Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Sains


Tarikh : 17/7/2017 (Isnin)
Masa : 10.00pagi-11.00 pagi
Kelas : 3 Bestari
Bilangan murid : / 38
Tajuk : Magnet
Standard Kandungan : 5.1 Menganalisis pengetahuan tentang tindakan magnet
Standard Pembelajaran : 5.1.2 Mengitlak tindakan magnet ke atas pelbagai objek dengan menjalankan penyiasatan

1.1.3 Mengelas objek berdasarkan tindakan magnet ke atasnya


1.1.4 Menyatakan bahan yang diperbuat daripada besi adalah bahan magnet

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat :


1. Mengenal pasti tindakan magnet ke atas pelbagai objek secara berlisan dan bertulis
dengan menjalankan penyiasatan bersama bimbingan guru.
2. Mengelas sekurang-kurangnya 3 objek yang dapat ditarik oleh magnet dan objek yang
tidak dapat ditarik oleh magnet dengan betul
3. Menyatakan bahan magnet secara betul berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengenali magnet dalam kehidupan seharian
Kemahiran proses sains (KPS) : Memerhatikan, membuat inferens, meramalkan, berkomunikasi, mengelaskan
Kemahiran berfikir(KBKK) : Menjana idea, Menghubungkaitkan, meramalkan, membuat inferens, mengitlak
Sikap saintifik & Nilai murni : Bekerjasama, Berani mencuba
Bahan bantu mengajar : Video Donald & Pluto, pinggan polisterin , pemadam, pembaris, klip kertas, klip rambut, pin baju,
bola plastik, guli, pensil, lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2, joran magnet

FASA/MASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN

Orientasi 1. Murid dipaparkan dengan video Donald & Pluto melalui paparan BBM: video
(5 minit) Memperkenalkan tajuk slaid. KPS :memerhatikan
dengan menayangkan 2. Murid diminta untuk memberikan perhatian yang sepenuhnya
video
sepanjang video ditayangkan.
3. Selepas menonton klip video tersebut, murid dikemukakan
beberapa soalan oleh guru :
Apakah yang anda melihat dalam video tersebut?
Apakah yang dilakukan oleh Donald dengan menggunakan
magnet?
4. Guru menerima jawapan murid dan memperkenalkan topik pada
hari tersebut.

Pencetusan Mengenalpasti tindakan 1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan BBM:


idea magnet terhadap 2. Setiap kumpulan diedarkan dengan lembaran kerja 1
KPS :meramalkan
(10 minit) pelbagai objek 3. Murid diminta untuk bincang dan bekerjasama dalam kumpulan
KBKK : menjana
untuk meramalkan tindakan magnet terhadap setiap objek yang idea
berada dalam lembaran kerja 1.
4. Setiap kumpulan diberi 4 minit untuk menyiapkannya. SSNM :
5. Wakil dari setiap kumpulan diminta untuk membacakan apa yang bekerjasama
ditulis oleh murid dalam ruang ramalan.
6. Guru hanya menerima jawapan murid tanpa membuat sebarang
penambahbaikan atau pembetulan
Penstrukturan Mengenal pasti 1. Murid diperkenalkan permainan memancing oleh guru Sains. BBM: paku besi,
semula idea 2. Setiap kumpulan diedarkan sebuah bekas plastik yang
tindakan magnet ke pemadam,
(20 minit)
mengandungi semua objek yang dinyatakan dalam lembaran kerja
atas pelbagai objek pembaris, pin baju,
1 serta joran magnet.
dengan menjalankan bola lembaran kerja
3. Setiap kumpulan perlu menggunakan joran magnet untuk
penyiasatan 1
mengelas objek tertarik oleh magnet dan tidak tertarik oleh magnet.
KPS :meramalkan,
serta mencatat keputusan dalam ruang pemerhatian (Lampiran 1)
4. Murid dinasihati untuk berhati-berhati semasa mengendalikan Mengelas,
mengitlak ,
bahan yang tajam seperti pin baju.
berkomunikasi
5. Setiap kumpulan diberikan 10 minit untuk melengkapkan lembaran
kerja 1. KBKK : menjana
6. Guru akan mengukuhkan konsep bahawa semua objek diperbuat idea
daripada besi akan tertarik oleh magnet dengan berbincang SSNM :
bersama murid melalui tayangan slaid pada skrin. bekerjasama
7. Murid diajar objek ditarik oleh magnet disebut sebagai bahan
magnet
8. Dalam fasa ini, guru akan membetulkan jawapan murid yang telah
dilakukan dalam fasa pencetusan idea.

Aplikasi idea Permainan ICT 1. Guru mengadakan permainan mengekpoitasi bersama Doremon BBM: permainan
(15 minit)
melalui PPT dalam kumpulan yang sedia ada. ICT
2. Sebelum guru memulakan permainan, peraturan diterangkan
KBKK :
kepada murid. menghubungkaitkan
3. Setiap kumpulan diedarkan bendera hijau. SSNM : berani
4. Kumpulan yang mengambil bendera hijau akan diberikan peluang
untuk menjawab. mencuba
5. Kumpulan yang menjawab dengan betul akan mendapat batang
ais krim yang berwarna warni.
6. Kumpulan yang mendapat banyak batang ais krim akan digelar
sebagai pemenang.

Refleksi Rumusan isi 1. Setiap murid diedarkan dengan lembaran kerja 2 dan diminta BBM: lembaran
(10 minit) pengajaran mengenai kerja 2
untuk menyiapkan dalam masa 3 minit.
kesan magnet ke atas KPS :
2. Guru menyemak jawapan bersama murid melalui menayangkan
pelbagai objek Berkomunikasi
jawapan pada skrin.
3. Murid dipilih secara rawak untuk menyatakan bahan magnet serta
objek yang dapat ditarik oleh magnet dan objek yang tidak dapat
ditarik yang dipelajari hari ini sebelum mengakhiri kelas.
FASA/MASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN

Orientasi Video Tom and Jerry 4. Guru bertanya khabar berkenaan kesihatan murid pada hari ini. BBM: klip video
(3 minit) ditayangkan untuk 5. Guru menayangkan sebuah klip video dari cerita Tom & Jerry
KPS : memerhati,
memperkenalkan tajuk kepada murid.
berkomunikasi
6. Murid diminta memberikan perhatian sepenuhnya sepanjang video
ini ditayangkan
7. Selepas menonton klip video tersebut, murid dikemukakan
beberapa soalan oleh guru :
i. Apakah yang dipegang oleh Tom pada tangannya?
ii. Apa yang cuba dilakukan oleh Tom dengan menggunakan bahan
yang ada pada tangannya?
8. Guru menerima jawapan murid dan memperkenalkan topik pada
hari tersebut iaitu Magnet
Pencetusan Mengenalpasti 1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan BBM: kertas
idea bentuk-bentuk 2. Setiap kumpulan diedarkan dengan sekeping kertas mahjong dan
mahjong, pen
(5 minit) magnet pen marker.
marker
3. Murid diminta untuk bincang dalam kumpulan untuk melukiskan
KPS :
bentuk-bentuk magnet dalam ruang yang disediakan dalam kertas
KBKK :membuat
mahjong. gambaran mental,
4. Setiap kumpulan diberi 3 minit untuk menyiapkannya. menjana idea
5. Wakil dari setiap kumpulan diminta untuk melekatkan hasilnya
Contoh kertas pada papan putih.
mahjong diberikan 6. Guru hanya menerima jawapan murid tanpa membuat sebarang
penambahbaikan atau pembetulan
Penstrukturan Menamakan 1. Murid-murid melihat slaid yang ditunjukkan oleh guru di skrin BBM: persembahan
semula idea magnet 2. Guru menerangkan bentuk-bentuk magnet berserta dengan
slaid, magnet
(20 minit) berdasarkan bentuk namanya kepada murid.
magnet yang sebenar
3. Pada masa yang sama, guru menunjukkan magnet yang sebenar
ditunjukkan SSNM: Berani
kepada murid dan juga diberi peluang untuk dipegang.
4. Sebelum itu, murid diminta untuk meneka nama bagi setiap mencuba

magnet yang ditunjukkan oleh guru pada papan skrin dengan


bimbingan guru.
5. Murid yang berani mencuba diberi pujian oleh guru.
6. Guru berbincang bersama murid untuk membetulkan jawapan
murid yang telah dilakukan dalam fasa pencetusan idea.
Aplikasi idea Mengenal pasti 1. Guru mengedarkan lembaran kerja 1 dan diminta untuk menjawab BBM: sampul surat
(15 minit) bentuk magnet dalam kumpulan masing-masing. yang mengandungi
melalui aktiviti 2. Setiap kumpulan diberi 4 minit untuk menyiapkannya.
kepingan puzzle,
3. Setelah masa tamat, hasil murid disemak oleh guru melalui
SSNM:
menayangkan jawapan di skrin.
Bekerjasama
Refleksi Rumusan isi 1. Setiap murid diedarkan dengan lembaran kerja 2 dan diminta BBM: lembaran
(10 minit) pengajaran kerja 1
untuk menyiapkan dalam masa 2 minit.
mengenai bentuk KPS :
2. Guru menyemak jawapan bersama murid melalui menayangkan
magnet Berkomunikasi
jawapan pada skrin.
3. Murid diminta menyenaraikan 6 bentuk magnet yang dipelajari
hari ini sebelum mengakhiri kelas.

Anda mungkin juga menyukai