Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL

MINGGU 3 ( 24 MEI 2015 28 MEI 2015 )

KEMAHIRAN MENYEBUT DAN MEMBUNYIKAN HURUF-HURUF BAGI MURID PEN. KHAS

1.

Isu / Masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sepanjang minggu ini lebih menjuruskan
aspek bunyi-bunyian huruf-huruf konsonan dari B hingga K. Setiap aktiviti dapat dilakukan
mengikut perancangan yang telah dibuat dengan teliti dan mengikut fokus dan objektif yang
ingin dicapai. Penglibatan murid pula amat menggalakkan terutamanya dalam aktiviti menyebut
dan membunyikan objek. Walau bagaimanapun, murid pendidikan khas masih lagi mempunyai
masalah, iaitu ramai antara mereka yang tidak dapat membandingkan beza bunyi huruf dengan
huruf-huruf. Berdasarkan kepada pemerhatian, murid berkenaan masih keliru dengan bunyibunyian huruf-huruf konsonan jika dibandingkan dengan menyebut objek.
Murid lebih senang membandingkan abjad dengan objek yang dapat dilihat seperti B =
batu, C = cawan dan sebagainya berbanding membunyikan dasar huruf-huruf tersebut.

2.

Analisis

Pemerhatian telah dilakukan disepanjang minggu ini dan berikut merupakan hasil daripada
pemerhatian yang telah dilakukan ;
a. Dua dari tujuh orang murid yang dapat memadankan bunyi dengan huruf yang betul,
tetapi masih terdapat kekeliruan untuk bunyi huruf B dan D.
b. Kesemua murid boleh menyebut gambar yang ditunjukkan tetapi 3 orang murid sahaja
yang mampu memadankan gambar dengan huruf permulaan yang betul.
c. Banyak masa perlu ditumpukan untuk menguasai satu huruf konsonan sahaja.
d. Ingatan murid untuk mengenal dan mengingat huruf-huruf konsonan tersebut amat
lemah.
e. Walaupun murid amat berminat untuk mengikuti PdP, tahap penguasaan murid amat
memerlukan perhatian yang serius.

Berdasarkan pemerhatian ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kemahiran penguasaan murid
terhadap huruf-huruf dalam menyebut dan mengingat terlalu lemah walaupun murid kelihatan
seperti tahu membaca. Murid sebenarnya hanya tahu menyebut objek-objek yang pernah
mereka lihat mengikut pengetahuan sedia ada mereka. Hanya 3 orang murid sahaja yang betulbetul boleh mengeja suku kata terbuka KVK dan KV. Proses PdP kali ini lbih menumpukan
huruf-huruf konsonan seperti B,C,D,F,G,H,J dan K sahaja. Bagi murid yang telah tahu mengeja,
hanya bermasalah dalam bunyi abjad tersebut sahaja, namun bagi murid lain, mereka lebih
memerlukan pelbagai pendekatan untuk menzahirkan bunyi abjad tersebut. Selain itu,
penumpuan PdP banyak lebih terarah kepada penguasaan satu konsonan sahaja berbanding
objektif yang hendak dicapai. Banyak masa yang diperlukan hanya untuk menghafal dan
mengingat satu konsonan sahaja.
Walaupun banyak masa yang digunakan untuk mengingat satu-satu konsonan, guru
mempunyai peluang untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran murid-murid apabila
tiba waktu memeriksa hasil kerja murid pada akhir tempoh persekolahan kerana hasil kerja
mereka dapat menunjukkan kemahiran sebenar yang dapat dicapai oleh murid.

3.

Cadangan Untuk Memperbaiki

Bagi mengatasi masalah ini, sedikit kolaborasi bersama guru-guru pemulihan telah dibuat untuk
mengetahui tahap penguasaan sebenar murid-murid sewaktu berada di arus perdana dahulu.
Guru-guru ini lebih menyarankan penggunaan kaedah latih tubi. Dalam pandangan saya,
kaedah ini agak kurang keberkesanannya kerana murid hanya tahu mengingat tetapi tidak
kepada membunyikannya. Jadi selain latih tubi, saya juga menambah kaedah sebutan objek.
Kaedah ini memerlukan murid menyebut objek-objek yang mereka lihat dalam kad gambar atau
paparan komputer mengikut susunan-susunan tertentu mengikut Teori Pelaziman Operan dari
Edwars L.Thorndike (1889) yang menyatakan bahawa semakin banyak latihan, semakin
bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas tertentu dengan rangsangan berkaitan

4.

Tempoh Masa

Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sehingga semua murid dapat
menyebut dan memadankan huruf-huruf seperti arahan yang diberikan.

5.

Tindakan Susulan

Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah
menyebut huruf-huruf konsonan ;
a. Menyediakan gambar yang berulang.
b. Menyediakan huruf-huruf yang berulang.
c. Bagi mengenalpasti sama ada kemahiran ini sudah dikuasai, guru memberikan gambar
tanpa tulisan kepada semua murid dan meminta mereka menyebut objek-objek dalam
gambar masing-masing dengan ejaan yang betul dan kemas.
d. Setiap murid yang telah menguasai bunyi dan huruf akan diberikan ganjaran berupa
hadiah, token ataupun pujian.

6.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kemahiran menyebut bunyi huruf ini adalah merupakan satu kemahiran
asas yang penting dikuasai oleh murid-murid pendidikan khas pada sesi awal bacaan. Ini bukan
sahaja dapat melicinkan dan melancarkan proses penilaian dan penaksiran yang dilakukan oleh
guru, tetapi juga penting bagi murid-murid untuk membaca dan memahami setiap arahan dalam
peperiksaan. Penilaian akan mudah dijalankan sekiranya murid telah menguasai kemahiran
asas bacaan ini.

Disediakan oleh ;
Mohd Naimismadi Bin Hj Ismail
Penyelia ICT PPD Jeli

Anda mungkin juga menyukai