Anda di halaman 1dari 16

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya Fazli Bin Mohd Zain memanjatkan


kesyukuran kepada Allah kerana memberikan kekuatan dan
kesihatan yang baik dalam menyiapkan tugasan ELM 3033E.
Dengan izin Nya saya mencuba dan mendapat idea mahupun
kekuatan dalam mengharungi masa yang tidak menetu dengan
tugasan sekolah, rumah dan juga komuniti setempat. Alhamdulillah,
apapun yang berlaku saya telah cuba menyiapkan tugasan saya ini.
Jutaan terima kasih kepada Encik Amir Bin Hassan selaku pensyarah
ELM3033E ini yang banyak membantu walaupun dalam masa yang
terhad namun beliau cuba buat yang terbaik untuk semua pelajar bagi
member ilmu yang ada pada beliau. Terima kasih juga kepada rakan
sekelas dan juga rakan sekumpulan yang banyak membantu dan
menyelesaikan masalah ketika perlu. Tidak lupa juga pada keluarga
tersayang Mama Umairah dan 3 Aliff yang memahami Baba Aliff
membantu dan member kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini.
Kalau nak diikut perasaan rasa susah sangat namun bila dikutkan hati ia
membawa kepada keyakinan untuk terus mengorak langkah dalam
mengejar sekeping sijil yang bakal bergelar ijazah. Ins sya Allah, mudahmudahan segala penat lelah pensyarah dalam mengajar saya dan rakanrakan akan akan diberkati Allah dan saya doakan yang terbaik untuk diri
sendiri dan juga rakan semua serta pensyarah semoga panjang umur dan
murah rezeki.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN
1.0 . Pengenalan

2.0 . Taksonomi Bloom

3.0 Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )/ JSI

4.0 Analisis Soalan

5.0 Skema Pemarkahan

13

6.0 Kesimpulan

14

Refleksi
Bibliografi
Lampiran

PENGENALAN
Pendidikan Moral merupakan satu matapelajaran bagi mendidik murid menjadi
insane yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek
perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.
Pentaksiran dan pengurusan moral di sekolah-sekolah adalah bagi member
tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid
menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama, tradisi
dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Ini membolehkan mereka menjadi
individu yang berintegriti moral dan social terhadap segala keputusan dan tindakan
yang dilakukan.
2

Justeru itu beberapa prinsip utama dikenal pasti sebagai panduan dalam
melahirkan insane yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan social.
Prinsip-prinsip itu adalah :

Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;


Berpegang teguh pada ajaran agama;
Prihatin kepada alam sekitar;
Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
Bersemangat patriotik;
Menghormati hak asasi manusia;
Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

2.0. TAKSONOMI BLOOM


Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956.
Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh
pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
2.1 Domain kognitif
digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.
2.1 Domain afektif
digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar
melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai
perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan
ELM3033E

sebagainya.
2.3 Domain psikomotor
pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan
melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.
Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur
kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras
rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin
S. Bloom untuk tujuan pendidikan.
Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras.
Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara
berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan
terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi,
menganalis, menilai dan membina.

2.3.1 Pengetahuan (Knowledge)


Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa
dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
2.3.2 Pemahaman (Comprehension)
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain,
menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep, menterjemah draf.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.
2.3.3 Aplikasi (Application)
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah
4

menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data,
dan lain-lain.
Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
2.3.4 Analisis (Analysis)
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.
2.3.5 Sintesis (Synthesis)
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan
masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
2.3.6 Penilaian (Evaluation)
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau
luaran, menafsir dan mengkritik.
Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

3.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )


Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian
dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk,
konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan
iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen
pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini
dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang
relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.
Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan
oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian dari
segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil.
Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala
yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta
ELM3033E

tersebut menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula


menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan
terlebih dahulu menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan
mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga
akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan
objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.
Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada
guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran
daripada awal hingga akhir. Apa Pentingnya JSU Seseorang guru wajar membina
Jadual Spesifikasi ujian (JSU) sebelum membina soalan yang akan dijadikan kayu
ukur kepada murid-murid. JSU mempunyai peranan yang penting dalam pembinaan
soalan yang kita hasilkan.
Antara kepentingan JSU adalah untuk mengelakkan daripada seseorang
guru membina ujian secara sembarangan. Sekurang-kurangnya dengan adanya
JSU, seseorang guru itu akan menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh
murid-muridnnya setelah melalui beberapa garis panduan yang telah ditetapkan.
Antara perkara yang diambil kira dalam pembinaan soalan termasuklah tahap
kemampuan murid serta bentuk soalan itu sendiri. Tidak secara langsung seseorang
guru itu akan dapat mengelakan daripada memberikan penilaian kepada seseorang
murid itu secara sesuka hati sahaja.
JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian
itu. Selain itu ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan
aras-aras kemahiran. Dalam menghasilkan JSU, kita perlu menyenaraikan topiktopik yang telah kita ajar dan sepatutnya telah dikuasai oleh murid-murid. Dengan
adanya proses menghasilkan JSU, kita akan memilih topik-topik yang akan diuji dan
dalam masa yang sama kita dapat merasakan kepentingan satu-satu topik itu untuk
dijadikan soalan.
Seseorang guru juga dapat menentukan perimbangan antara topik-topik
dengan aras-aras kemahiran yang akan diuji kepada murid-muridya sekiranya
mereka membina JSU. Selain itu JSU juga dapat memperlihatkan kertas ujian dapat

dibina secara sistematik dan terancang. Kesahan dari segi persampelan sukatan
pelajaran juga adalah terjamin.
Kita tidak dapat mengetahui tahap pencapaian dalam menguasai satu-satu
topik yang telah dipelajari oleh seseorang murid. Melalui penilaian atau memberikan
ujian berkaitan topik itu sahajalah kita dapat melihat tahap penguasaan mereka.
Walaubagaimanapun, guru perlu memberikan ujian mengikut format yang sesuai
kepada murid-murid untuk menilai kebolehan mereka dari pelbagai segi. Untuk
menentukan format ujian ini, pembinaan JSU amat diperlukan. Hasilnya barulah
guru dapat menentukan format ujian tersebut.
Pembinaan JSU juga dapat membantu guru dalam membentuk soalan.
Bentuk-bentuk soalan samada objektif, subjektif, struktur ataupun esei. Bilangan
soalan pula adalah bergantung kepada pentingnya satu-satu topik itu atau merujuk
pada objektif pelajaran. Melalui bentuk yang telah ditetapkan itu, guru akan mudah
untuk memberikan penilaian atau memberikan markah pada soalan-soalan yang
telah dijawab murid. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa guru untuk
menyemak kertas-kertas jawapan murid. Contohnya bagi soalan-soalan berbentuk
objektif, seseorang guru memerlukan masa yang lebih singkat untuk memeriksa atau
menyemak kertas jawapan murid berbanding dalam bentuk struktur atau esei.

5.0 ANALISIS SOALAN


PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2
ARAS TAKSONOMI BLOOM
1. Mei Lin berbangsa Cina, kamu patut menghantar .
kepadanya.
A. kad Selamat Hari Raya
B. Kad Selamat Hari Deepavali
C. kad Selamat Tahun Baru Cina

PENGETAHUAN

2. Raju pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apakah agama yang dianuti oleh
Raju?
A. Islam

ELM3033E

B. Buddha
C. HindU

PENGETAHUAN

3. Ali tidak makan secara berlebihan, walaupun makanan itu sedap.


A. Dia tidak kuat makan.
B. Dia tidak suka makanan itu.
C. Dia mengutamakan kesihatan.

ANALISIS

4. Suzie terjumpa sebuah dompet di kantin sekolah. Dia..........


A. mengambil dan membelanjakan wangnya.
B. mengambil dan serahkannya kepada guru.
C. mengambil dan simpan dalam begnya.

SINTESIS

5. Saya membasuh baju dengan


A. sabun
B. ubat gigi
C. syampu

PENGATAHUAN

6. Kemudahan awam seperti tandas, telefon awam, dan paip bomba mestilah
diawasi dengan
A. baik
B. merosakkan
C. tidak ambil tahu

PEMAHAMAN

7. Salmah selalu .. ajar adiknya yang


belum pandai membaca.
A. tidak
B. membiar
C. menunjuk

ANALISIS

8. Apabila bercakap dengan ibu bapa kita mestilah


8

A. tidak bercakap.
B. meninggikan suara.
C. merendahkan suara.

SINTESIS

9. Jika kamu bersalah, kamu akan


A. meminta maaf.
B. mengulangi kesalahan itu.
C. membiarkan sahaja kesalahan yang dilakukan.

APLIKASI

10. Kita patut .. semasa lagu Negaraku dinyanyikan.


A. berlari
B. berdiri tegak
C. berbual bersama kawan

PENGETAHUAN

Bahagian B
B. Nyatakan sama ada tindakan yang berikut BETUL atau SALAH
Soalan-soalan menjurus kepada bentuk ( PENGETAHUAN )

1. Lim suka mengejek Ali yang miskin.

2. Azman meminjamkan pembaris kepada chong.

3. Singh dan Raju bermain bola sepak di padang.

4. Hazizi mengajak Aiman ponteng sekolah.

ELM3033E

SALA
H

5. Vickey membantu Lisa menyelesaikan kerja


sekolah.

6. Sandy suka berhutang dengan kawannya.

7. Kumar dan Koh pergi ke perpustakaan bersama.

8. David mengajak Chua pergi ke pusat hiburan.

9. Anita selalu membantu ibunya menjaga adik.

10. David suka melawan kata ayahnya.

( 20 markah)
A. Isi tempat- tempat kosong di bawah ini dengan perkataan yang sesuai.

mengelap

membersihka
n

menyusun

menyapu

menanam

Soalan-soalan di bawah menjurus kepada bentuk PEMAHAMAN


1. Zubir membantu abangnya cermin tingkap.

2. Kumar . semula buku-bukunya di dalam almari selepas


menggunakannya.

10

3. Hafiz sedang kolam ikan di belakang rumahnya.

4. Nurin . bunga di halaman rumah.

5. Kakak sedang .sampah di ruang tamu.

(10 markah)

B. Isikan tempat kosong dengan kata yang sesuai. PENGETAHUAN

biru
Negaraku

merah

empat
putih
menyanyikan

kuning

kota

1. Bendera Malaysia mempunyai empat warna.

2. Warna warna pada bendera Malaysia ialah ____________ ,


______________ , _______________ dan _____________ .
3. Lagu Kebangsaan Malaysia ialah ________________________ .
ELM3033E

4. Kita mesti berdiri apabila __________________lagu Negaraku.

5. Kuala Lumpur ialah ibu _______________________ Malaysia.

( 10 markah )

C. Padankan gambar di bawah dengan penyataan yang sesuai.


Soalan-soalan menjurus kepada bentuk PEMAHAMAN / ANALISIS

12

( 10 markah )

SKEMA JAWAPAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2
Bahagian A
1.

2.

C 7. C

3.

C 8. C

4.

B 9. A

5.

A 10. B

6. A

Bahagian B
B . 1. SALAH

7. BETUL

2. BETUL

8. SALAH

3. BETUL

9. BETUL

4. SALAH

10. SALAH

ELM3033E

5. BETUL
6. SALAH
C.

D.

1. mengelap

1. empat

2. menyusun

2. merah, biru, kuning, putih

3. membersih

3. Negaraku

4. menanam

4. menyanyikan

5. menyapu

5. kota

E.
1.
2.
3.
4.
5.
/20 markah untuk sahsiah murid.

KESIMPULAN
Pendidikan Moral memberi gambaran tentang skop matapelajaran moral di sekolah serta
mengenalpasti peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan
apreasi Negara. Ia juga menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pentaksiran
formal dan tidak formal dalam analisis matapelajaran ini. Membina instrument dan mengkaji
instrument menggunakan Taksonomi Bloom serta kesesuaian setiap item untuk
penggubalan soalan perlu dititik beratkan bagi membuakan soalan ini seimbang dalam
pembelajaran murid.
REFLEKSI
Alhamdulillah syukur di atas persiapan yang telah saya lakukan dan dengan izin Allah saya
berjaya juga menyiapkan tugasan yang bertajuk PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN
MATAPELAJARAN MORAL DI SEKOLAH dengan agak baik walaupun banyak rintangan
yang ada serta kekangan masa yang menjadi salah satu alasan yang sentiasa digunakan.

14

Dalam menyiapkan tugasan ini, saya berasa sungguh sukar terutama sekali dalam
membentuk soalan atau mengkaji item soalan berdasarkan Taksonomi Bloom ini.
Pembentukan JSU soalan moral memang mencabar kerana sekolah saya hanya ada dua
orang murid moral itupun bukan saya yang mengajarnya. Namun atas cabaran dan usaha
saya bagi menyiapkan tugasan dan ilmu yang saya perlu bagi ijazah saya ini, saya cuba
buat yang termampu dan berharap ia menepati kehendak soalan seterusnya pensyarah
Encik Amir Bin Hassan sendiri.
Peranan guru Pendidikan Moral ini bagi saya merupakan satu peranan yang baik dalam
membentuk sahsiah murid selain daripada ustaz ataupun ustazah yang mengajar agama di
sekolah. Pendidikan Moral dalam kajian ini memberikan saya sendiri belajar apa yang
terdapat dalam isi kandungan matapelajaran ini. Saya amat tertarik atau bersetuju kalau
kementerian memberikan matapelajaran moral ini diajar kepada murid Islam itu sendiri. Ini
kerana pada zaman saya bersekolah dahulu matapelajaran Tatarakyat memainkan perana
bersama dengan matapelajaran agama. Kalau nak diikutkan matapelajaran ini member
impak yang besar dalam pembangunan negara.
Dalam menganalisis dan menulis laporan tentang struktur item mengikut aras
Taksonomi Bloom serta kesesuaian peraturan permarklahan amat menyukarkan untuk
dibuat kerana soalan yang diambil di sekolah tidak mempunyai JSU / JSI yang lengkap. Ia
lebih kepada bian soalan dan jawab. Maklumlah murid dua orang sahaja. Saya terpaksa
menggubal semula item-item tertentu bagi menepati kehendak permarkahan yang tidak
menepati aras kesukaran yang sesuai. Itupun saya tidak berapa peati adakah ia menepati
aras kesukaran yang dikehendaki.
Demikianlah refleksi saya tentang pro dan kontra dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Saya berharap apa yang telah saya lakukan ini member manfaat kepada saya dan juga
boleh diambil sebagai rujukan yang baik. Yang buruk itu daripada saya dan yang baik itu
daripada Allah .
Sekian Terima Kasih.
Fazli Bin Mohd Zain
BM2/KOHOT 2 FEB2012

ELM3033E

16

Anda mungkin juga menyukai