Anda di halaman 1dari 10

ISU DISIPLIN DI SEKOLAH

PENDAHULUAN
Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu aspek disiplin murid di sekolah haruslah
diberi perhatian berat oleh pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian
Pelajaran
Malaysia,
1981.
Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu
ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau
di
luar
sekolah.
KPM
1981
Disiplin di sekolah juga adalah untuk membentuk dan mengawal diri pelajar daripada
melanggar undang-undang, norma, kebudayaan dan akhlak masyarakat, di samping
menanam nilai-nilai murni bagi membolehkan mereka membentuk sikap,
kepercayaan, keimanan, keteguhan prinsip dan lain-lain asas moral dan etika hidup.
Tetapi kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama
ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media.
Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid, dari jenis yang ringan
sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat, seperti menyalahgunakan dadah,
merompak, memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah (vandalism),
mengancam
guru-guru
dan
murid-murid
dan
pelbagai
lagi.
1.1
VANDALISME
(merosakkan
harta
benda)
Vandalisme boleh didefinisikan sebagai perbuatan ataupun perlakuan merosakkan,
memusnahkan, mengotorkan benda-benda serta peralatan yang bukan kepunyaan
sendiri yang seterusnya telah menggugat kesejahteraan hidup orang lain.
Sejak kebelakangan ini, isu vandalisme telah menjadi topik yang hangat
diperbincangkan. Perbuatan vandalisme ini biasanya dilakukan oleh golongan
remaja ataupun generasi muda dalam lingkungan usia 13 tahun hingga 24 tahun.
Mereka yang tidak bertimbang rasa ini bertindak merosakkan telefon awam serta
tandas awam yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, melukis serta menulis
perkara yang bukan-bukan di dinding sesebuah bangunan dan sebagainya. Bagi
remaja yang masih bersekolah pula, mereka akan bertindak merosakkan kerusi,
meja, papan hitam dan lain-lain yang merupakan kepunyaan sekolah serta barang
keperluan seseorang pelajar. Hal ini seterusnya telah merosakkan keindahan
sesebuah tempat. Secara tidak langsung, nama serta imej negara kita Malaysia
akan
terjejas.
1.2
PERAS
UGUT
ATAU
KES
BULI
Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan memeras ugut,
menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh
seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa
ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini
telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai
pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.
Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam
kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Sebagai contoh kes adik Muhd

Afiq Qusyairi Baharuddin yang dibuli dan dibelasah oleh pelajar senior di Sekolah
Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis. Satu lagi kejadian di Gombak,
seorang ketua pengawas telah dipukul oleh beberapa orang pelajar sehingga cedera
anggota badan dan menerima beberapa jahitan di kepala. Difahamkan ketua
pengawas ini telah mengambil nama pelajar ini yang datang lewat ke sekolah pada
pagi kejadian. Kes-kes buli yang wujud ini menunjukkan satu senario bahawa tahap
disiplin pelajar negara kita sememangnya berada di tahap kritikal.
1.3
PERGAULAN
BEBAS
DAN
PORNOGRAFI
(video
lucah)
Penyebaran rakaman-rakaman lucah melibatkan pelajar sekolah di internet bukanlah
satu perkara yang asing bagi masyarakat kita. Mungkin kita sudah muak dihadapkan
dengan isu yang sinonim sahaja, namun bagaimana kita mahu menutup mulut
sedangkan mata sentiasa dihadapkan benda yang sama, malah semakin hari
semakin menjadi-menjadi. Kalau dulu hanya pekerja kilang dan pelajar IPT sahaja
yang terlibat dalam rakaman lucah ini, namun kini segelintir budak-budak sekolah
juga sudah semakin advance .berpelukan, bercumbu-cumbuan dan melakukan
hubungan seks seperti sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka. Begitu
mengecewakan apabila melihat budak-budak sekolah yang umurnya baru setahun
jagung,
tetapi
sudah
kemaruk
dengan
seks.
Ada pula yang langsung tidak tahu malu apabila adegan lucahnya dirakam.
Kononnya untuk simpanan peribadi, tetapi akhirnya ia dijadikan sebagai bahan lucah
untuk disebarkan melalui internet. Ada rakaman video yang memaparkan seorang
pelajar perempuan yang terbaring di tepi longkang berhampiran semak dikelilingi
oleh empat orang lelaki meratahnya secara beramai-ramai. Perempuan tersebut
bukan dipaksa tetapi merelakan diri malah suka diperlakukan sedemikian. Kesemua
mereka ini ketika melakukan adegan-adegan tersebut lengkap berpakaian sekolah.
1.4
MEROKOK
DAN
PENYALAHGUNAAN
DADAH
Merokok!. Semua orang tahu akan kesan buruk perbuatan tersebut kerana kini
segala informasi tentangnya mudah diperolehi. Malah pada kotak rokok itu sendiri
pun turut ditulis amaran bahaya merokok serta gambar-gambar kesan daripada asap
rokok tersebut. Bagaimanapun segalanya dipandang sepi. Di mana-mana sahaja,
kita boleh melihat budak sekolah termasuklah perempuan berbangga dengan rokok
yang tersepit dihujung jari. Malah mereka juga menganggap semua ini cool dan
trendy di kalangan mereka. Sekarang bukan lagi hal yang pelik atau pun luar biasa
jika kita melihat pelajar perempuan, khususnya pelajar sekolah yang menggengam
rokok. Sungguhpun begitu kita hanya mampu mengeluh atau mengeleng-gelengkan
kepala serta tetap membuat persepsi buruk terhadap moral perempuan yang
merokok itu tanpa melakukan sebarang tindakan untuk mencegahnya.
Terdorong dek naluri ingin mencuba benda baru atau sekadar ingin berhibur, remaja
terutama pelajar seolah-olah menempah maut apabila berebut-rebut mendapatkan
ubat batuk dalam bentuk pil yang mengandungi dos berlebihan sehingga
dikategorikan dadah stimulant (ATS). - Keratan Harian Metro, Selasa, 4 September
2007.
Petikan di atas menunjukkan selain daripada gejala merokok, penyalahgunaan
dadah juga sudah semakin menular di kalanga pelajar terutamanya remaja dalam
lingkungan umur belasan tahun. Mereka sudah semakin menjinakkan diri dengan
batu loncatan untuk penagihan syabu seperti ganja yang menyebabkan seseorang

itu beralih penagihan kepada heroin dan dadah. Tindakan pelajar terbabit dianggap
sengaja menempah maut kerana pil berkenaan boleh mengganggu sistem saraf otak
yang merangsang keinginan berkhayal, meskipun orang yang menelannya akan
mengalami kesan seperti lebih aktif daripada biasa, otak lebih cergas dan berfikir
dengan cepat selain sentiasa berasa gembira. Pil Norspan boleh dikategorikan adik
kepada dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) atau syabu, kini dikesan
kian popular dalam kalangan pelajar sekolah kerana mudah diperoleh di farmasi,
klinik
atau
kedai
sinse
dengan
hanya
bermodalkan
50
sen.
1.5

PONTENG

SEKOLAH

Senario ponteng sekolah bukanlah masalah sosial yang baru dalam kalangan
pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan menunjukan pelajar yang terbabit dengan gejala itu agak
membimbangkan iaitu 37 092 kes pada tahun 1993 dan meningkat kepada 80 937
kes pada tahun 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara
14 hingga 17 tahun dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan
gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenalpasti terbabit dengan
masalah ponteng kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan bakinya
adalah
pelajar
perempuan.
Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi
perhatian dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca
pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya.
Oleh itu, marilah kita merenung sejenak memerihalkan faktor-faktor berlakunya isuisu disiplin pelajar kini dan langkah-langkah yang wajib diambil untuk membendung
masalah
ini
daripada
berleluasa.

VANDALISME
2.1

Faktor-faktor

pencetus

vandalisme

2.1.1
Kurangnya
penekanan
pendidikan
moral
serta
agama
Antara faktor berlakunya vandalisme adalah kurangnya penekanan pendidikan moral
serta agama sama ada di sekolah ataupun di rumah. Hal ini penting kerana tanpa
pendidikan tersebut, seseorang tidak akan mengetahui nilai-nilai murni yang
sepatutnya diamalkan oleh seseorang individu. Mereka tidak akan tahu kepentingan
berbuat baik serta mungkin berhadapan dengan kesukaran dalam membezakan
betul salah daripada sesuatu perbuatan. Hal ini mungkin berlaku akibat daripada
sikap pelajar yang menganggap pendidikan moral tidak berguna serta tidak
mendatangkan sebarang manfaat. Guru-guru yang tidak menekankan kepentingan
dan kebaikan pendidikan moral di sekolah juga menyebabkan kegagalan
mewujudkan generasi muda yang soleh dan solehah. Ibu bapa yang rakus ataupun
serakah mengejar kekayaan dan kewangan telah menyisihkan pendidikan yang
penting ini. Oleh itu, seseorang itu tidak mendapat pendidikan moral dan agama
yang secukupnya lalu bertindak vandalisme kerana tiada pengajaran yang
menentang perbuatan itu. Apabila mereka dewasa nanti, mereka juga telah
mempraktikkan perbuatan itu dalam kehidupan seharian. Dengan ini, telah jelas
menunjukkan bahawa kurangnya pendidikan moral dan agama merupakan salah

satu

faktor

berlakunya

vandalisme.

2.1.2
Tekanan
hidup
Tekanan hidup ataupun stress juga merupakan salah satu faktor berlakunya
vandalisme. Hal ini demikian kerana sejajar dengan pawana globalisasi di negara
kita, Malaysia, pendidikan telah pun semakin dipentingkan serta dititikberatkan.
Keadaan ini seterusnya telah menyebabkan ibu bapa mewajibkan anak masingmasing agar lulus peperiksaan dengan keputusan yang cemerlang agar dapat
berkhidmat serta menyumbang kepada negara pada masa hadapan. Oleh itu,
seseorang pelajar akan mengalami banyak tekanan hidup untuk belajar dengan
bersungguh-sungguh agar tidak mengecewakan harapan ibu bapa masing-masing.
Terdapat kemungkinan bahawa individu tersebut akan bertindak melakukan
perbuatan vandalisme untuk melampiaskan beban yang dihadapi. Mereka mungkin
beranggapan bahawa perbuatan itu amat menyeronokkan dan juga dapat membalas
dendam kepada pihak sekolah yang mewajibkan peperiksaan dijalankan.
2.1.3
Pengaruh
rakan
sebaya
Selain itu, bagi generasi muda pula, ada di antara mereka yang mungkin jatuh di
bawah tekanan pengaruh rakan sebaya untuk melakukan perbuatan vandalisme. Hal
ini berlaku kerana mereka tidak berpendirian teguh dan lama-kelamaan telah pun
mengikuti ataupun mencontohi perbuatan rakan mereka yang tidak senonoh itu.
Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan
sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan merosakkan sikap, nilai dan tingkah laku
remaja. Kebiasaannya, golongan remaja melakukan vandalisme merupakan remaja
yang berkumpulan. Mereka lazimnya tidak mempunyai hala tujuan dan matlamat
hidup. Apabila berkumpul sesama rakan mereka, maka timbullah pelbagai idea
termasuklah menconteng harta benda awam ataupun harta benda sekolah dan
merosakkannya.
2.1.4
Ibu
Bapa
dan
Keluarga
Ibu bapa merupakan insan terpenting dan memainkan peranan yang besar dalam
membentuk sahsiah dalam diri anak-anak. Sesetengah remaja ataupun pelajar yang
terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang bermasalah atau
keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan,
vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatar
belakangkan keluarga yang bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan
bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong
remaja
terjebak
dalam
gejala
negatif
ini.
2.1.5
Pengaruh
rakan
sebaya
Selain itu, bagi generasi muda pula, ada di antara mereka yang mungkin jatuh di
bawah tekanan pengaruh rakan sebaya untuk melakukan perbuatan vandalisme. Hal
ini berlaku kerana mereka tidak berpendirian teguh dan lama-kelamaan telah pun
mengikuti ataupun mencontohi perbuatan rakan mereka yang tidak senonoh itu.
Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan
sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan merosakkan sikap, nilai dan tingkah laku
remaja. Kebiasaannya, golongan remaja melakukan vandalisme merupakan remaja
yang berkumpulan. Mereka lazimnya tidak mempunyai hala tujuan dan matlamat
hidup. Apabila berkumpul sesama rakan mereka, maka timbullah pelbagai idea

termasuklah menconteng harta benda awam ataupun harta benda sekolah dan
merosakkannya.
2.1.6
Ibu
Bapa
dan
Keluarga
Ibu bapa merupakan insan terpenting dan memainkan peranan yang besar dalam
membentuk sahsiah dalam diri anak-anak. Sesetengah remaja ataupun pelajar yang
terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang bermasalah atau
keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan,
vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatar
belakangkan keluarga yang bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan
bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong
remaja
terjebak
dalam
gejala
negatif
ini.
2.2

Langkah-langkah

atau

cara-cara

membendung

Vandalisme

2.2.1
Penekanan
Pendidikan
Moral
dan
Keagamaan
di
sekolah.
Pemaparan isu tanpa disusuli tiada pemantauan tidak ada gunanya. Salah satu
langkah yang perlu diambil untuk membendung masalah ini adalah dengan
menekankan pendidikan moral dan agama sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Perkara ini amat penting sekali
agar apabila mereka dewasa nanti, mereka akan mempraktikkan nilai-nilai murni
yang telah diajar sejak kecil lagi dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah juga
harus bertindak menghukum sesiapa sahaja yang telah ditangkap melakukan
perbuatan vandalisme dengan harapan bahawa peristiwa pisang berbuah dua kali
dapat dicegah ataupun tidak akan mengulangi perbuatan mereka itu. Ibu bapa juga
harus mengajar anak masing-masing serta bertindak mendidik mereka apabila
mereka ditangkap merosakkan barang-barang kepunyaan orang lain. Pihak ibu bapa
sepatutnya mengamalkan budaya sayang anak tangan-tangankan. Berkat
kerjasama dari pihak sekolah dan ibu bapa, langkah ini dapat diibaratkan sebagai
serampang
dua
mata.
2.2.2
Bimbingan
dan
Kaunseling
Langkah kaunseling dapat diibaratkan sebagai sudah terang lagi bersuluh. Sesi
kaunseling ini penting agar pelajar-pelajar yang menghadapi tekanan dalam
pelajaran ataupun daripada rakan-rakan yang memaksa mereka melakukan
perbuatan vandalisme ini berpeluang meluahkan serta menyatakan perasaan dan
tekanan yang dihadapi masing-masing. Dengan ini, mereka akan berpeluang
mendapat nasihat daripada seseorang yang berpengalaman yang seterusnya
mungkin dapat menyelesaikan masalah yang harus diharungi oleh pelajar tersebut.
Seterusnya,bagi pelajar yang melakukan vandalisme,mereka juga mungkin
menyedari kesalahan sendiri dan bertindak mengubah sikap mereka yang salah itu
selepas melibatkan diri serta menghadiri sesi kaunseling. Dengan ini, memang dapat
dibuktikan bahawa sesi kaunseling merupakan salah satu langkah yang wajib
diambil.
2.2.3
Penguatkuasaan
Undang-undang
Penguatkuasaan dan Perlaksanaan Undang-Undang perlu dijalankan oleh pihak
Kerajaan. D bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 (Undang-Undang Kecil Vandalisme,

1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang
membabitkan RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.
Perlaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme harus
menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan
pakaian seragam pesalah vandalisme. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada
pesalah
agar
menjadi
teladan
kepada
rakan-rakan
yang
lain.
2.2.4
Peranan
Ibu
Bapa
dan
Keluarga
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah
kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anakanak tentang pentingnya harta benda awam dan menganggap harta benda orang
lain sama seperti harta benda sendiri. Secara tidak langsung, sekiranya anak sudah
diingatkan dengan falsafah ini, maka sudah tentu gejala vandalisme tidak seteruk
hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak supaya tidak berlaku
kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk
membentuk jiwa yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam
dewasa.
2.2.5
Peranan
Masyarakat
dan
Pihak
Sekolah
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian
kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan pihak
masyarakat perlu peka terhadap isu ataupun gejala vandalisme yang berlaku di
sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang
berlaku di kawasan mereka. Selain tiu, anggota masyarakat boleh memainkan
peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak
sekolah juga patut memberikan nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai
kepentingan menjaga harta benda awam. Generasi muda perlu diterangkan dengan
mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam.
PERAS

UGUT

DAN

KES

BULI

3.1 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Peras Ugut dan Kes Buli


3.1.1
Kekurangan
penghayatan
nilai-nilai
agama
Kekurangan penghayatan nilai-nilai agama dalam diri pelajar merupakan antara
punca atau faktor yang mencetuskan kes buli di dalam kalangan pelajar sekolah.
Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapat perhatian orang lain dan
menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai
kemanusiaan.
3.1.2
Kekurangan
kasih
sayang
ibu
bapa
dan
keluarga
Sabda Rasulullah s.a.w:"Anak adalah titipan dari Allah SWT yang harus dijaga".
Dengan didasari sabda Rasulullah tersebut, maka orang tua harus berhati-hati di
dalam membimbing putera-puterinya yang beranjak dewasa. Apalagi sekarang di
zaman globalisasi yang penuh kebebasan akan apapun, sehingga jika tidak dapat
membawa diri, maka akan terjerumus kepada perbuatan-perbuatan yang negatif dan
merugikan.
Ibu bapa haruslah memberi sepenuh kasih sayang dan didikan agama yang
mencukupi agar mereka tidak terjebak dalam aktiviti yang kurang berfaedah. Jiwa
dan hati remaja harus dididik dengan cara yang betul dan ditanam dengan nilai-nilai
sempurna untuk memastikan bahawa masalah ini dapat dibendung. Sekiranya

masalah ini tidak dapat dibendung ialah maka pembangunan negara akan terjejas
kerana golongan remajalah bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Selain itu, ibu bapa yang selalu sibuk mecari duit dan bersikap meterialistik telah
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka. Situasi ini telah
mengakibatkan jiwa remaja ini kosong dan kesunyian lalu bertindak melepaskan
tekanan
mereka
kepada
membuli
orang
lain.
3.1.3
Pengaruh
rakan
sebaya
Para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini
mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebaya. Jika kawan-kawannya
merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya
supaya
dapat
diterima
oleh
ahli-ahli
kumpulannya.
3.1.4
Pengaruh
media
massa
Hakikatnya, media massa baik bercetak atau berelektronik, mempunyai aura yang
tersendiri dalam menarik perhatian remaja untuk terpengaruh. Dewasa ini, terdapat
terlalu banyak adegan atau babak-babak ganas yang dipertontonkan di kaca-kaca
televisyen ataupun di internet. Secara tidak langsung, ianya dapat mempengaruhi
remaja
untuk
meniru
perbuatan
ganas
tersebut.
3.2

Langkah-langkah

Menangani

Peras

Ugut

dan

Kes

Buli

3.2.1
Peranan
Institusi
Kekeluargaan
Institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak
yang dilahirkan bagai kain putih. Guru yang pertama seorang insan adalah ibubapa
dan keluarganya sendiri. Seorang bayi akan belajar dengan melihat dan mencuba
apa yang dilakukan dan disebut oleh orang di sekelilingnya. Oleh kerana keperluan
kehidupan ibubapa terpaksa bekerja maka anak-anak kecil ini sehinggalah ke
peringkat
remaja
biasanya
diasuh
oleh
pembantu
rumah.
Oleh itu amat penting bagi ibubapa melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan
supaya dapat membesar dan mendidik anak dengan lebih sempurna. Ini perlu
memandangkan ibubapa yang bekerja mempunyai masa yang terhad bersama
dengan anak-anak. Masa yang singkat ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin supaya kasih sayang dan kemesraan kekeluargaan itu dapat dieratkan.
Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran
agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi. Seterusnya dipupuk di sekolah dan
di semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri perlulah menjadi teladan yang
terbaik kepada anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga perlu sama-sama
mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang
meningkat
remaja
dan
dewasa.
3.2.2
Peranan
Pihak
Kerajaan
Bak kata pepatah, tiada penyakit yang tiada penyembuhnya. Terdapat pelbagai
langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras
kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga
pihak sekolah harus menitikberatkan kes buli ini dalam pelajaran Sivik dan
sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini
merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat
tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya

daripada

terbabit

dalam

kes

buli

ini.

3.2.3
Peranan
Pihak
Sekolah
Selain itu, pihak sekolah juga dapat memainkan peranan yang cukup besar di dalam
menangani isu moral ini. Ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh
diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari masa ke semasa bagi menyedari
para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti kuiz tentang buli juga
boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah buli ini.
Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan
di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki
lima sekolah yang sunyi diperketatkan supaya tidak memberi sebarang peluang
kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.
3.2.4
Peranan
Pelajar
Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah
dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli
berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan
kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan
secepat
mungkin
demi
kesejahteraan
sekolah.

Bersesuaian dengan nama baik yang dinisbahkan kepada Malaysia sebagai sebuah
Negara Islam contoh yang banyak menyumbangkan ke arah mewujudkan konsepkonsep Islam yang bersifat progresif untuk tatapan dunia antarabangsa, kita akan
mendapati bagaimana banyak pihak termasuklah pihak kerajaan sendiri telah
menunjukkan penggunaan paradigm ke empat, menunujukkan keperihatinan yang
lebih terhadap masalah sosial golongan remaja. Hal ini terbukti dengan wujudnya
pelbagai program khusus yang dirangka untuk mengatasi masalah ini. Antaranya;
1.
Kementerian
Pelajaran
Malaysia
Usaha penilaian dan pembaikan yang berterusan telah dilakukan terhadap sistem
pendidikan Malaysia. Apa yang jelasnya, terdorong dengan masalah krisis moral
pelajar yang saban hari membelenggu negara dan masyarakat, suatu jawatankuasa
cabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji isu ini dan sebagai hasilnya, beberapa
perubahan
telah
dijalankan
seperti:Nama Kementerian Pelajaran telah ditukar kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia yang membawa paradigm berbeza iaitu Kementerian bakal memberikan
pendidikan sejati kea rah yang lebih bersesuaian dengan prinsip moral dan
bukannya
terhad
kepada
pemberian
pelajaran
semata-mata.
Falsafah Pendidikan Negara yang berteraskan konsep kesepaduan antara intelek,
emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. Kandungan FPN, yang antaranya ialah
Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta


member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Bagi menghidupkan FPN, dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan system
pendidikan bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan menggantikan system
kurikulum yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini member penekanan asas
kepada usaha pembentukan sahsiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab
kepada diri, masyarakat dan alam sekitar. Ketiga-tiga perkara ini secara tidak
langsung dilakukan bagi menghadapi masalah social yang bakal berkembang di
dalam masyarakat yang sedang di dalam proses pemodenan, yang biasanya
berpunca dari factor mengabaikan ketiga-tiga elemen roh, jasad dan emosi di dalam
pembentukan
personality
seseorang
remaja.
2.

Pihak

Kerajaan

dan

NGO

Islam

Program latihan dakwah yang dikhususkan kepada golongan remaja telah


diusahakan oleh pihak kerajaan dan NGO Islam telah merangkumi:Bahagian
Hal
Ehwal
Islam,
Jabatan
Perdana
Menteri
Di bawah Unit Kursus dan Latihan INDAH telah mengadakan program khusus untuk
remaja di sekolah dan university tempatan. Ianya lebih berbentuk kursus kepimpinan
dan motivasi Islam yang dilakukan dalam bentuk ceramah biasa, bengkel latihan dan
permainan.
Kementerian
Belia
dan
Sukan
Unit Hal Ehwal Agama telah mengatur program dakwah untuk belia. Ianya seperti
seminar kefahaman Islam, seminar dakwah dan kepimpinan Islam, seminar
kepimpinan belia Islam dan muzakarah dakwah kepimpinan belia Kebangsaan.
YADIM
YADIM telah mengatur beberapa program khusus untuk remaja seperti program alFalah, bengkel cuti sekolah, kursus kepimpinan pelajar dan dakwah belia negara.
Masjid
Negara
Masjid Negara telah mengadakan beberapa program seperti program kelas
pendidikan Islam Kanak-kanak, Kursus kesedaran Ramadhan, bengkel Fardu Ain
remaja Islam, Strategi lulus peperiksaan cemerlang, kelas bimbingan peperiksaan
PMR dan SPM, program pembentukan generasi Islam cemerlang dan kursus
pembelajaran
berkesan.
3.
ABIM
ABIM telah mengatur program khusus untuk remaja melalui projek pembangunan
belia iaitu untuk belia secara umum dan program Embun Hidayat untuk belia yang
bermasalah. Antara program Embun Hidayat yang diatur adalah rekreasi, berkelah,
bersukan
di
samping
ceramah-ceramah
agama.
4.
Program
Belia
Penyediaan program Belia sperti Program Rakan Muda, Rakan Waja Diri, Rakan

Sukan dan Brigded Rakan Muda telah memberi peluang kepada usaha membimbing
bakat
semulajadi
yang
dimiliki
oleh
remaja
Penutup
Secara jelasnya, kita dapat melihat bagaimana kesemua program latihan yang
diusahakan dan dirancang khusus ini adalah semata-mata untuk memberi peluang
kepada semua remaja untuk mempergiatkan diri mereka kepada aktiviti-aktiviti yang
berfaedah dan menjauhi aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti vandalisme, buli dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai