Anda di halaman 1dari 16

Topik

10

Aplikasi Pengajaran Bestari Bahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P & P) bestari Bahasa Melayu; 2. Merancang aktiviti P & P bestari Bahasa Melayu; 3. Merancang aktiviti P & P menggunakan strategi mediatif dan metakognitif dalam P & P Bahasa Melayu; dan 4. Melaksanakan strategi koperatif dalam kemahiran menulis.

X PENGENALAN
Keberkesanan pengajaran bergantung pada kebolehan guru menggunakan kemahiran untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran. Kemahiran guru menggunakan sesuatu pendekatan dan strategi dapat menghasilkan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Bagi melahirkan individu yang berketerampilan, iklim pembelajaran perlu mewujudkan situasi yang kondusif. Kejayaan pembelajaran bergantung pada perancangan harian dan jangka panjang murid yang perlu dibuat pemantauan oleh guru dari semasa ke semasa. Dalam Pedagogi Bestari, strategi pengajaran dan pembelajaran banyak ditumpukan kepada strategi pemudahcaraan, berpusatkan murid dan strategi pembelajaran koperatif, mediatif serta metakognitif. Selaras dengan matlamat Sekolah Bestari ke arah mencapai pembelajaran optimum, murid harus diberikan peluang melibatkan diri secara

170 X TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

langsung dalam proses pembelajaran, gaya dan cara pembelajaran masing-masing. Mengikut pandangan Kementerian Pendidikan Kanada dalam Year 2000: A Framework For Learning, kurikulum yang berpusat kepada murid membolehkan kemajuan berterusan di sekolah. Diharap anda masih ingat dalam topik yang lepas ada dibincangkan tentang Pedagogi Bestari iaitu strategi mediatif, metakognitif, koperatif serta kolaboratif. Begitu juga ada dibincangkan tentang pengintegrasian kemahiran generik dalam P & P. Berikut ialah contoh aktiviti P & P yang menggunakan strategi metakognitif dan mediatif.

10.1

STRATEGI METAKOGNITIF DAN MEDIATIF DALAM P & P

Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau serta menilai apa yang dipelajari. Strategi mediatif ialah satu proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat andaian, membuat inferens serta hipotesis. Kesedaran apa yang hendak diketahui berkait rapat dengan proses membaca. Maksud proses membaca ialah proses interaksi antara pelbagai pengetahuan seseorang yang sedia ada dengan maklumat dalam teks untuk membina makna dan pengetahuan. Ciri utama pengajaran pembelajaran proses membaca dan pemahaman ialah: (a) (b) (c) (d) Memahami tujuan membaca, iaitu mendapatkan, mengumpul dan memproses maklumat serta menambah ilmu pengetahuan; Membina sikap positif, iaitu membudayakan ilmu; Mengaktifkan pengetahuan sedia ada tentang sesuatu tajuk atau isu; dan Mengaktifkan atau membina strategi memproses teks, iaitu sebelum, semasa serta selepas.

TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

171

10.1.1

Strategi Metakogniti dan Mediatif Menggunakan Teknik DRTA

Prosedur melaksanakan strategi metakogniti dan mediatif menggunakan teknik DRTA, iaitu Directed Reading Thinking Activity atau Aktiviti Membaca Terarah. Teknik DRTA mempunyai dua fasa seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Teknik DRTA

Mari kita lihat aktiviti setiap fasa dalam Teknik DRTA. (a) Aktiviti Fasa Pertama Berikut ialah aktiviti fasa pertama, iaitu proses membaca dan berfikir. Langkah 1: Sebelum Membaca (i) Guru memperkenalkan tajuk yang dibaca dan meramal melalui soalan perbincangan terbuka (open-ended discussion). Sila rujuk Topik 6 strategi metakognitif. Pola soalan perbincangan.

(ii)

(iii) Berdasarkan tajuk dan gambar, beri pendapat anda tentang isi atau cerita yang akan dibaca contohnya: x x x x x Tajuk Kemalangan Jalan Raya: Satu Tragedi, gambar sebuah bas ekspres terjunam ke dalam gaung di Bukit Gantang. Mengapa anda berpendapat demikian? Apa yang anda bayangkan apabila melihat tajuk dan gambar? Mengapa anda mengalaminya? terbayangkan demikian? Pernahkah anda

Pernahkah anda membacanya sebelum ini?

172 X TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

x x x

Pernahkah anda membaca tajuk yang hampir sama sebelum ini? Pada pendapat anda, apa yang akan berlaku? Pada pendapat anda, ramalan mana yang paling tepat dan kenapa?

Langkah 2: Semasa Membaca Membaca aktif, menyemak serta mengawal kefahaman. (i) (ii) Murid membaca segmen atau bahagian pertama petikan untuk mengesahkan ramalan. Guru meminta murid menyatakan ramalan paling tepat.

(iii) Murid dikehendaki menunjukkan bukti ramalan dengan merujuk kepada petikan dan menyatakan secara kuat ayat-ayat dan frasa yang menjadi bukti. (iv) Guru membimbing murid yang menghadapi masalah memahami frasa dan perkataan dengan cara menggunakan klu atau pembayang konteks. Cadangan kepada murid: (i) (ii) Membaca bahagian seterusnya dan memikirkan perkataan yang dapat menerangkan maksud. Membaca semula ayat dari awal sehingga akhir.

(iii) Mengandaikan bahawa perkataan itu ialah ruang yang kosong dan murid diminta mengisinya dengan perkataan yang sesuai. (iv) Membaca ayat yang mengandungi perkataan yang sukar dan ayat seterusnya. Pola soalan perbincangan: (i) (ii) Bagaimana pendapat anda sekarang (tentang gambar dan tajuk)? Mengapa anda berpendapat begitu?

(iii) Mengapa ramalan awal tadi kurang tepat? (iv) Pada pendapat anda mengapa peristiwa itu berlaku? (v) Beri alasan mengapa anda berpendapat begitu?

Langkah 3: Selepas Membaca Aktiviti mereflek proses membaca dan strategi mengawal dan memantau pemahaman, iaitu sebelum, semasa serta selepas membaca.

TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

173

(b)

Aktiviti Fasa Kedua - Hasil Produk Langkah 1 (i) (ii) Menulis laporan. Menulis karangan.

(iii) Menulis pengalaman. (iv) Membuat catatan dalam bentuk pengurusan grafik. (v) Menemu bual.

(vi) Merumus. (vii) Menulis dialog. (viii) Menulis jurnal. Langkah 2 Membuat refleksi proses membaca dan hasil membaca Kesimpulannya: (a) Strategi Mediatif Guru membimbing murid berfikir, iaitu membaca dan memahami teks dengan cara mengajukan soalan perbincangan, menghubung kait pengetahuan sedia ada dengan maklumat dalam teks, menggunakan klu (clue) konteks serta menyemak ramalan melalui pendekatan perbincangan terbuka (open-ended discussion). Strategi Metakognitif Murid melalui proses berfikir, iaitu merancang untuk mencapai objektif dan menentukan matlamat, memantau kemajuan diri serta menilai keberkesanan dan pencapaian.

(b)

SEMAK KENDIRI 10.1


Apakah langkah-langkah P & P kemahiran membaca mengikut strategi metakognitif?

AKTIVITI 10.1
Berikan contoh aktiviti pengajaran kemahiran membaca menggunakan strategi metakognitif.

174 X TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

10.2

STRATEGI KOPERATIF DALAM P & P

Pembelajaran Koperatif (PK) ialah suatu proses yang membantu murid berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai matlamat yang sama. Strategi ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran sosial dan berpusatkan murid di bawah kawalan murid dan guru. Guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara. Ringkasnya strategi pembelajaran koperatif ialah satu set proses yang membantu murid berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir iaitu end product yang berkaitan dengan isi kandungan mata pelajaran.

10.2.1

Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

PIES merupakan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif mengikut model Kagan. PIES ialah: P I E S

Positive Interdependence (Saling Bergantungan Secara Positif) Individual Accountability (Akauntabiliti Individu) Equal Participation (Penglibatan Sama Rata) Simultaneous Interaction (Interaksi Serentak)

Model Johnson & Johnson menggariskan empat prinsip pembelajaran koperatif, iaitu: (a) (b) (c) (d) Saling kebergantungan secara positif; Akauntabiliti individu; Interaksi kumpulan; dan Kemahiran sosial.

10.2.2

Prosedur Pelaksanaan Strategi Koperatif

Berikut adalah prosedur pelaksanaan strategi koperatif. Menulis Karangan Tajuk: Dulu murid, kini guru Bahan: Gambar murid sekolah rendah, guru, kertas sebak Edaran tugasan: Dulu saya murid, kini saya guru

TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

175

Prosedur Pelaksanaan Langkah 1 (a) (b) (c) Menyenaraikan idea (Sumbang saran)

Murid dibahagikan kepada lima orang dalam satu kumpulan. Guru mengarahkan murid menampal gambar murid sekolah di sebelah kiri dan gambar guru di sebelah kanan kertas sebak setiap kumpulan. Setiap ahli membuat sumbang saran. Kad Arahan Sumbang Saran Secara Kumpulan

Murid mulakan dengan gambar kanak-kanak sekolah, selepas itu berpindah kepada gambar guru. Laksanakan aktiviti mencatat secara pusingan meja (round table). Tuliskan di bawah gambar murid sekolah perkara-perkara yang dapat dilakukan secara sendiri. Ulangi aktiviti ini dengan menggunakan gambar guru. Pastikan senarai di bawah gambar guru lebih panjang jika tidak, bantu murid untuk menjana idea. Langkah 2 (a) (b) (c) Membuat inferens

Stand up and share

Minta murid menyatakan kenapa kolum guru lebih panjang daripada kolum murid. Murid yang mempunyai idea yang sama dibenarkan duduk. Catat jawapan pada papan hijau Guru perlu membimbing murid dengan penyoalan jika mereka kurang berjaya membuat inferens. (i) (ii) Berapakah umur kedua-dua gambar ini? Apa perbezaan antara kedua-duanya?

(iii) Jika anda mempunyai kakak yang sebaya dengan gambar murid, adakah anda boleh melakukan perkara yang sama atau lebih daripada kakak anda? (iv) Jika guru itu ialah murid, bilakah gambar murid dirakam? (v) Apakah perubahan yang telah berlaku? Kenapa?

176 X TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

Langkah 3 Menyenaraikan (a) (b) (c)

Teknik Round Table

Minta ahli kumpulan nombor 2 mengambil kertas dan pensel. Secara round table, fikirkan perkara-perkara yang dapat dilakukan di rumah dan di sekolah. Minta ahli nombor 3 menyenaraikan perkara-perkara yang tidak dapat mereka lakukan 10 tahun yang lalu. Bincang dalam kumpulan. Teknik Round Robin

Langkah 4 Menyenaraikan dan menulis karangan (a) (b)

Setiap ahli kumpulan diminta menyenaraikan mengapa berlaku perubahan dengan menggunakan teknik Round Robin. Ahli kumpulan nombor 4 mengedarkan tugasan untuk setiap orang dan tulis sebuah karangan yang bertajuk Dulu saya murid, kini saya guru.

Rumusan: (a) (b) Murid belajar secara saling bergantungan positif, interaksi serentak, penglibatan sama rata serta pertanggungjawaban individu. Membina kemahiran sosial.

Pelaksanaan strategi koperatif dalam P & P boleh meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

10.2.3

Strategi Koperatif dalam Kemahiran Menulis

Kagan mencadangkan beratus-ratus struktur yang boleh digunakan untuk pembelajaran koperatif. Tiga yang paling popular dan sesuai ialah Think-PairShare, Round Robin dan Trade a Problem. Kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdiri daripada kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur, kemahiran membaca serta kemahiran menulis. Dua peringkat kemahiran menulis iaitu peringkat pramenulis dan peringkat menulis. Dalam bahagian ini, kemahiran menulis dibahagikan kepada enam peringkat seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 10.2.

TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

177

Rajah 10.2: Enam peringkat kemahiran menulis

Mari kita lihat setiap peringkat dengan lebih lanjut. (a) Peringkat Pramenulis Tahukah anda apa yang perlu dibuat semasa dalam peringkat pramenulis ini? Berikut ialah sedikit maklumat berkenaan peringkat pramenulis. (i) (ii) Berdasarkan pengalaman dan aktiviti untuk mewujudkan motivasi dan mengembangkan atau mengurus idea sebelum menulis. Memahami tujuan menulis iaitu sasaran pembaca.

(iii) Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah bercerita, main peranan, lawatan, temu bual, temu ramah, wawancara, penulisan kreatif serta sumbang saran. (iv) Pembelajaran koperatif ialah round robin, round table, similarity grouping serta kumpulan perbincangan. (v)

Round table

murid-murid memberi sumbangan idea dalam bentuk perkataan, frasa serta ayat yang berkaitan dengan tajuk.

(vi) Simultaneous round table setiap murid memulakan karangan atas helaian kertas masing-masing. Kemudian kertas diedarkan kepada rakan-rakan dalam kumpulan untuk menokok tambah ayat iaitu isi karangan. (vii) Sumbang saran melontarkan idea untuk mengelompokkan idea dan membuat pemetaan idea.

178 X TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

(b)

Peringkat Menulis Idea ditulis di atas kertas. Fokus ialah menulis dengan lancar dan menyampaikan idea secara pantas tanpa khuatir tentang kesilapan bahasa. Murid harus faham bahawa draf pertama, iaitu mensintesiskan idea dan fikiran adalah berdasarkan aktiviti pramenulis. Justeru, penulisan tidak perlu kemas. Perlu diingatkan bahawa ada pelbagai tujuan menulis, pelbagai audiens (kumpulan sasaran) serta pelbagai jenis penulisan. Peringkat Maklum Balas Terdapat dua jenis maklum balas, iaitu memberi maklum balas kualiti dan penyusunan idea. Maklum balas yang pertama ialah daripada pembaca, iaitu rakan atau guru terhadap penulisan dalam bentuk penyataan, cadangan serta soalan secara lisan atau bertulis. Guru boleh memberi model bagi cara memberi maklum balas tentang idea melalui perkongsian secara kelas berdasarkan sebuah karangan murid. Rajah 10.3 menunjukkan contoh senarai semak penilaian kendiri/rakan sebaya karangan jenis cerita (Self Assessment / Peer Revising Checklist for Story).

(c)

Rajah 10.3: Contoh senarai semak penilaian kendiri/rakan sebaya karangan jenis cerita (Self Assessment/Peer Revising Checklist for Story)

TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

179

(d)

Peringkat Menyemak Dalam peringkat menyemak ini, murid perlu mengkaji semula penulisan berdasarkan maklum balas daripada rakan-rakan. Murid akan menambah, membuang serta mengubah idea. Sepanjang proses menulis, murid-murid sentiasa membaca semula dan membuat perubahan. Peringkat Mengedit Dalam peringkat mengedit ini pula, murid perlu mengesan kesilapan bahasa, iaitu ejaan, tatabahasa, tanda baca, pemilihan kata serta tajuk. Murid akan mengedit sendiri dengan bimbingan rakan sebaya. Mereka saling bertukar peranan. Peringkat Menilai Peringkat menilai ini membantu murid memahami penilaian sebagai sebahagian daripada proses pascamenulis. Ia digunakan untuk menyokong dan membantu perkembangan penulisan murid. Murid harus faham cara dan siapa yang menilai. Cara penilaian ada dua jenis, iaitu: (i) Skor Holistik Skor pencapaian keseluruhan dari segi kemahiran berkomunikasi dengan pembaca. Skor Analitikal Kekuatan dan kelemahan dalam aspek-aspek tertentu karangan, iaitu proses: x x Penilaian rakan sebaya/guru/kendiri. pair share (berikan skor, Pembelajaran koperatif: think banding dengan rakan, kongsi dengan kelas), perbincangan kumpulan (moderasi bersama guru 2 atau 3 karangan, kemudian murid bertukar karangan/kertas untuk menilai). Penilaian portfolio pramenulis, penulisan draf, penyemakan, pengeditan, sahsiah serta kolaborasi. Markah: 60% untuk proses dan 40% produk atau hasil.

(e)

(f)

(ii)

x x

Jadual 10.1 menunjukkan cara penilaian karangan.

180 X TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

Jadual 10.1: Penilaian Karangan: Holistik (Keseluruhan) atau Analitikal (Perincian)


Skor/Kualiti Cemerlang A/5 x x x x Kriteria Menepati tajuk. Bahasa baik, lancar serta berkesan. Tidak ada/hampir tidak ada kesalahan bahasa. Struktur ayat beragam/ perbendaharaan kata luas dan sesuai. Isi baik, jelas serta tersusun secara sistematis. Perenggan, ejaan serta tanda bacaan tepat. Keseluruhan persembahan berkesan dan menarik. Berkaitan dengan tajuk. Bahasa baik. Struktur ayat dan perbendaharaan kata memuaskan. Isi cukup, pengolahan agak menarik. Kemahiran mekanis memuaskan. x x x Sederhana C/3 x x x x x Masih berkaitan dengan tajuk. Kesilapan-kesilapan kecil tatabahasa. Struktur ayat dan perbendaharaan kata agak terhad dan mudah. Isi hanya mencukupi, pengolahan sederhana. Sedikit kesilapan ejaan. x x x x Boleh membina ayat dan frasa yang gramatis dan baik. Terdapat sedikit kesalahan tetapi tidak menjejaskan mesej. Penguasaan kosa kata tidak selalu menggunakan kosa kata yang sesuai. Menyusun teks dengan memuaskan. Menyatakan dan menghuraikan isi dengan jelas dan teratur. Melakukan sedikit kesalahan ejaan. Melakukan beberapa kesalahan tatabahasa dan kosa kata hingga menjejaskan mesej dan penyusunan teks. Boleh menyatakan dan menghuraikan isi yang berkaitan atau relevan. Melakukan beberapa kesalahan ejaan. x x x x x Atau (SAL/ sal, 2001) Boleh membina ayat dan frasa yang gramatis. Boleh menunjukkan penggunaan kosa kata yang sesuai. Menyusun teks dengan mantap. Menyatakan dan menghuraikan isi dengan jelas dan menarik. Tiada kesalahan ejaan.

x x x Baik B/4 x x x x x

TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

181

Lemah D/2

x x x x x

Kurang pemahaman terhadap tajuk. Kelemahan tatabahasa dan perbendaharaan kata. Isi kurang mencukupi. Pengolahan isi lemah. Penyusunan dan mekanis lemah. Kurang pemahaman terhadap tajuk/terpesong. Penguasaan terhadap bahasa sangat lemah. Kesalahan bahasa yang teruk. Pengolahan dan penyusunan ayat yang lemah. Keseluruhan karangan tidak menarik dan susah untuk ditatap dan difahami.

Menggunakan tatabahasa dan kosa kata yang tidak tepat-teks kurang difahami. Menulis isi yang kurang relevan. Melakukan banyak kesalahan ejaan.

x x

Sangat lemah E/1

x x x x x

Melakukan banyak kesalahan tatabahasa dan kosa kata hingga menjejaskan penyusunan teks dan mesej. Menulis isi yang tidak relevan.

Sumber: Abdul Aziz Talib (2000)

Jadual 10.2 pula menunjukkan cara penilaian analitikal untuk menilai komponenkomponen kemahiran mengarang Struktur dan gaya, isi, perbendaharaan kata, penyusunan, mekanis (sekolah rendah).
Jadual 10.2: Penilaian Analitikal
Skor Komponen Struktur dan gaya Ketepatan tatabahasa, kompleksiti ayat, keseragaman struktur serta keberkesanan bahasa Isi Kaitan idea dengan tajuk, keaslian, keseragaman, Perkembangan dan huraian idea Perbendaharaan kata Pemilihan kata yang tepat, beraneka dan luas Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah

26-30

22-25

17-21

10-16

0-09

14-15

12-13

9-11

05-08

0-04

14-15

12-13

9-11

05-08

0-04

182 X TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

Penyusunan Perkembangan tema/ cerita yang logik, sistematik, bertalian, serta jelas Mekanis Ejaan, tanda bacaan, pemerengganan, penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan kebolehan tulisan tangan

14-15

12-13

9-11

05-08

0-04

14-15

12-13

9-11

05-08

0-04

Jumlah Penilaian: 85.100 : Cemerlang 70.84 : Baik 56-69 : Sederhana 31.55 : Lemah 0-30 : Sangat Lemah Sumber: Abdul Aziz Talib (2000)

Kesimpulannya, pengintegrasian dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan serta penilaian. Perkara ini telahpun dibincangkan dalam Topik 8.

SEMAK KENDIRI 10.2


1. Bagaimana prosedur pelaksanaan strategi koperatif dalam P & P Bahasa Melayu? 2. Nyatakan kelebihan menggunakan strategi koperatif dalam P & P Bahasa Melayu.

AKTIVITI 10.2
Rancang prosedur pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan strategi koperatif.

TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

183

x x x x x x

Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Prosedur pelaksanaan strategi metakognitif dan mediatif dalam P & P Bahasa Melayu menggunakan teknik DRTA. Fasa pertama DRTA ialah proses membaca dan berfikir dan fasa kedua ialah hasilan atau produk. Soalan perbincangan terbuka (open-ended discussion) merupakan aktiviti sebelum membaca supaya murid dapat membuat ramalan. Prinsip pembelajaran koperatif ialah PIES. Prosedur pelaksanaan strategi koperatif dimulakan dengan sumbang saran, diikuti dengan membuat inferens, menyenaraikan isi-isi penting dan menulis. Murid belajar saling bergantungan positif dan berkemahiran sosial. Kemahiran menulis dalam strategi koperatif melibatkan enam peringkat, iaitu pramenulis, menulis, maklum balas, menyemak, mengedit dan menilai. Cara penilaian dalam kemahiran menulis ada dua, iaitu holistik dan analitikal.

x x

Aktiviti membaca terarah DRTA Holistik Konsep PIES Peringkat maklum balas Prosedur pelaksanaan koperatif Proses refleksi

Senarai semak penilaian kendiri Skor analitikal Skor pencapaian keseluruhan Soalan perbincangan (open-ended discussion) Strategi mediatif Strategi metakognitif

184 X TOPIK 10

APLIKASI PENGAJARAN BESTARI BAHASA MELAYU

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Utusan Publication & Distributors Sdn. Berhad Abdul Fatah Hasan. (1994). Kecemerlangan minda dalam pembelajaran keseluruhan otak dan daya berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Juriah Long., Raminah Hj. Sabran., & Sofiah Hamid. (1990). Perkaedahan pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Modul pengajaran dan pembelajaran bestari Bahasa Melayu. (1999). Bahagian


Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pembelajaran secara konstruktivisme. (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum,


Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkins, D. (1992). Smart school, better thinking and learning for every child. New York: The Free Press.

The Malaysian Smart School: An MSC flagship application. A conceptual blueprint.


(1997). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Shahabuddin Hashim, et al. (2003). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. PTS Publication & Distributors. Yahya Othman. (2008). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. PTS Professional.

Anda mungkin juga menyukai