Anda di halaman 1dari 12

MENGENAL DAN MENULIS HURUF B DAN D

MELALUI CARA IBU JARI BAGI MURID PEMULIHAN

Panitia Bahasa Melayu

SK Pulau Nyior, Kedah

ABSTRAK
Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di semua
sekolah samada sekolah kebangsaan mahupun sekolah jenis kebangsaan
sehinggalah ke peringkat menengah. Walaupun sukatan pelajaran mengalami
pelbagai perubahan dari semasa ke semasa, namun konsep asas 3M (membaca,
menulis dan mengira) masih diguna pakai. Terdapat lima orang murid tahun 1
Jurutera masih tidak dapat mengenali dan membezakan huruf b dan d. Oleh itu,
kaedah ‘Ibu Jari’ dijalankan untuk membantu murid mengenali dan membezakan
huruf b dan d. Menerusi kaedah ‘Ibu Jari’, diharap dapat membantu murid sasaran
mengenali huruf b dan huruf d dengan baik. Konsep ‘Ibu Jari’ ini menggunakan
genggaman jari kiri mewakili huruf b, manakala genggaman jari kanan mewakili
huruf d. Hasilnya, kaedah ini dapat membantu murid-murid sasaran mengenali huruf
b dan d dengan baik malah pembelajaran lebih menarik kerana guru menggunakan
anggota badan sebagai bahan bantu mengajar.

1.0 PENGENALAN

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang paling penting


kerana melaluinya seseorang itu boleh meneroka alam ilmu pengetahuan yang tidak
dapat ditempuhinya melalui pengalaman biasa yang lain. Membaca adalah satu
proses yang bukannya mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses
yang kompleks ( Raminah Hj Sabran, 1987)

Kajian ini mendapati murid-murid menghadapi masalah dalam mengenal bentuk-


bentuk huruf, di mana mereka keliru tentang huruf-huruf yang hampir sama
bentuknya seperti huruf kecil b dan d. Masalah ini menyebabkan mereka
menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Antara
punca yang dikenalpasti ialah mereka lemah dalam pengamatan penglihatan dan
pendengaran sehingga menyebabkan mereka sukar mengenal dan membunyikan

1
huruf abjad tersebut.Ini memberikan impak besar kepada murid untuk menguasai
kemahiran membaca dan menulis. (Ghani dan Aznan 2013)

Strategi pembelajaran melibatkan elemen visual, auditiori, kinestatik yang amat


berhubung kait dengan peningkatan dalam pencapaian akademik secara langsung.
Maka, guru perlu peka terhadap keperluan dan perkembangan murid dari semasa ke
semasa.( Aliza Alias 2014)

Justeru, kajian yang akan dijalankan ini mengutamakan pembelajaran autentik di


mana murid-murid akan melalui pengamatan penglihatan dan sentuhan sepanjang
masa bagi mengenal dan menulis huruf abjad yang seakan sama.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kanak-kanak diperkenalkan dengan kemahiran prabacaan sejak dari peringkat awal


lagi terutamanya semasa di Prasekolah. Namun begitu, terdapat juga segelintir
kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran ini terutamanya huruf abjad
yang seakan sama seperti b dan d. Masalah ini menyebabkan mereka menghadapi
kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Antara punca yang
dikenal pasti ialah mereka lemah dalam pengamatan penglihatan dan pendengaran
sehingga menyebabkan mereka sukar mengenal dan membunyikan huruf tersebut.
Ini memberikan impak besar kepada murid untuk menguasai kemahiran membaca
dan menulis (Ghani dan Aznan 2013).

Membaca menggabungkan beberapa kemahiran, iaitu kemahiran pengamatan


penglihatan dan diskriminatif (untuk mengenal dan membezakan bentuk-bentuk
huruf), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi yang tepat
dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf,
menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan dan
kebolehkan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem saraf
otak untuk menterjemahkan dan memahani apa yang dibaca (Rahimah Hj Sabran,
1987).

2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tindakan ini adalah :

i. Mengenalpasti masalah mengenal dan menulis huruf b dan d dalam


kalangan murid-murid yang lemah.
ii. Membantu murid lemah dapat mengenal dan menulis huruf b dan d
melalui kaedah “ Ibu Jari “.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian tindakan ini adalah :

i. Bagaimana masalah mengenal dan menulis huruf b dan d dalam kalangan


murid pemulihan dapat dikenalpasti?
ii. Bagaimanakah membantu murid pemulihan dalam mengenal dan menulis
huruf b dan d melalui kaedah “ Ibu Jari “.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian Tindakan ini adalah berlandaskan pada model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992) yang mempunyai 5 langkah iaitu mengenal pasti masalah, merancang,
bertindak, memerhati dan mereflek. Berikut adalah proses Tindakan model ini
seperti Rajah 1.

3
Langkah 1 : Mengenal pasti masalah

Mengumpul data murid pemulihan


tidak dapat mengenal dan menulis Langkah 2: Merancang
huruf b dan d. Merancang pelan Tindakan ‘Ibu Jari’
bagi masalah kajian.

Langkah 5 : Mereflek Langkah 3 : Bertindak

Menganalisis dan menilai. Membuat Melaksanakan pelan tindakan ‘Ibu Jari’


refleksi mengenai keberkesannan data
yang dikumpul.
Langkah 4 : Memerhati

Mengumpul data ( video, analisis


dokumen, temu bual ) tentang kesan
Tindakan ‘Ibu Jari’.

Rajah 1 : Proses Penyelidikan Tindakan Model Kurt Lewin 1946 dan Laidlaw
(1992

5.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan yang dilakukan ke atas 5


orang murid.

5.2 PERSAMPELAN/KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ialah lima orang murid Tahun 1 Jurutera yang terdiri
daripada seorang murid lelaki dan empat orang murid perempuan.

5.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara ujian bertulis bagi menguji kemahiran menulis
respondan pada peringkat awal. Kaedah deskriptif telah dilakukan dalam
kajian ini.

4
5.4 INTERVENSI

Intervensi ini dijalankan selama dua minggu. Kumpulan sasaran kajian ialah
lima orang murid Tahun 1 Jurutera. Instrumen ujian bertulis terdiri daripada
pra ujian dengan menyediakan 3 lembaran kerja. setiap ujian akan melalui
ujian pra dan pasca, iaitu sebelum guru melakukan intervensi dan selepas
guru melakukan intervensi. Ujian bertulis yang diberi merupakan cara untuk
mengumpul data. Tujuan praujian dilaksanakan untuk menilai pencapaian
murid dalam menguasai kemahiran mengenali huruf b dan huruf d sebelum
kaedah ‘Ibu Jari’ dijalankan. Manakala lembaran 2A dan lembaran 2B pula
merangkumi ujian pra, iaitu tanpa menggunakan kaedah ‘Ibu Jari’ dan ujian
pasca, iaitu selepas menggunakan kaedah ‘Ibu Jari’.

6.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


a. Mengenal Pasti Masalah dan Menulis Huruf b dan d dalam Kalangan murid
tahun 1 Jurutera.

Masalah yang dihadapi oleh peserta kajian telah dikenalpasti melalui analisis
dokumen. Ketika guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah tahun 1 Jurutera, guru telah mendapati beberapa org murid tidak
dapat menulis dan membezakan huruf b dan d.

Bagi mengukuhkan lagi masalah yang dihadapi oleh murid, guru telah
menjalankan pra ujian dengan menyediakan 3 lembaran kerja yang
memerlukan murid menulis huruf b dan d. Melalui lembaran kerja tersebut,
guru telah mengenal pasti 5 orang murid tidak dapat membezakan huruf b
dan d. Hasil dapatan secara keseluruhan telah direkodkan dalam jadual di
bawah.

Pencapaian Bilangan murid


13 orang
Dapat menulis dan membezakan huruf b dan d
dengan tepat
5 orang
Tidak dapat menulis dan membezakan huruf b
dan d dengan tepat

5
Hasil dapatan daripada ujian pra tersebut, guru telah menganalisis data
dengan lebih terperinci. Hasil analisis data telah direkodkan dalam jadual di
bawah.

Respondan Respondan Respondan Responda Respondan Respondan


Lembaran 1 2 n3 4 5

Lembaran 1
Ujian Pra 3/5 2/5 2/5/ 3/5 2/5

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh 5 orang respondan tersebut, guru
telah merancang untuk menjalankan kajian mengenai masalah yang dihadapi oleh
murid. Kaedah yang dipilih untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan
menggunakan konsep “Ibu Jari”.

b . Mengenal dan Menulis huruf b dan d Melalui Kaedah “Ibu Jari”

Kaedah “Ibu Jari” digunakan untuk membantu murid mengenal dan menulis huruf b
dan d dengan mudah. Kaedah ini telah dilaksanakan semasa set induksi
pengajaran dan pembelajaran saya dan kaedah ini telah dijalankan selama dua
minggu. Gambar di bawah menunjukkan kaedah genggaman ibu jari yang telah
digunakan.

6
Setelah melaksanakan kaedah genggaman ibu jari ni selama dua minggu, saya
telah menjalankan penilaian sekali lagi kepada lima orang murid tersebut. Lembaran
kerja yang sama telah diberikan kepada lima orang murid tersebut untuk menilai
sama ada mereka telah mengenal dan boleh menulis huruf b dan d dengan baik
setelah kaedah ini diperkenalkan kepada mereka. Keputusan untuk penilaian ini
telah dicatat di dalam jadual di bawah. Perbezaan antara sebelum dan selepas
kaedah genggaman ‘Ibu Jari” yang telah dilaksanakan juga dapat dilihat dalam
jadual di bawah.

Respondan Respondan Respondan Responda Respondan Respondan


Lembaran 1 2 n3 4 5

Lembaran 2A
Ujian pasca 10/10 9/10 8/10 10/10 8/10

Lembaran 2B
Ujian pasca 10/10 10/10 9/10 10/10 10/10

7.0 RUMUSAN
Sepanjang menjalankan kajian ini, saya menyedari hakikat bahawa murid-murid
berbeza daripada segi keupayaan memahami bahan-bahan bertulis, keupayaan
mendengar dan bertutur. Jadi dalam menyampaikan isi pelajaran, saya harus

7
memikirkan keadaan ini agar mereka dapat diberi perhatian yang berlainan dan
sesuai dengan kemampuan mereka.

Ketidakmampuan murid untuk menguasai dan membezakan huruf b dan huruf d


menyebabkan saya perlu mencari atau mencipta kaedah yang sesuai dengan
kehendak dan keadaan murid-murid saya. Teknik pengajaran mempengaruhi
perkembangan murid-murid. Teknik yang menarik dapat juga menghidupkan
suasana pengajaran yang boleh memberi pengalaman yang lama kekal dalam
ingatan.

Saya berusaha menjalankan aktiviti mengenal huruf b dan huruf d itu berulang
supaya menjadi ingatan kepada murid-murid. Tempoh masa menjalankan aktiviti
itu tidak lama, iaitu saya jadikan set induksi kepada pengajaran saya selama
hampir 2 minggu ini tidak membosankan murid. Malahan saya dapati perubahan
yang ketara di mana murid ini boleh memahami dengan cepat apabila kaeadah
‘Ibu Jari’ digunakan. Bahan yang saya gunakan ialah anggota badan sahaja
yang tidak memerlukan sebarang kos penyediaan.

Selain itu, saya dapati bahawa pemulihan yang perlu saya jalankan kepada
murid-murid tidak memerlukan satu sesi pengajaran tambahan. Hanya boleh
diselit-selitkan dalam langkah-langkah pengajaran yang saya rancang. Saya
yakin kaedah atau langkah-langkah penyelesaian masalah saya ini lebih
ringkas, mudah dan menarik.

8.0 RUJUKAN

8
1. Abd Majid, R., Mohd.Ali, M., &Alias, A. (2014). Teacher Character Strengths
And Talent 261 Development. International Education Studies, 7(13), 175-
183.
2. Mahzan Bin Arshad, Chee Sook Ching. (2017). Penilaian Semula Pengajaran
Dan Pembelajaran Pembacaan Awal. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan. ISSN 2289-3032
3. Mohd Mokhtar Tahar, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Lokman
Tahir, Suriawati Nawawi. (2014). Learning Station Method In Special
Education Programs For Students With Learning Disabilities. Pertanika
Journal Of Social Science And Hunanities, 22(3), 717-728
4. Azman bin Wan Chik ( 1986 ). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid II, Latihan
Guru dan Bahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Mok Soon Sang ( 1994 ). Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam
Pendidikan. Selangor Darul Ehsan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
6. Raminah Hj Sabran. ( 1987 ) . Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur. (t.p)
7. Sabariah bt Abu Bakar ( 2002 ). Jurnal Kajian Tindakan Tahun 2002. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN

9
UJIAN PRA KAJIAN

Murid-murid diberikan lampiran untuk menguji pemahaman murid dalm mengenalpasti


huruf b dan d.

PENERANGAN GURU MENGGUNAKAN KAEDAH IBU JARI

10
PASCA KAJIAN

11
Ujian dijalankan semula selepas penerangan oleh guru mengenai Teknik Ibu Jari

12

Anda mungkin juga menyukai