Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pengajaran Harian Sains

Mata Pelajaran : Sains


Tarikh : 5 Julai 2019
Masa : 10.00 – 11.00 pagi
Kelas : 1C
Bilangan Murid : 24 orang
Tema : Sains Fizikal
Tajuk : Magnet

Standard Kandungan : 7.1 Magnet

Standard Pembelajaran :

7.1.4 Membuat kesimpulan tentang daya tarikan dan tolakan antara kutub-kutub magnet
dengan menjalankan penyiasatan.

Objektif Pembelajaran:

1. Menyatakan magnet mempunyai 2 kutub iaitu utara dan selatan melalui pemerhatian
terhadap magnet sebenar.
2. Menyatakan daya tolakan wujud semasa 2 kutub yang sama berdekatan manakala daya
tarikan wujud semasa 2 kutub yang berbeza berdekatan selepas membuat aktiviti kecil.

Kemahiran Proses Sains : Memerhati, berkomunikasi

Kemahiran Sedia ada : Murid telah mengetahui tentang tindakan magnet ke atas objek
yang boleh ditarik oleh magnet.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD):


TP 5 Membuat kesimpulan kekuatan suatu magnet berdasarkan penyiasatan yang dibuat.

Kemahiran Berfikir: Menjana idea, memerhati, berkomunikasi

Elemen Merentas Kurikulum: bahasa, sains dan teknologi

Penerapan Nilai:
Sikap dan Nilai Saintifik : Bekerjasama, berfikiran kritikal dan analitis, mensyukuri nikmat
yang dikurniakan Tuhan, berfikir secara rasional

Bahan Bantuan Mengajar: pinggan, magnet butang, lembaran kerja, magnet bar, buku
aktiviti

B. Butiran Guru

Tema Fokus Bimbingan : Kemahiran pengajaran

Kemahiran Insaniah : Kemahiran Bekomunikasi

Pedagogi Masa ini (PMI) : Kemahiran berfikir


Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
/ Masa (minit) Pembelajaran
Set Induksi Menggunakan  Guru memberitahu murid BBM:
(Orientasi) pertunjukan magik bahawa satu pertunjukan Pinggan
10 minit untuk menarik minat magik akan dilaksanakan. Magnet butang
belajar murid  Guru memenunjukkan dua KI:
pinggan yang dilekatkan Komunikasi
magnet. PMI:
 Guru meletakkan satu Kemahiran berfikir
pinggan di atas meja dan EMK:
menghadapkan kutub utara Bahasa
ke atas. Nilai:
Berfikiran kritikal
 Guru menghadap kutub utara
dan analitis
pada pinggan yang satu lagi
KB: Menjana
terhadap pinggan di atas
idea
meja.
 Kedua-dua pinggan akan
bertolak antara satu sama
lain dan kelihatan tertimbul di
udara.
 Guru tanya murid untuk
menyatakan idea mereka
tentang sebab pinggan dapat
timbul di udara.
 Murid menyatakan idea
berdasarkan pengalaman
mereka.

Langkah 1: Lembaran kerja  Guru mengedarkan lembaran BBM:


Pencetusan kerja dan magnet kepada Lembaran kerja,
Idea murid. magnet bar
(15 minit)  Guru menunjukkan bahawa KI:
magnet mempunyai 2 kutub Komunikasi
dengan menggunakan magnet EMK:
sebenar yang mempunyai Bahasa
label ‘N’ dan ‘S’. Nilai:
 Guru memperkenalkan nama 2 Minat dan bersifat
kutub iaitu utara dan selatan ingin tahu tentang
dan meminta murid untuk alam sekeliling
menuliskan di atas lembaran KPS:
kerja. Memerhati
KB:
Berkomunikasi
Magnet yang diberikan
kepada murid
Langkah 2: Penyiasatan tindakan  Guru menunjukkan tindakan BBM:
Penstrukturan antara kutub magnet antara 2 magnet apabila kutub Magnet bar
Semula Idea yang sama dan tidak sama Lembaran kerja
(15 minit) bertemu. KI:
 Murid diminta untuk membuat Komunikasi
penyiasatan atas magnet yang PMI:
diberikan. Kemahiran berfikir
 Guru memperkenalkan kosa EMK:
kata yang digunakan bagi Bahasa
menerangkan tindakan yang Sains dan
berlaku tersebut. teknologi
 Murid menuliskan perkataan Nilai:
yang dipelajari dalam Minat dan bersifat
lembaran kerja semasa guru ingin tahu tentang
mengajar. alam sekeliling
KB:
 Murid menghantarkan
Mencirikan
lembaran kerja kepada guru.
Langkah 3 Membuat soalan dalam  Murid dikehendaki BBM:
Aplikasi Idea buku aktiviti mengeluarkan buku aktiviti Buku aktiviti
(15 minit) mereka dan menyiapkan muka KI:
surat 44. Komunikasi
 Guru membincang jawapan PMI:
dengan murid. Kemahiran berfikir
 Murid diberikan peluang untuk EMK:
mengemukakan soalan Bahasa
tentang apa yang tidak Nilai:
difahami oleh mereka. Rajin dan tabah
 Guru menerangkan apa yang KPS:
tidak difahami oleh murid. Berkomunikasi
KBAT:
Mengaplikasi

Penutup Gambar dan video  Guru mengemukakan soalan : EMK:


(5 minit) kereta api maglev  Adakah murid-murid Sains dan
pernah melihat benda teknologi
atau fenomena yang PMI:
menggunakan daya Kemahiran berfikir
tolakan antara magnet? Nilai:
 Guru memberikan contoh Menghargai
kereta api maglev yang sumbangan
menggunakan daya tolakan sains dan
magnet untuk bergerak. teknologi
KB:
Menghubungka
it
Catatan Guru Pembimbing

Catatan Pensyarah Penyelia:

Anda mungkin juga menyukai