remaja perempuan yang membunuh diri lebih tinggi berbanding
lelaki. Menurut perangkaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada tahun 2010, remaja
perempuan berusia 14 hingga 17 tahun mencatatkan rekod tertinggi dalam kes lari
dari rumah.
2.3

Teori Struktur Sosial (Teori Tekanan Sosial/Anomie)


Perbincangan di atas juga boleh menepati ciri-ciri Teori Anomie dimana Emile

Durkheim (1951) mencirikan keadaan masyarakat atau kumpulan dengan kadar


kekeliruan yang tinggi dan percanggahan dengan norma-norma sosial yang asas.
Keadaan atau kekacauan dalam diri individu serta hilang arah akhirnya
menyebabkan tindakan membunuh diri. Teori Tekanan sosial melihat perlakuan
devian akibat daripada struktur sosial dimana ia berlaku. Remaja yang membesar
dalam masyarakat di mana akses kepada matlamat budaya yang dipersetujui
dengan cara konvensional dinafikan, dan di mana tahap sosial yang tidak teratur
yang sangat besar, mendapati diri mereka dalam situasi di mana norma-norma sosial
yang mengawal tingkah laku tidak ditakrifkan dengan jelas. Menurut teori tekanan
sosial, anak-anak muda ini mungkinmendapati bahawa aktiviti delinkuensi memberi
peluanguntuk mencapai identiti sosial dan status sosial.(Gibson,et.al.,2011). Hal ini
dapat dijelaskan dengan profil kes diatas di mana remaja terjebak dengan gelaja
merokok faktor utama adalah kerana mengikut arus semasa. Disebabkan negara
semakin membangun dan menuju kearah kemodenan, budaya dan adap semakin
terkikis. Ini terbukti dengan penglibatan remaja perempuan dalam gejala merokok
yang semakin meluas dan masyarakat menganggap itu perkara biasa.
2.4

Teori Proses Sosial (Teori Pembelajaran Sosial)

Teori Pembelajaran Sosial telah diperkenalkan oleh Albert Bandura (1977). Di


dalam teori ini menekankan tentang aspek interaksi antara manusia dengan
persekitarannya. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku anti
sosial remaja, iaitu kelakuan remaja itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi
kognitif. Teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) juga
merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan
remaja ialah melalui pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang
yang signifikan dengan mereka. Oleh yang demikian, tingkah laku remaja akan
dipengaruhi oleh persekitaran mereka untuk mereka contohi sama ada daripada ibu
bapa mahupun rakan sebaya. Jika remaja itu dikelilingi oleh ibu bapa dan rakan
sebaya yang bertingkah laku negatif, maka remaja tersebut akan terikut-ikut kepada
tingkah laku yang ditunjukan. Dari faktor gender, kebiasaannya remaja lelaki lebih
mudah untuk meniru sebarang tingkah laku yang ditunjukkan kerana perkembangan
inteleknya yang agak perlahan berbanding remaja perempuan. Dalam konteks ini,
remaja perempuan lebih matang dalam menimbang baik buruk untuk meniru sesuatu
perlakuan itu. Walaubagaimanapun ini tidak menjamin remaja perempuan untuk
tidak terpengaruh dengan tingkah laku yang ditunjukkan. Contohnya, jika remaja ini
sering dipukul atau melihat perlakuan keganasan dalam keluarga mereka juga
berkemungkinan akan menjadi pembuli atau pendera. Salah laku buli juga kian
menular dikalangan remaja perempuan disekolah.

3.0

JENIS-JENIS DEVIAN
Jenayah dalam kalangan remaja merujuk kepada sesuatu tindakan dan perlakuan

atau perbuatan jahat yang menyalahi undang-undang jenayah yang dilakukan oleh individu
remaja merangkumi jenayah harta benda dan kekerasan seperti mencuri, meragut,

merompak, merogol, merosak harta benda awam dan banyak lagi. Ini termasuk tingkah laku
yang menyimpang atau menyeleweng dan dianggap tidak betul dan tidak diterima oleh
masyarakat atau komuniti kerana bercanggah dengan nilai-nilai hidup dan kebudayaan
masyarakat. Ia dilakukan oleh remaja dianggap sebagai devian, lencongan, tingkah laku
berlainan dari norma-norma tingkah laku masyarakat yang dianggap luar biasa atau buruk.
3.1

Masalah Moral
Kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan remaja di negara ini

semakin menggerunkan apabila statistik menunjukkan jumlah kes jenayah


membabitkan pesalah juvana meningkat sebanyak 111 peratus dalam tempoh
setahun. Berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak
7,816 kes dicatatkan pada 2013 berbanding hanya 3,700 kes pada 2012 iaitu
membabitkan peningkatan sebanyak 4,116 kes. Malah, angka kegiatan jenayah
berat golongan remaja yang tamat persekolahan pula mencatatkan peningkatan
ketara sehingga 137 peratus kepada 2,011 kes berbanding hanya 849 kes dicatatkan
pada 2012. Kategori jenayah berat ini turut dikaitkan dengan remaja bawah umur
berusia antara 12 hingga 17 tahun. Angka direkodkan turut meningkat kira-kira 47
peratus di seluruh negara dan ada daripada mereka terlibat dengan kes bunuh dan
juga rogol.

3.2

Merokok
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk

Jainab Ahmad Ayid berkata tinjauan pada 2011 oleh Kajian Perokok Dewasa Global

(GATS) mendapati kira-kira 4.3 juta atau 20.9 peratus penduduk Malaysia
mengamalkan tabiat merokok setiap hari. Beliau juga melahirkan kerisauan berikutan
terdapat peningkatan dalam penglibatan remaja dalam tabiat merokok. Ini disokong
dengan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan
kadar kelaziman merokok dalam kalangan lelaki Malaysia berumur lebih 15 tahun
pada 2008 adalah 43 peratus dan tiga peratus bagi wanita.
3.3

Penagihan Dadah
Merujuk kepada Laporan Dadah 2008 yang dikeluarkan oleh Agensi Anti

Dadah Kebangsaan, daripada 12,352 penagih yang dikesan seramai 12,076 orang
adalah penagih lelaki iaitu sebanyak 0.13% daripada jumlah unjuran penduduk lelaki
di negara ini yang berusia 15-64 tahun ( 2 8,961,800 orang). Pengesanan ini juga
menunjukkan telah berlakunya penurunan sebanyak 14.60% berbanding dengan
tempoh yang sama tahun 2007. Manakala penagihan di kalangan wanita juga
menurun sebanyak 20.69%. Sepanjang tempoh tahun 2008, golongan belia yang
berumur di antara 19-39 tahun masih lagi merupakan majoriti penagih yang dikesan
iaitu seramai 8,569 orang (0.05%) daripada golongan umur unjuran penduduk
Malaysia yang berusia 15-64 tahun (3 17,620,300 orang). Manakala seramai 260
orang (2.11%) adalah penagih remaja yang berusia di antara 13-18 tahun yang
menunjukkan terdapat penurunan seramai 27.37% berbanding tempoh masa yang
sama tahun lalu seramai 358 orang.

Statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan 2008.

3.4

Aktiviti Seksual
Kadar aktiviti seksual dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di

negara ini sepanjang dua dekad lalu meningkat daripada 0.9 pada 1994 kepada 8.3

peratus pada 2012. Statistik itu diperoleh daripada kaji selidik Global Kesihatan
Pelajar Sekolah (GSHS) serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) berkaitan kelakuan sumbang dilakukan remaja sebelum nikah
bermula 1994 hingga 2012. Sementara itu, data direkod daripada Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia
menduduki tempat keempat daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia
antara 15 hingga 19 tahun.
3.5

Lari Dari Rumah


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan statistik pada 2010 yang

menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat sebanyak 4,097 remaja terbabit
dengan kegiatan ini seawal usia 13 hingga 17 tahun. Difahamkan, ia bukanlah
sesuatu yang mengejutkan kerana kebanyakan kes ini membabitkan remaja. Selain
itu, remaja berumur 14 hingga 17 tahun adalah golongan yang paling banyak
dilaporkan hilang di negara ini. Remaja perempuan kaum Melayu pula mencatatkan
statistik tertinggi hilang berbanding kaum lain, tetapi kelompok itu juga tersenarai
dalam kadar tertinggi mangsa yang mudah dijumpai semula. Berdasarkan statistik
Jabatan Pengurusan, Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
Bukit Aman, secara kiraan rawak, dua daripada tiga laporan kes orang hilang
membabitkan wanita.
3.6

Anak Luar Nikah


Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan 81,000

anak luar nikah didaftarkan sehingga 2011. Manakala kajian penyelidik Universiti
Putra Malaysia (UPM) pula mendapati 300 remaja Melayu berusia 13 hingga 25
tahun terbabit dengan salah laku seksual dan seks bebas. Dinyatakan, 85 peratus
daripada mereka yang melakukan perbuatan itu langsung tidak menyesal, malu atau
takut malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan. Statistik
Polis Diraja Malaysia pula mencatatkan kes pembuangan bayi yang dilaporkan
antara 2000 sehingga 2006 ialah 580 orang, majoriti sebanyak 92 peratus adalah
bayi baru dilahirkan, manakala lapan peratus adalah janin. Di Lembah Klang saja
hasil laporan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007 mendedahkan seorang
bayi dibuang setiap 10 hari.

9.0 SOALAN PERBINCANGAN

9.1

Apakah penerimaan/persepsi masyarakat terhadap perilaku devian


mengikut gender?

9.2

Sejauh mana tahap perlakuan devian mengikut gender pelaku?

9.3

Adakah peluang melakukan devian adalah sama untuk setiap gender?

9.4

Adakah transgender turut diambil kira dalam faktor mempengaruhi tingkah

laku

devian?

9.5

Apakah transgender mempunyai hak dalam menuntut keadilan sekiranya


terlibat dalam jenayah seksual?

http://www.theborneopost.com/2015/09/10/lebih-empat-juta-rakyat-malaysia-merokok-setiaphari/#ixzz3ohGxZSh7
http://www.unicef.org/malaysia/ADK_Report_Dec_2008.pdf

Bandura, A. (1973) Aggression: A Social Learning Analysis. Englewood Cliffs: Prentice Hall.
Harian Metro, 11 Mac.

Anda mungkin juga menyukai