Anda di halaman 1dari 15

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali rukilan dan ringkasan yang
telah saya nyatakan sumbernya

Tandatangan ..

Nama : SHARIF HAZIQ BIN SHAIMI

No Kad Pengenalan : 961112-11-5703

Tarikh : 9 APRIL 2017

1
LATAR BELAKANG

NAMA SHARIF HAZIQ BIN SHAIMI


KAD PENGENALAN 961112115703
TARIKH LAHIR 12 NOVEMBER 1996
ALAMAT 6759 F KG BARU SEBERANG TAKIR 21300 KUALA
TERENGGANU, TERENGGANU
EMEL Sharifhaziq123@yahoo.com
PROGRAM 4 PISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2
AMBILAN JUN 2015
TELEFON 01121525026

ISI KANDUNGAN

ISI M/S

2
PENGHARGAAN 4

PENGENALAN 5

TUGASAN 1 7

REFLEKSI 11

RUJUKAN 13

LAMPIRAN 14

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya panjatkan syukur kepada Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan tugasan (MPU 3092) Pendidikan Islam yang telah

3
diamanahkan kepada saya. Segala idea dan pandangan yang terdapat di dalam tugasan ini
adalah anugerah Yang Maha Esa yang dipinjamkan kepada saya untuk menyempurnakan
tugasan ini.

Pertamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus
Pendidikan Islam iaitu Mohammad Kamil Bin Jaafar dari JAPIM. Beliau banyak membantu saya
dengan menerangkan prosedur yang betul untuk membuat tugasan ini. Penerangan beliau yang
jelas dan terang banyak membantu saya memahami tugasan ini sehingga dapat dilaksanakan
hingga ke akhirnya. Beliau juga banyak memberi nasihat dan panduan yang diperlukan supaya
tugasan yang saya laksanakan layak diberi markah yang tinggi.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada pensyarah-pensyarah lain yang telah
memberikan sumbangan dari segi idea dan komen. Sesungguhnya, bantuan dan komitmen
daripada semua pihak amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Sekalung
penghargaan juga buat rakan-rakan seperjuangan yang turut sama-sama bertungkus-lumus
serta banyak membantu saya dalam memberi panduan dan nasihat bagi menyiapkan tugasan
ini dengan sempurna.

Selain itu juga, saya mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan yang tidak
terhingga kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka sentiasa memberi sokongan dan
bantuan kepada saya tanpa mengharapkan balasan. Tanpa mereka, saya tidak mampu menjadi
sekuat sekarang.

Seterusnya, buat individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak


langsung dalam menjayakan tugasan kami ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada
kalian. Semoga hasil yang telah diusahakan ini dapat memberi manfaat dan dapat dijadikan
panduan kepada semua dalam meneruskan perjuangan kita sebagai seorang pelajar seumur
hidup. Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALAN

1.1 DEFINISI SISTEM

4
Sistem adalah sekumpulan komponen dan elemen yang digabungkan menjadi satu
untuk mencapai tujuan tertentu. Sistem berasal dari bahasa Latin (Systema) dan bahasa Yunani
(sustma) adalah suatu kesatuan yang terdiri komponen atau elemen yang dihubungkan
bersama untuk memudahkan aliran maklumat, bahan atau tenaga untuk mencapai suatu tujuan.
Istilah ini sering digunakan untuk menggambarkan suatu set entiti yang berinteraksi, di mana
suatu model kerangka yang telah ditetapkan. Sistem juga merupakan sekumpulan unsur atau
elemen yang saling berkaitan dan saling mempengaruhi dalam melakukan kegiatan bersama
untuk mencapai suatu tujuan.

Menurut Jogianto (2005: 2), Sistem adalah kumpulan dari elemen-elemen yang
berinteraksi untuk mencapai suatu tujuan tertentu. Sistem ini menggambarkan suatu kejadian-
kejadian dan kesatuan yang nyata, seperti tempat, benda dan orang-orang yang betul-betul ada
dan terjadi.

1.2 CIRI-CIRI SISTEM

Komponen sistem. Suatu sistem terdiri atas sejumlah komponen yang saling
berhubungan, yang bermaksud saling berkerjasama untuk membentuk satu kesatuan. Pada
komponen sistem tersebut terdiri daripada komponen berupa bahagian-bahagian dari sistem
atau subsistem. Had sistem pula merupakan batasan sistem termasuk daerah yang
menghadkan antara suatu sistem dengan sistem lain atau dengan persekitaran luarnya.
Batasan pada sistem tersebut membolehkan suatu sistem itu dipandang sebagai suatu
kesatuan. Batasan suatu sistem memaparkan ruang lingkup atau scope pada sistem tersebut.

Seterusnya, persekitaran luar sistem iaitu diuar batas dari sistem yang telah memberi
kesan kepada operasi sistem tersebut. Persekitaran boleh saja bersifat menguntungkan yang
harus tetap dijaga dan yang tidak menguntungkan mesti dijaga dan dikawal, kalau tak akan
mengganggu kelangsungan hidup dari sistem tersebut. Selain itu,ciri sistem adalah
penghubung Sistem (Interface). Penghubung sistem adalah media penghubung antara satu
subsistem dengan subsistem yang lain. Melalui penghubung tersebut maka dapat
membolehkan sumber-sumber akan mengalir dari subsistem kepada subsistem yang lain.
Output atau keluaran dari subsistem akan menjadi input atau masukan untuk subsistem yang
lain melalui penghubung.

Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya telah memilih sistem jenayah di Malaysia.
Kebanyakkan umat Islam sampai sekarang ini masih lagi mengamalkan undang-undang yang

5
diimport dari negara-negara barat atau eropah yang pernah menjajah mereka. Hampir semua
bidang kehidupan mereka diatur dengan undang-undang tersebut. Dia antara undang-undang
tersebut ialah undang-undang jenayah (Pidana, Criminal Law).

Jenayah adalah perbuatan yang di larang adakalanya berupa mengerjakan perbuatan


yang dilarang dan adakalanya meninggalkan perbuatan yang diperintahkan.sedangkan lafadz
syariah dalam definisi tersebut mengandung pengertian bahwa suatu perbuatan yang baru di
anggap sebagai jarimah apabila perbuatan itu dilarang oleh syara dan diancam dengan
hukuman. Dengan demikian apabila perbuatan itu tidak ada larangan nya dalam syara maka
perbuatan tersebut hukumnya mubah.

TUGASAN 1 : PENULISAN ILMIAH

6
Hasilkan satu penulisan ilmiah berhubung dengan ciri-ciri dan system dalam Islam dengan
menghurai dan mendatangkan contoh-contoh kejayaan system ini dari sumber yang berautoriti.
Pelajar juga dikehendaki membuat penilaian kritis dengan membincangkan secara terperinci
amalan semasa sistem Islam di Malaysia dan permasalahannya serta memberikan cadangan
dan sumbangan idea bagaimana masyarakat atau organisasi dapat menjadikan system ini
sebagai satu cara hidup lengkap.

Sistem-sistem yang terdapat dalam agama Islam adalah yang terbaik dalam
menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan, namun ianya sering disalahtafsir
dan dipandang serong oleh kebanyakan masyarakat sekarang terutamanya
masyarakat yang bukan beragama Islam. Antara sistem tersebut ialah sistem
jenayah dalam Islam. Menurut Nasran Mohamed et al. (2017), sebuah kajian telah
dijalankan oleh UMCEDEL, Merdeka Centre dan Pusat Kajian Strategik Negeri
Kelantan. Dalam kajian tersebut, mereka telah menjalankan kaji selidik dan di
antara soalannya ialah Adakah pelaksanaan hudud mampu menghalang jenayah
daripada berlaku secara berleluasa di Malaysia? Hasilnya, terdapat 53.2% (133
orang) memilih Ya, iaitu berpendapat pelaksanaan hukuman hudud dapat
mengurangkan jenayah daripada berlaku secara berleluasa manakala 46.8% (117
orang) pula mempunyai pandangan pelaksanaan hudud tidak mampu menghalang
jenayah daripada berlaku secara berleluasa dan hanya 30.9% (49 responden)
beragama Islam memilih Tidak. Oleh itu, berdasarkan kajian ini, perkara ini jelas
menunjukkan bahawa sistem jenayah dalam Islam secara umumnya masih
dipandang negatif oleh sebahagian masyarakat terutamanya masyarakat bukan
Islam. Justeru, tulisan ini akan memperjelaskan sedikit sebanyak tentang perkara ini
bagi membuktikan bahawa agama Islam adalah yang terbaik dalam menyelesaikan
permasalahan dalam kehidupan dari segenap aspek.

Sebagai permulaan, kita perlu mengetahui definisi undang-undang Islam


terlebih dahulu supaya mendapat gambaran yang lebih jelas dalam masalah ini.
Menurut Nik Muhammad Zawawi (2013), undang-undang Islam adalah undang-
undang yang bertunjangkan wahyu Ilahi, iaitu undang-undang yang datang
daripada pencipta manusia iaitu Allah S.W.T. Allah yang bersifat dengan segala sifat

7
kesempurnaan tentunya menyediakan undang-undang yang tepat dengan fitrah
kejadian manusia. Manakala menurut al-Qaradhawi (1998), undang-undang Islam
atau lebih dikenali dengan syariat bermaksud segala apa yang ditetapkan oleh Allah
kepada hamba-Nya berupa al-din (agama). Skop syariat ini adalah menyeluruh dan
luas meliputi soal ibadah, kekeluargaan, jenayah, muamalat, siasah dan lain-lain.
Oleh itu, dengan memahami definisi ini, jelas bahawa undang-undang Islam
merupakan undang-undang daripada Allah. Walaubagaimanapun, masih terdapat
banyak salah faham dan kekaburan tentang keberkesanan sistem ini dalam
kehidupan manusia. Maka terdapat beberapa aspek yang bakal dikemukakan bagi
membuktikan kebaikan undang-undang ini

Pertama, menurut Fathi Yusof (2014), undang-undang jenayah Islam


mengutamakan aspek pencegahan melalui kaedah yang unik dan amat menarik.
Contohnya hukuman yang terdapat di dalam undang-undang Islam seperti sebat
dan rejam bagi penzina dilihat sebagai berat dan menggerunkan oleh sesetengah
pihak. Ini menjadikan rakyat takut untuk melakukan jenayah zina. Sedangkan
pensabitannya adalah sukar kerana syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman
adalah amat ketat. Umpamanya ia memerlukan empat saksi lelaki yang tidak fasiq
yang melihat secara jelas apa yang berlaku. Perkara menjadikan jumlah sebenar
yang disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman adalah sedikit. Jika zina tidak
dapat dibuktikan, mereka mungkin dikenakan hukuman takzir yang lebih ringan.
Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin, hukuman hudud
seperti zina kebanyakannya disabitkan melalui iqrar atau pengakuan bukan melalui
empat orang saksi kesaksian. Begitu juga dalam Islam terdapat hukum yang
berbentuk pencegahan umpamanya pengharaman berdua-duaan bagi lelaki dan
wanita ajnabi bertujuan untuk mengelakkan zina, pengharaman arak untuk
mengelakkan jenayah yang lebih besar seperti membunuh dan lain-lain. Konsep
pencegahan begini tidak diambil berat oleh undang-undang jenayah sivil, kerana ia
lebih menumpukan kepada aspek menghukum dan membalas yang jelas berbeza
dengan undang-undang jenayah Islam yang menumpukan aspek didikan.

Seterusnya, menurut Mahmud Othman (1998), undang-undang jenayah Islam


amat berhati-hati dalam soal mensabitkan seseorang dengan hukuman jenayah.
Umpamanya dalam kes hudud, pensabitannya adalah amat berat. Contoh yang lain,
bagi kes kecurian, harta yang dicuri itu mesti disimpan di tempat yang sesuai, tidak

8
cuai dan tidak berlaku masalah yang mendesak seperti perang, kebuluran dan
malapetaka. Begitu juga dalam kes zina yang disabitkan dengan iqrar atau
kesaksian oleh empat lelaki yang melihat kejadian secara jelas ibarat melihat timba
masuk ke dalam perigi. Jika gagal membawa empat saksi, orang yang membuat
tuduhan itu pula akan didakwa melakukan kesalahan qazaf. Hal ini menunjukkan
Islam sangat menekankan bukti-bukti yang jelas dan tepat sebelum mensabitkan
hukuman. Syarat saksi dalam undang-undang Islam pula amat ketat. Seseorang
saksi mestilah adil iaitu tidak fasiq. Terdapat proses penapisan saksi yang disebut
sebagai tazkiyah al-syuhud. Jika didapati saksi itu pernah melakukan dosa besar,
selalu melakukan kejahatan dan mempunyai akhlak yang keji, maka kesaksiannya
boleh dipertikai. Dalam undang-undang jenayah sivil, soal akhlak dan perangai saksi
tidak diambil kira dalam menentukan kesahihan keterangannya. Bahkan, terdapat
beberapa situasi yang berlaku akhir-akhir ini dimana akta-akta dalam perundangan
jenayah sivil dimanipulasi oleh sesetengah pihak untuk meloloskan diri mereka
daripada disabitkan kesalahan.

Selain itu, undang-undang Islam juga memperuntukkan pelbagai bentuk


hukuman yang mempunyai kesan yang mendalam terhadap orang yang disabitkan
kesalahan dan masyarakat disekeliling. Bagi hukuman hudud terdapat hukuman
rejam sampai mati, sebatan, hukuman mati, potong tangan, potong kaki, salib, dan
buang negeri. Bagi kesalahan qisas, terdapat hukuman qisas iaitu balasan yang
sama dengan jenayah iaitu nyawa dengan nyawa, mata dengan mata, telinga
dengan telinga dan seterusnya, serta hukuman diat iaitu ganti rugi dengan kadar
yang berbeza. Hukuman takzir pula amat luas dan boleh dikenakan mengikut
maslahat, keperluan dan kebijaksanaan pemerintah. Sementara dalam undang-
undang sivil, hukumannya yang utama hanyalah hukuman mati, penjara, sebat dan
denda. Walaupun terdapat hukuman lain seperi jaminan berkelakuan baik, ganti
rugi, dan arahan untuk remaja, hukuman yang utama adalah hukuman mati,
penjara, denda dan rotan. Namun terdapat perbezaan yang sangat ketara antara
undang-undang Islam dengan undang-undang manusia. Contohnya, hukuman
sebatan, menurut Islam adalah sebatan yang menggunakan alat tertentu dan
dikhususkan tanpa menembusi isi serta tulang dengan menggunakan tenaga secara
sederhana yang bersifat mendidik pelaku kesalahan serta masyarakat awam supaya
gerun melakukan kesalahan. Manakala sebatan sivil merupakan pukulan kuat yang

9
terhasil daripada hayunan tinggi serta difokuskan kepada satu bahagian tubuh
sahaja yang bertujuan untuk menghukum dan membalas (Zulkifli Mohamad, 2016).
Oleh itu,dapat kita lihat bahawa hukuman dalam Islam bukanlah hanya sekadar
hukuman semata namun, hukuman yang berbentuk tarbiah iaitu didikan bukan
sahaja kepada mereka yang disabitkan kesalahan malah kepada seluruh
masyarakat sekeliling.

Kesimpulannya, Islam itu ialah agama yang sempurna dan bersifat syumul.
Manusia di muka bumi ini akan hidup dengan selesa dan aman sekiranya sistem-
sistem Islam dipraktikkan dengan sempurna dalam kehidupan mereka. Sistem-
sistem Islam ini juga tidak hanya tertumpu kepada umat Islam sahaja malah ianya
sesuai digunapakai oleh semua masyarakat tidak kira agama dan bangsa. Hal ini
disebabkan sistem-sistem di dalam Islam ialah sistem yang berlandaskan wahyu
daripada Allah. Satu analogi yang ingin dibawa dalam tulisan ini ialah seperti
seorang jurutera yang membina sebuah bangunan, hanyasanya dialah yang tahu
selok belok bangunan tersebut dan juga kekuatan dan kelemahan bangunan
tersebut. Maka dengan itu, Allah sebagai Khaliq iaitu pencipta, yang memiliki
segala sifat kesempurnaan tentunya membuat sistem yang terbaik dan paling
sesuai untuk manusia. Bahkan manusia ini adalah ciptaan Allah, maka Allah tentu
Maha Mengetahui sistem kehidupan yang sesuai dengan fitrah manusia.

10
REFLEKSI

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T dan junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama
sahabat-sahabat saya dalam satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat.
Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakan
tugasan ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, Kalau tak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya. Begitu juga dengan saya, jika saya tidak mencanai usaha membentuk gagasan
kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini dilakukan ala kadar asalkan siap sahaja. saya
tetap ingin melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang agar matlamat yang ingin dicapai akan
terlaksana.

Istilah tugasan begitu sinonim sekali dengan kehidupan seseorang pelajar. Acap kali
saya mendengar keluhan rakan-rakan saya dek tugasan yang susah dan rumit selain tiada
masa untuk menyiapkan tugasan. Kebanyakan pelajar akan keluh-kesah tatkala berhadapan
dengan peranan mahasiswa pendidik di IPG ini. Namun, bagi saya semua itu adalah perkara
normal dan perkara wajar yang harus dilalui oleh seseorang pelajar. Apa gunanya belajar kalau
tiada kesusahan, apa gunanya nak berjaya kalau tak nak berkorban, dan apa maknanya jika
kita nak berjaya, pemikiran negatif selalu sangat bersarang di minda?

Dalam Islam sendiri ada menekankan bahawa kesenangan itu muncul setelah
kesusahan. Jadi, saya tak nak mencampakkan diri saya ke dalam pemikiran negatif dalam
melaksanakan tugasan ini. Pengurusan masa seseorang pelajar itu adalah yang paling

11
dominan dan signifikan bagi menyiapkan tugasan-tugasan agar tiada tekanan negatif dan
rengekkan jengkel yang berbunyi.

Antara manfaat yang dapat saya perolehi daripada tugasan ini ialah saya mampu untuk
mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang sistem-sistem Islam. Saya juga memahami
tentang bagaimana cara untuk mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. Kefahaman
tentang perkara ini memberi kelebihan kepada saya tentang ilmu agama.

Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya dapat mengetahui peranan seorang guru
dalam melahirkan individu yang berpandangan jauh, progresif dan saintifik dalam melahirkan
insan bermutu tinggi, berfikiran kreatif dan inovatif serta sedia menjunjung inspirasi negara
selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru yang bukan sahaja penting dalam pendidikan malah
penting dalam pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta dapat
mengharumkan negara serta melahirkan lebih ramai lagi generasi-generasi yang bijak pandai
dan mampu untuk berdaya saing seiring dengan generasi dari kelompok negara maju yang lain.
Tugasan ini juga dapat mengajar saya tentang kaedah atau cara dalam memberikan impak
yang besar dalam melahirkan para pendidik yang mampu berdaya saing serta mempunyai
kriteria-kriteria yang dikehendaki di pasaran kini. Justeru, tugasan ini banyak membantu saya
dalam mentransformasikan pendidikan negara setaraf dengan negara maju yang lain.

12
RUJUKAN
Mahmud Saedon A. Othman. (1998). Institusi Pentadbiran Undang-undang & Kehakiman Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .

Mohd. Nasran Mohamad, Zuliza Mohd Kusrin, Nurhafilah Musa, Anwar Fakhri Omar & Mohd
Zamro Muda. (2016). Perkembangan Dan Cabaran Pelaksanaan Undang-Undang
Hudud Di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Fathi Yusof. (2014). Kesesuaian Perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di


Malaysia. Kuala Lumpur: KUIZM Publication.

Nik Muhammad Zawawi Salleh. (2013). Hudud: Falsafah dan Keperluannya Dalam Masyarakat
Majmuk. Seminar Perlaksanaan Syariah Islam di Malaysia-56 Tahun Merdeka:
Halangan & Penyelesaian.

Yusof Al-Qaradawi. (1998). Panduan Memahami Syariat Islam. Batu Caves: Pustaka Ilmi.

Zulkifli Mohamad. (2016). Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat. Wilayah
Persekutuan: Pustaka Cahaya Kasturi.

Shah Rul Anuar Nordin. (2012). Isu-Isu dalam Pengajian Islam siri 1.Batu Pahat: Pejabat
Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

13
LAMPIRAN

14
15

Anda mungkin juga menyukai