Anda di halaman 1dari 4

Refleksi Kempen Bina Insan Guru

Pada 30 Jun 2013, kami telah bertolak ke Pantai Teluk Gorek, Mersing,
Johor untuk menyertai Kursus Bina Insan Guru (BIG). Kursus ini adalah wajib
disertai oleh semua pelatih guru.
Dalam kursus ini, setiap peserta adalah dibahagi kepada kumpulan dan
setiap kumpualan terdiri daripada pelbagai kaum. Kami sentiasa tolongmenolong, bersatu-padu

dan berpakat hati untuk menyelesaikan sesuatu

tugas tanpa mengira warna kulit.


Misalnya, dalam pertandingan rakit kami bersama-sama membina sebuah
rakit yang terdiri daripda roda, tali dan plastik PVC. Selepas itu, kami juga
harus berpakat hati semasa mengayuh dan mengawal arah tuju rakit kami
untuk mencapai destinasi kami. Ini adalah kerana, sekiranya kami tidak
berpakat hati dalam mengayuh rakit maka rakit kami akan berapung-apung
dan tidak berlayar dengan lancar. Dalam pertandingan ini, kumpulan kami
adalah kumpulan yang kedua terakhir untuk menyelesaikan ikatan rakit
tersebut. Tetapi ini bukan merupakan halangan kami untuk mencapai
kemenangan kerana kami faham bahawa asalkan kita bersatu-padu dan hati
sejiwa kita akan mencapai matlamat kami. Pedoman ini memang benar
kerana akhirnya kumpulan kami telah mencapai tempat yang kedua dalam
pertandingan tersebut. Dalam pertandingan ini, saya dapati bahawa semagat
bersatu-padu dan hati sejiwa perlu ada penting untuk mencapai sesuatu iaitu
bak perpatah, bersatu teguh, bercerai roboh. Selain itu, kita juga harus

sentiasa sedar dengan matlamat yang kami tentukan dan sentiasa menujukan
matlamat kami walaupun menghadapi apa jua cabaran dan rintangan untuk
mencapai kejayaan kami seperti dalam pertandingan rakit ini.
Selain itu, dalam kursus ini kami adalah dilayani secara adil dan sama. Ini
bermakna kami bangun bersama, makan makanan yang sama, mandi pada
waktu yang sama dan juga tidur bersama. Tiada sesiapa akan mendapat
layanan istimewa dan pengecualian. Ini telah menunjukkan bahawa, kita
haruslah sentiasa melayani seseorang dengan adil, sama rata, tanpa berat
sebelah dan tanpa mengira kedudukan seseorang. Sama juga dengan anak
murid kita, kita harus melayani mereka sama rata, tanpa berat sebelah dan
ikhlas dalam pengajaran iaitu menurunkan semua ilmu pengetahuan kepada
anak murid kita tanpa mengira kaum, kedudukan, keupayaan seseorang
murid dan sebagainya.
Selain itu, Kursus BIG ini juga melatih kita untuk lebih beryakin diri dan
berani mencuba sesuatu melalui aktiviti air iaitu belajar mengepung di atas
air. Pada mulanya, setiap peserta adalah dibekalkan sehelai jaket
keselamatan untuk menyelami air. Kami akan belajar cara mengepung dan
berenang di air. Selepas itu, kami diminta untuk mencuba mengepung dan
berenang di air tanpa memakai jaket keselamatan. Pada masa itu, kami
hanya percaya kepada kebolehan diri, yakin kepada diri iaitu boleh
melakukannya dan berani mencubainya walaupun menghadapi apajua
rintangan. Melalui aktiviti ini secara tersulitnya telah mengajar kami harus

yakin kepada diri dan berani mencuba dalam pengajaran kami apabila
menghadapi kritikan atau cabaran.
Pada hal lain, terdapat juga satu aktiviti yang tidak dapat saya lupakan
iaitu aktiviti mengembara. Dalam aktiviti ini, kami diminta untuk mendaki bukit,
memasak di hutan dan juga menerokai gua-gua. Aktiviti ini merupakan satu
aktiviti pertandingan tetapi kami tidak terlalu mementingkan kemenangan
bahkan sentiasa menolong dan menunggu antara satu sama lain yang lebih
lemah. Memasak di hutan memang merupakan suatu pengalaman yagn baru
dan menarik bagi saya kerana saya tidak pernah memasak di keadaan yang
semula jadi iaitu menggunakan ranting kayu sebagai penyala api kami,
menggunakan batu-bata sebagai dapur kami dan juga menggunakan daun
pisang sebagai pinggan kami. Walaupun begitu, saya rasa amat puas dan
bermakna kerana berpeluang merasai benda yang asli ini. Melalui aktiviti ini,
saya dapati bahawa sebagai guru kita harus sentiasa bersedia untuk
menghadapi cabaran kerana kita adalah berkemungkinan akan dihantar ke
tempat

pedalaman

dan

mengajar

di

sana.

Dengan

itu,

kita

juga

berkemungkinan akan menjalani kehidupan seperti orang asli iaitu memasak


di hutan dan tidur di dalam hutan seperti yang kami lakukan dalam aktiviti
mengembara dan kursus BIG ini.
Selama 4 hari dan 3 malam di sana, saya telah banyak belajar dan
mendapat pengalaman yang berharga. Akhirnya, saya berharap kursus ini
boleh terus dijalankan supaya dapat melahirkan insan guru yang lebih

berkaliber, bertrampilan dan lebih sempurna dari segi fizikal, rohani dan jiwa.

Anda mungkin juga menyukai