Anda di halaman 1dari 3

Kaedah mengenal pasti masalah kanak-kanak

Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran


membaca, menulis atau mengira dengan menggunakan cara-cara berikut:
a) Pemerhatian
b) Profil dan rekod
c) Ujian kertas dan pensel
d) Latihan harian
e) Soal jawab / kuiz
Pemerhatian
Guru yang mengajar dalam kelas adalah orang yang paling sesuai membuat
pemerhatian ke atas murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran.
Melalui pemerhatian, guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh murid-muridnya.
Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran
membaca akan menunjukkan tanda-tanda berikut:
1) Tidak boleh langsung membaca satu-satu huruf, perkataan atau ayat.
2) Tidak boleh menyebut bunyi huruf atau perkataan dengan tepat.
3) Tidak boleh membaca ayat dengan lancar.
4) Menggunakan jari untuk menunjuk setiap perkataan semasa membaca.
5) Membaca dengan bunyi terlalu perlahan.
Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran menulis
boleh diperhatikan daripada cara mereka memegang alat tulis, gaya anggota
semasa menulis dan bentuk tulisan. Secara amnya, kelemahan-kelemahan
penguasaan kemahiran menulis adalah seperti berikut:

1) Bentuk huruf tidak ditulis tepat.


2) Huruf-huruf dalam perkataan ditulis tinggi rendah atau terlalu jauh.
3) Perkataan-perkataan dalam ayat terlalu rapat, kecil atau condong.
4) Jarak antara perkataan-perkataan dalam ayat terlalu jauh.
5) Ejaan perkataan seringkali salah.
Murid-murid yang menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran mengira
boleh diperhatikan daripada tanda-tanda berikut:
1) Tidak menunjukkan minat dalam membuat kerja rumah. Kerja tulisannya tidak
kemas.
2) Mengambil masa terlalu lama menjawab soalan matematik, sama ada secara
lisan atau bertulis.
3) Tidak boleh menjawab soalan congak secara spontan.
4) Meniru kerja bertulis daripada rakan sekerja.
Selain membuat pemerhatian ke atas masalah pembelajaran dalam penguasaan
kemahiran membaca, menulis dan mengira, guru juga hendak memerhati sama
ada murid-murid menghadapi masalah-masalah peribadi, fizikal, mental atau
psikologi. Murid-murid yang menghadapi masalah-masalah tersebut boleh
diperhatikan dengan tanda-tanda berikut:
1) Selalu bergerak dan tidak boleh duduk diam.
2) Mempunyai sifat pendiam atau pemalu.
3) Selalu ponteng.
4) Tidak ada kawan dalam darjah dan tidak suka bergaul dengan pelajar lain.
5) kurang cergas dalam aktiviti pembelajaran.

Profil
Rekod profil mengandungi rekod keputusan murid berdasarkan hasil sesuatu
penilaian sumatif. Rekod ini boleh digunakan untuk mengesan pencapaian
pelajar dalam beberapa unit pembelajaran.
*Contoh profil untuk pelajaran Matematik ms 71
Berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang direkodkan dalam rekod profil,
guru memilih murid-murid yang memerlukan program pemulihan untuk
membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran. Bagaimanapun, maklumat
dalam rekod profil ini tidak menunjukkan bidang kelemahan mereka. Oleh itu,
guru harus merancang satu ujian Matematik yang mengandungi kemahirankemahiran nombor dan sebutan di bawah empat operasi termasuk operasi
serentak untuk menentukan bidang kelemahan penguasaan kemahiran mereka.
Ujian dan Latihan Harian
Guru boleh mengesan masalah pembelajaran murid melalui peperiksaan ke atas
keputusan ujian murid dalam latihan harian bertulis. Keputusan ujian dan hasil
kerja murid dalam latihan harian akan memberi gambaran yang spesifik tentang
kelemahan penguasaan kemahiran menulis dan mengira seseorang murid.
Soal jawab / kuiz
Soal jawab atau kuiz merupakan cara yang paling cepat untuk mengesan
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid. Melalui aktiviti soal
jawab di dalam kelas, bidang kelemahan penguasaan kemahiran membaca atau
mengira dapat dikesan dengan serta-merta.
Aktiviti soal jawab atau kuiz ini merupakan sejenis aktiviti penilaian formatif yang
dilakukan oleh guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dengan cara ini, guru seterusnya dapat membetulkan kesilapan murid dan
menambah aktiviti pembelajaran bagi kemahiran yang berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai