Anda di halaman 1dari 12

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK Tarikh Hari Matapelajaran Tema Standard Kandungan Standard Pembelajaran 2 April 2013 Selasa

Matematik Sukatan dan geometri 10.5 Menolak masa 10.5.1 Menolak masa melibatkan : (a) Jam dengan jam (b) Minit dengan minit Di akhir pelajaran ini, murid dapat: Objektif Pembelajaran 1. Menulis jalan kerja daripada ayat matematik menolak masa. 2. Memadankan jawapan bagi ayat matematik melalui permainan Siapa Pasangan Siapa. 3. Menjawab soalan yang melibatkan jam dengan jam dan minit dengan minit. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Nilai Moral/ Patriotisme Bahan bantu mengajar Pengetahuan sedia ada Kecerdasan pelbagai (muzik) Kerjasama, bertolak ansur, hargai masa Komputer riba, LCD, video cerita Arnab dan Kura-kura, kad imbasan, kertas majong, pen marker, wisel, hadiah (pensel, penanda buku), kad imbasan soalan dan jawapan (digantung pada leher), bakul, lembaran kerja, lagu Masa (audio), lirik lagu Murid telah mempelajari cara menyatakan waktu dalam jam dan minit serta menambah masa. Masa Tahun Bil. Murid Tajuk 9.00 10.00 3 Arif 24 orang 10. Masa dan waktu

Langkah/ Masa

Isi pelajaran

Situasi dan catatan

Permulaan (Mencungkil idea)

GURU : 1. 2. Guru mengucapkan selamat kepada murid. Guru menayangkan video cerita Arnab dan kura-kura kepada murid.

SITUASI : 1. Selamat sejahtera murid- murid. Muridmurid apa khabar? Selamat pagi, cikgu. Khabar baik, cikgu. 2. Pernah tak anda melihat atau mendengar cerita Arnab dan Kura-kura? Pernah, cikgu. 3. Baiklah, hari ini kita akan melihat video cerita Arnab dan Kura-kura. Perhatikan ceritanya dengan teliti sebab ceritanya berbeza sedikit. Ok, cikgu. 4. Baiklah, murid-murid suka tak cerita itu tadi? Suka, cikgu. 5. Siapa yang menang dalam perlumbaan itu? Kura-kura.

5 minit

6. Sekarang,

bayangkan

arnab

telah

mengambil masa 3 minit manakala kura3. Guru bertanya beberapa soalan kepada murid berdasarkan cerita tersebut. 4. Guru meminta murid mengira perbezaan masa berdasarkan cerita tersebut. 5. Guru meminta murid menyatakan operasi yang digunakan untuk mencari perbezaan masa. kura pula hanya 1 minit untuk

menghabiskan perlumbaan itu. Berapakah perbezaan masa antara arnab dan kurakura? 2 minit, cikgu. 7. Bagaimana kita nak cari perbezaan

tersebut? Apa yang kita harus lakukan? MURID : 1. Murid memberi perhatian terhadap video cerita yang ditayangkan oleh guru. 2. Murid menyatakan jawapan atau pendapat mereka kepada soalan guru. 3. Murid menjelaskan operasi yang digunakan untuk mencari perbezaan masa. BBM : 1. Komputer riba 2. LCD 3. Video cerita Arnab dan Kurakura(Lampiran 1) Kita mesti tolak, cikgu. 8. Bagus! Hari ini, kita akan mempelajari menolak masa yang melibatkan jam dan minit.

Menstruktur (Menstruktur semula)

GURU : 1. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan dan mengedarkan kertas majong dan beberapa pen marker kepada setiap kumpulan. 2. Guru menunjukkan suatu kad imbasan yang ditulis ayat matematik.

SITUASI : 1. Murid-murid, cikgu akan membahagikan anda dalam empat kumpulan dan saya akan mengedarkan kertas majong dan pen marker kepada setiap kumpulan. Kita akan

20 minit

20 jam - 15 jam =
3. Guru meminta murid menyelesaikan ayat matematik tersebut dalam kumpulan. 4. Guru menunjuk ajar jalan kerja tentang menolak masa yang melibatkan jam dengan jam dan minit dengan minit.

mulakan aktiviti seterusnya. Sudahkah anda bersedia? Sudah, cikgu. 2. Sekarang lihat kad imbasan ini. Anda kena selesaikan soalan ini dalam

kumpulan masing-masing dan tunjukkan jalan kerjanya pada kertas majong. Boleh? Boleh, cikgu. Kami sudah bersedia.

20 jam - 15 jam = 20 jam -15 jam ______________ 05 jam ______________


1 10

3. Baiklah, anda semua sudah mendapat jawapannya? Boleh tak murid-murid

sebutkan jawapannya. 5 jam, cikgu. 4. Ada kumpulan yang mendapat jawapan lain? Ok, sekarang murid-murid

perhatikan cikgu. Saya akan tunjukkan bagaimana caranya untuk menyelesaikan soalan ini.

5. Faham tak,murid-murid?

Senang kan?

Baiklah cikgu akan tunjukkan lagi satu

95 minit - 57 minit =
8 15

contoh pengiraan yang melibatkan minit. Cuba anda perhatikan.

95 minit -56 minit ______________ 39 minit ______________


5. Guru menunjukkan beberapa lagi kad imbasan ayat matematik dan meminta murid menyelesaikannya dalam kumpulan masing-masing.

Faham, cikgu. 6. Ok, anda semua ingat satu lagi perkara. Kita mestilah tulis jam atau minit di akhir jawapan kita. Kalau tidak, ia dianggap salah. Jangan lupa, ya. Baiklah. Muridmurid nak buat lagi soalan lain. Ya, cikgu. 7. Bagus. Tapi ingat anda mesti bekerjasama dalam kumpulan. Beri peluang kepada semua kawan. Jangan seorang sahaja yang mencari jawapan. Kumpulan yang

28 jam - 15 jam = 45 jam - 25 jam = 51 jam - 35 jam = 55 minit - 13 minit =

mendapat semua betul dan paling cepat menjawab akan mendapat hadiah. Nak tak? Nak, cikgu.

BBM : 1. Kad imbasan (lampiran 2)

165 minit - 64 minit = 340 minit - 246 minit =

2. Contoh pengiraan (lampiran 3) 3. Kertas majong (lampiran 4) 4. Pen marker (lampiran 5) 6. Guru menyemak jawapan setiap kumpulan dan menghadiahkan sebatang pensel bagi kumpulan yang berjaya mengira dengan cepat. NILAI MORAL/ PATRIOTISME: MURID : 1. Murid bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan soalan yang terdapat pada kad imbasan. 2. Murid menyebut jawapan yang diperolehi. 3. Murid menumpukan perhatian semasa guru menunjuk ajar cara menolah masa yang melibatkan jam dan minit. 4. Murid mencari jawapan bagi enam keping kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru. 5. Kumpulan yang berjaya akan diberi hadiah sebatang pensel untuk seorang. Kerjasama 5. Hadiah-pensel (lampiran 6)

SITUASI : Aplikasi idea (Permainan) GURU : 1. Guru menyatakan bahawa murid akan bermain permainan Siapa Pasangan Siapa. 1. Murid-murid, anda suka nak permainan tak? Ya, cikgu.

20 minit

2. Guru menyediakan dua bakul yang berisi kad imbasan soalan dan jawapannya secara berasingan.

2. Baiklah, hari ini kita akan bermain permainan Siapa Pasangan Siapa.

Sebelum memulakan permainan ini, cikgu akan terangkan peraturannya. Dengar teliti, ya. Dalam dua buah bakul ini, cikgu sediakan kad-kad soalan. Bakul pertama mengandungi kad-kad soalan. Bakul kedua pula kad-kad jawapan. Ini contonya. (menunjuk) Anda akan pilih salah satu kad daripada bakul ini dan akan

menggantungkan kad imbasan tersebut pada leher. Selepas itu, cikgu akan membunyikan wisel. Anda akan mula mencari pasangan anda. Kalau anda

mendapat kad soalan, anda kena mencari kad jawapan sebagai pasangan anda. Sama juga, bagi yang mendapat kad jawapan, anda kena mencari pasangan yang

mempunyai

kad soalan.

Masa untuk

mencari pasangan ialah 2 minit. Selepas 2 minit. Cikgu akan membunyikan wisel. Kalau anda berjaya mencari pasangan,

berdirilah bersama-sama pasangan anda. Nanti, murid yang berjaya mencari

pasangan akan diberi hadiah. Selepas itu, anda haruslah memulangkan semula Kad imbasan itu ke dalam bakul. Seterusnya, kita akan sambung permainan dengan menukar kad lain. Faham tak, muridmurid? 3. Guru menerangkan peraturan permainan Siapa Pasangan Siapa. 4. Guru meminta murid-murid mengambil sekeping kad dan Faham, cikgu. 3. Priiit....... (mula) 4. Priiit....... (tamat) 5. Baiklah, sekarang cikgu akan beri hadiah jika pasangan anda adalah betul. Jika tidak berjaya, anda mesti cuba pada kali kedua selepas ini. Terima kasih, cikgu. MURID : 1. Murid mendengar dengan teliti peraturan permainan yang diterangkan oleh guru. 2. Setiap orang murid memilih salah satu kad imbasan dan BBM : 1. Kad imbasan soalan dan jawapan(lampiran 7) 2. 2 Bakul (lampiran 8) 3. Hadiah - penanda buku (lampiran 9) 4. Wisel (lampiran 10)

menggantungkannya pada leher mereka. 5. Guru membunyikan wisel sebagai permulaan dan tamat masa. 6. Guru menghadiahkan penanda buku kepada pasangan yang berjaya. 7. Guru meminta murid memulangkan semula kad ke dalam bakul. 8. Permainan diteruskan beberapa kali.

menggantungkannya pada leher masing-masing.

3. Murid mencari pasangan mereka dalam masa yang ditetapkan. 4. Murid yang berjaya mencari pasangannya akan diberi sekeping penanda buku. 5. Murid memulangkan semula kad imbasan ke dalam bakul itu. 6. Permainan ini diulangi beberapa kali dengan murid memilih kad imbasan yang berlainan dan mencari pasangannya.

NILAI MORAL/ PATRIOTISME: Kerjasama Bertolak ansur

SITUASI : Penilaian (Latihan) GURU : 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2. Guru membimbing murid jika mereka menghadapi kekliruan. 10 minit 3. Guru membincangkan jawapan bersama murid. 1. Murid-murid, seronok tak bermain tadi? Sangat seronok, cikgu. 2. Baiklah, kita dah buat kerja kumpulan. Selepas itu bermain pula. Sekarang, mari kita membuat latihan menolak masa MURID : 1. Murid menyelesaikan soalan-soalan yang diberi. 2. Murid menyemak jawapan mereka semasa perbincangan. dalam lembaran kerja. Cikgu akan

edarkan lembaran kerja. Anda tulis nama, kelas dan tarikh dahulu. Nanti cikgu terangkan selebihnya. Baiklah, cikgu. 3. Murid-murid cuba cari jawapan bagi soalan-soalan yang diberi ini. Anda boleh menggunakan ruang kosong dalam kertas

ini untuk membuat jalan kerja. Kalau ada apa-apa kekeliruan sila angkat tangan. Cikgu akan membantu anda. Baik, anda boleh mulakan sekarang.

BBM : 1. Lembaran kerja (lampiran 11)

SITUASI : Refleksi (Penutup) GURU : 1. Guru memperdengarkan lagu Masa kepada murid. 5 minit 2. Guru mempamerkan lirik lagu dan membimbing murid untuk menyanyi lagu tersebut. 3. Guru meminta murid menyebut nilai moral yang terdapat dalam lagu itu. 4. Guru mengakhiri pelajaran dengan nyanyian lagu. 1. Murid-murid, kita telah sampai ke akhir pelajaran hari ini. Kita akan habiskan pelajaran hari ini dengan nyanyian sebuah lagu. Cikgu akan pemerkan lirik lagu itu dan memperdengarkan lagu tersebut.

Cuba anda dengar dahulu. Boleh? Bpleh, cikgu. 2. Suka tak lagu Masa ini? Suka, cikgu. Senang sahaja.

GURU : 1. Murid melihat lirik lagu dan menyanyikan lagu Masa. 2. Murid menyatakan nilai moral yang terdapat dalam lagu itu.

3. Mari kita nyanyi sama-sama. 4. Apakah nilai moral yang anda boleh pelajari daripada lagu itu? Kita mesti hargai masa/ Patuh kepada

masa/ Masa itu emas. 5. Baiklah, murid-murid. Pelajaran hari ini tamat di sini. Kita jumpa esok. Terima kasih. Terima kasih, cikgu.

BBM : 1. komputer riba 2. Lirik lagu (lampiran 12) 3. Lagu (audio)

EMK : Kecerdasan pelbagai (muzik)

NILAI MORAL/ PATRIOTISME: Menghargai masa

Refleksi

: 24/24 murid dapat menolak masa yang melibatkan jam dengan jam dengan jam dan minit dengan minit.

Anda mungkin juga menyukai