1.
Isu / Masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sepanjang minggu ini lebih menjuruskan
aspek bunyi-bunyian huruf-huruf konsonan dari B hingga K. Setiap aktiviti dapat dilakukan
mengikut perancangan yang telah dibuat dengan teliti dan mengikut fokus dan objektif yang
ingin dicapai. Penglibatan murid pula amat menggalakkan terutamanya dalam aktiviti menyebut
dan membunyikan objek. Walau bagaimanapun, murid pendidikan khas masih lagi mempunyai
masalah, iaitu ramai antara mereka yang tidak dapat membandingkan beza bunyi huruf dengan
huruf-huruf. Berdasarkan kepada pemerhatian, murid berkenaan masih keliru dengan bunyibunyian huruf-huruf konsonan jika dibandingkan dengan menyebut objek.
Murid lebih senang membandingkan abjad dengan objek yang dapat dilihat seperti B =
batu, C = cawan dan sebagainya berbanding membunyikan dasar huruf-huruf tersebut.
2.
Analisis
Pemerhatian telah dilakukan disepanjang minggu ini dan berikut merupakan hasil daripada
pemerhatian yang telah dilakukan ;
a
Dua dari tujuh orang murid yang dapat memadankan bunyi dengan huruf yang betul,
c
d
lemah.
Walaupun murid amat berminat untuk mengikuti PdP, tahap penguasaan murid amat
memerlukan perhatian yang serius.
Berdasarkan pemerhatian ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kemahiran penguasaan murid
terhadap huruf-huruf dalam menyebut dan mengingat terlalu lemah walaupun murid kelihatan
seperti tahu membaca. Murid sebenarnya hanya tahu menyebut objek-objek yang pernah
mereka lihat mengikut pengetahuan sedia ada mereka. Hanya 3 orang murid sahaja yang betulbetul boleh mengeja suku kata terbuka KVK dan KV. Proses PdP kali ini lbih menumpukan
huruf-huruf konsonan seperti B,C,D,F,G,H,J dan K sahaja. Bagi murid yang telah tahu mengeja,
hanya bermasalah dalam bunyi abjad tersebut sahaja, namun bagi murid lain, mereka lebih
memerlukan pelbagai pendekatan untuk menzahirkan bunyi abjad tersebut. Selain itu,
penumpuan PdP banyak lebih terarah kepada penguasaan satu konsonan sahaja berbanding
objektif yang hendak dicapai. Banyak masa yang diperlukan hanya untuk menghafal dan
mengingat satu konsonan sahaja.
Proses ini adalah ulangan dari minggu yang lepas. Disebabkan proses ini dimulakan
seminggu sebelum cuti sekolah bermula, maka penguasaan murid p.khas telah hilang bersama
cuti sekolah tersebut, jadi saya harus memulakan kembali kaedah-kaedah dari awal semula.
3.
Selain
kaedah
latih
tubi
yang
dalam
pandangan
saya
agak
kurang
keberkesanannya kerana murid hanya tahu mengingat tetapi tidak kepada membunyikannya.
Jadi selain latih tubi, saya juga menambah kaedah sebutan objek. Kaedah ini memerlukan
murid menyebut objek-objek yang mereka lihat dalam kad gambar atau paparan komputer
mengikut susunan-susunan tertentu mengikut Teori Pelaziman Operan dari Edwars L.Thorndike
(1889) yang menyatakan bahawa semakin banyak latihan, semakin bertambah kukuh ikatan
atau asosiasi gerak balas tertentu dengan rangsangan berkaitan
4.
Tempoh Masa
Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sehingga semua murid dapat
menyebut dan memadankan huruf-huruf seperti arahan yang diberikan.
5.
Tindakan Susulan
Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah
menyebut huruf-huruf konsonan ;
a
b
c
6.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kemahiran menyebut bunyi huruf ini adalah merupakan satu kemahiran
asas yang penting dikuasai oleh murid-murid pendidikan khas pada sesi awal bacaan. Ini bukan
sahaja dapat melicinkan dan melancarkan proses penilaian dan penaksiran yang dilakukan oleh
guru, tetapi juga penting bagi murid-murid untuk membaca dan memahami setiap arahan dalam
peperiksaan. Penilaian akan mudah dijalankan sekiranya murid telah menguasai kemahiran
asas bacaan ini.
Disediakan oleh ;
Mohd Naimismadi Bin Hj Ismail
Penyelia ICT PPD Jeli
Untuk Aeu Kuala Terengganu