Anda di halaman 1dari 7

AINAH MARINSAH CT11210677

1.0

Pendahuluan

Pada tugasan ulasan yang kedua ini, saya telah memilih tajuk kajian tindakan daripada jurnal pendidikan Bahasa Melayu yang telah dihasilkan oleh saudara Abdul Rasid Bin Jamian. Kajian beliau bertajuk: Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Saya amat tertarik dengan tajuk kajian beliau, ini kerana iya dapat membantu dan memberi pengetahuan kepada guru-guru berkaitan masalah yang dihadapi kepada muridmurid kita di dalam kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu. Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk muridmurid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Abad ini telah menyaksikan pelbagai bentuk keperluan dan cabaran baru yang tentunya menyentuh setiap aspek kehidupan. Cabaran era komunikasi dan globalisasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan Malaysia adalah nyata dan dihadapi dengan cekalnya melalui pelbagai transformasi pendidikan yang telah dilancarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu, kajian ini dapat membantu guru-guru bagi mengatasi masalah murid-murid di dalam kemahiran membaca dan menulis serta menjayakan transformasi pendidikan di Malaysia

2.0

Ulasan Abstrak

Di dalam penulisan abstrak ini pengkaji berpendpat bahawa kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah rendah di luar Bandar. Pengkaji telah menggunakan 161 murid tahun 4 dan 6 di tiga buah negeri yang terpilih iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak sebagai responden dalam kajian tersebut. Kajian ini berbentuk tinjauan deskritif dengan menggunakan instrumen boring soal selidik yang merangkumi beberapa butir maklumat tentang murid-murid. Di dalam kajian tersebut terdapat masalah dalam diri murid-murid di dalam menguasai kedua-dua kemahiran iaitu disebabkankan dengan pengetahuan asas membaca dan menulis, faktor persekitaran dan kaedah pengajaran guru.

AINAH MARINSAH CT11210677 Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca (min = 3.40; sp = .71) dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca (min = 3.24; sp = .60). Manakala dapatan kajian tentang masalah kemahiran menulis menunjukkan bahawa murid-murid tidak dapat membezakan huruf besar atau huruf kecil melalui pengecaman (min = 3.62; sp = .62), di samping itu, mengenali tanda baca (min = 3.42; sp = .80). Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, pendidikan pemulihan merupakan satu wadah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid- murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca dan menulis. Program pemulihan peringkat awal akan memberi kesan yang lebih efektif dalam usaha memperkasakan pendidikan di negara kita.

3.0

Ulasan Pengenalan

Pengkaji telah menerangkan pengertian dan berapa pentingnya kemahiran membaca dan menulis di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan

pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.

4.0

Ulasan Masalah Pembelajaran Membaca dan Menulis

Di dalam penulisan ini pengkaji telah menerangkan beberapa faktor-faktor yang menyebabkan masalah pembelajaran berkaitan dengan kemahiran membaca dan menulis di antara faktor kepada tiga faktor iaitu: i. ii. iii. Faktor psikologi, Faktor biologi dan; Faktor persekitaran Tahap kecerdasan psikologi yang rencam dalam kalangan murid adalah akibat pelbagai faktor genetik, kecacatan fizikal murid, persekitaran dan sebagainya yang berkecenderungan menimbulkan permasalahan untuk mempelajari dan mengingati sesuatu yang diajar oleh guru. Selain itu, tahap kesihatan serta gangguan emosi sering menjadi punca masalah pembelajaran. Murid yang mewarisi tahap kecerdasan yang rendah sering memperlihatkan gangguan emosi seperti

AINAH MARINSAH CT11210677 bimbang, takut, marah dan berbagai-bagai perasaan lagi yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian terhadap pembelajaran (Zulkifley 2006) Manakala, Faktor permasalahan biologi seperti masalah kesihatan fizikal dan fungsi neurologi murid. Akibatnya kesihatan murid terjejas seperti penyakit keturunan, asma, sinutitis, sawan, kecacatan alat artikulasi dan sebagainya sering menjejaskan minat dan tumpuan murid terhadap pelajaran. Oleh itu, kepintaran atau kebijaksanaan berpunca daripada kecekapan sel-sel neuron dalam otak manusia bukan sahaja bermakna. Selain itu, faktor permasalahan Permasalahan persekitaran merupakan suatu fenomena luaran yang berlaku akibat amalan sistem persekolahan dan pembentukan bahasa murid. Sistem persekolahan yang sering mengamalkan kurikulum yang kompleks dan tidak prihatin terhadap keperluan murid yang berbeza-beza keupayaan, guru lebih terikat dengan waktu untuk menghabiskan sukatan pelajaran daripada menumpukan pembelajaran merupakan ketidakcekapan pengurusan pengajaran sekolah. Aspek kemampuan murid yang berbeza diabaikan, maka jurang perbezaan murid semakin ketara antara mereka. Tambahan lagi, sebilangan murid yang tercicir daripada arus perdana pembelajaran di sekolah adalah akibat faktor pembentukan dan penggunaan amalan berbahasa yang tidak baku. Kekurangan pengalaman dan pergaulan yang tidak sihat menjadikan murid lebih terdedah kepada pertuturan dan amalan penggunaan bahasa daerah, bahasa pasar juga sebagai penyumbang kepada permasalahan pembelajaran Bahasa Melayu. mewujudkan pengetahuan tetapi memberi pengalaman yang

5.0

Ulasan Objektif Kajian

Saya amat tertarik dengan penulisan objektif pengkaji ini kerana pengkaji telah membahagikan objektif kepada dua iaitu objektif umum dan khusus ini dapat memudahkan pembaca-pembaca untuk memahami objektif kajian ini dengan lebih baik. Di dalam kajian ini pengkaji ingin mencapai objektif berikut : Objektif umum : mengenal pasti masalah dalam kemahiran membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah di luar Bandar. Objektif khusus:

i. ii.

Mengenal pasti masalah kemahiran membaca Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Mengenal pasti masalah menguasai kemahiran menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. 3

AINAH MARINSAH CT11210677

iii.

Sejauh mana persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis.

6.0

Ulasan Metodologi

Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian berupa tinjauan deskriptif. Seramai 161 murid sekolah rendah di luar bandar yang terdiri daripada Negeri Sembilan, Pahang, dan Sarawak. Taburan keseluruhan bilangan murid mengikut negeri ialah negeri Pahang seramai 49 orang (30.4%), Negeri Sembilan 50 orang (31.0%), dan Sarawak 62 orang murid (39.0%). Pemilihan responden ini adalah berdasarkan

kemudahan yang diperoleh oleh pengkaji dengan bantuan pelajar sarjana yang mengajar di sekolah rendah di luar Bandar. Pegumpulan data yang digunakan oleh pengkaji adalah berdasarkan edaran soal selidik yang merangkumi bahagian latar belakang murid-murid, masalah kemahiran membaca, masalah kemahiran menulis dan juga persepsi murid terhadap pengajaran guru mereka. Perolehan data adalah dengan bantuan para guru bagi membolehkan mengumpul murid-murid dan diproses menjawabnya. serta dianalisis Kaedah dengan yang digunakan untuk Statistik

menggunakan

Berbantukan Komputer Statical Package for the Social Sciences 7.5(aturcara SPSS 7.5 / Windows). Hasil kajian dibentangkan dalam bentuk deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai. Secara dijalankan menepati keseluruhannya, saya mendapati kaedah kajian

standard sesuatu kajian yang ingin dijalankan. Pengkaji

sesungguhnya melakukannya dengan baik sekali. 7.0 Ulasan Dapatan Kajian

Pengkaji telah memperolehi dapatan kajian yang dikategorikan kepada dapatan seperti berikut: 1a) Permasalahan kemahiran membaca. (jadual 1) 1b) Persepsi murid terhadap pengajaran guru kemahiran membaca.(jadual 2) 2a) Permasalahan kemahiran menulis.(jadual 3) 2b) Persepsi murid terhadap pengajaran guru kemahiran menulis. (jadual 4) Pelaporan analisis dapatan kajian agak menarik kerana pengkaji

memaparkan empat jadual yang mengandungi ke semua keputusan yang di dapati di dalam kajian tersebut. Di samping itu, pengkaji dapat menyusun keputusan dari peratusan tertinggi hingga ke peratusan terendah. 4

AINAH MARINSAH CT11210677 Permasalahan kemahiran membaca. (jadual 1)

Bil 1 2 3 4

Pernyataan Tidak memahami isi kandungan teks Tidak memahami maksud ayat yang dibaca Tidak boleh membaca pantas Cepat jemu dan penat

Min 3.40 3.24 2.90 2.90

Sisihan piawai 0.71 0.60 0.91 0.91

Persepsi murid terhadap pengajaran guru kemahiran membaca (jadual 2)

Bil 1 2 3 4 5

Pernyataan Latihan bacaan tambahan Kaedah latih tubi Aktiviti pengajaran yang menarik Dorongan guru dan situasi yang menarik Penggunaan bahan bantu mengajar

Min 3.70 3.70 3.60 3.54 3.54

Sisihan piawai 0.53 0.66 0.54 0.72 0.74

Permasalahan kemahiran menulis (jadual 3) Bil 1 Pernyataan Tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil 2 3 4 5 6 7 8 Tidak dapat mengecam abjad Tidak faham maklumat yang ditulis Tidak pasti tanda baca Tidak dapat menulis dengan baik Tidak tahu menulis karangan yang bermakna Berasa penat dan letih semasa menulis Mengeja untuk menulis 3.57 3.56 3.42 3.40 3.21 2.67 2.52 0.90 0.75 0.80 0.83 0.85 0.96 0.80 Min 3.62 Sisihan piawai 0.63

AINAH MARINSAH CT11210677

Persepsi murid terhadap pengajaran guru kemahiran menulis. (jadual 4)

Bil 1 2 3 4

Pernyataan Pelbagai aktiviti menulis diadakan Guru menyediakan latihan Guru menyebut perkataan Guru menggunakan bahan bantu mengajar Sebagai kesimpulan, Dalam usaha

Min 3.50 3.50 3.41 3.24 memantapkan

Sisihan piawai 0.68 0.82 0.89 0.90 dan

pengajaran

pembelajaran Bahasa Melayu dewasa ini memang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Seluruh warga pendidik Bahasa Melayu mesti mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan seterusnya memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran Bahasa Melayu sebaik mungkin. Peningkatan

profesionalisme guru Bahasa Melayu merupakan pemangkin akauntabiliti bahasa dan bangsa Melayu. Ini amat bertepatan dengan saranan Menteri Pelajaran yang mahu sistem pendidikan negara kita terus maju seiring dengan kemajuan negara berimpak tinggi.

AINAH MARINSAH CT11210677 RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 4 Jun 2008.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Rasid Jamian. Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi psikolingusitik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai