Anda di halaman 1dari 3

Kata hubung (bahasa Melayu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Tatabahasa bahasa Melayu


Morfologi Jenis ayat
1. Ayat penyata o Ayat transitif o Ayat intransitif o Ayat aktif o Ayat pasif o Ayat nafi o Ayat songsang o Ayat inti o Ayat gabungan 2. Ayat perintah 3. Ayat tanya 4. Ayat seru

Sintaksis Golongan kata


Kata nama o Kata ganti nama Kata kerja Kata sifat Kata tugas o Kata hubung o Kata keterangan o Kata sendi

Pembentukan kata

Imbuhan kata nama Imbuhan kata kerja Istilah pinjaman Lain-lain

Kata bilangan Kata istilah Penjodoh bilangan Bentuk jamak

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:


Hukum D-M

perkataan dengan perkataan; rangkai kata dengan rangkai kata; dan ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: 1. Kata hubung gabungan 2. Kata hubung pancangan o Kata hubung pancangan relatif o Kata hubung pancangan komplemen o Kata hubung pancangan keterangan 3. Kata hubung pasangan.

[sunting] Kata hubung gabungan


Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya. Contoh ayat:

Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah. Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung, katanya. Dia mengelak, lantas menikam.

[sunting] Kata hubung pancangan


[sunting] Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. Contoh ayat:

Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

[sunting] Kata hubung pancangan komplemen

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat:

Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

[sunting] Kata hubung pancangan keterangan


Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya. Contoh ayat:

Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat Saya berkawan dengannya semenjak kecil

[sunting] Kata hubung berpasangan


Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun.. Contoh ayat:

Kian lama kian banyak orang yang ke sana. Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

Anda mungkin juga menyukai